“AMBOI, berseri-seri muka kau ni. Seronok ke keluar dating dengan encik abang…” usik Mira.
Pagi tadi tak sempat nak mengusik. Tengok-tengok kawannya itu sudah hilang. Kata nak keluar. Keluar dengan siapa? Adra bukan ada kawan lain pun dekat rumah mereka. So, confirm keluar dengan encik abanglah tu.
“Berseri makcik kau..” sangkal Adra. Wajahnya diseriuskan.
Mira ketawa senang. “Tak nak mengaku sudah, pergi cermin muka tu…itulah, dah cakap jangan merajuk lama-lama. Jangan marah lama-lama.. Encik abang datang sekali terus cair..”
Adra mendecit. Makcik ni, kalau dapat bahan memang habislah cerita dia.
Malas membalas usikan Mira, kakinya melangkah menuju ke bilik. Pintu bilik di tutup perlahan.
Badan dihempas ke katil. Beg kertas diletak diatas meja bersebelahan dengan katil. Rupanya kain sutera yang Ezzaq mahu belikan tadi adalah untuknya. Sudah puas ditolak, namun Ezzaq masih berkeras mahu menghadiahkan untuk isteri sendiri katanya.
Adra menghela nafas. Penat juga.. Matanya dipejam.
Namun kelopak matanya terbuka semula apabila telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk.
Telefon dicapai dan paparan skrin dibuka.
I miss you already…. - Ezzaq
Adra tersenyum.
Dah agak, mesti Ezzat sudah menyimpan nombornya ketika dia menarik telefon dari tangannya semasa makan tengahari tadi. Belum sempat telefon dicapai, Ezzaq dulu menggengam tangannya. Sudahnya, dia hanya mendiamkan diri.
Kejam kan..?
Bukan itu sahaja.
“Awak buat apa ni…?” marah Adra, Ezzaq sengaja berhenti berjalan dan mencium dahinya. Di depan orang ramai kot. Malu lah.
“Saya cium isteri saya..Tak boleh ke…?” jawab Ezzaq selamba sambil tersenyum.
Bukan sekali Ezzaq buat macam tu, berkali-kali. Walau ditegurnya, namun Ezzaq hanya membalas dengan kenyitan. Tak pun senyum meleret.
Adra memegang dahinya. Kenapa begitu mudah dia memberi ruang kepada Ezzaq mengambil kesempatan.? Hatinya sudah mula maafkan Ezzaq ke..?
Mesej dari Ezzaq dibiarkan tanpa balasan.
Namun sekali lagi ada mesej masuk
Malam nanti temankan saya makan malam boleh…? – Ezzaq.
Adra menggeleng. Makanlah sendiri pulak. Kali ini mesej dibiarkan tanpa balasan juga.
Satu minit kemudian, ada mesej baru masuk.
Boleh tak sayang….? – Ezzaq
Adra menilik mesej dari Ezzaq. Matanya tertumpu pada perkataan sayang. Sesak nafasnya setiap kali Ezzaq memanggilnya sayang. Namun lelaki itu seperti sengaja walaupun dia tunjukkan ketidak senangan dengan panggilan yang dia gunakan.
Akhirnya mesej ditaip.
Malam ini saya ada hal. – Adra.
Awak nak pergi mana..? Nak saya temankan…? – Ezzaq
Tak perlu.. – Adra.
Selepas itu tiada lagi balasan dari Ezzaq.
Adra bangun untuk mandi dan menunaikan solat asar. Selepas solat dia memanjatkan doa yang panjang, semoga Allah perbetulkan hatinya, memberi jalan dan sinar, apa yang harus dia lakukan.
Telefon dijenguk, masih kosong, tiada balasan dari Ezzaq.
Adra mengeluh.
Adra berkira mahu lakukan rutin hariannya atau tidak. Jika dia keluar, kebarangkalian dia akan bertemu dengan Ezzaq adalah tinggi.
Akhirnya dia bertapa di depan televisyen.
“Tak berjalan ke petang ni…?” tegur Mira yang baru muncul dari pintu depan.
“Malas…” jawab Adra. “Mak mana…?” dari tadi dia tidak nampak kelibat Pn Zurin.
“Ikut abah pergi Bandar…”
“Oh..”
Adra kembali menyambung menonton drama korea di televisyen.
“Aku nampak laki kau jogging tadi dekat pantai…” ujar Mira, sambil duduk bertenggek di bahu sofa.
“Cepatnya kau cam dia…”
Mira tergelak. “Jeles ker…?”
“Tak pun….” Balasnya mendatar. Patut lah Ezzaq tidak membalas mesejnya.
Mira mengambil tempat disebelah Adra pula. “Aku tengok dia okey je, semakin terserlah pula kehenseman dia selepas muka dia bersih dari sighburn. Nampak seksi pun ada dengan peluh-peluh macam tu… Nasib laki kau, kalau single tadi, aku dah join dia jogging sekali dah. Mana tahu boleh dapat nombor telefon. Cukup dah..” komen Mira sambil tergelak-gelak.
Adra mencebik.
“Mata tu jaga. Jangan memandang benda-benda yang tidak elok..” tegur Adra.
Mira ketawa besar mendengar teguran Adra. “Kalau cik kak jeles, cakap sahajalah..”
Adra menggeleng. Ingat Mira nak geng dengan dia, rupanya tanpa sedar sudah menjadi pembelot rupanya.
“Tiada yang kurangnya aku tengok pada dia. Kenapa kau tak nak kahwin dengan dia dulu…?” soal Mira ingin tahu, setelah tawanya reda.
“Errmmm… Entahlah Mira, mungkin masa tu hati aku pada Azad, kau pun tahu aku dengan Azad, jadi macam mana aku nak kahwin dengan orang lain sedangkan hati aku ada dengan orang lain. Lagipun masa tu, aku tak kenal dia langsung kot..”
Mira mengangguk.
“Azad dah tiada, sekarang hati kau ada siapa…?” tanya Mira lagi. Sengaja mahu diuji jiwa kawan baiknya.
Adra diam seketika. Soalan Mira bermain difikiran.
Dia sendiri keliru. Azad atau Ezzaq…?
Azad… masih berharap ke Azad menerimanya semula. Lagipun Azad tidak bersalah, dia yang bersalah kerana tidak menunaikan janjinya.
Ezzaq… setakat semalam kehadiran Ezzaq sedikit sebanyak memadam ego dihatinya.
Pap!
Satu pukulan singgah dipeha Adra.
“Mengelamun pulak dia..”
“Sakit lah..” katanya sambil mengosok peha. Pedih. “Malam ni kau masak apa..?” Adra sengaja ubah tajuk. Malas nak berkisar tentang dirinya.
“Asyik aku masak, bila nak merasa masakan kau pulak..”
“Aku kalau pandai masak, aku dah lama masak untuk kau tahu…”
“Dah tu tak reti nak belajar. Dah jadi bini orang pun masih tak tahu masak…” sakat Mira
“Eh Hallo…”
“Eh, dengan aku Hallo. Bila aku tak ada pandai pulak kau pergi cari laki kau kan… kan.. kan..”
Adra terkesima.
“Bila masa pulak aku pergi cari dia.”
“Ingat aku tak dengar lah pagi tadi tu…”
“Pagi tadi….?” Adra seakan mengimbau kejadian pagi tadi. Hah, mesti masa Ezzaq memanggil nama dia macam guna microphone.
“Hah, dah lupa dah….?” Mira tergelak.
“Alah, itu aku pergi ambil handphone aku.” Jawab Adra dengan perasaan tidak bersalah. Bukan dia sengaja.
“Alasan…! Macam mana handphone kau ada dengan dia..? Semalam bukan main lagi ugut aku jangan bagi no handphone kau. Yang kau pula apa kes pergi ambil handphone dekat rumah tu.?”
“Aku tercicir semalam kot.. Itu yang dia tolong simpankan…”
“Macam mana dia boleh simpan, kau jumpa dialah semalam ya…?” Mira hampir tergelak, masa kita tanya dia tak nak mengaku, bila gelabah semua terbongkar. Haaaa…!
“Tak adalah jumpa, kau tahu kan aku ada masalah tidur, aku lepak dekat parkin macam biasa semalam. Lepas tu dia datang.”
Akhirnya tawa Mira meletus.
“Semalam cakap lain, pagi tadi cakap lain, petang ni cakap lain…” Semakin seronok Mira mengusiknya.
“Ah..! Entahlah kau Mira…” Adra bangun meninggalkan Mira. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Mira lagi.
Tawa Mira masih kedengaran di dalam rumah.
Biarkan.
Alang-alang dah ada depan halaman rumah, hatinya ditarik-tarik untuk melakukan rutin hariannya.
Selipar dipakai dan kakinya melangkah perlahan menuju ke pantai.
Adra berjalan digigi air. Senyuman terukir dibibirnya. Tenang dan mendamaikan.
“Hai..!”
Sekali lagi Adra terkejut. Pakcik ni memang suka terkejutkan orang ke? Atau dia yang senang terkejut.
Mungkin.. Kebarangkalian yang kedua lagi tinggi. Dia selalu terkejut, nak-nak kalau tengah deep thinking. Tup-tup, pakcik ni muncul.
Jadi, begitulah jadinya.
Ezzaq berjalan disebelahnya. Badan dan wajah lelaki itu berpeluh-peluh. Mira kata seksi, betul ke…?
Matanya bergerak meneliti wajah lelaki itu kemudian pandangannya dikalihkan ke lautan semula.
Adalah..
Sikit..
Seksinya..
Haa..! Adra memejam mata. Apa ni…!!
Miralah ni. Suka meracuni fikiran orang.
Adra menyambung langkahnya ke depan. Ezzaq pun sama cuma arahnya sudah bertukar. Ezzaq berjalan mengundur sambil merenung wajah Adra yang asyik memandang lautan.
“Awak nak tahu sesuatu tak.?” Soal Ezzaq.
Adra memandang sekilas.
“Awak cantik…” puji Ezzaq ikhlas.
Adra mencebik. Buat apa cakap perkara yang dia dah tahu.
Riak tak…? Adra ketawa dalam hati. Namun riak wajahnya kekal bersahaja.
“Ikut saya balik KL nak…?” tanya Ezzaq lagi. Susah betul nak dengar suara Adra. Tak macam pagi tadi.
Adra menggeleng.
“Berapa lama Adra nak duduk sini. Kesian saya, kesian keluarga Adra. Kami rindukan Adra tau…” ujar Ezzaq lagi.
“Nanti saya balik lah..” jawab Adra malas.
“Bila..?”
“Entah…”
“Adra masih marahkan saya lagi ke…?”
“Entah…”
Ezzaq senyum. Semoga Allah memberikan kekuatan pada dirinya juga untuk terus memujuk Adra.
“Kita pusing boleh, dah jauh ni…”
Adra mengangguk dan dia turut berpusing, mengikuti langkah Ezzaq dari belakang pula. Lelaki itu berjalan bersahaja di hadapannya.
Matanya kini berubah arah, daripada melihat lautan, kini matanya melekat pada susuk badan lelaki di depannya. Dia meneliti Ezzaq daripada belakang. Ezzaq tinggi orangnya, badannya tegap, rambut lebat namun tetap tampak kemas. Sekarang pun, walaupun selepas jogging, rambutnya masih terletak elok. Tidak berserabut mahupun berserabai. Tetap kemas.
“Boleh temankan saya malam ni..?” Ezzaq tiba-tiba berpusing.
Adra cepat-cepat mengalihkan pandangan. Mujur tidak terkantoi dia sedang menganalisa lelaki itu di dalam diam.
“Kan saya dah cakap saya ada hal…”
“Hal apa tu…?”
Adra buat muka. Sibuk saja nak tahu. Walhal dia tiada apa-apa rancangan pun malam ini. Sengaja mahu meletakkan jarak dengan lelaki itu.
“Lepas Isyak saya tunggu depan rumah ya…” Ezzaq tidak mengalah.
“Saya ada hal… Tak boleh…”
“Kalau macam tu malam ni tidur dekat homestay dengan saya lah.. Boleh…?” Ezzaq tersengih. Memang idea yang takkan Adra terima punya.
“Tidur…? Awak dah buang terbiat ke..?”
Ezzaq ketawa lepas.
“Yalah.. Tak salah pun temankan suami awak kan..”
Adra mengeleng. “Tak naklah saya…”
“Baiklah cik puan Adra Arissa.. Saya balik dulu ya, nak mandi… bye sayang…” ucap Ezzaq. Hidung Adra dicuitnya dan terus berlari masuk ke rumah penginapannya sedangkan jarak mereka dengan kediaman sudah pun dekat.
Adra mendecit, kemudian meraba hidung sendiri. Sibuk je sentuh hidung orang. Namun terbit senyum tipis dibibirnya.
***********
“ADRA, malam nanti ada funfare dekat Bandar. Kau nak ikut tak…?” tanya Mira ketika Adra masuk ke dalam bilik mereka.
Tuala dicapai, dia mahu mandi setelah berjalan di tepi pantai tadi. Seketika, dia duduk di tepi katil. Wajah Mira dipandang.
“Bila start…? Tak tahu pun…”
“Ayah cakap semalam lagi dah start. Jom kita pergi nak…?”
Adra tidak terus memberi keputusan.
"Ke kau busy?" duga Mira, kening diangkat.
“Nak busy kenapa. Bukan kerja pun.. "balas Adra.
"Ya lah.. Mana tahu ada dinner date ke malam ni.."
"Ha.. Haa.." Adra ketawa buat-buat. Tiada date pun, walau lelaki disebelah rumah mereka ada mengajak. Namun sudah ditolak ajakan itu. Dia malas hendak keluar, lagi-lagi dengan Ezzaq.
"So..? On tak?" tanya Mira lagi.
"Kat mana…?”
“Bandarlah…”
“Tahulah Bandar.. Tapi dekat kawasan mana..? Cuba cerita terang-terang. Aku bukan tahu semua tempat dekat sini. Dapat pemandu pelancong macam kau pun tak boleh harap. Jarang sahaja nak bawak aku jalan-jalan..”
Mira mengetap bibir.
“Amboi diaaa…….”
Adra sudah tergelak.
“Kalau time aku ajak berjalan, bukan main banyak lagi alasan dia… So malam ni, no excuse, kau kena ikut..”
“Ya.. Yalah…Kita dua orang sahaja kan…? Mak dengan ayah nak ikut tak…?” Baru ingat nak bermalas-malasan malam ini.
“Apa kejadahnya ayah dengan mak nak ikut… Kang tercabut jantung mak naik roda pusing tu... Haa.. Siapa nak jaga..? Untuk muda mudi saja okey.. ” jawab Mira sambil tergelak.
Adra turut tergelak.
“Ke kau ada nak ajak siapa lagi….?” Tanya Mira dengan nada mengusik.
“Kita berdua dah…” putus Adra, dia terus bangun untuk ke bilik air.
“Nak ajak orang sebelah ke…?”
Langkah Adra terhenti, Mira memang sengajakan..?
“Jangan nak mengarut. Aku tak ikut kang…”
Mira ketawa lepas. “Yalah, pergilah mandi. Lepas maghrib kita gerak. Kalau lambat nanti kena parking jauh. Malas aku nak jalan jauh-jauh…”
“Baiklah…”
Usai solat maghrib, Adra sudah bersiap sedia. Hatinya tidak sabar untuk berseronok malam ini. Sudah lama rasanya dia tidak pergi ke funfare. Semasa di Universiti dulu pun selalu juga mereka mengunjungi pesta macam tu. Bermain pelbagai permainan dan makan aiskrim bersama-sama.
Aiskrim memang favorite mereka berdua. Pergi mana-mana pun mesti wajib beli. Jadi, peti ais dekat rumah mak pun penuh dengan aiskrim. Aiskrim bandar, aiskrim kampung, aiskrim Malaysia.. Semua ada.. Pilih dan suap sahaja..
Bila dah duduk rumah sendiri sahaja dia jarang pergi ke mana-mana funfare, ataupun sebenarnya tak pernah. Nak pergi dengan siapa..? Mama dengan papa memang tidak dah. Abang Aidan pun asyik busy je..
Teringat dekat abang Aidan.. Adra mengeluh.
“Mira… Lambat lagi ke…?”
Dari tadi rasanya Mira menjadi model depan cermin, sekejap pusing kiri, sekejap kanan. Tak siap-siap jugak. Tadi dia juga yang duk pesan jangan lambat. Tak nak parking jauh lah.. Sekarang..? Siapa yang tak sudah-sudah bersolek..?
“Okey.. Dah… Jom…” handbag silang ditarik dan dia terus keluar. Adra pun sama.
Langkah Mira terus ke pintu rumah.
“Kunci kereta kau tak ambil ke…?” tanya Adra. Mira sudah menyarung sandalnya. Rasanya kunci kereta masih elok tergantung di tempat kunci dalam rumah tadi.
Mira senyum lebar.
“Aku tanya.. Bukan suruh kau senyum.. Nak aku ambilkan ke..? "
“Eh.. Tak payah.. Kawan aku tumpangkan malam ni…” balas Mira bersahaja.
Adra tercengang.
“Cakap kita berdua sahaja…?”
“Tak apalah.. Lagi ramai lagi seronok..” balas Mira. “Dah jomlah. Mesti dia dah tunggu..” Mira sudah pun keluar dari kawasan rumah dan Adra cepat-cepat mengikuti langkah Mira. Siapa pula kawan Mira ni..?
Langkah Adra terhenti apabila melihat Ezzaq sedang bersandar dikeretanya. Mira pula melangkah dengan selambanya menuju ke arah Ezzaq.
“Yang kau berhenti dekat situ buat apa. Cepat nanti lambat…” kata Mira selamba setelah dia berada di hadapan Ezzaq.
“Kita gerak sekarang ke..?” soal Ezzaq.
Mira mengangguk.
“Jom…” ajak Ezzaq. Dia sudah membuka pintu kereta. Begitu juga dengan Mira yang terus masuk ke bahagian penumpang belakang.
Kaki Adra terkaku. Tidak tahu sama ada dia patut mengikuti mereka atau tidak. Dia nak keluar bersuka ria, tapi bukan dengan lelaki ini.
Melihat Adra tidak bergerak, Ezzaq menghampirinya. Tangannya dihulur.
“Jom…”
Huluran tangan lelaki itu tidak disambut sebaliknya anak mata Ezzaq dipandangnya dan Ezzaq tersenyum.
Hatinya terdetik. Kenapa lelaki ini suka senyum..?
“Korang…! Cepat..! Nanti parking penuh…” jerit Mira dari dalam kereta sekali gus memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Mira sudah tergelak-gelak, dia memang sengaja. Memang dia mahu mengacau dan menguji hati Adra. Tengoklah perjalanan mereka malam ini macam mana. Tak sia-sia dia berjumpa dengan Ezzaq petang tadi.
“Jom…” ajak Ezzaq sekali lagi.
Akhirnya Adra membuka melangkah. Ezzaq membukakan pintu depan untuk Adra. Nak tak nak, Adra sudah pun berada di tempat duduk hadapan.
“Pandai kau eh…” tegur Adra. Mira sudah tergelak.
“Nasib kaulah…” ketawa Mira terhenti ketika Ezzaq membuka pintu bahagian pemandu.
“Saya tak tahu kat mana. Tunjukkan jalan ya…”
“Kat Taman Syah Bandar.. Adra pun tahu tempatnya…” balas Mira ceria.
Adra menjeling Mira sekilas. Ya, memanglah dia tahu Taman Syah Bandar dekat mana. Tapi boleh je Mira tolong tunjukkan.. Kan?
“Okey.. Kalau macam tu, kita gerak sekarang…”
"Okey..." hanya suara Mira yang menyahut. Adra mendiamkan diri.
Baru sahaja kereta mula bergerak, Mira bersuara. “Ezzaq.. Sekejap.. Saya rasa tak selesa perut. Saya nak ke tandas sekejap..”
Ezzaq menekan brek kereta. Seketika kereta sudah berhenti.
Pintu kereta dibuka dan Mira terus keluar. Berlari menuju ke rumah semula. Reaksinya diperhatikan oleh Adra dan Ezzaq.
“Kita tunggulah dia sekejap…” kata Adra dan Ezzaq mengangguk.
"Tadi cakap ada hal. Hal yang ini ke?" soal Ezzaq. Sikunya dipangku disebelah cermin kereta sambil tangannya memegang belakang leher. Matanya pula melekat pada wajah sisi isterinya.
Rambut Adra yang panjang separas dada dibiarkan lepas. Ezzaq tersenyum. Hatinya teringin untuk menyentuhnya, namun disabarkan hati. Tidak mahu isterinya terkejut, kang nanti elok-elok dah baik, mahunya jadi garang balik.
"Ermmm.." jawab Adra ringkas.
"Thanks sebab ajak saya sekali.."
Adra berpaling.
Saya tak ajak pun. Jawab Adra dalam hati. Ini mesti kerja Mira. Bila masa entah dia berkomplot.
Ezzaq angkat kening. Adra memandangnya namun tiada patah yang keluar dari mulut comel tu.
"Thankss..." Ezzaq senyum. "At least boleh juga saya tengok awak sebelum saya tidur malam ni.." sambungnya.
Adra kalih pandangan. Hatinya terkesan dengan senyuman dan kata-kata Ezzaq. Ini yang membuatkan dia kurang selesa. Bagaimana harus dia lalui malam ni.
Argh.. Tidak mengapa. Mira kan ada. Nanti pandai-pandailah Ezzaq membawa diri.
Lima minit berlalu, Mira masih belum muncul. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Adra menekan punat hijau. “Awat yang lambat sangat ni…?”
“Aku tak dapat ikutlah wei. Perut aku macam semacam je.. Kang pergi sana asyik pergi toilet je. Letih…”
Adra mengeluh. "Kau jangan macam-macam. Tadi elok sahaja.."
"Ya lah.. Dah nak buat macam mana. Dah sakit tiba-tiba.."
"Ishh kau ni.."
Ezzaq mengangkat kening. Kenapa..?
“Korang pergi sahajalah..”
“Tak seronoklah macam ni..”
“Aku nak bagi chance dekat kau, berbaiklah dengan suami kau..”
Adra terdiam. Mira sengaja.
Talian dimatikan.
“Kenapa…?” tanya Ezzaq.
“Mira tak pergi. Cancellah malam ni…”
Belum Ezzaq membalas, Adra dulu memegang pintu kereta untuk keluar. Dia tidak kisah pun kalau tak jadi, esok lusa masih boleh pergi. Pesta pun biasanya dalam seminggu ke dua minggu. Jadi masa masih panjang.
“Adra…” panggil Ezzaq. Lengan Adra dipegang. Cuba menghalang isterinya dari keluar.
Adra berpaling.
“Alang-alang kita dah bersiap, why not kita keluar makan ke...?” pinta Ezzaq dengan wajah berharap.
Adra mengecilkan mata. Dia ni memang suka buat muka macam ni ke?
“Please….Sekejap sahaja.. ”
Adra serba salah. Kenapa entah? Adakah disebabkan permintaan Mira dan permintaan lelaki di sebelahnya bertujuan kepada perkara yang sama.
“Please….”
Adra melepaskan keluh.. “Okey fine.. Tapi tak boleh balik lewat. Nanti apa pula mak dengan ayah cakap…”
Ezzaq tersenyum lebar. “Sure…”
Handbreak diturunkan, dan kereta mula bergerak. Allhamdulillah.. Ezzaq bersorak dalam hati. "So, kita nak pergi makan dulu atau nak teruskan plan kita ke pesta?" tanya Ezzaq sekali lagi.
Adra gigit bibir, dia nak ke pesta tapi Ezzaq okey ke..? Maksudnya, okey ke kalau dia pergi ke pesta bersama pakcik tu. Tak kekok ke nanti. Bukan dia pernah keluar bersuka ria bersama pun. Takkan nak main permainan nanti, muka nak serius je. Tak feel lah..
Wajah Ezzaq dipandang.
"Pesta dulu?" keningnya diangkat. Ezzaq perasan Adra memejam matanya dan ketawa kecil terletus dari bibirnya. Nak buat keputusan pun susah ya.
"Okey.. Kita pergi pesta dulu, then lepas tu baru makan.. Boleh.?" putus Ezzaq.
"Okey.." laju Adra bersetuju. Matanya mula bercahaya dan senyuman Ezzaq semakin lebar.
Yeah!! Enjoy tonight.. Tak kisahlah dengan Ezzaq pun.
Mereka kemudian menuju ke dataran Syah Bandar. Agak ramai juga orang berkunjung walaupun baru hari kedua pesta ini dibuka.
“Ramainya orang…” komen Ezzaq. Pesta malam di KL pun dia tak pernah jejakkan kaki. Tak sangka di sini, dia dapat merasa. Wajah Adra disebelah dipandang. Automatik senyumannya terbit apabila wajah itu sedang tersenyum.
Adra tersenyum. Hatinya bersorak gembira. Rugi Mira buat-buat sakit. “Awak selesa tak…? Kalau tak selesa tak payah masuk…” acah Adra. Tapi lelaki tu senyum. Jangan dia ajak balik pula sudah. Habiss...
“Its okey.. Alang-alang dah sampai.. Jom kita masuk..” kata Ezzaq. Tangan Adra dicapainya.
“Okey…Tapi tak perlu pun nak pegang tangan saya macam ni..”
Ezzaq tergelak.
“Why not, kalau kita terpisah macam mana..?” sengaja dia menarik Adra semakin rapat ke sisinya. Pandangan mereka bertaut.
“Kalau terpisah pun saya masih boleh balik sendiri..” sangkal Adra selamba. Macamlah kita budak kecil yang tidak kenal jalan balik ke rumah.
“Saya tak nak. Tak nak dah berpisah dengan awak. Copy that..” dipicitnya hidung Adra.
“Noo….” Adra menolak tangan Ezzaq. Memandai je picit hidung orang.
Ezzaq ketawa senang.
“So our journey malam ni akan start dengan apa…?”
“Roda pusing nak…?” Adra sudah tidak menahan rasa terujanya.
Ezzaq hanya mengikut. Dari satu permainan ke satu permainan mereka mencuba. Tak kisahlah. Asalkan boleh melihat Adra senyum dan gembira.
Itulah niat hatinya.
"Aiskrim??" soal Ezzaq beberapa kali. Mata isterinya direnung. Nampak teruja sangat. "Tak sejuk sangat ke makan aiskrim malam-malam?"
"Awak tak nak sudah.." Adra melangkah meninggalkan Ezzaq dibelakang. Dia sudah nampak aiskrim kegemarannya.
Magnum perisa Almond... Waaa...!
Satu plastik kecil dicapai dan handbag dibuka. Belum sempat wang dikeluarkan, Ezzaq sudah pun membayar harga aiskrim ditangannya.
"Kita share boleh??" soal Ezzaq.
Dan sememangnya Adra menggeleng.
"Tadi cakap tak nak.." Adra mengambil tempat di bangku kosong. Waktu untuk menghayati kesedapan aiskrim, jadi haruslah kita mencari tempat yang selesa.
"Siapa cakap tak nak..?"
Adra tekun membuka plastik aiskrim. Ezzaq disebelahnya tidak dihiraukan. Ternampak salutan coklat bersama almond membuatkan Adra senyum lebar. Aiskrim disuakan ke mulut, dan gigitan pertama memecahkan salutan coklat, menampakkan krim putih di dalam. Kesejukkan aiskrim meresap ke dalam mulutnya.
Tiba-tiba Ezzaq juga menggigit aiskrim di tangannya.
"Awak..!" tanpa sedar tangannya sudah pun menampar bahu Ezzaq kuat.
"Arkkk..!" jerit Ezzaq.
"Padan muka.."
Ezzaq sudah pun tergelak. "Macam tu sekali eh.."
Adra turut tersenyum. Padan muka. Makan lagi aiskrim orang tanpa kebenaran. Adra kembali menggigit aiskrimnya tanpa menghiraukan Ezzaq yang duduk disebelahnya.
Seketika terasa rambutnya dibelai. Adra angkat muka dan pandangan mereka bertaut seketika sebelum Adra menyambung menghayati kesedapan aiskrim magnumnya.
Ezzaq tersenyum lebar, Adra tidak menolak tangannya. Doanya dalam hati, semoga Allah bukakan hati isterinya.
"Lepas ni kita makan dulu sebelum balik okey.."
Adra mengangguk..
Share this novel