SEPANJANG jalan Ezzaq asyik tersenyum-senyum.
“Are you okey…?” tanya Adra dengan wajah jengkel. Daripada awal masuk kereta sehinggalah sekarang. Asyik tersenyum-senyum. Takutlah ada tertinggal suis dekat mana-mana. Tidak boleh nak off butang senyum.
Lelaki itu mengangguk.
“Please stop smilling.. You annoyed me.. " kata Adra sambil menyilang kedua belah tangannya. Pandangannya dihala keluar.
“Why…?”
“Tersengih-sengih. Seronok sangat agaknya dapat jumpa girlfriend dia..”
Ezzaq senyum lagi.
“Seronok…”jawab Ezzaq sepatah. Wajah Adra dikerlingnya. Namun senyuman tidak dapat hilang dari bibirnya. Adra cemburu kan…? Betulkan matanya tidak salah melihat. Adra cemburu dengan Hanna kan..? Kalau tak, tak adalah dia ditarik ketika Hanna muncul tadi. Tak sempat hendak balas apa-apa pun.
Adra ketap bibir. Nak mengaku tak beragak. Wajah Ezzaq dipandang sinis.
"So dah cukuplah list awak nombor empat. Tak payah cari dah lepas ni.."
"List..? Nombor empat?" kening Ezzaq berkerut.
Adra mencebik. Buat-buat lupa pula dia. Sendiri cakap, sendiri lupa. "Ya.."
"Oh..." kemudian Ezzaq ketawa besar. Tidak disangka usikannya sebelum ini masih berbekas dihati isterinya.
"Jadi isteri nombor satu saya dah bersedia ke nak bermadu..? Nanti tolong pinangkan untuk saya.. Boleh ke?" sambung Ezzaq. Memang dia sengaja mahu mengusik.
"Jangan harap..! Kalau nak sangat, pergi pinang sendiri.."
Eeiiiii menyampahnya. Lelaki ni tidak reti nak setia pada yang satu ke..?
Eh..!
Setelah apa yang dia lakukan, nak ke Ezzaq tu setia pada dirinya seorang. Adra mengeluh.
Wajah isterinya berubah kelat. Hatinya tercuit. Tak pernah terniat pun dihatinya untuk mendua, mentiga atau menempatkan isterinya. Cukuplah dengan seorang yang ini dahulu. Kalau ada rezeki pun, dia tidak mahu. Cukup Adra seorang. “Selepas kita beli baju, kita pergi pantai nak…?” soal Ezzaq. Sengaja mahu mengubah emosi tegang isterinya.
“Tak nak…”
Ezzaq ketawa kecil. “Look like I care..?”
“Kalau nak pergi sangat, pergi sahajalah sorang…”
“Who is driving now..? Jadi, awak kena ikut sahaja ke mana saya pergi...” balas Ezzaq dengan megah.
Akhirnya Adra diam. Malas hendak berbahas. Alih-alih dia juga yang kalah. Alih-alih dia juga yang sakit hati.
Ezzaq kemudian membelok ke kanan dan memasuki tempat parking di pantai Teluk Kemang. Tidak sampai 10 minit pun dari rumah nenek.
"Jom.."
"Nak pergi mana?"
"Cari bajulah sayang. Kata nak beli baju.."
"Oh.." balas Adra. Barulah dia membuka tali pinggang keselamatan. Ingat nak pergi pantai tadi, memang mood dia kelaut pun gara-gara kata-kata Ezzaq tadi. Senang-senang hati dia sahaja nak suruh pergi pinang perempuan lain untuk dijadikan madu dirinya. Ishh… ! Memang tidaklah.
Cuaca agak redup kerana waktu sudah mulai menginjak ke petang. Agak ramai juga pengunjung yang membanjiri tempat itu. Kebanyakkan mereka berkeluarga, membawa anak-anak bersiar-siar dan bermain. Yang menggunakan khemah pun ramai juga. Meriah…!
Wajah isterinya dipandang. Air mukanya mula tampak tenang. Ezzaq tersenyum. “Kita beli baju macam ni boleh…?” ditunjuknya baju-baju yang bergantungan di gerai tepi jalan.
“Boleh… Tetapi masih tidak mencukupi kan…?”
"Hah.?? Awak nak beli banyak mana..? Nak borong semua ke…?” mata Ezzaq membulat.
Mulut Adra menyeget. Dia ni kan.!!
Takkan nak kena cerita dari A sampai Z baru nak faham.
“Encik Muhammad Ezzaq Ashfiq. Selain dari pakaian yang awak pakai bahagian luar, ada lagi kan yang awak pakai…?” wajah Ezzaq dipandangnya.
Kening Ezzaq mula berkerut.
“Oh..! Oooo.. Okey.. Okey faham.” Balas Ezzaq sambil tersenyum lebar setelah memahami apa yang dimaksudkan oleh isterinya. "Tapi pembetulan ya sayang, nama saya tak ada pangkal Muhammad dekat depan tau. Ezzaq Ashfiq sahaja..Jangan pandai-pandai nak tambah. Tapi kalau sayang nak tambah juga, tambah dekat nama anak lelaki kita nanti.. Boleh??"
Adra berhenti melangkah. Apa sebut pasal anak-anak ni..!
Ezzaq sudah tersenyum-senyum.
"Malas lah nak cakap dengan awak..." Adra melangkah laju ke depan. Tak pasal-pasal wajahnya terasa berbahang. Bukan berbahang sebab panas, tetapi kerana statement yang keluar dari mulut lelaki itu. Anak lelaki mereka..??? Awww.. Dia belum bersedia. Ya.. Dia belum bersedia. Seram pula dirasakan dengan angan-angan lelaki itu.
Ezzaq semakin galak ketawa. Seronok betul melihat reaksi isterinya. Takutlah tu. Baru up sikit cerita pasal anak, terus menonong langkah dia ke depan. Namun Ezzaq tetap setia mengikuti langkah wanita itu menjejaki satu gerai ke gerai yang lain.
Hatinya sebenarnya sangat gembira, sekurang-kurangnya Adra tahu nama penuhnya. Kalau tak tahu nama suami sendiri, mesti lagi haru kan..? Ada juga orang kena masuk kelas menghafal nama suami sendiri. Nasiblah..
“Saya tak rasa macam ada dijual disini..” kata Adra setelah mereka berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Tiada pakaian dalaman yang mereka cari. Pakaian kasual biasa banyaklah. T-shirt lengan pendek dengan seluar. Semua ada. Yang dalam sahaja tiada
“Sayang...! "
Adra berpaling.
Wajah isterinya direnung seketika sambil tersenyum. “Adalah tu..!" jarinya ditunjuk kepada satu sut bikini berwarna merah. Tergantung elok di gerai paling hujung.
OMG!
Merah muka Adra melihatnya. Rambutnya yang menutupi dahi dikuak ke atas. Perangai Ezzaq hari ni memang lain macam kan..?
Sekali lagi wajahnya berbahang. Sengal betullah lelaki ni.
“Saya tak naklah. Menyerlah sangat warnanya. Macam over sahaja nak pakai.. Tak ada supermarket ke..?” tolak Adra cepat-cepat. Ada yang itu pula yang dia tunjuk. Aduh..! Ezaaq ni, rosak agaknya.
Ezzaq ketawa sakan apabila melihat wajah cemberut isterinya.
Adra mendecit. Geram sahaja melihat Ezzaq yang sedang ketawa. Suka sangat..!
“Can you stop laughing…?”
Ezzaq mula mengawal tawanya. “Yalah.. Kita pergi supermarket.. Tapi kalau awak nak, saya boleh belikan…” usik Ezzaq lagi. Usik-usik juga, kalau Adra nak dia boleh belikan. Dia ok sahaja.
“That’s not funny…!"
Boleh pula Ezzaq menyambung ketawa.
Akhirnya Adra pun turut tersenyum. Isshh.. tak sukalah dia ni. Menyampah tau tak.
"Kenapa sayang tak nak..? Sebab yang sayang punya dah banyak warna tu ya..?" soal Ezzaq, setelah tawanya reda. Hatinya berasa seronok dapat mengusik dan yang paling dia suka apabila melihat wajah isterinya yang nampak malu dengan usikannya.
Pap!
Lengan Ezzaq menjadi mangsa. Sebab mulut tuan diakan.. Tak tahulah nak cakap macam mana hari ni.
Ezzaq ketawa lagi namun jemarinya mengosok tempat tamparan. "Sakit tau.."
"Rasakan.. Padan muka.. Mulut tu lain kali behave sikit.."
Ezzaq tersenyum-senyum.
Mereka menghampiri kereta dan keluar mencari supermarket. Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah kedai pakaian biasa. Mereka menjelajahi kedai tersebut dan dapatlah apa yang mereka cari. Selesai kelengkapan mereka, kemudian mereka singgah di pantai.
Adra tersenyum riang. Teringat pantai dekat rumah Mira. Pantai di sana lagi seronok. Rindunya nak pergi ke sana. Adra menghampiri gigi air. Hujung seluar yang basah dibiarkan. Yang penting dia rasa gembira dan seronok. Sesekali ombak kecil melanggar kakinya dibiarkan.
“Tadi cakap tak nak pergi…Ini bukan main seronok lagi main air. Tak hiraukan pun saya dekat sini.. " kata Ezzaq dengan wajah sebaris.
Adra menjeling. Eleh.. Nak sentap pula. Bukan budak kecik nak kena tarik dulu nak main air. Dibiarkan rajuk Ezzaq, mengada-ngadalah sahaja.
Rambutnya yang berterbangan ditiup angin pantai ditarik dan dikemaskan ke leher. “Thanks bawak saya datang sini…”
Ezzaq senyum kemudian dia menghampiri isterinya. Dia berdiri di hadapan Adra dan kedua belah tangannya memegang pipi wanita itu. Pandangan mereka bersatu. Ezzaq menarik kepala Adra perlahan sebelum bibirnya berlabuh di dahi isterinya.
“What are you doing.? Tempat awam ni..” tegur Adra. Ditepuknya lengan Ezzaq yang masih memegang pipinya.
Ezzaq senyum. “Biarlah... Bukan setakat kiss sahaja tau, saya rasa macam nak peluk aje awak sekarang. Boleh…?”
Kening Adra berkerut. “Jangan nak mengada eh..”
Tangan Ezzaq ditolaknya dan Adra mula bergerak menjauhi lelaki itu. Bukan boleh percaya sangat dengan pakcik seorang ni. Betul-betul dia buat nanti. Elok sahaja Adra bergerak menjauh, Ezzaq pula mengejar. Terjadilah sesi kejar mengejar antara mereka berdua. Ezzaq yang dapat menangkap dan terus memeluk pinggang Adra dari belakang.
"I got you noww...!"
Adra sudah tergelak, Ezzaq pun sama. Tercungap juga dia seketika. Geram juga dengan Ezzaq ni, kalau dia tak kejar mesti jantungnya tidak berdegup dengan pantas.
“Awak..lepas…!" tangan Ezzaq yang berlingkar di pinggangnya di tepuknya.
“Tak nak…” balas Ezzaq.
"Lepaslah... Malulah orang tengok.."
"Biarlah.. I don’t care..."
"Ezzaqqq..."
"Ya sayanggg...."
Adra tergelak. Geramlah pakcik ni...!
Sedar Ezzaq memang tidak akan melepaskan dirinya dengan mudah, Adra mula bergelut untuk melepaskan diri. Sekali kakinya menolak pasir, kedudukan Ezzaq yang tidak stabil menyebabkan mereka berdua jatuh terduduk di atas pasir pantai. Kebetulan ombak baru mencecah pantai lantas membasahi mereka berdua.
Mereka terdiam seketika. Masing-masing mengamati pakaian mereka yang sudah basah.
“Awaklah.. Dah habis basah… Baju tadi beli sehelai sahaja pun..” marah Adra.
Ezzaq senyum lebar. “Sekejap lagi kita beli sehelai lagi. Yang saya tunjuk dekat awak tu… Nak..?"
Adra mengecilkan mata.
Dia ni..Tak senonoh sangat tau..
Namun Ezzaq ketawa senang melihat reaksi Adra.
“Alang-alang dah basah, nak mandi laut…?” ajak Ezzaq.
“Saya tak pandai berenang…” tolak Adra.
“Tipulah… jom..” tangan Adra sudah ditariknya. Dekat rumah boleh pula berenang di dalam kolam. Takkan dekat sini tak pandai berenang pula. Akhirnya kaki mereka mencecah air laut.
Adra menarik bahu Ezzaq dan bergantung dibelakangnya. Dipeluknya leher Ezzaq dari belakang.
“What are you doing..?” tanya Ezzaq.
“Saya tak pandai berenang.”
Ezzaq ketawa perlahan dan Adra tersenyum.
Ezzaq membawa Adra ke bahagian dalam sedikit. Setiap kali ombak menghampiri mereka, Ezzaq melompat. Adra pula semakin mengeratkan pelukannya di leher lelaki itu. Dia senang dengan kemesraan mereka sekarang. Tiada pergaduhan, tiada salah faham. Ezzaq pun melayani dirinya dengan penuh perhatian.
“Sayang…”
“Yaa…”
“Sayang tak nak mandi ke…?”
Adra menggeleng. Tak nak mandi, padahal seluruh badan mereka sudah basah kerena berendam di dalam air.
Hingga lewat petang baru mereka pulang ke rumah nenek semula.
********
Usai solat maghrib, Adra bangun dan melipat kain sembahyang dan sejadah.
“Sayang…” muncul Ezzaq di muka pintu bilik.
Adra berpaling.
“Saya dah nak pergi rumah Pak Ngah, sayang pergi dengan maksu sekejap lagi boleh…?”
Adra yang masih belum bersiap hanya mengangguk perlahan. “Okey..”
Mendengar persetujuan isterinya, Ezzaq kembali menutup pintu.
Adra memandang pintu bilik dengan pandangan kosong. Fikiran jahatnya kembali berlegar. Mesti tak sabar nak jumpa tunang tak sempat dialah tu, sampai isteri sendiri pun tak bye-bye. Hatinya kembali gusar. Berharap karakter Ezzaq tidak berubah lagi. Dia sukakan Ezzaq yang di tepi pantai petang tadi.
“Sayang tak penat ke duduk dekat belakang saya sahaja ni..?” tanya Ezzaq. Wajahnya dipaling dan kedudukan wajah mereka mereka agak dekat.
Adra menggeleng. “Tak pun, awak penat ke dukung saya macam ni..?”soal Adra pula. Pelukan dileher Ezzaq diselesakan. Kedua belah pehanya dipegang kemas oleh lelaki itu supaya tidak terjatuh. Pakaian mereka tidak usah ceritalah, sah-sah sudah lencun dibasahi air laut.
Ezzaq senyum sebelum membawanya ke bahagian hujung tanjung sedikit, alunan air di situ pula tidaklah sekuat digigi air. Lebih tenang dan lebih selesa untuk mereka menikmati suasana matahari terbenam.
“Kalau bagi upah sikit tak penatlah…” sakat Ezzaq.
“Upah…?”
Bibir Ezzaq mengorak senyum dan dia palingkan pipinya dekat dengan wajah isterinya.
“Sini…”
Adra menjarakkan sedikit kepalanya dan ditolaknya dagu Ezzaq supaya berpaling ke depan semula. “Malulah..Karang orang tengok…”
“Tak sempat orang nak tengok pun…Cepat..” Sekali lagi pipinya disua.
Adra masih teragak-agak. Namun matanya melekat pada pipi Ezzaq. Kiss? Tak...! Kiss? Tak...!
Seketika terasa pehanya dicengkam. “What are you doing…?” Adra ketawa kerana kegelian. Dia pantang kalau orang sentuh bahagian peha, nak-nak yang dekat dengan bawah lutut. Terus Adra turun daripada belakang Ezzaq.
Ezzaq turut tergelak namun ditarik Adra menghampirinya. Tangannya berlingkar di pinggang isterinya. Pandangan mereka bersatu. Tiada bicara yang keluar, namun mereka berdua saling bertukar senyum.
“Nak saya dukung dekat depan pula ke..?” keningnya diangkat.
Mata Adra membulat, “Ingat saya ni baby ke…?”
Ezzaq ketawa perlahan. “Just try it…” terus Ezzaq mengangkat badan isterinya. Tak susah pun. Untung paras air pun di bahagian dada mereka. Jadi badan memang menjadi ringan ketika berada di dalam air.
Adra terkejut dengan tindakan selamba Ezzaq, namun kakinya automatik berlingkar dipinggang Ezzaq dan tangannya memeluk leher lelaki itu.
“See… bukan baby sahaja boleh tau…” Ezzaq senyum lagi.
Adra senyum tipis. Jantungnya mula berubah rentak. Jarak mereka yang dekat membuatkan hatinya semakin tidak keruan. Matanya menjelajahi keseluruhan wajah lelaki itu. Dan pandangannya terhenti pada bibir lelaki itu yang sedang tersenyum.
Kenapa..?
Kenapa bibir tu merah.
“You want to taste it…?”
Adra angkat mata, dan matanya bertembung dengan lelaki itu.
“Just taste it if you want…” Ezzaq menarik badan isterinya. Dan…
Tiga..
Dua…
Satu…
Bibir mereka mula bertaut mesra bersama alunan ombak yang tenang.
Share this novel