Order..!! 22

Romance Series 123857

JAM 9 pagi Ezzaq telah bertolak pulang. Adra tidak mahu menghantarnya, dia hanya melihat daripada jauh. Ezzaq ditemani oleh seorang lelaki. Mungkin kawannya ataupun pemandu grab. Namun melihat mereka menggunakan kereta yang sama sepanjang Ezzaq berada di sini, rasanya tidak mungkinlah pemandu grab. Mungkin kenalan dia yang meminjamkan kereta kepadanya untuk sementara. Tidak pula dia bertanya dengan lebih lanjut dengan Ezzaq sebelum ini. Lagipun dia tidak terasa soalan itu adalah soalan penting untuk dia utarakan.

Biarlah..

Sekarang dia mahu meneruskan kehidupannya sendiri di sini. Adra duduk termenung di dalam bilik. Bantal tidurnya ditarik dan dipeluk kemas. Dia cuba memadamkan banyangan lelaki itu daripada menerjah ruang fikirannya. Namun, ketenangan tergugat. Dia terasa seperti pemergian Ezzaq membawa jiwanya sekali. Dia terasa kehilangan dan kekosongan. Kenapa ya..?

“Saya bagi tiga hari je untuk awak decide, lepas tu awak balik ya… Kalau tidak saya datang sini sekali lagi, dan paksa awak balik bersama saya…” kata Ezzaq sebelum dia pulang tadi.

“InsyaAllah, saya tak janji…” balas Adra senada.

Ezzaq merenungnya dalam. Tiada senyuman namun tampak dia sangat mengharapkan respon yang positif daripada Adra.

“Please…I need you….”

Adra menarik nafas dalam. Ezzaq masih sama seperti hari pertama mereka berjumpa. Seperti sentiasa mendahulukan dirinya. Mengharapkan dirinya bersama-sama melalui waktu-waktu yang berlalu. Namun bersediakah hatinya untuk menerima Ezzaq sepenuhnya. Azad pula nanti macam mana. Bagaimana kalau Azad datang berjumpa dengannya setelah dia pulang ke KL nanti. Siapakah yang harus dia letakkan hatinya ini…?

Saya dah sampai kat KL, 3 days counting…. – Ezzaq

Mesej Ezzaq yang baru diterimanya direnung. Akalnya ligat berfikir. Badannya dibaring telentang. Mesej Ezzaq tidak pula dibalas, hanya matanya memandang kipas syiling yang sedang berputar.

Huhhh..!

Balik…?

Tak payah balik…?

Balik…?

Tak payah balik…?

Balik…

Argghh….Tunggu lah, nantilah dia decide.

***********

ANGIN petang bertiup lembut. Adra meneruskan langkah lariannya menyusuri tepi pantai. Rambut panjangnya diikat tinggi supaya tidak terganggu ketika lariannya. Setiap kali langkahnya jatuh memijak pasir pantai, ikatan rambutnya turut ikut bergerak ke kiri dan ke kanan. Berlari ditepi pantai sebenarnya sangat bagus, kerana ia mampu menguatkan lagi otot-otot kaki dan badan. Jadi Adra menggunakan kesempatan ini sedangkan dia masih berkampung di rumah Mira.

Setelah tiga kali berpusing dari rumah sehingga ke hujung dan kemudian berpatah balik semula, Adra akhirnya memperlahankan rentak larian. Terasa deretan peluh yang keluar daripada dahi dan lehernya. Sengaja dia memakai sweather untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan pengeluaran peluh daripada badannya.

Tekaknya kini berasa haus, Adra berjalan perlahan menuju ke parking rumah. Di situ dia meletakkan air kosong berserta tuala sebelum dia memulakan lariannya tadi. Baru dia melabuhkan punggung di parkin rumah, Mira berjalan menuju ke arahnya.

“Mira….” Tegur Adra.

“Baru habis joging ke..?”

Adra mengangguk. Air di tangan, diteguk perlahan. Terasa nyaman tekaknya ketika bersentuhan dengan air sejuk. Menyegarkan.

“Jom jalan-jalan dekat sana nak..?..” ajak Mira. Jarinya menghala ke arah pantai.

“Tiba-tiba ajak jalan-jalan ni..”

Mira tayang senyum tipis. “Jomlah…”

“Yalah, jom…” Adra bangun dan mula melangkah. Mira pula berjalan seiringan dengannya. Air sejuk yang berada di tangan, diteguk sekali lagi. Banyak air di dalam badannya telah keluar melalui peluh tadi, jadi perlulah dia menambah kandungan air di dalam badannya semula.

“Kau okey tak…?” soal Mira setelah mereka berjaln agak jauh daripada halaman rumah.

Wajah Mira dipandang. Kening dijongket. “Apa jenis soalan kau tu..?”

Mira tergelak. “Kaulah..”

“Aku..? Kenapa dengan aku pulak..” soal Adra lagi.

“Kau okey tak..? Aku tengok lepas laki kau balik, muka kau jadi ketat balik..” komen Mira.

Adra merasa wajahnya. “Lembut je.. Tak ketat pun…”

Pap!

Lengan Adra dipukulnya.

“Sakitlah…” adu Adra. Tangannya laju menggosok tempat yang terkena tamparan sakti si Mira. Sakit dan pedih kot.

“Padan muka.. Aku tanya betul-betul, kau main-main.”

Giliran Adra pula tergelak. Sengaja dia mahu mengusik kawannya, alik-alik dia juga terkena penderaan. Penderaan fizikal ya..! Namun jauh di sudut hati sebenarnya dia tidak tahu bagaimana harus dia menjawab soalan Mira. Dia sendiri pun tidak tahu, dia okey ke..? Kalau okey, tahap mana yang okey nya. Kalau tak okey pun, apa yang menyebabkan dia tak okey. Haa.. Pening tak..? So, tak tahulah apa jawapan yang terbaik untuk diberikan.

Adra melepaskan keluh. Teringat permintaan Ezzaq sebelum dia kembali ke KL. “Mira….”

“Ermmm…”

“Dia ajak aku balik …”

Mira senyum. “So…?”

“Patut ke aku balik…?”

“Kenapa tanya aku soalan tu, hanya kau yang boleh jawab soalan tu…”

Adra diam. Dia sendiri tiada jawapan. Sebab tu dia ingin mendengar jawapan Mira. Apa pandangan Mira.

“Dia bagi aku tiga hari untuk buat keputusan. Kalau aku tak balik, dia akan datang sini paksa aku balik jugak..” luah Adra.

“Hati kau macam mana…?”

“Entahlah… Kurang pasti..”

“Jujurnya kan, selama laki kau duduk dua hari dekat sini, aku boleh nampak perubahan dekat wajah kau..”

Wajah Mira dipandang. “Apa yang kau nampak…?”

“Nampak macam kau bahagia.. Manis je..”

“Tchhhhh… Karut kau ni..”

“Masih tak nak mengaku kan…?”

“Entahlah….”

“Kalau aku, aku balik.. Sebabnya, aku rasa memang dia seorang lelaki yang baik. Dia sanggup datang cari kau dekat sini. Lagipun aku rasa ego kau tak adalah tinggi mana pun, mungkin rasa kecewa yang kau alami tu je.. Tapi sejak laki kau datang, kau nampak happy. Jadi apa salahnya. Bagi ruang sikit dekat diri kau untuk betul-betul terima dia sebagai suami kau yang sah.. Bagi ruang untuk hati dan diri kau untuk merasai bahagia setelah apa yang kau alami sebelum ini..”

“Kalau Azad cari aku balik..?”

“Ada tak Azad datang cari kau dekat sini sekarang..?”

Adra menggeleng.

“Jadi, buat apa kau nak bazirkan masa pada sesuatu yang bukan milik kau.”

“So…?”

“So…?”

“Kau nak aku baliklah ni…”

Mira mengangguk. “Bukan aku tak suka kau ada dekat sini, aku suka gila wei. Tapi kau kena faham. Aku single, you are married.. Kau ada tanggungjawab dekat laki kau. Berdosa tau kalau dia tak redha…”

“Tapi aku tak tahu aku boleh bahagia atau tidak dengan dia.”

“Cubalah bukak hati kau… Rasainya dulu. Bahagia atau tidak..”

“Aku takut, aku takut kecewa.. Aku tak yakin dengan hati aku sekarang. Walaupun pun kau cakap dia lelaki baik, tapi baikkah dia untuk aku? Ataupun baikkah aku untuk dia? Kalau aku buka hati aku, akhirnya aku merana. Baik tak payah perjudikan hati aku ni. Aku tak nak kecewa buat kali kedua. Aku tak mampu Mira. Jadi, aku rasa lebih baik aku tidak teruskan hubungan kami. Atau lebih tepat, baik aku minta cerai dengan dia..”

Pap!

Sekali lagi, kali ini tamparan di kepala Adra pula.

Adra terkesima. Apa Mira ni. Main gasak kepala pula. Kepala orang ni tau, bukan kepala patung. Rungut Adra dalam hati.

“Kau seronok sangat ke nak jadi janda…?”

Adra menggosok kepalanya. Entahlah..

Dia sendiri tiada jawapan.

**********

MATA Ezzaq sekejap-sekejap memandang handphonenya. Namun skrin telefon itu hanya hitam. Gelap. Hari ini merupakan hari ketiga, namun masih belum ada keputusan daripada Adra. Fokusnya agak terganggu walaupun mesyuarat dengan pembekal sedang dijalankan. Wajah Atikah, setiausahanya dipandang. Atikah sibuk mencatat setiap butir mesyuarat.

Ezzaq bersandar dikerusi. Nantilah dia semak dan teliti semula berdasarkan minit mensyuarat yang Atikah sediakan. Sepanjang Atikah berkhidmat dengannya, Atikah sangat efisyen. Jadi butir-butir yang penting mungkin tidak akan terlepas pandang.

Ezzaq berkira-kira, jika Adra tidak berikan kata putus, bagaimana caranya untuk memaksa Adra pulang semula ke KL. Dia mahu Adra pulang dengan rela hati, bukan paksaan. Paksaan hanya akan memburukkan lagi hubungan mereka. Sesekali tangannya menguak juntaian rambut yang jatuh ke dahi. Wajahnya resah. Bukan kerana isu perbentangan di depan, tetapi resah menunggu keputusan isterinya sendiri.

Tanpa sedar pembekal sudah pun mengakhiri pembentangan dan mensyuarat. Ezzaq hanya tersenyum nipis. Dia tidak tahu sampai ke mana fikirannya melayang. Pembekal dan beberapa orang staf lagi mula bergerak keluar dari bilik mesyuarat. Ezzaq masih lagi pegun di kerusinya. Tiada ura-ura untuk dia keluar.

Atikah yang duduk disebelah mula pelik. Wajah En Ezzaq dipandang. Dari tadi bossnya asyik mengeluh, macam risaukan sesuatu. Mata tak payah kiralah, asyik duk pandang telefon sahaja. Nak tanya ke tak payah tanya..? Kan kalau tanya, boss bagi jawapan yang haru biru baru tahu. Boss bukan boleh percaya sangat sekarang. Suka bagi jawapan sentap. Tapi mujur dia bukan jenis sentap dengan boss… hihi.

Tak apalah, kita cakap yang formal sahaja. Tengok boss beri perhatian ke tidak. Tapi untuk perkara ini memang bos kena beri perhatian.

“Boss, esok boss ada appointment dengan Datuk Hasnol ya..” kata Atikah sambil menutup fail di depannya. Lebih baik ingatkan sekali lagi, takut En Ezzaq terlupa.

“Datuk Hasnol…?”

“Ya..”

“Saya sorang sahaja ke…?”

“Cik Hanis inform dia nak join sekali, tetapi Datuk Hasnol prefer bos untuk decide plan yang terbaik untuk landskap ofis baru dia. Datuk ada maklumkan dalam email.”

“Okey baik… Nanti saya semak semula..” balas Ezzaq seperti tidak berminat untuk meneruskan perbualan tentang mesyuarat pada esok hari.

“Boss…” panggil Atikah perlahan.

Ezzaq berpaling. Wajah Atikah seperti ingin mengatakan sesuatu.

“Kenapa tunjuk muka macam tak makan setahun ni..?”

Atikah menggigit bibir. See..! Kan dah cakap, mesti boss bagi ayat sentap. Punyalah dia touch up hari-hari, bos boleh panggil muka tak makan setahun. Itu belum tanya, baru mukadimah. Kalau tanya tak tahulah apa jawapan boss bagi.

“Tak ada apa-apalah boss. Saya keluar dulu.” Kata Atikah. Lagipun hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik mensyuarat ketika itu. Jadi lebih baik Atikah menyusul keluar dahulu. Tambahan pula dia perlu menyiapkan dan memfailkan minit mensyuarat tadi. Nanti mesti En Ezzaq akan minta untuk semakan.

Ezzaq mengangguk.

Telefon di atas meja di ambil. Skrin dibuka. Kosong. Tiada satu pun mesej daripada Adra.

Adra…! Badannya disandar ke kerusi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience