HAMPIR satu jam setengah baru perbincangan mereka menemui kata putus. Jam ditangan dipandang sekilas. Hampir jam 2 petang, harapan agar Adra setia menunggunya. Jangan tiba-tiba Adra melarikan diri lagi. Tak pun dia balik rumah mama dengan grab. Ezzaq tarik nafas dalam. Berharap kemungkinan yang pertama, bukan yang kedua.
“Selepas saya balik Jepun nanti, saya minta PA saya contact you untuk next appointment ya..” kata Dato Hasnol sekaligus mengembalikan Ezzaq ke alam nyata
“Dato pergi dalam berapa lama tu…?” soal Ezzaq berbasi-basi.
“Around 2 or 3 week.. Tengok pada keadaan macam mana.. Awak jangan risau, kalau plan dah siap, boleh sahaja emailkan dahulu.. Kalau ok saya proceed, kalau ada penambahan atau perubahan, saya maklumkan kemudian atau kita jumpa nantilah selepas saya pulang..”
“Baik Dato…” jawab Ezzaq sambil mengangguk.
“Ok, saya ada appointmnet lagi selepas ini, saya balik dulu…” Dato Hasnol bersalam dengan Ezzaq. Dato Hasnol meninggalkan pejabat bersama dengan PAnya.
“Jom Ezz, lunch sama-sama..” ajak Hanis. Senyumannya sengaja dimaniskan. Daripada tadi dia melihat Dato Hasnol banyak bercakap dengan Ezzaq sahaja. Lelaki itu pula serius betul ketika berkerja. Sekarang baru ada masa untuk dia bercakap dengan Ezzaq.
“Sorry.. I ada appointment lain..”jawab Ezzaq bersahaja. Lantas dia melangkah meninggalkan Hanis yang masih berada di dalam bilik mensyuarat.
“Appointment dengan siapa..? I nak ikut. Boleh kita makan sekali…” balas Hanis, walaupun Ezzaq meninggalkannya, dia masih boleh menyaingi langkah lelaki itu. Alaa, pejabat mereka bukanlah besar sangat pun.
“Dengan wife I. I tak rasa propernya kalau you nak ikut sekali…” balas Ezzaq. Hanis yang berjalan disebelahnya dipandang sekilas. Harap wanita itu memahami. Tiada istilah perempuan lain di antara hubungannya dengan Adra.
“Alaa. Takkan tak boleh… I rasa mesti isteri you tak kisah kalau ikut sama.”
Langkah Ezzaq terhenti. “Kalau pun dia tak kisah, tapi I kisah…” sambung Ezzaq.
“Alaaa.. I ikut ya…”
“Tak boleh..! You boleh ajak Asrol kalau you tak ada kawan nak lunch sama-sama…Takkan itu pun I nak ajar...” balas Ezzaq sedikit berang. Sukar sungguh untuk dia memahamkan Hanis tentang pendiriannya.
"But I prefer you temankan..." pujuk Hanis lagi. Derap kakinya tetap mengekori langkah Ezzaq walaupun Ezzaq terang-terangan menolaknya.
Ezzaq membiarkan bicara Hanis tanpa balasan. Cakap pun tidak faham. Baik diam. Kalau tidak faham juga entahlah. Dia mahu cepat tiba ke biliknya. Dalam fikirannya hanya ada Adra. Masihkah Adra menunggunya..?
Ezzaq berhenti di depan PAnya seketika sebelum masuk ke biliknya sendiri. Atikah dipandang. “Saya nak balik sekarang, make sure tiada urgent call macam hari ini lagi..” pesan Ezzaq.
“Baik boss…” balas Atikah patuh. Dia sendiri pun tidak mahu menganggu cuti bossnya jika tiada urusan penting seperti hari ini.
Sebelum menolak pintu biliknya. Hanis dikerling dan wanita itu masih berdiri di belakangnya.
“You nak apa lagi…? I cakap I dah nak balik. You jangan makan gaji buta tau..” tegur Ezzaq. Suaranya tidaklah terlalu kuat, namun mampu menusuk ke dalam hati orang yang mendengarnya. Lagipun hanya ada Hanis dan Atikah di situ.
Hanis terkulat-kulat apabila ditegur di depan PA Ezzaq. Jatuhlah air mukanya. Walaupun dia mengedik, pangkat dia lebih tinggi daripada PA Ezzaq. Tak boleh ke Ezzaq bagi ayat yang menyejukkan hati sedikit.
“Yalah…” balas Hanis dengan nada merajuk. Mulutnya dimuncungkan Sampai hati Ezzaq. Dia berlalu meninggalkan mereka berdua.
Atikah simpan senyum melihat reaksi cik Hanis. Itulah kerja asyik mengekor sahaja. Dah kena sound baru nak dengar. Nasib boss tak guna mikrofon, kalau tak confirm satu bangunan dengar. Lagi maluu....
“Awak boleh sambung kerja, isteri saya tak keluar kan..?” soal Ezzaq setelah Hanis berlalu.
“Tak boss. Ada dekat dalam..” jawab Atikah dengan yakin. Selepas dia keluar tadi, memang dia tidak nampak isteri boss keluar. Dia pun melekat sahaja dekat meja, tidak ke mana-mana. Kalau isteri bos keluar, mesti dia akan lalu di hadapannnya. Jadi confirm, isteri bos masih di dalam.
Ezzaq tersengih. “Ok.. Thanks…”
Pintu bilik dikuak perlahan. Matanya meliar mencari kelibat Adra. Adra sudah terlena di sofa rupanya. Ezzaq meletakkan laptop di meja dan dia tersenyum. Adra dihampirinya. Rambut yang menutupi wajah Adra diselak. Lama wajah isterinya dipandang kemudian bibirnya mendarat di dahi Adra.
“Errrmmm…” Adra terkejut apabila terasa ada sesuatu melekat pada dahinya. Apabila matanya terbuka, wajah Ezzaq yang sedang tersenyum menghiasi kornea matanya. “Sorry saya tertidur…Awak dah siap ke..?”
“Dah.. Sorry buat awak tunggu lama..”
“Its okey. Awak dah siap pun kan..”
“Yes.. Jom.. Kita dah boleh pergi makan..”
Adra menggangguk. Memang dia lapar. Itu yang boleh terlena. Dia membetulkan baju dan rambut. Matanya ditenyeh-tenyeh perlahan untuk menghilangkan kabur mata.
“Comel…”
“Apa…?”
“Tak.. Awak comel sahaja kalau tenyeh mata macam tu…” komen Ezzaq.
Adra mengecilkan mata. Tenyeh mata pun boleh jadi comel ke...? Ada masalah agaknya pakcik ni. “Saya nak ke toilet..” Adra bangun.
“Sure…” Ezaq turut bangun. “Dekat dalam bilik saya ada toilet..Come…” Ezzaq menarik tangan Adra untuk menunjukkan lokasi tandas di dalam biliknya.
“Saya boleh jalan sendirilah…” tegas Adra. Tangan Ezzaq yang memegang tangannya dipandang.
“Ya, saya tahu…” Ezzaq ketawa perlahan.. “Oh wait….!” Langkah Ezzaq terhenti. Wajah Adra dipegang dengan kedua tangannya. Wajahnya berubah serius.
“Kenapa…?” soal Adra hairan.
“I miss you…” balas Ezzaq lantas bibir Adra menjadi sasarannya.
“Awak ni…!” Marah Adra. Badan Ezzaq ditolak menjauhinya. “Ofis ni tau.. Behave sikit..”
Ezzaq ketawa senang.. “So kalau dekat rumah boleh lah eh…?”
“Saya tak cakap pun boleh…” balas Adra dan terus melangkah ke bilik air. Malas hendak melayan perangai Ezzaq kadang-kadang. Pakcik tu suka buat sesuka hati dia sahaja. Bukan fikir perasaan orang pun.
Senyuman masih kekal di bibir Ezzaq dan dia menghampiri meja kerjanya. Walaupun Adra marah, dia tidak kisah. Dia akan cuba buat Adra jatuh hatinya dengannya. Tindakannya menjadi lebih mudah kerana hubungan mereka sudah halal. Tiada yang menghalang untuk dirinya menyentuh isterinya dengan sesuka hati.
Dikemas laptop dan barang yang perlu dibawa pulang sementara menunggu isterinya keluar. Hampir lima minit menunggu barulah Adra keluar.
“Are you done…?” wajah Adra ditatap. Bertambah cantik pula bila dipandang banyak kali.
“Yes..”
Ezzaq memangku dagunya dengan tangan kiri. Matanya merenung wajah Adra dengan senyuman lebar. Tidak pula dia bangun daripada kerusi kerjanya.
Adra mengecilkan matanya. Melihat senyuman dan renungan Ezzaq, dia menjadi tidak senang duduk. “Jangan pandang saya macam tu..” tegur Adra.
Ezzaq masih dengan senyumannya. “I can’t. Awak cantik sangat..” puji Ezzaq.
Adra mencebik. “Stop it…!”
Konon..! Mulut manis mengalahkan gula, mana entah belajarnya.
“Betul….” Ezzaq tidak mahu mengaku kalah. Kali ini dia bangun dan Adra dihampirinya.
“Dont start it..” Adra memberi amaran apabila Ezzaq sudah mula menghampirinya. Dia tidak akan tertipu lagi dengan helah lelaki itu.
Ezzaq pula tergelak. “Why not…?”
“We still at your office.. Tak malu ke kalau staff awak tengok…”
“Ini bilik saya..Tiada siapa boleh masuk tanpa kebenaran saya…”
“Are you sure…” duga Adra.
“Yes….”
“But just now, saya tengok selamba sahaja pekerja awak masuk tanpa kebenaran..” Teringat pekerja Ezzaq yang bernama Hanis tadi. Memang ketuk, namun dia main redah sahaja sebelum Ezzaq memberi keizinan.
Ezzaq mengerutkan dahi dan senyum.. “Are you jealous…?”
“I dont think so… And it is not about jealous, but just beritahu fakta yang terjadi dekat depan mata. ” Adra sudah mengambil handbagnya. “Shall we…?” tanya Adra lagi. Perutnya sudah tidak tahan. Lapar…!
Ezzaq senyum lebar.. “Sure…”
*************
SUDAH hampir seminggu Adra berulang alik daripada rumah Ezzaq ke nurserynya. Apabila dia usulkan yang dia mahu tinggal sahaja di rumah, Ezzaq menegahnya. Mama dan papanya juga sama. Alasan, Adra kena tinggal dengan suami sendiri.
Suami..?
Ezzaq…?
Dia memang baik. Walaupun kadang-kadang suka menaikan suhu badan orang juga.
Adra bersandar di sofa usai mandi selepas solat maghrib tadi. Siaran korea favorite dibuka. Itulah kesukaannya dari dulu. Mengadap berjam-jam pun tiada masalah. Minat yang sama juga dikongsi dengan Mira. Sebab tu dia dan Mira memang rapat, cuma sekarang apabila berjauhan hanya laman sosial yang menghubungkan mereka.
Sedang kusyuk menonton cerita, terdengar enjin kereta. Jam di dinding dikeling. Jam 9 malam baru hendak sampai rumah. Matanya kembali menatap skrin televisyen.
“Assalamualaikum…” Ezzaq muncul di muka pintu.
“Waalaikumusalam…” jawab Adra perlahan. Lelaki itu tersenyum ketika pandangan mereka bersatu. Adra tersenyum tipis. Pernah tak orang cakap, isteri mithali biasanya akan tunggu suami pulang dari kerja di pintu dengan wajah yang dimaniskan untuk tatapan suami yang penat bekerja seharian. Namun, itu isteri mithali. Dia belum sampai tahap tu lagi yaaaa.
Badannya tidak bergerak dan masih kekal bersantadi di atas sofa. Namun matanya bergerak mengikuti langkah lelaki itu yang memang sedang menuju ke arahnya.
Beg laptop diletak diatas meja berdekatan mereka dan Ezzaq melabuhkan punggung di sebelah Adra.. Wajah Adra dipandang sekilas. Kemudian dia membaringkan badan, kepalanya sengaja diletakkan di riba isterinya. Apabila Adra tidak menolak, barunya kepalanya diselesakan.
“Mandilah dulu….” Tegur Adra. Bahu Ezzaq ditepuk perlahan. Sudahlah baru balik. Walaupun sudah malam, namun wanggian badan lelaki itu masih segar menghiasi rongga hidungnya. Tapi, tak salahkan, selepas pulang daripada kerja kita membersihkan diri dahulu.
“Five minutes please….” Balas Ezzaq dengan suara perlahan. Matanya sudah terpejam.
“Dah tahu penat, baliklah awal sikit…”
“Nak balik awal, tapi kerja banyak.. Nak buat macam mana..”
“Yalah… Nak air ke..?”
Ezzaq menggeleng. Kepalanya dipusing mengadap perut Adra.
Adra menahan nafas. Terkejut dengan gerakan spontan Ezzaq. Mahu ditolak kepala itu menjauhi perutnya, namun niatnya terhenti apabila melihat mata Ezzaq sudah terpejam.
Rupanya Ezzaq sudah tertidur. Betul penat sangatlah tu. Adra membetulkan duduk agar kepala Ezzaq selesa. Dia pun bersandar di sofa. Tidaklah perutnya menganggu tidur Ezzaq. Tangannya terasa mahu menyentuh rambut Ezzaq. Rasanya sepanjang mereka berbaik, tidak pernah sekali pun dia menyentuh rambut lelaki itu. Ezzaq yang lagi banyak bermain dengan rambutnya. Semua ada, usap ke, main ke, tarik pun pernah. Huh! Tang tarik tu sakit hati sikit. Perit kot.
Tangannya mula bergerak. Rambut Ezzaq yang lebat dan halus, diusapnya perlahan. Matanya menyambung menonton siaran yang tergendala. Sekejap-sekejap dia senyum dengan keletah pelakon korea di kaca tv, namun tangannya masih lagi bermain dengan rambut Ezzaq.
Tanpa disedari, Ezzaq memerhati gelagat Adra dalam diam. Memang dia tertelap seketika tadi, namun jemari yang bermain di kepalanya membuatkan dia tersedar. Bukan belaian itu menganggunya, namun dia terasa damai apabila tangan isteri sendiri membelainya sebegitu. Semoga hati isterinya terus terbuka untuk menerima dirinya sepenuhnya.
“Sayang…”
“Hah..?” melihat mata Ezzaq yang sudah terbuka, tangannya terus berhenti.
“Thanks pinjamkan peha yang empuk ni…”
“Ermmm…” jawab Adra pendek. “Awak nak naik mandi dulu tak…?”
“Sekejap lagi saya mandi… Esok sayang ada nak pergi mana-mana tak…?”
“Kenapa..?”
.
“Esok saya cuti….”.
“Kenapa tiba-tiba cuti…?”
“Esokkan sabtu sayang. Yalah saya busy, tapi sabtu ahad saya cuti jugak…”
Sabtu dah..? Adra tergelak. Tidak sedar pula masa berlalu. Dia pun jenis tidak terikat dengan hari, jadi kadang-kadang tidak mengambil tahu sangat hari apa. Jalani sahaja hari-hari yang mendatang dengan seadanya.
“Entah, tak tahu.. Awak rehat sahajalah dekat rumah.. Minggu ni tengok macam busy semacam sahaja…”
“Ermm… Tapi rasa macam nak keluar dengan wife.. Boleh tak…?”
“Tak kisah… Nak pergi mana…?”
“Tengok wayang nak…?”
“Ada cerita best ke…?”
“Kita tengoklah nanti…”
“Boleh sahaja…” Ezzaq dipandangnya. “Ni tak nak bangun lagi ke…?” digerakkan sedikit pehanya agar Ezzaq bangun dari pembaringannya.
Ezzaq menggeleng. “Tak nak.. Best sahaja baring macam ni..”
“Berat kepala awak tahu tak…?”
“Pahala tau tolong hilangkan lelah suami…”
“Yalah…”
“Sayang lapar ke…?”
“Tak pun…”
“Kenapa perut berbunyi…?” tangannya menyentuh perut Adra.
Adra menggigit bibir. Siapa suruh duduk dekat dengan perut. Ezzaq ni. Tangan Ezzaq yang masih menyentuh perutnya diangkat. Jangan sentuh lama-lama.
“Dia tengah proses makanan kot, sebab tu bunyi..” jawab Adra selamba.
“Bila last sayang makan…?” Dahi Ezzaq berkerut. Bukan boleh percaya jugak Adra ni. Memang dia suka tahan lapar.
“Dekat rumah mama tadi..”
“Pukul berapa..?”
“Adalah dalam pukul 3 lebih..”
Ezzaq terus bangun. “Malam tak makan lagi ke…?”
“Tak lapar pun…”
“Nanti sakit perut lagi. Tunggu saya mandi sekejap. Sekejap lagi saya masak…” Ezzaq sudah bersedia untuk naik ke atas.
“Eh tak apa.. Tak payah…”
“Mana boleh macam tu… Awak kena makan jugak.. Jangan tahan lapar..”
“Habislah diet saya nanti kalau makan malam…”
Ezzaq tergelak. “Sayang.. Awak dah kurus tau, nak diet untuk apa lagi…”
“Hallo.. Diet untuk kesihatan okey.. Bukan untuk kurus…”
“Yalah.. Kita makan yang ringan-ringan sahaja. Tak adalah kena makan nasi.. Tunggu saya mandi sekejap..”
Adra hanya membiarkan Ezzaq naik ke atas. Dia pula menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Apa yang Ezzaq nak masak malam-malam ni..? Sayuran semua memanglah ada. Nak buat salad ke..? Macam leceh pun ada. Tak pun makan buah sahajalah. Dia kembali ke depan TV.
Lima belas minit kemudian Ezzaq turun. Baju sudah bertukar dan Ezzaq berlalu ke dapur.
Adra mengejar langkah Ezzaq dan ditariknya tangan Ezzaq. “Awak tak payah masaklah. Tadi cakap penat.. Kita makan buah sahaja..”
Ezzaq berpusing. Timbul idea nakal apabila melihat wajah bersungguh Adra. Ditariknya Adra rapat dengannya dan ke dua belah tangan melingkar dipinggang isterinya.
“Tak perlulah peluk saya macam ni..” tolak Adra. Tangannya menolak badan Ezzaq agar menjauhinya.
Ezzaq tersengih. “Kalau awak peluk saya, saya tak masak…”
Adra membulatkan mata. “Ada pula macam tu...”
Ezzaq mengangkat kedua bahunya. “Adalah ni. Cepat…! Pilihan ditangan awak…”
Adra mati akal. Dia kesian dengan Ezzaq. “Saya tak lapar pun…” kata Adra. Mungkin itu jawapan yang terbaik.
“So kalau saya tak masak, means you owe me one hug.. Right? ”
Ezzaq ni…
Semakin menjadi-jadi perangai dia sekarang.
“Jadi yang mana..?”
Adra mengigit bibir. Ezzaq masak atau peluk Ezzaq…?
Macam dua-dua dia tak mahu.
“Lamanya fikir…”
Wajah Ezzaq dipandangnya. Yalah..
Tangannya bergerak ke belakang pinggang Ezzaq dan bertemu dengan tangannya satu lagi.
“Okey dah..!”
Ezzaq menggeleng. “Apa yang dah..? Tak rasa pun..?” sakat Ezzaq. Tak sangka Adra memilih memeluknya.
Grrrrrrr….
Sekali lagi Adra memeluk Ezzaq dan Ezzaq segera mengeratkan pelukan mereka. Adra tersenyum. Tak payah pun sebenarnya. Dia sendiri terasa tenang dengan pelukan Ezzaq. Bahu Ezzaq yang lebar membuatkan dia terasa selamat.
“Dah..” Adra melepaskan pelukan.
Ezzaq senyum. “Thanks…” Dahi Adra diciumnya.
“Awak naik rehatlah…” ujar Adra.
Ezzaq tidak naik ke atas, namun langkahnya menuju ke dapur pula.
"Awak buat apa lagi kat sini…?" tanya Adra. Sepatutnya dia naik ke atas untuk berehat, bukannya ke dapur. Namun sekarang, lelaki itu mula mengeluarkan bahan-bahan daripada peti ais.
“Awak dah bagi tenaga dekat saya tadi, jadi saya nak masak sekejap…”
“Ezzaq..! Not fair….” Adra sedikit marah. Mana boleh main tipu macam ni. Tadi cakap lain, sekarang cakap lain.
“Sayang.. Saya lapar jugak ni, sebab tu nak masak. Tadi dekat ofis malas nak turun makan.. Saya masak spagethi boleh…?”
Adra terdiam. Kenapa tak cakap dia lapar, kalau tak, tak adalah dia peluk Ezzaq tadi. Sengajalah tu.
“Kita order sahajalah…”
“Nak order apa..?”
“Mcd ke KFC ke….”
“Kata tadi nak jaga diet. Mana ada orang makan fastfood malam-malam..”
Eh..!
Dia kenakan kita pulak.
“Kalau order at least dalam setengah jam baru dorang hantar. Kalau saya masak tak sampai 15 minit pun..”
Yalah En Ezzaq oii..
Adra malas mahu membalas. Hanya mata memandang pergerakkan Ezzaq yang mula memasak. Sementara menunggu spagethi siap, Ezzaq membancuh air panas. Milo. Memang air favorite.
Tung.. Tang..
Tak sampai 15 minit pun spagethi sudah terhidang di depan mata.
“Rasalah…” kata Ezzaq.
Aromanya mula mencucuk hidung. Macam mana diet ni…? Hancur…!
Ezzaq duduk di depannya. “Kenapa tak makan lagi…?”
“Awak saja kan…” Keningnya diangkat. “Kalau saya gemuk siap awak…”
Ezzaq ketawa lucu. “Kalau tak nak gemuk, lain kali makan dulu sebelum malam…”
Adra mencebik. Yalah, salah dia. Nak buat macam mana. Memang dia tidak lapar pun tadi. Namun sekarang, dengan bau spagethi yang senang-senang membuka seleranya, dia tidak berani berkata sudah kenyang, atau tidak lapar. Lagipun alang-alang Ezzaq sudah siap masak, baik kita jangan membazir. Garpu dicapai, seurat spagethi masuk ke dalam mulutnya.
“Sedap…” puji Adra.
“Nanti saya ajar awak masak…”
“Tak nak.. Tak berminat…”
Pipi Adra dicubitnya. “Memanglah tanggungjawab saya masak untuk awak tau. Tapi tak salah kalau awak belajar..Nanti kalau dah jadi mama nanti, takkan tak nak masak untuk anak-anak kita.”
Wajah Ezzaq dipandang.
Apa ni…! Tengah makan cerita pasal anak-anak pulak dia.
“Ubah topik lain boleh…”
“Kenapa pulak.. Betulkan apa yang saya cakap..”
“Awak nak bagi saya makan tak…?”
Ezzaq tergelak. Cuaklah tu.. “Yalah. Awak makanlah..”
Adra cepat-cepat menghabiskan suapan terakhir. Risau juga dengan Ezzaq ni.
“Saya naik atas dulu…” kata Adra setelah siap membasuh pinggan. Dia meninggalkan Ezzaq yang masih belum selesai makan.
Sesampai di atas, Adra cuba untuk tidur. Namun matanya tidak mengantuk. Tambahan pula perutnya tengah kenyang. Sebab itu dia tidak suka makan malam, bila perut kenyang, dia lagi sukar untuk melelapkan mata. Kalau orang lain tengah perut penuh inilah mata cepat nak tertutup.
Dia berpusing ke kiri kemudian berubah ke kanan, namun mata tidak juga mengantuk.
Ezzaq juga masih belum masuk ke bilik. Adra bangun dan menuju ke tingkat bawah. Mengintai Ezzaq, dia tiada di ruang tamu. Adra melangkah menuju ke pintu tengah. Pintu kaca ditolak dan dia menghampiri kolam. Kerusi ditarik dan dia duduk separa berbaring di situ.
Air kolam nampak jernih kerana ada nyalaan lampu di dalam kolam renang. Cantik betul designnya. Macam mana entah si Ezzaq boleh jumpa rumah ini. Dia pun tidak pernah ringan mulut mahu bertanya lebih. Adra tersenyum. Damai dan sejuk dengan hembusan angin malam.
Lama-kelamaan, matanya semakin layu. Dan dia tertidur di situ.
Ezzaq yang berada di bilik kerja sudah ternampak kelibat isterinya turun dan dari bilik itu juga boleh melihat dengan jelas kawasan kolam di bawah.
Sekali pandang, dilihatnya Adra sudah terlena. Cepat-cepat dia turun. Sejuk diluar, risau Adra boleh demam jika dibiarkan berlama. Adra diangkat naik ke bilik. Langsung tidak tersedar. Adra dibaringkan di atas tilam dan menarik selimut menutupi badan isterinya.
“Selamat malam sayang…” Dahi dan pipi Adra dicium. Ezzaq kembali ke bilik kerjanya. Masih ada kerja yang belum selesai.
Share this novel