“YOU cakap apa ni sayang…?” tanya azad. Sungguh terkejut mendengar berita yang baru keluar dari mulut kekasih hatinya.
“I tersepit Azad. Dah jenuh I tolak tapi parent I tetap nak ikut wasiat tu.” Ujar Adra. “I sayangkan you, I nak kahwin dengan you, my parent pun tahu yang I dah ada you.” sambungnya lagi. Dia sendiri sudah mati kutu. Dari bertangguh, rasanya sekarang adalah masa yang paling tepat untuk dia memaklumkan kepada Azad.
Kalau betul kata abang Aidan, lagi dua minggu dia akan naik pelamin dengan lelaki lain.
OMG..!
Tapi inilah reaksi yang sepatutnya pasangan kekasih tunjukkan kan..? Bukan macam Ezzaq, terima wasiat dengan senang hati.
Argghh..
Pelik betul..
Ke ataupun memang Ezzaq tak ada kekasih, sebab tu dia terima.
Adra mengigit bibir. Wajah Azad di depan dipandang. Makin berkerut-kerut dahinya. Nampak sangat muka kecewa.
“Itulah, dari dulu lagi I nak hantar rombongan untuk you, tapi you asyik nak bertangguh-tanguh..” kata Azad lagi. Badannya disandar ke kerusi. Nafas berat dilepaskan.
“Yaaa.. Manalah tahu nak jadi macam sekarang..” serba salah pula Adra rasakan. Memang dia yang selalu mengelat ketika Azad mengutarakan hal perkahwinan mereka. Alasannya, mereka masih muda.
“You nak I hantar rombongan meminang…? I boleh cakap dekat parent I. Kalau you okey, hari ini pun I sanggup..” bersungguh-sungguh Azad. Hancur perasaannya apabila memikirkan Adra bakal menjadi milik lelaki lain.
“I tak tahu Azad. Rombongan lelaki tu dah ada kat rumah I sekarang. Sebab tu I lari…”
“What…?” terkejut Azad dengan tutur yang baru keluar dari mulut Adra. “Kenapa you tak cakap awal-awal..?”
“I tak tahu nak sampaikan macam mana dekat you…I tak nak you terluka, sebab I sendiri pun terluka sekarang..”
“Bila you dapat tahu yang you kena kahwin wasiat ni…?”
“Seminggu yang lepas. Hari yang sepatutnya kita keluar bersama…”
Azad meraup muka. Patutlah Adra batalkan janji mereka dengan tiba-tiba.
“Sayang.. You ada masa seminggu untuk beritahu I. Seminggu tau.. At least kita boleh fikirkan jalan terbaik..”
“Apa jalan yang you ada, kerana wasiat ni, I sendiri mati akal..” Azad dipandangnya.
“Sekurang-kurangnya I boleh hantar rombongan meminang dulu. Tak adalah kena tunggu hari ini..” luah Azad. Sedikit kesal.
“You ingat mama dengan papa I acceptlah rombongan meminang you. Diorang dah setuju dua belah keluarga kot. Kalau you datang pun, rasanya balik tangan kosong..”
“At least I cuba, daripada sekarang. Macam hitam putih sahaja I kena lepaskan you untuk kahwin dengan lelaki lain.” Balas Azad sayu. Parah hatinya.
Adra mengeluh. Kesian melihat reaksi Azad. Namun apa pilihan yang dia ada. Pening fikirkan cara untuk mengelak dari wasiat atuk. Tetapi memang tiada jalan lain pun.
“Adra… Kalau macam tu you tak boleh tolak ke…?”
“Dahhh….. Banyak kali dah I cuba, tapi semua orang dahulukan wasiat arwah atuk I. Apa pilihan yang I ada..?” keluhan berat Adra lepaskan.
“Adra…Jom..” Azad sudah bangun daripada tempat duduknya.
“Jom..? Ke mana…?”
“Balik rumah you…”
“Buat apa nak balik rumah I pulak.. I tak nak….” Pelik dengan Azad, dia bukan main lagi mahu melarikan diri dari realiti.
“Balik rumah you, bagi peluang I jumpa mama dan papa you…I ikhlas nak peristerikan you.. Jika keluarga bakal you ada lagi kat sana, I cuba minta izin mereka untuk lepaskan you untuk I. Apa nak jadi pun jadilah. Yang paling penting I tahu, I berjuang untuk you, untuk kita.” ucap Azad.
Adra tersentuh dengan pengakuan Azad. Ini yang dia sukakan tentang peribadi Azad, dia nakal tapi tetap gentleman. Nakal sikit-sikitlah, tidaklah over ke arah gatal pula.
Lama Adra terdiam, kemudian dia akur.
Manalah tahu, Azad dapat buat magic. Tak adalah dia melopong kena paksa kahwin.
Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan diri. Cuba berfikir apa ayat terbaik untuk dia menyokong apa yang Azad akan perkatakan sebentar lagi. Namun otaknya tidak berfungsi dengan cergas dek kerana hatinya tidak tenteram.
Tiba di selekoh terakhir sebelum sampai ke rumahnya, hati Adra semakin tidak keruan. Matanya memandang bahagian depan, namun sudah tiada kereta yang parking diluar kawasan rumah. Majlis sudah selesai kah..?
Jadi macam mana Azad nak yakinkan mama dengan papa. Mesti pertunangan dia sudah berlangsung.
“Azad…” wajah Azad dipandangnya. “I takut…”
Azad senyum tipis, mungkin dia juga sepertinya. “Kita hadapi sama-samanya…”
Sampai di muka pintu pagar rumah, tiada sesiapa diluar. Mereka melangkah masuk ke halaman rumah.
“Abang…” Adra ternampak kelibat Aidan sedang bersembang di meja bulat diluar bersama-sama saudara mereka. Adalah dua tiga orang sepupunya yang datang. Anak Anty Long dan Anty Ngah. Pagi tadi pun dia hanya bersapa seketika sebelum dia menyibukkan diri di nursery.
“Hah, adik.. Dah balik pun. Oh, Azad pun ada…” tegur Aidan. Dia bangun dan bersalaman dengan Azad. Azad juga bersalaman dengan saudara Adra yang ada di situ.
Pelikkah mereka apabila Adra pulang bersama lelaki lain sedangkan dirinya baru ditunangkan dengan lelaki lain. Namun mereka hanya diam, hanya mata dan hati yang berbicara.
“Aidan…Adra dah ceritakan pasal hal hari ini.” Kata Azad perlahan. Dia memang sudah mengenali abang Adra. Kadang-kadang ketika mereka keluar bersama, Aidan juga turut serta.
Aidan mengeluh setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Azad. Inilah dikatakan diluar mati emak, ditelan mati bapak.
“Abang..Azad nak jumpa mama dengan papa.. Azad nak hantar rombongan meminang untuk adik..” luah Adra bersungguh. Ditepisnya rasa segan dan malu ketika sepupu-sepupunya memandang. Apa pun kata mereka, buat apa dia nak peduli. Yang dia tahu, dia akan cuba berjuang dengan Azad selagi mampu.
Wajah adiknya dipandang. Kemudian wajah Azad pula.
“Adra dah selamat jadi tunang Ezzaq dah tadi. Dah selamat pun. Kalau Azad jumpa papa dengan mama pun abang tak rasa akan berhasil.” Ujar Aidan kesal. Wajah Azad dipandang, semoga Azad mengerti ketentuan yang telah pun terjadi. Adiknya perempuan, bukan boleh bersuami dua tiga orang. Hanya seorang suami Allah tentukan untuk seorang perempuan pada masa yang sama. Bukan tidak menyokong kebahagiaan adik sendiri. Namun dia percaya apa yang terjadi, mesti ada hikmahnya.
“Aidan! Adra belum balik lagi ke…?” tanya mama yang baru muncul dari dalam rumah. Kami bertiga beralih pandang ke arah kelibat mama.
Langkah Pn Ainun terhenti ketika terpandangkan Azad. Senyuman mama nampak kaku. Mungkin terkejut dengan kehadiran Azad yang tiba-tiba.
“Azad datang dengan adik.” ujar Aidan. Matanya beralih dari Azad kepada sepasang mata mama. Namun tiada balasan dari mama. “Jomlah masuk dalam dulu Azad.” Ajak Aidan. Apa-apa pun tetamu harus dihormati.
Azad mengikuti langkah Aidan ke dalam, namun mama menyekat langkah Adra.
“Adra buat apa ni…?” perlahan suara mama.
“Ma..Azad ikhlas dengan Adra. Bagi lah dia peluang.”
“Peluang tu dah habis Adra. Adra dah jadi tunang Ezzaq sekarang ni. Lagi dua minggu majlis nikah Adra. Keluarga Ezzaq tadi semua sudah setuju, kami sepakat benda yang baik, kenapa nak ditangguhkan. Adra cakap lah dekat Azad. Mungkin bukan Adra jodoh dia..Semua sudah diputuskan, kalau nak batalkan itu hanya memalukan keluarga kita. Lagipun perkahwinan Adra sudah ditetapkan, kalau Azad masuk meminang sekalipun, mama dengan papa memang tidak akan terima. Bukan kami tak sukakan Azad, tetapi takdir Adra dengan orang lain. Bukan Azad.” jelas Pn Ainun lebar.
Adra tidak berkata apa-apa, hanya air mata yang mengalir. Kata-kata mama begitu menusuk ke dalam hati. Seperti dihiris dengan pedang yang tajam. Sakit dan pilu. Pada masa yang sama, Azad juga mendengar jelas apa yang diluahkan oleh Pn Ainun.
Azad senyum tipis melihat wajah sugul Adra.
“Adra, aunty, saya balik dulu..” kata Azad perlahan. Hatinya hancur. Mujur dia tidak terus masuk ke dalam tadi. Kalau tidak, tidak tahu yang akan dibuatnya jika berlama disitu. Kehadirannya tidak diundang.
“I hantar you balik..” ucap Adra.
“Its ok. I think you perlukan rehat. I naik grab. Nanti I contact you balik..” tolak Azad.
“Aunty minta maaf Azad…”
“Its okey aunty..” Azad melangkah keluar. Dia tidak dapat bercakap banyak. Luluh hatinya sekarang. Tidak mampu nak memandang wajah Adra buat kali terakhir.
Remuk hati Adra melihat wajah kecewa Azad.
Share this novel