Tok..! Tok..
“Hah!...” Adra terkejut. Dia mengelamun rupanya.
“Adra.. Dah siap ke..? Maksu nak pergi dah ni..” suara Maksu daripada luar.
Adra mengigit bibir. Kalutnya macam ni. Dia belum bersiap. Adra terus bangun dan membuka pintu bilik. “Maksu sekejap, bagi Adra lima minit.”
Maksu mengangguk. Pintu kembali ditutup
Adra mengetuk kepala sendiri. Ini semua gara-gara fikirkan Ezzaq.
Terus baju dan seluar track ditukar kepada blouse yang baru dibeli petang tadi. Sedikit calitan dibibir dan sedikit haruman disembur ke badannya. Setelah telefonnya dicapai, Adra terus keluar daripada bilik.
Maksu tengah bersantai di sofa.
“Semua dah pergi ke maksu..?” soal Adra.
“Ya…Nenek sahaja ada lagi dekat bilik tu..” balas Maksu.
“Jadi kita tunggu nenek sekali ke..?”
Maksu mengangguk.
“Jom..Nenek dah siap…” suara nenek pula kedengaran. Serentak mereka berdua menoleh.
“Lahh… Dua-dua tak nak pakai tudung ke..?” tegur nenek.
Adra dan maksu berpandangan.
Alamak…
“Mak..adik duduk bawah sahaja dengan Adra kejap lagi. Lupalah nak bawak selendang..” balas maksu.
Adra mengangguk. Dia pun terlupa. Segan pula terasa dengan nenek. Mama pun selalu bising dengannya, bila nak bertudung. Namun hatinya belum terbuka. Nampak… salahkan hati, bukan dirinya sendiri.
Pn Zainun mengeleng. “Pergi ambil mak punya selendang. Bagi Adra satu.”
"Perlu ke mak.. Adik duk bawah sahaja..."
Pn Zainun menjenggelkan matanya. "Bawah pun.. Nanti orang masjid datang lagi. Tak malu ke orang tengok.. Kita orang Islam, buat majlis doa selamat, tapi aurat yang satu pun tak boleh nak jaga.." sambung nenek.
Aiyakkk...!!
Setepek kena dengan nenek. Maksu senyum kelat, begitu juga dengan Adra. Macam mana dia boleh terlepas pandang petang tadi. Kalau tak mesti dah beli siap-siap.
“Baik makk…”
“Cepat, mak tunggu dekat luar…”
Terkocoh-kocoh Adra dan maksu masuk ke dalam bilik Pn Zainun. Memang banyak selendang bergantungan di dalam bilik nenek. Macam kedai pun ada.
“Adra ambillah mana yang Adra nak…” arah maksu.
Sehelai selendang berwarna hitam dicapai. Namun diletak semula. Macam nak hadiri pengebumiannya sahaja pakai warna hitam. Kemudian jarinya mencapai warna ungu lembut. Bibirnya mengorak senyum. Ungu memang warna kegemarannya. Nak-nak warna lembut.
Selendang diacukan ke kepalanya. Sudah. Macam mana nak pakai ni..? Maksu disebelah dikerling. Wanita itu pun sama. Maish terkial-kial. Adra tergelak.
“Kenapa Adra gelak, sebab maksu tak pandai pakai selendang eh…” tegur maksu sambil tersengih.
“Adra pun tak tahu macam mana nak lilit ni maksu…” jujur Adra.
Akhirnya ketawa mereka berdua bergabung.
“Cepat…! Nanit orang dah selesai takkan kita baru nak sampai…” laung nenek daripada luar..
“Ah sudah….” Maksu mengelabah. Akhir sekali mereka menutup rambut dan kedua-dua hujung selendang diangkat ke arah yang berlainan. Siap..!
Kemudian mereka bertiga berjalan perlahan menuju ke rumah Pak Ngah. Lampu suluh ditangan nenek melilau ke kiri ke kanan untuk menerangi laluan mereka bertiga. Kata nenek, selepas Isyak orang masjid akan datang untuk memulakan bacaan yasin dan doa selamat.
Adra menatap skrin telefonnya, gelap. Tiada mesej daripada Ezzaq pun.
Agak ramai juga di halaman rumah Pak Ngah ketika mereka sampai. Kawasan pun terang benderang dilimpahi cahaya lampu sementara. Mata Adra ligat mencari seseorang.
Zapp..!
Matanya tertangkap dua orang sedang bersembang diselangi gelak-gelak di bawah khemah. Matanya dikecilkan. Kenapa mesti mereka berdua lagi. Inikah sebabnya Ezzaq mahu datang awal tadi..? Tidak mahu ketinggallan untuk berdua-duaan dengan tunang tak sempat.
Adra melarikan anak matanya. Kenapa hatinya terasa pedih. Sakit.
Itu yang ditakutinya, kenapa mesti apa yang dia bayangkan terjadi di depan mata.
“Mak… Dah sampai, masuklah…”
Suara Mak Ngah mengejutkan Adra kembali ke alam nyata. Ada dua tiga orang di dalam rumah, yang pastinya seorang pun tidak dikenalinya. Dia mengikuti langkah maksu ke bahagian tengah rumah.
Adra duduk di kerusi. Sementara maksu dan nenek menghilang ke dapur.
Bosan duduk keseorangan, Adra bangun. Fikirannya berkisar kepada lelaki yang duduk di bawah khemah di halaman rumah. Walaupun hatinya sakit, dia masih mahu melihat kelakuan mereka berdua.
“Hai beauty…” tegur Ilham yang tiba-tiba muncul di depannya.
Adra angkat muka. Matanya bertembung dengan Ilham.
“Awak pakai tudung nampak lagi cantik.. Boleh saya tahu nama awak…?”
Adra senyum senget.
“Adra.. That’s my name..”
“Really nice…Thanks for coming to my house.. Awak nak makan..? Saya temankan nak..? Kalau awak temankan, sah malam ni saya tidur lena.” Kata Ilham dengan ketawa kecil.
“Why nott….” Adra tidak menolak. Memang dia lapar juga. Alang-alang ada orang ajak makan, jadi makan sahajalah.
“Wowww…! Nice…! Jom… Makanan ada dekat bawah. If you don’t mind, saya tolong ambil kan..”
“Yeah sure…. Tapi saya nak makan dekat dapur, tak nak makan dekat luar…” kata Adra.
“Ya boleh. Lagipun dekat luar tu bagi chance pada kakak saya dengan abang Ezzaq. Dorang tu dah lama tak jumpa…” kata Ilham selamba.
Adra membulatkan mata. Ilham tak tahu siapa dirinya ke..?
“Oh yaa… Kenapa dengan mereka berdua..?”
“Kakak Hanna memang dah lama suka dengan abang Ezzaq, selepas tu macam mana entah abang Ezzaq kena kahwin dengan perempuan lain. Mengamuklah kak Hanna. Dia dah lama minta abah pinangkan abang, tetapi abah asyik bertangguh. Dekat seminggu jugak kak Hanna mogok. Tak nak makan, tak keluar bilik…”
“Oh…Awak tak pergi ke majlis kahwin abang awak tu ke..?”
Ilham menggeleng sambil tersenyum. “Semua tak pergi, satu keluarga. Saya masa tu ada kat Universiti. Jadi memang tak pergilah..”
“Awak rasa kenapa abang awak tu pilih perempuan lain, kenapa dia tak pilih kak Hanna awak tu..?”
“Entahlah.. Mak cakap macam dorang kena kahwin sebab wasiat atuk. Kalau saya mesti tak sanggup. Macam manalah perempuan yang dia kahwini tu. Elok ke tidak…” Ilham tersengih.
Adra buat-buat ketawa. Suci betul lelaki ini.
“Ilhammm…..”
Ilham berpaling. “Ya makk..”
“Orang masjid dah sampai, pergi ke depan tu. Yang duduk dekat dapur ni buat apa..”
“Ilham baru nak ambil makanan sekejap mak..”
“Sekejap lagilah.. Orang nak mula dah tu…” balas Mak Ngah. Matanya dikerling kepada Adra.
“Yalah mak.... Awak nanti jangan balik dulu tau.. tunggu saya..” kata Ilham. Kakinya laju melangkah naik ke tingkat atas.
Adra duduk termanggu sendiri di kerusi. Cerita Ilham sedikit sebanyak berbekas dihatinya. Dia juga sedang mencari jawapan. Kenapa Ezzaq tidak melepaskan dirinya sedangkan ada wanita lain yang setia menantinya. Memori berbulan-bulan yang lepas menerjah kotak fikirannya. Dia ada masa untuk kembali pada Hanna. Dia sendiri pun memberi ruang kepada Ezzaq. Kalau suka sama suka, kenapa tidak disatukan. Kenapa Ezzaq masih nak uji jiwanya. Selendang yang jatuh dibahu, diangkat dan dikemaskan semula.
Adra kemudian naik ke atas. Di pintu dia bertembung dengan Hanna. Jelas sangat, wanita itu senyum tidak ikhlas padanya. Hanna berlalu melintasinya seperti langsung tidak nampak jasadnya berdiri di situ.
Perasaan Adra terdera. Nampak kehadirannya tidak diperlukan di sini. Namun langkahnya menghampiri Pn Zati di tepi dinding. Mama sedang membaca surah Yasin bersama yang lain. Menyedari kehadirannya, mama berkongsi buku bacaan Yasin. Dengan perlahan, Adra mengikuti bacaan dengan perasaan berbaur.
Usai bacaan Yasin, Imam mebacakan doa selamat sebelum majlis berakhir.
“Adra dah makan ke belum…?” soal mama.
Adra mengangguk. Walaupun sejujurnya dia belum makan. Seleranya sudah pun berlalu pergi.
“Mama pergi dapur sekejap ya…” kata Pn Zati sambil menepuk peha menantunya perlahan.
Adra mengangguk.
Setelah Pn Zati berlalu, ketika itulah sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata Ezzaq. Lelaki itu tersenyum, namun bibirnya terasa kaku untuk tersenyum. Dengan langkah bersahaja, dia menghampiri Adra.
Mata Adra menanti langkah Ezzaq yang menghampirinya. Hatinya berperang. Apa yang patut dia pamerkan..? Apa yang patut dia cakapkan..? Apa yang patut dia lakukan..?
Belum pun sempat mereka bertemu, lengan Ezzaq ditarik seseorang. Dan badan Ezzaq automatik terhenti. Mata Adra kalih kepada insan disebelah Ezzaq.
Mak Ngah….!
Dan Hanna.
Terus Adra bangun, dia menuju ke bahagian belakang. Maksu dicarinya. Dan wanita itu bersama dengan beberapa orang yang tidak dikenalinya.
“Maksu.. Adra nak balik dulu boleh…?”
“Nak balik dah..? Tapi tak ada orang rumah nenek..”
“Tak apa.. Adra balik sorang pun tak apa…”
“Sekejap maksu panggilkan Ezzaq..” maksu sudah bangun
Tangan maksu dipegang. “Its okey maksu, Ezzaq sibuk kot kat atas…”
Maksu meneliti wajah anak saudaranya. Seperti ada sesuatu yang tersimpan di wajah itu.
“Tunggu sini, maksu panggil Ezzaq…”
Adra menarik nafas dalam. Hatinya tiba-tiba terasa sebak. Dia tidak perlukan Ezzaq sekarang. Dia mahu melarikan diri daripada Ezzaq. Dia tidak mahu hatinya terluka lagi. Biarlah dia kekalkan jaraknya dengan lelaki itu. Kekal jauh.
Adra melangkah keluar menggunakan jalan dapur. Walhal sandalnya berada di bahagian depan. Berlapiskan selipar jepun, Adra melangkah ke bahagian depan. Sandalnya dicari. Mujur dia meletakkan dibahagian tepi, jadi senang untuk dijumpai. Setelah menukar kepada sandalnya, selipar tadi dipulangkan semula.
Cepat-cepat Adra melangkah untuk keluar daripada kawasan ruamh Pak Ngah.
“Adraa..!”
“Sayang..!”
“Awakkk..!”
Serentak tiga suara memanggil orang yang sama. Langkah Adra terhenti. Matanya dipejam agar air matanya tidak gugur. Terasa lengannya ditarik ke belakang.
“Sayang… Nak pergi mana…?” soal Ezzaq dengan nada resah.
Adra berpaling. Pandangan mata mereka berdua bersatu. Dia cuba mengawal riak mukanya. Namun kesedihan begitu mencucuk ke dalam hati dan jiwanya. Mampukah dia mempertahankan hatinya daripada jatuh cinta pada lelaki ini. Dia tidak mahu kecewa lagi.
“Abang.. Kenapa pegang tangan Adra ni..?” tegur Ilham yang baru muncul antara mereka.Tidak suka dia melihat Ezzaq memegang tangan wanita lain. Apa kata kakaknya nanti..?
Pap!.
Satu tamparan di bahu Ilham.
“Aduhh..Maksu…”
“Ilham jangan sibuk boleh…” kata Maksu kemudian.
“Maksu.. Saya tak berapa suka tengok abang Ezzaq macam ni. Saya tak suka dia mempermainkan kak Hanna… Dan Adra pula, dia kawan Ilham…”
Tiba-tiba Maksu ketawa sinis.
“Sejak bila Adra jadi kawan awak Ilham..? Dan dekat sini tiada isu Ezzaq nak mempermainkan kakak kau. Yang dikejarnya itu isteri dia. Jadi kamu jangan sibuk.. Jom…” Maksu sudah menarik tangan Ilham.
Namun langkah Ilham terhenti. “Maksu cakap apa tadi..? Isteri abang Ezzaq…?”
“Yaaaa…..” balas Maksu selamba.
Zapp!!
Isteri…?
Ilham menepuk kepalanya. Dia berpaling. Adra dipandangnya. Bukan main lagi tadi dia bercerita tentang abang Ezzaq dan kakaknya. Dan tak lupa juga, dia ada mengutuk isteri abang Ezzaq. Rupanya wanita itu adalah Adra. Macam mana dia tidak pernah terfikir kearah itu. Apa kata Adra terhadap dirinya…?
Argghh.. Sudah..
Kali ini.. Langkah Ilham lagi laju meninggalkan mereka. Tidak perlu maksu menariknya lagi..
****
“Sayang nak balik dah ke…?” soal Ezzaq. Lengan Adra masih kejap di dalam gengaman tangannya.
Adra paksa senyum. “Ya.. Saya rasa macam tak larat..” jawabnya dengan suara yang bergetar.
“Tak nak tunggu dulu ke..?”
Adra menggeleng. “Awak staylah sini, saya balik rumah nenek dulu. Saya nak tidur…”
“Jomlah saya hantar awak balik…”
Adra mengeleng.
Kening Ezzaq berkerut. “Kenapa ni…?” Adra sedikit berlainan mala mini. Petang tadi elok sahaja.
“Saya nak balik…” dia cuba lepaskan lengan daripada gengaman Ezzaq.
“Jomm..” kali ini Ezzaq menarik tangan Adra. Jika isterinya mahu berehat, dia boleh hantar wanita itu ke rumah nenek.
Langkah Adra terhenti.
“Saya boleh balik sendiri. Awak pergilah rumah Mak Ngah, mesti banyak lagi kerja yang awal boleh tolong..”
Ezzaq menarik nafas dalam. “Are you okey…?”
“I’m okey….” Jawab Adra perlahan. Suaranya terpaksa di tahan. Dia risau air matanya gugur di depan Ezzaq. “Saya balik dulu…” langkah Adra terus maju ke depan manakala Ezzaq masih tidak bergerak. Matanya sahaja mengikuti jasad isterinya yang semakin menjauh.
Ezzaq akhirnya melangkah pulang juga. Kenapa dengan isterinya..?
Ketika Ezzaq sampai di rumah, Adra tiada di dalam bilik. Dia duduk di birai katil sementara menunggu isterinya kembali. Mungkin Adra ke bilik air.
Tiba-tiba telefon Adra berbunyi.
Ada mesej yang masuk. Ternampak notification di skrin telefon. Mesej daripada Azad.
Ezzaq teragak-agak, mahu membacanya atau tidak.
Dia cuba pejamkan mata. Mengusirkan perasaan resah, namun dia tidak mampu.
Telefon Adra dicapai.
Skrin telefon dibuka.
Terpapar mesej dari Azad.
Hai sayang.. Sihat ke..? rindu pulak hendak dengar suara you. Call I bila free, boleh sembang.. tak pun kalau free kita jumpa nak…? - Azad
Terus Ezzaq menutup handphone Adra. Matanya dipejam. Dia terlupa, hati Adra bukan untuknya. Walaupun Adra bergembira ketika bersamanya, namun dia tidak tahu hati Adra bagaimana.
Akhirnya Ezzaq keluar daripada bilik. Dia menuju keluar rumah. Hatinya resah. Kenapa Adra masih dengan Azad. Kenapa..? Tidak layakkah dirinya berdamping dengan Adra. Fikirannya semakin kusut.
Share this novel