ADRA menekan-nekan perutnya. Walaupun dia cuba melelapkan mata, namun perutnya tidak mampu bertahan. Kali terakhir dia makan pun tengahari tadi dengan Azad. Lapar. Ya memang lapar. Adra sengaja mengunci dirinya di dalam bilik, jika dia turun makan malam, kemungkinan untuk bertembung dengan Ezzaq adalah tinggi. Jadi dia menjadikan alasan kenyang dan membiarkan Azad turun makan seorang diri.
Jam menunjukkan angka 11.30 malam. Dia berkira-kira, kalau turun pun masih ada makanan ke.? Dekat pulau ni ada kedai runcit yang dibuka ke..? Dalam beg pula memang dia tidak membawa apa-apa bekalan. Malas mahu mengganggu Azad. Akhirnya Adra mengambil cardingan dan mencapai dompet.
Pintu bilik dikuak perlahan. Mengintai isi hotel namun semuanya senyap sunyi. Macam takut pun ada hendak keluar. Semua orang sudah tidur ke..? Adra kembali menutup pintu bilik. Tidak berani pula dia untuk memberanikan diri yang sememangnya kurang berani. Ahh.. Parah..!
Namun Adra seperti terpandangkan sesuatu ketika dia membuka pintu tadi. Dia kembali membuka pintu biliknya dan ada bungkusan makanan di tepi biliknya. Plastik masih diikat elok. Tidak mungkin sampah makanan untuk dibuang kan..? Adakah makanan itu untuknya..? Ruang kiri dan kanan dipandang. Jarak pintu antara bilik agak jauh. Hanya pintu biliknya dan Azad bertentangan. Jadi, mungkin betul makanan itu untuknya.
Adra tersenyum. Azadkah yang belikan untuknya..? Thanks Azad. So thoughtful. Tanpa berlengah, Adra mengambil bungkusan dan menutup pintu kembali. Meja kecil dihampirinya.
Bungkusan makanan dibuka dan ada sekeping nota di dalam plastik tersebut. Lantas nota dicapai dan dibuka lipatannya.
'Eat this Adra. Don't let your stomach starve late the night..'
Kening Adra berkerut seketika. Jangan biarkan perut lapar tengah malam. Haah..?? Betul ke Azad yang belikan dia makanan? Namun sememangnya makanan itu untuknya. Ada namanya tertera di kertas nota yang diselit bersama makanan itu. Tulisan tangan Azad ke? Macam lain sahaja.
Malas untuk memikirkan kemungkinan yang lain, jemarinya membuka bekas bungkusan makanan dan terhidang nasi goreng bersama dengan ayam goreng.
OMG...
Kecur mulutnya. Sudahlah dia kelaparan sekarang.
Habislah diet.
Diet…?
Bukankah selepas hidup dengan Ezzaq dia selalu makan pada waktu malam. Ezzaqlah puncanya. Ada sahaja makanan yang dimasak. Kalau dia menolak, nanti pakcik tu akan paksa juga. Sudahnya, Ezzaq masaklah apa-apa pun, mesti dia akan memakannya juga. Terbit rindu pula hendak merasa masakan Ezzaq.
Adra mencebik. Dia sahaja yang rindu, sedangkan Ezzaq pun sudah jarang memasak sejak mereka bergaduh di rumah keluarganya dahulu.
Sentap.
Kaki sentap pakcik tu...
Adra mengeluh.
Buat apa nak diingat, orang tu tengah seronok bercuti. Dia sendiri pun malas nak ambil kisah. Sekejap Ezzaq macam okey, sekejap macam hilang dari radar. Biarkan. Dia sendiri pun mahukan kebebasan. Tidak suka terikat tanpa penghujung..
*******
KEESOKAN pagi Adra turun berseorangan kerana Azad katanya mahu berjoging dahulu. Selepas selesai baru dia akan menyertainya di restoran. Adra berkira-kira, lebih baik dia turun awal-awal. Cepat makan, cepat siap. Bolehlah dia bersiar di pantai lagi selepas sarapan.
Lagi satu, itu salah satu taktik untuk mengelakkan dia bertembung dengan seseorang. Berharaplah orang tu tak turun sarapan atau turun lambat. Moga-moga begitulah.
Adra senyum bersahaja.
Bahagian roti dijengahnya. Piring kecil dibahagian bawah dicapai, namun piring itu tersangkut, apabila dia menoleh, Ezzaq disebelahnya. Mereka memegang piring yang sama. Seketika pandangan mereka bersatu.
Adra automatik melepaskan piring tersebut. Pergerakkannya terkaku dan lidahnya terkelu. Dia tidak berharap akan berhadapan dengan Ezzaq seawal pagi ini. Kenapa awal pula dia turun. Silapkah percaturannya tadi...?
“Nak apa…? Kaya ke…” soal Ezzaq. Wajah Adra dipandangnya.
“No thanks…” tolak Adra. Adra tidak berniat mahu berlama di situ. Sedangkan masih banyak hidangan makanan sarapan yang lain. Bukannya roti satu-satunya pembuka selera di waktu pagi.
“Why are you here…?” soal Ezzaq sebelum Adra melangkah.
Pertanyaan Ezzaq dibiarkan tanpa jawapan. Hanya kaki mengikuti kata hatinya. Dia melangkah meninggalkan lelaki itu dan menghampiri bahagian makanan berat.
Ezzaq tetap mengekorinya dari belakang.
“I’m asking. Why are you here…?” sekali lagi soalan yang sama keluar. Walaupun itonasi suara Ezzaq perlahan, namun kesannya membuatkan Adra berasa kurang senang. Adra memejam mata seketika.
Sibuk sahaja...
“Me…? Awak pula buat apa kat sini…?” soalan dijawab dengan soalan. Wajah Ezzaq dipandangnya tajam.
Ezzaq tersenyum.
Ewah..
Boleh pula dia senyum.
“I have the reason why I am here.. So you are here after mama cakap awak nak larikan diri dengan Azad semalam siap bawak beg..?"
Adra senyum perli.
“Itulah.. saya ingat nak ajak pergi Thailand terus. Boleh nikah dekat sana… tak sangka Azad bawak datang sini pula..." balas Adra. Dia sengaja mahu sakitkan hati lelaki itu. Entah kenapa.
Ezzaq pula ketawa. Matanya tidak lari dari merenung wajah wanita di sebelahnya.
“I don’t think it will be successful since woman cannot married more than one. Only me will be your husband. Not other man…” kata Ezzaq sambil tersengih.
Adra pandang Ezzaq atas bawah. Geram betul dengan ayat yang keluar daripada mulut dia.
Kejam..
Menyakitkan hati pun ada..
Kan..?
Adil ke macam tu…
“Selamat pagi boss.. Eh Puan Adra pun ada dengan boss ke…?” tiba-tiba seorang menegur. Mereka berdua berpaling. Atikah tersengih sambil menatang pinggan dengan makanan ditangannya.
Adra senyum paksa.
Atikah kan? PA pakcik ni..?
Kenapa PA dia pun ikut ke sini.? Dengan Hanis lagi. Seangkatan ke..?
“Boss, puan, jomlah makan sekali. Lagipun semua ada dekat sana. Boleh kenal-kenal.” Tawar Atikah.
“Sure.. Awak pergi dulu. Nanti saya menyusul..” balas Ezzaq.
Wajah Adra dipandangnya. Kening diangkat.
Adra senyum senget. Sorang Hanis, ini dengan PA pulak. "Tengah susun nak cukupkan kuota 4 awak ke.. Baru ni dah sorang, ini PA awak pulak.. Tak nak cukupkan sampai empat terus ke..??"
Senyuman Ezzaq semakin melebar. Wajah ketat Adra membuatkan hatinya terhibur. Sudahlah hampir seminggu dia tidak pulang ke rumah. Dan memang dia sengaja tidak mahu maklumkan pada isterinya.
"Why not.. Or awak nak tolong carikan..? Cukupkan yang keempat. But for sure awak memang nombor satu dah.." Ezzaq sengaja mahu mencurahkan minyak ke dalam api.
Hati Adra semakin sebal. Seronok eh..??
“Adra..”
Adra berpusing dan kelihatan Azad sedang melangkah menuju ke arahnya. Wah! Ini sudah bagus. Penyelamat sudah tiba.
Wajah Ezzaq dipandang pula dan keningnya diangkat.
“Azad…” balas Adra dengan suara yang sengaja dimanjakan. Biar Ezzaq sakit hati pula. Ingat dia aje yang boleh sakit hati.
Azad sudah berdiri di depan mereka berdua. “Ezzaq…” tangan dihulur namun Ezzaq hanya membiarkan huluran tangan daripada Azad tidak bersambut.
“I think you should know, she's still my wife.” Balas Ezzaq. Wajahnya sudah bertukar tegang. Tiada lagi tawa menyakat seperti tadi.
Adra dipandang dan ditariknya tangan wanita itu.
“Ezzaq…!" Adra cuba melepaskan pegangan Ezzaq. Kenapa dia ni ya..? Suka sangat pegang tangan orang.
“Bro…” tegur Azad pula. Jika Adra tidak setuju, kenapa mahu dipaksanya.
Ezzaq senyum sinis ketika matanya bertentang dengan Azad.
“Tolong jaga air muka saya dekat sini, semua officemate saya ada kat sini. Kalau ya pun awak nak berdating dengan ‘boyfriend’ awak, please don’t do here.. Come with me..” bisik Ezzaq ditelinga Adra.
Ezzaq menarik tangan Adra dan Adra terpaksa mengikutnya.
I will call you back..
Ucap Adra dengan gerak mulut kepada Azad.
Office mate? Apa yang Ezzaq buat disini? Setakat Hanis dan Atikah, itu pun nak berselindung ke?
Langkah mereka berdua menuju ke bilik hotel. Dan mereka menuju ke bilik hotel Adra.
“Kad…?” Tangan dihulur, wajah Adra dipandang.
"Macam mana awak tahu bilik saya dekat sini..?" tanya Adra. Mereka bukannya bermesej pun. Macam mana Ezzaq tahu..? Entah-entah makanan semalam...
"Ada beza ke kalau saya tahu dengan tak tahu..? Bawak sini kad.." tegas Ezzaq.
Adra masih berdegil. Dia berdiri kaku.
Adra ditolak rapat ke dinding. Ezzaq berdiri di depannya. Wajah itu direnung. Ezzaq mendekatkan wajahnya. Bibirnya terukir senyuman apabila Adra menutup mata. I really miss that. "Or else awak nak pergi bilik saya. Dont blame me, what will happen after that..." Bisik Ezzaq perlahan.
Terus mata Adra terbuka.
"Kenapa pejam mata? Do you expect something from me..??" Ezzaq senyum senget.
What? Terus wajahnya bertukar merah. Kenapa dia pejam mata. What a stu**d thought that she have..!!
Adra menyeluk seluar jeansnya dan menyerahkan kad kepada Ezzaq. Terdengar tawa kecil keluar dari mulut itu. Adra mengutuk dirinya sendiri.
Setelah pintu dibuka, Ezzaq terus masuk ke dalam.
“Awak kemas baju awak sekarang..” arah Ezzaq. Dia duduk di birai katil.
“Saya masih bercuti. Kenapa hendak kemas pula…?” balas Adra selamba. Dia berdiri di tengah-tengah bilik. Tangannya disilang. Matanya memandang Ezzaq tajam.
Mendengar jawapan degil isterinya, Ezzaq bangun dan mencari beg pakaian Adra. Jika Adra tidak mahu berkemas, biar dia tolong kemaskan.
“Ezzaq…” Tangan Ezzaq dipegang, cuba menghalang Ezzaq dari menyentuh pakaiannya.
“Awak nak kemas atau saya yang kemaskan…”
“Apa masalah awak ni…? Kenapa mesti nak halang apa yang saya nak buat.? Saya nak bercuti, saya tak susahkan awak, tak habiskan duit awak.. Kenapa awak nak sibuk..? " luah Adra, dadanya berombak, menahan geram dan marah.
“Awak nak bercuti, saya boleh bawa awak bercuti, bukan caranya bercuti dengan lelaki lain macam ni..” tegur Ezzaq.
“Hallo..”
“What hallo..?”
“Saya datang sini…Argghh… awak nak bawa saya bercuti..? Come on Ezzaq. Mana awak pergi seminggu yang lepas…? Awak di mana…? Jadi jangan persoalkan kenapa saya datang bercuti di sini dengan lelaki lain…”
Giliran Ezzaq ketawa sinis. “Saya tinggalkan awak seminggu dan awak dah boleh ikut lelaki lain…?”
“Itu bukan persoalannya sekarang. Lagipun kita berdua memang tiada hala tuju pun…”
“Siapa cakap..?”
“Saya yang cakap…”
“Itu sebab awak sendiri yang tak mahu ambil peluang dengan hubungan kita.”
“Awak nak salahkan saya…?”
“Awak ada rasa bersalah ke…?”
Adra mengecilkan mata.
“Pindah ke bilik saya. Nanti balik sekali dengan saya. Saya tak izinkan awak balik dan bercuti dengan Azad.” Ezzaq memilih jalan untuk meredakan pergaduhan mereka.
“Tak nak…” Adra berkeras.
“Are you sure…?”
“Yes… very-very sure…” balas Adra.
“Don’t blame me…” Ezzaq sudah bangun dan menuju ke arah Adra.
“Awak nak buat apa ni…?”
Ezzaq berdiri betul-betul didepannya.
“Pindah bilik saya atau hari ini juga saya hantar awak balik ke KL..” matanya menikam tajam.
Adra menarik nafas panjang.
Argghhhh…
Tak suka…!!
Kalau balik hari ini, tidak sempat dia hendak menjelajah.
“Cepat…! Which one…?”
“Ya…Ya…saya pindah bilik awak….puas hati…?” balas Adra. Dada Ezzaq ditolak menjauhinya.
“Nak pergi mana lagi tu…?”
“Nak kemas bajulah.” Jawab Adra malas.
Benci betul..
Kesian Azad.
Macam mana nak maklumkan pada Azad. Telefonnya dicapai.
“Nak call siapa tu…?” soal Ezzaq.
“Azadlah.. nanti dia cari saya pula..” balas Adra.
Setelah talian bersambung, Ezzaq menarik telefon daripada Adra dan dia pula bercakap dengan Azad. Adra malas mahu bergaduh lalu dibiarkan sahaja. Elok siap berkemas, Ezzaq sudah memutuskan talian.
“Jom..” beg Adra ditarik dan Adra mengekorinya dari belakang.
Telefon Ezzaq berbunyi.
“Lagi 15 minit saya turun balik..” kata Ezzaq perlahan dan talian ditutup semula.
Bilik Ezzaq berada di bangunan bersebelahan. Jauhnya bilik dia ni, jadi macam mana pakcik ni tahu kedudukan bilik dia.
“Jom masuk…” ajak Ezzaq.
“Ada orang tak dekat bilik awak…?”
Adra dipandangnya. “Tak. Saya tak suka kongsi bilik. Saya duduk seorang..”
Adra mencebik.
“Awak rehatlah. Saya ada program sekejap lagi…” kata Ezzaq. Suite yang lebih besar daripada biliknya. Bilik Ezzaq juga bertentangan dengan pantai.
"Awak buat apa kat sini? Program poligami ke...?"
Ezzaq tergelak lalu kepalanya menggeleng. Adra di hampirinya.
"Dont touch me..!" Adra memberi amaran. Namun langkah Ezzaq tidak terhenti, malah dengan selamba dia memeluk pinggang isterinya.
"Awak sanggup nak bermadu ke.." anak mata Adra direnung.
Adra menelan air liur. "Divoi...." belum sempat ayatnya habis, bibirnya sudah tertutup rapat. Dengan selamba Ezzaq mencium bibirnya. Tangannya cuba menolak dada Ezzaq namun kedudukan mereka tidak beranjak seinci pun.
Ezzaq memaksanya, namun kenapa dia rindukan sentuhan itu. Argghhh.. Tak suka... Tak suka perasaan ini...! Tidak suka bila dia juga membalas sentuhan lelaki itu.
“Saya lapar tahu tak... Tadi tak sarapan lagi.. " adu Adra. Cuba menyembunyikan rasa hati. Dia rindukan kehadiran lelaki itu tapi egonya masih tinggi.
Ezzaq senyum. Jam ditangan ditatap, belum pukul 10 pagi. Sempat lagi nak sarapan.
“Jomlah turun sarapan kat bawah..Itulah, lain kali jangan sibuk-sibuk dengan lelaki lain. Sarapan pun tak sempat. Dont blame me.."
Dont blame me..! Dont blame me..! Asyik ayat tu aje yang keluar. So siapa yang salah..? Dia lah kan..
“Baik boss…” kata Adra dan dia terus melangkah keluar dari bilik. Langsung tidak menunggu Ezzaq. Dia tidak betah berlama dengan lelaki itu. Sudahlah seminggu dia ditinggalkan. Kat sini pula, senang-senang sahaja dia nak atur hidup orang.
Sesampai di restoran, Adra ternampak Azad masih bersarapan. Dia menghampiri meja Azad.
“Azad…”
“Adra…” muka Azad nampak lain.
“I ambil makanan sekejap. Lapar ni…”
Adra berlalu dan mengambil makanan yang masih terhidang. Ezzaq langsung tidak dikisahnya. Biarlah lelaki itu dengan bakal-bakal isterinya.
“I balik hari ini tau. Office ada call tadi, I kena balik..” ujar Azad.
“Aik. Bukan you kata cuti tiga hari ke…? Esok ada sehari lagi…”
Azad senyum tipis.
“You nak ikut I balik tak…?”
Wajah Azad dipandangnya. Mesti ada kena mengena dengan Ezzaq.
“You nak I ikut you balik hari ini ke…?” soal Adra kembali.
“Sure.. Kalau you nak…”
Adra menarik nafas. Dia datang dengan Azad, biarlah dia balik dengan Azad juga.
Ezzaq..?
Biarlah dia. Pandai-pandailah dia nak hidup. Rasanya dia takkan sunyi di sini.
“Okey.. Kalau macam tu I ikut you balik…”
“Good.. lepas sarapan kejap lagi, I naik kemas, lepas tu kita balik…”
Adra mengangguk.
“You tunggu sekejap…” Adra bangun dan dia menuju ke arah Ezzaq. Ezzaq duduk semeja dengan dua tiga lelaki yang tidak dikenalinya. Mata mereka bertumpu padanya ketika dia menghampiri Ezzaq.
"Saya nak kunci bilik.." bisik Adra di telinga Ezzaq. Cepat-cepat dia angkat muka apabila bau wanggian Ezzaq menerjah deria baunya. Arggghh...!! Menyesal berbisik. Patut, cakap terus sahaja.
Ezzaq bangun dan menyerahkan kunci kepada Adra.
"Thankss..." kemudian dia kembali kepada Azad semula.
“Why…?”
“I ambil kad bilik dia. Sebab barang I semua dah pindah ke bilik dia.”
“Dia tahu ke you nak balik hari ni dengan I…?”
Adra mengjongket bahu. Malas mahu fikir. Dia tahu ke tak tahu ke, belakang kira.
“Im sure. He's really love you…”
“Who…?” tanya Adra pelik.
Azad menggeleng.
“I naik dulu, jumpa dekat lobi sekejap lagi ya…” pesan Azad.
Adra mengangguk. Dia menghabiskan sarapan yang tinggal sebelum naik ke atas untuk berkemas. Dan, hari ini juga dia akan balik ke KL
Bye Pulau Pangkor.!
Share this novel