Order..!! 29

Romance Series 123857

ADRA menggeliat malas. Matanya ditenyeh-tenyeh perlahan dan seketika dia tersenyum apabila melihat tangan Ezzaq berlingkar dipinggangnya. Adra bergerak perlahan agar tidak menganggu lena lelaki itu. Badannya dipusing dan mengadap Ezzaq yang masih lena. Sekali lagi bibirnya mengukir sebuah senyuman. Secara jujurnya dia kagum, Ezzaq betul-betul menunaikan janjinya sebelum ini. Tidak sekali pun Ezzaq memaksanya, walaupun ada kalanya Ezzaq suka curi-curi mencium dan memeluknya.

Wajah Ezzaq ditilik. Rambut yang jatuh ke dahi, ditolaknya ke tepi agar tidak menganggu seraut wajah itu. Matanya jatuh pada mata Ezzaq yang tertutup. Alis mata lelaki itu agak panjang dan wajahnya bersih tanpa sebiji jerawat pun. Ezzaq tidak menyimpan misai mahupun kumis. Adra tersenyum dan dia membetulkan pembaringannya. Syiling dipandang namun hatinya menarik-menarik untuk menyentuh wajah Ezzaq. Adra kembali berpusing memandang Ezzaq. Mata lelaki itu masih tertutup. Tangannya bergerak mengikut naluri hati. Dia mengusap perlahan pipi dan matanya jatuh pada bibir Ezzaq.

Gulp..

Ibu jarinya bergerak perlahan pada bibir bawah.

Gulp..

Bibir itu..

Selalu sangat menciumnya tanpa amaran.

Dan..

Ezzaq akan sedar tak kalau….

Adra mendekatkan wajahnya. Macam ada magnet pula pada bibir lelaki itu. Jantungnya mula berdegup laju. Kalau Ezzaq sedar macam mana...?.

Tak kot. Ezzaq kan tengah tidur.

Dia memejam mata dan bibirnya melekat pada bibir Ezzaq.

Sekali..

Matanya masih melekat pada ulas bibir lelaki itu.

Macam tak puas pulak..

Sekali lagi boleh..?

Ezzaq tak bangun pun..

Sekali lagi Adra menyentuh bibir Ezzaq dan tiba-tiba terasa tangan lelaki itu menarik badannya sehingga kedudukan mereka sudah bersentuhan.

Mata Ezzaq sudah terbuka.

Kantoi..!

Mata mereka berdua bertentangan dan Ezzaq mengukir senyuman. Adra terkedu. Itulah gatal sangat. Kalau dia tidak teruskan buat kali kedua, mesti Ezzaq takkan tersedar.

Kini Ezzaq pula mendekatkan wajahnya. Bibir Adra dicari dan mendarat di situ. Adra pula tidak menolak. Nafas mereka turun naik sama laju.

Seketika Ezzaq berhenti. Anak mata isterinya direnung dalam.

“Saya nak teruskan.. Boleh tak sayang..?” bisik Ezzaq perlahan.

Adra tidak menjawab, namun ditariknya wajah Ezzaq dan bibir mereka bertaut lagi. Dia hanya membenarkan apa yang dia rasa sekarang. Tiada yang salah, Ezzaq suaminya. Kali pertama baginya berlaku tanpa sedar, kali kedua, dia sedar dan rela menerima Ezzaq seadanya.

*****

“Terima kasih sebab sudi menerima saya dan juga sudi memaafkan saya…” kata Ezzaq perlahan. Dahi Adra diciumnya dan kepala Adra ditarik ke dalam pelukannya. Tidak sia-sia dia berdoa agar dibukakan hati Adra untuk menerimanya. Ya, hari ini Adra tidak menolak. Semoga hubungan mereka dilimpahi cahaya kebahagiaan.

Adra memilih untuk mendiamkan diri. Masih terdengar degupan jantung Ezzaq yang berdetak laju. Matanya dipejam. Terasa wajahnya sedikit membahang tatkala matanya disajikan dengan badan suaminya tanpa baju.

Malunya…

“Kenapa diam je…?”

“Tak ada apa-apa…” Dia tidak berani bertentang mata dengan Ezzaq.

Ezzaq ketawa kecil. “Jadi tak kita nak tengok wayang…?”

“Boleh…”

“Sekejap lagi kita siap, lepas tu kita keluar ya..”

“Okey…saya nak mandi dulu..” kata Adra, namun baru dia tersedar. Macam mana nak bangun. “Awak tutup mata boleh..”

Ezzaq tergelak. “Okey sayang…Pergilah mandi dulu…”

Adra bangun, memang Ezzaq memejam matanya. Dia melulu ke bilik air. Sempat tuala dia tepi dinding dicapai.

********

PENGUNJUNG agak ramai di dalam supermarket MidValley. Patutlah parking pun hampir penuh. Mujurlah mereka cepat sampai, walaupun ketika diluar tadi, sudah berderet-deret kereta beratur untuk memasuki parking MidValley. Mungkin menjadi kebiasaan dan tumpuan orang berkumpul di sini pada hari minggu. Ezzaq yang mencadangkan mereka datang ke sini. Kalau dia lebih suka mencari tempat yang kurang kunjungan. Malas nak bersesak. Apa-apapun, jasad mereka sudah pun berada di sini, mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat paling atas.

“Sayang suka tengok cerita hantu tak…?”

“Apa masalahnya nak tengok cerita hantu pula. Tak ada cerita lain ke…?” komen Adra selamba. Dia pantang betul dengan cerita hantu. Tak boleh bawa bincang. Bukan apa, kalau di tengoknya. Nanti siaplah, duduk kat rumah lepas tu duk terbayang-bayang scene hantu keluar. Ha, lepas tu adalah mencari mama, nak tidur sama.

Pernah sekali abang Aidan mengajaknya menonton cerita hantu. Tonton kat rumah, late movielah katakan. Sekali hantu keluar, mahu tercabut jantung dan anak tekak menjerit. Selepas tu, mamalah jadi mangsa kena temankan. Nak abang Aidan temankan, memang taklah mama nak bagi. Masing-masing dah besar. Faham-fahamlah kan. Jadi, start dari situ, boikot terus cerita hantu. Ni tak ada ribut, tak ada taufan, pakcik ni pula mengusulkan cadangan yang takkan boleh diterima akal warasnya.

Ezzaq tergelak melihat reaksi Adra, siap tayang muka berkerut-kerut.

“Okey kalau macam tu, sayang nak tengok cerita apa…?” tanya Ezzaq. Dia cuba untuk mengenali siapakah wanita yang bergelar isterinya. Dia sedar, Adra tidak banyak berkongsi tentang dirinya sendiri. Kebanyakkan perihal Adra dikorek melalui Aidan, takpun mama sebab mama memang suka bercerita dengannya.

“Apa-apa aje, asalkan bukan cerita orang melayu…”

“Kenapa pula…?” pelik Ezzaq dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Adra.

“Macam membazir saja nak tengok cerita melayu kat pawagam…” komen Adra.

“Kenapa membazir pula…?”

“Sebab tak lama nanti mesti keluar kat youtube ke, online ke, tak pun CD cetak rompak..” Adra senyum senget. Memang betulkan..? Takpun, cerita melayu tak triller macam cerita orang luar. Itu komen ikhlas daripadanya. Jangan simpan dalam hati. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Jadi jangan disangkal pendapat orang. Lagipun kita duduk di negara yang bebas bersuara kan..? haha.. gitu.

“Ish awak ni, tak baik tau. Sepatutnya kitalah yang menyokong filem tempatan kita sendiri..” ulas Ezzaq.

Ezzaq dipandang sekilas.

“Tak kisahlah apa pendapat awak.. Pilihlah cerita apa pun, asalkan tak nak tengok cerita melayu.. kalau awak beli tiket cerita melayu, saya balik rumah mama naik grab..” putus Adra.

“Amboiiiii…..”

Adra mula tergelak. Lantaklah Ezzaq nak fikir apa.

“Awak decide.. Saya suka tengok action or triller movie.. But please, not malay movie…”

“Baiklah cik puan..”. Ezzaq senyum tipis. Anak mata Adra yang redup memandangnya membuatkan hatinya tercuit. Tangannya dilingkar di bahu Adra. Dia tidak mahu berpisah lagi dengan wanita ini. Itu azam dan janjinya.

Hampir sepuluh minit mereka beratur, namun giliran mereka masih jauh. Agak ramai pula orang memilih untuk menonton wayang hari ini.

“Saya nak ke tandas sekejap…” pinta Adra. Ezzaq dipandangnya.

“Sure… But come back to me….” pesan Ezzaq.

“Ya…saya tak pergi mana pun…” balas Adra.

“Come back to me okey…” pesan Ezzaq sekali lagi.

Adra ketawa kecil “Yaaaa… Saya datang balik…”

Pakcik ni ada masalah ke. Bukan dia hendak ke mana-mana pun. Nak pergi tandas sahaja. Kepalanya digeleng. Lucu dengan reaksi Ezzaq.

Ezzaq senyum tipis, matanya tetap mengekori langkah Adra sehinggalah hilang dari pandangan.

Adra menuju ke ruang luar dan tercari-cari signboard tandas. Hatinya lega ketika matanya terpandang tanda yang tergantung itu. Tidak jauh pun daripada tempat wayang.

Sebelum sempat dia melangkah masuk ke tandas, terasa tangannya ditarik seseorang.

“Sayang…”

Adra berpaling dan dia terkejut.

Azad..

“Ya betul.. Ya betullah you Adra.. Kan sayang? … Dah lama betul I cari you. Tak sangka I akan jumpa you dekat sini…” kata Azad.

Adra terpinga. Azad nampak lain. Susut betul badannya. Berbeza sangat dengan kali terakhir mereka bersua muka.

“Sayang… You kenal I lagi tak…?” soal Azad resah. Wajah Adra yang berkerut membuatkan hatinya takut. Rasanya tidak silap lagi. Itu Adra.

“Azad..”

“Yes.. Its me…” balas Azad dengan ceria. Dia nampak seperti kelibat Adra sewaktu dia minum di café. Terus dikejarnya langkah Adra. Dia tahu Adra bersama dengan lelaki, namun bukan itu yang dikisahkannya. Tumpuannya adalah Adra. Kekasih hatinya dulu.

“You buat apa kat sini…?” soal Adra kembali. Otaknya seperti tidak berfungsi dengan baik. Itu Azad. Azad…! Betulkan Azad..??

“I saja datang sini, nak hilangkan stress I. dan I tak sangka yang I akan jumpa you kat sini. Jom kita pergi minum ke makan ke.” Ajak Azad. Wajahnya nampak bersungguh.

Adra mengangguk. “Sure…”

Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Setelah mendapat tempat duduk, Azad memesan minuman untuk mereka berdua.

“You nak makan…?”

Adra menggeleng.

Azad senyum lebar. “Alhamdulillah sangat I jumpa you balik. First of all, I sebenarnya nak minta maaf dengan you. I rasa I lah lelaki yang paling bodoh sebab tinggalkan you tanpa alasan yang kukuh. Malam I tinggalkan you dekat tasik tu, I tak tenang pun. Pukul dua lebih I pergi balik ke tasik. I cari you Adra. Tapi you dah tak ada kat situ. Hati I kecewa sangat sebab tak jumpa you masa tu.. "

Ya. Memang dia sudah tiada disitu sebab dia sudah berada di hospital. Hospital..! Hatinya remuk dan kecewa sangat ketika itu.

“I try contact you pun tak dapat. Bodohnya I. Tapi semuanya sudah terlambat, I rasa kehilangan sangat selepas you tak ada. Bila I fikir balik, I tak patut marah you masa tu..”

“You tak salah pun.. I yang salah, mungkiri janji yang I buat dengan you..”

“Dont mention it Adra. I sedar, I yang salah. Sepatutnya I terima you dengan redha masa tu. I tak kisah pun either you pregnant ke tak.. Kalau you pregnant, kita boleh jaga baby tu sama-sama.. I boleh sayang baby macam anak I sendiri.” luah Azad.

Azad di depan dipandang. “I tak pregnant pun…”

Azad menarik nafas dalam. Rambutnya diraut kebelakang. Di situlah kesilapannya. Kesal sungguh terasa hati.

“I sanggup, I nak kahwin dengan you Adra. Tak kiralah apa jua status you sekarang.. I tahu I tak boleh kalau you tak ada disisi I..”

Adra tersenyum.

Azad… You always be gentleman..

“You dah bercerai ke…?” soal Azad tiba-tiba. Berharap jawapan positif daripada mulut Adra, namun kerisauan tetap menjalar dihatinya. Adra datang dengan seorang lelaki tadi, yang pastinya lelaki itu bukan Aidan. Abang Adra.

Adra menggeleng. “Belum. I larikan diri dua bulan lebih. Namun dia jumpa I balik…” jelas Adra.

“Siapa…? Suami you ke I…?”

“Suami I…”

Azad terdiam. “You nak kahwin dengan I lagi tak…?”

Soalan Azad tidak terus dijawabnya. Wajah Azad dipandang. Azad cinta pertamanya. Memang perasaan itu tidak pernah hilang. Namun bagaimana pula dengan Ezzaq..?

“I tak tahu samada dia nak lepaskan I ke tak…”

“I boleh tolong you pujuk dia…” Azad bersungguh. Biarlah kali ini apa yang terjadi, dia sememangnya tidak mahu kehilangan Adra lagi.

Tiba-tiba telefon Adra berbunyi. Ada panggilan masuk.

“Suami you..?” soal Azad.

Adra mengangguk.

“You angkatlah. Cakap you ada dengan I kat sini…”

Punat hijau ditarik.

“Sayang… Kat mana.. Lamanya pergi tandas..” suara Ezzaq kedengaran risau.

“Saya ada kat bawah.”

“Bawah..jauhnya.. Kat atas kan ada tandas.. Movie kita start dalam setengah jam lagi…”

“Saya ada kat bawah dengan Azad..” ujar Adra. Dia tidak mahu berselindung. Dia sendiri mahu mencari kata hatinya. Siapakan yang ada di dalam hatinya sekarang. Azad atau Ezzaq. Dia inginkan kepastian.

“Azad…?” Ezzaq terkejut. “Sayang kat mana ni..? Saya datang sekarang…”

“Dekat kedai Chicken Chop…”

Ezzaq terus matikan talian. Langkahnya dipercepatkan ke tingkat paling bawah.

Tidak sampai lima minit, Ezzaq sudah berada di tingkat bawah. Matanya meliar mencari kelibat isterinya. Hatinya gusar. Walaupun Adra sudah menampakkan reaksi positif namun Azad masih cinta pertama isterinya.

Matanya menangkap restoran Chicken Chop dan dia terus menuju ke situ. Dia menghampiri pasangan yang sedang duduk berdua.

Bahu Adra disentuh dan matanya tajam memandang Azad.

“Hai..Azad…” Azad bangun dan menghulurkan tangan.

Agak lama baru Ezzaq menyambung huluran tangan Azad.

“Ezzaq…”

“Tak sangka nama kita hampir sama. Duduklah.” Ujar Azad sambil tersenyum.

“Saya tak rasa saya boleh duduk kat sini, kami nak tengok wayang sekejap lagi.” Adra dipandangnya. “Shall we…?”

“Ezzaq.. Aku masih perlukan Adra. Boleh kau tolong aku lepaskan Adra…” Azad berterus terang sebelum mereka beredar.

Ezzaq ketawa kecil. “Kau cakap apa ni…?” soal Ezzaq. Hatinya berang. Mujur dia berada di tempat awam, kalau tidak mahu mendapat si Azad ni.

“Adra masih cintakan aku.. Dan aku memang nak kahwin dengan dia..”

Ezzaq mengetap bibir.

Adra hanya mendiamkan diri. Dia tersepit. Tidak tahu yang mana satu yang perlu dimenangkan. Dan kini, dia keliru. Siapa yang perlu dipilihnya.

“Kau ingat ini, aku tak akan sesekali lepaskan Adra.. Kau ingat yang tu sampai bila-bila…”

Tangan Adra ditarik dan Adra turut bangun.

“Tak baik kau seksa jiwa Adra. Jika dia tidak bahagia dengan kau, baik kau lepaskan dia…”

“Azad.. Cool.. Apa-apa nanti I contact you balik…” celah Adra apabila melihat wajah Ezzaq semakin tegang.

Tangan Ezzaq pula ditarik keluar daripada restoran . Risau juga mereka berdua bergaduh dalam restoran tu. Tak pasal-pasal menjadi macam dalam drama. Dia semestinya tidak mahu menjadi watak utama. Pergaduhan dua orang lelaki, dan dia seorang wanita di situ. Penonton mesti akan salahkan wanita tersebut. Reason..?? Mesti lelaki bergaduh sebab berebut perempuan yang sama. Ha…! Betul sangat dah tu.

“Kenapa sayang nak call dia lagi…” Soal Ezzaq tidak puas hati. Hatinya bertambah panas apabila mendengar mulut comel isterinya berjanji untuk berhubung dengan lelaki itu lagi. Untuk apa..? “Tak ingat, dia yang tinggalkan sayang keseorangan sampai sayang masuk hospital..?”

Adra memejam mata. “Yang tu bukan salah dia…” suaranya diketap. Tidak mahu suaranya menjadi lantang.

“Kenapa sayang mesti nak backup dia lagi…”

Ya Allah…

“Memang betul bukan salah dia.. Kalau saya ditempat dia juga saya akan buat benda yang sama…” ujar Adra.

“Apa sayang cakap ni..?”

“Saya cakap apa yang betul…” Wajah Ezzaq dipandangnya. Ezzaq takkan faham apa yang dialaminya. Apa yang terjadi antara dia dan Azad.

“Sayang masih mengharapkan dia ke…?” soal Ezzaq. Sengaja soalan bodoh di tanya. Soalan yang mampu mengguris sekeping hatinya.

Adra tidak menjawab soalan. Ya tidak, tidak pun tidak.

“Your silent make me scare.. Tapi sayang kena ingat, saya suami awak yang sah tau. Saya takkan sesekali lepaskan awak. Jomlah kita balik, saya dah tiada mood nak tengok wayang.”

“You go back first..”

“Awak nak pergi mana…? Nak pergi cari mamat tu lagi ke..?”

“His name Azad. Bukan mamat…”

“Sayang… Sayang dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat sayang…?” pedih hatinya apabila isterinya sendiri memenangkan lelaki lain.

“Dia tak buat apa-apa. Awak punca segalanya. Kalau tak kerana awak yang hancurkan harapan saya dulu, kita takkan jadi macam ni.” Keras kedengaran suara yang keluar daripada mulut Adra.

Ezzaq menguak rambutnya. “Jadi awak masih belum maafkan saya sepenuhnya…?”

“Ya…!” jawab Adra tegas. Ditambah pula dengan geram dengan sikap Ezzaq.

Ezzaq mengeluh panjang. “Awak terseksa sangat ke kahwin dengan saya…?”

“Ya…!”

Wajah Adra dipandangnya. Hatinya berang namun dia kena bersabar.

“Kita balik dululah, tenangkan diri kita.. Jom…” usul Ezzaq. Dia tidak mahu melanjutkan pergaduhan mereka. Kalau bergaduh lama-lama siapa yang suka, siapa yang menang. Tuu.. Yang bertanduk tu. Sukalah dia.

“Awak balik dulu….” Tegas Adra.

Ezzaq memandangnya. “Are you still respecting me as your husband. If you do, please go back with me…”

“Im still respecting you, but please go back first. Dont wait for me…”

Ezzaq ketawa kecil. Dia ingat Adra sudah menerimanya, terutamanya pagi tadi, namun sangkaannya meleset. Sekarang Adra betul-betul berdegil kerana lelaki lain.

“Okey fine.” Ezzaq berpaling dan terus melangkah pergi. Hatinya remuk dengan reaksi Adra. Biarlah dia membawa dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience