WAJAH Ezzaq muncul tatkala kelopak matanya terbuka. Matanya dikedipkan beberapa kali. Berharap ini bukan mimpi. Betul ke Ezzaq? Adra bangun, matanya ditenyeh beberapa kali. Dan memang Ezzaq sedang duduk dihadapannya. Kedua belah tangan bersilang memeluk tubuhnya.
“What happen to this room…?” soalan pertama yang keluar. Wajahnya sebaris. Tiada senyuman langsung.
Mata Adra meliar kekiri dan kanan. Bilik bersepah. Bantal dan cadar bertaburan di lantai. Dia tidak lupa, memang dia mengamuk semalam. Melepaskan geram yang terbuku di dalam hati. Namun bila waktunya dia tertidur itu dia tidak pasti. Yang dia pasti, selepas mengamuk hatinya sedikit lega. Sebab tu dia boleh berbaring dengan tenang.
Wajah Ezzaq dipandang kosong. Tiada jawapan untuk soalan lelaki itu. Biarlah dia faham sendiri.
“Five minutes.. Kemas balik bilik..” kata Ezzaq tegas.
Adra merangkak turun dari katil. Satu persatu dicapainya. Cadar, selimut, bantal dan diletakkan semula dikatil seperti sedia kala. Dilipat dan dibentangkan dengan cantik. Sesekali matanya mengerling, Ezzaq kaku berdiri. Matanya sahaja mengawasi pergerakkan tangan Adra
Setelah selesai Adra berkemas, Ezzaq bangun dan terus melangkah keluar daripada bilik. Tiada patah lain keluar daripada mulut lelaki itu. Marah ke? Berterima kasih ke? Tiada. Hanya diam seribu bahasa
“Ezzaq…” panggil Adra. Biarlah dia mengalah kali ini. Jika lelaki itu tidak mahu bercakap, biar dia yang bercakap pula.
Ezzaq berhenti, namun tidak pula dia memalingkan wajahnya.
“I’m sorry…” ucap Adra perlahan.
Ezzaq berpusing. “Why did you say sorry…?” keningnya terangkat.
Adra mengangkat bahu. “Entah…” Lidahnya terkelu. Dia sendiri tidak pasti ucapan maaf untuk yang kesalahan yang mana satu. Cuma hatinya yang menyuruh dirinya meminta maaf. Perlukan dia senaraikan kesalahan dirinya? Tapi semua tu kesalahan ke?
Argghhh pening memikirkan pemahaman diri sendiri yang mungkin bertentangan dengan orang lain. Apa yang dia fikir betul, orang anggap itu salah. Dan apabila dia menganggap sesuatu itu salah, betul pula bagi orang lain.
Ezzaq menghela nafas berat. You say sorry but don’t know what is your sorry for..? “Pergilah mandi, sekejap lagi mama dengan papa nak datang…”
“Mama..? Papa…?”
“Ya… “
“Mama dan papa saya ke..?”
“Tak… Parent saya…”
Adra terkejut. Mertuanya akan datang..? “What should I do…?”
Adra cuak. Semenjak mereka berkahwin memang tidak sekalipun dia datang atau berjumpa dengan keluarga Ezzaq. Melainkan pada hari majlis resepsi mereka dahulu. Selepas dia kembali pun sama, langsung dia tidak pergi menjenguk mereka. Dia tidak usulkan, Ezzaq pun tidak mengajaknya. Tambahan pula, hubungan mereka asyik panas sahaja. Macam mana hendak ke sana. Tak seronoklah nak tunjuk dekat keluarga mertua macam tu. Apa-apa pun, keluarga mereka mestilah dahulukan anak mereka daripada menantu. Hanya mamanya sendiri, melebihkan menantu daripada anak sendiri.
“Just take a bath first. Lepas tu turun bawah..”
“Baiklah..” Adra bergegas ke bilik air. Dalam fikirannya merencana jawapan. Apa dia nak jawab jika mama atau papa Ezzaq bertanya, kenapa tak datang rumah mereka..? Sibuk..? Erkk.. Tak adalah sibuk mana.
Apa nak jawab..?? Argghhh... Senyum sahajalah. Biarlah mereka faham sendiri.
Setelah bersiap, Adra melangkah turun ke tingkat bawah. Terdengar suara orang berbual diruang tamu. Langkahnya terhenti. Bunyi berbual diamati, bukan suara dari televisyen.
‘Mereka dah sampai ke…?’ Adra mengurut dada. Debaran kecil mula terasa. Bagaimana dia nak bereaksi atau berbual dengan mereka
Sampai di ruang tamu, memang parent Ezzaq sudah berada diruang tamu. Wajahnya dia ingat-ingat lupa.
Terukkan menantu seperti dirinya..? Matanya bertembung dengan Ezzaq. Lelaki itu tersenyum nipis. Boleh senyum juga akhirnya. Tak macam sebelum ni. Sebaris sahaja wajahnya. Matanya beralih pula pada wanita di sebelah Ezzaq. Wajahnya dimaniskan
Adra menghulurkan tangan untuk bersalam. Pandangan wanita itu lembut. Semoga mak mertuanya tidak mengambil hati dengan sikap buruk yang pernah dia ditunjukkan kepada keluarga mertuanya.
“Mama… Mama sihat ke…?” tangan wanita itu digengam dan dicium
Wanita itu ketawa kecil. Badan Adra ditarik dan badan mereka bersatu. Adra senyum senang apabila badannya dipeluk wanita itu. Mujur mak mertua nya baik. Tidak berkira dengan sikapnya sebelum ini. Selamat.
“Ini maksulah… Bukan mama mertua Adra.. "di bisik ditelinga Adra.
Dan Adra...
Aiyakk..!!
Terus wanita itu melepaskan pelukan, dan terbit sengihan di bibirnya. Rasa darahnya sudah menyerbu ke wajahnya. Malu... Malunya bila menantu tidak mengenali mak mertuanya sendiri.
"Maaf maksu..." ucap Adra segan. Segan tahap memalukan diri sendiri. Ya tuhan Adra….!
Maksu menggeleng. "No worriess.. Chill sahaja.." katanya sambil mengenyit mata.
Matanya bertentang pula dengan Ezzaq dan wajah itu sedang menahan ketawa. Dia panggil maksu mama dan lelaki itu duduk di sebelah mereka, semestinyalah dia mendengar dengan jelas tutur kata yang keluar dari mulut comel ni.
Gelaklah. Dia menghantar pandangan yang menyampah. Akhirnya terburai juga ketawa lelaki itu.
Maksu menampar bahu Ezzaq yang sedang galak ketawa. "Tak baik awak ni tau gelakkan isteri macam tu.. Salah awak juga, kenapa tak bawa Adra balik jumpa family kita.."
Adra yang tersentap dengan reaksi Ezzaq sedikit sebanyak terpujuk dengan kata-kata maksu. Nasib maksu menyebelahinya.
“Sorry... My bad.. " ketawa Ezzaq mula reda, namun masih terukir senyuman gembira dibibir lelaki itu. Hati Adra turut terpujuk. Secara jujurnya, dia senang melihat Ezzaq yang gembira seperti ni. "Mama dekat dapur..” tambah Ezzaq apabila air muka isterinya berubah tenang.
Adra mengangguk. Tapi ya juga. Maksu tak adalah nampak tua sangat. Macam mana dia boleh meneka wanita itu mama Ezzaq. Aissshhh.. Silap percaturan, diri sendiri dimalukan.
Adra bangun untuk melabuhkan punggung di sofa, kemudian dia terpandang seorang wanita datang dari arah dapur. “Ha Adra dah turun dah..?” tegurnya. Wanita itu menghadiahkan sebuah senyuman.
“Mama…” kali ini dia berharap sangkaannya betul. Jangan dimalukan di depan keluarga Ezzaq lagi. Lagipun senyuman tu mirip Ezzaq. Rasanya sudah betul ini mama mertuanya yang sebenar.
“Ya.. Adra sihat ke…?” soal Pn Zati.
“Saya sihat mama.. Mama?..” balas Adra. Dulang ditangan Pn Zati disambut dan diletak di meja.
"Mama pun alhamdulillah sihat.." Pn Zati senyum dan memeluk satu-satunya menantu yang dia miliki. Setelah beberapa bulan, baru dia dapat bertemu muka dengan isteri anaknya.
Pelbagai dugaan yang anak sulung lelakinya hadapi. Wajah Adra ditiliknya. Kedua belah tangannya memegang pipi Adra. Senyumannya terbit lagi. "Terima kasih sebab terima anak mama.." ucapnya perlahan namun kedengaran sayu di hati Adra.
Adra cuba mengukirkan senyuman. Dia terkelu, tidak tahu bagaimana untuk membalasnya. "Maafkan saya mama.."
Pn Zati menggeleng. Dia faham situasi menantunya. Cuma harapan dihatinya, semoga mereka beroleh kebahagiaan selepas ini. Badan Adra dirangkul ke dalam pelukannya.
Ezzaq dan Maksu juga terdiam melihat reaksi mereka berdua.
Pn Zati menarik tangan Adra untuk duduk.
“Papa tak datang ke…?” Tanya Adra beramah. Wajah mama mertuanya dipandang.
“Ada tadi, dengan adik-adik. Dekat luar ke Long…?” tanya Pn Zati kembali. Pandangan dihalakan pada anak lelakinya pula.
“Ha’ah. Sampai tadi terus ke kolam renang dah yang berdua tu. Papa pun sama melayan anak teruna dua orang tu. Entah-entah dengan papa sekali terjun agaknya..” balas Ezzaq.
“Mama pergi tengok mereka sekejap.. Dari tadi duk berendam, karang kecut semua baru tahu. " bebel Pn Zati. Adra dipandangnya. "Nanti kita sambung sembang ya, mama pergi tengok ayah dengan adik sekejap.." pinta Pn Zati dan Adra mengangguk.
Mata mereka bertiga mengikut jasad Pn Zati yang berlalu meninggalkan mereka bertiga. Ezzaq berpaling ke arah isterinya dan kemudian dia menepuk tempat di sebelahnya.
Adra angkat kening..Why..?
"Come here..." pinta Ezzaq dan demi menjaga air muka Ezzaq, Adra beralih dan duduk disebelah lelaki itu.
Kedengaran Maksu ketawa mengusik. "Macam tak boleh berpisah dah lagaknya.."
Ezzaq ketawa kecil manakala Adra hanya tersengih. Entahlah Ezzaq ni, sama sahaja duduk mana-mana pun.
“Maksu lama ke cuti….?” Soal Ezzaq. Malas mahu melayan usikan wanita itu.
“Ha.. tinggal dua minggu saja lagi, nanti pergi balik.” Balas maksu. Dia bekerja dipelantar minyak. Jadi waktu cuti dia berbeza dengan orang lain. “Korang bila nak lagi nak bertiga…?” soal Maksu selamba. Takkan tak ada berita gembira lagi.
Mendengar soalan cepu emas, Adra tunjuk muka segan. Dan-dan soalan favorite mak-mak menyusul.
“Tak ada soalan lain ke maksu nak tanya…?” Ezzaq tergelak. Macam mana nak ada orang ketiga, yang berdua ni pun belum elok sepenuhnya.
Giliran Maksu pula ketawa senang.
“Soalan standard apa orang tanya…”
“Nanti kalau dah ada, maksu orang pertama Ezzaq cakap…” balas Ezzaq.
"Janji...?" pinta Maksu.
Adra turut tergelak melihat kesungguhan Maksu.
"Yaaaaa..." balas Ezzaq.
“Along.. Pinjam bilik nak salin baju…” pinta Ezzan yang baru muncul dari pintu tengah. Mana lagi, dari kolamlah
“Masuklah, bilik dekat sebelah kanan tu…” badannya sedikit terangkat.
“Adik pun sama….” Celah Ezzriel pula. Juga baru muncul dari tempat yang sama.
“Masuklah.. Nak rehat pun boleh dekat dalam tu. Baju Along pun ada kalau nak guna dulu…” Ezzaq sudah pun bangun menuju ke bilik yang dimaksudkannya.
Maksu berpaling kepada Adra apabila jasad Ezzaq menghilang.
"Kenal tak..?" Maksu bergerak mendekati Adra. Adra menggeleng sampai tersengih. Namun dia tahu, mesti mereka berdua adik Ezzaq.
"Yang tinggi sikit tu Ejan.. Ezzan.. Adik nombor dua Ezzaq, jadi adik Adra juga. Yang sorang lagi tu adik bongsu. Ezzriel." terang Maksu tanpa dipinta.
Adra tersenyum. Baiknya Maksu.. Siap tolong perkenalkan keluarga mereka lagi. "Terima kasih maksu..."
Maksu angkat tangan seperti melambai.. "No hal... Nanti lama-lama Adra kenallah semua. Maksu pun kadang-kadang tak ingat semua pun anak-anak saudara. Cuma dengan dorang ni rapatlah sikit.."
Adra mengangguk. "Maksu..."
"Ya..?" keningnya turut terangkat.
"Maksu nama apa?" soal Adra. Dia senang berbual dengan wanita itu. Jadi tak salah bertanya nama kan..
Maksu tergelak. Matanya galak memandang Adra. Semakin lama dia semakin tertarik dengan anak saudaranya ini. "Panggil je maksu.. Tapi kalau nak tahu nama jugak. Nama maksu Iris Dhia Zaria.. Cantik kan nama maksu..?" keningnya terangkat lagi bersama sengihan.
Adra mengiakan. Bukan mahu mengambil hati, tapi memang cantik pun nama Maksu Zaria.
“Ezzaq okey tak…?” soal maksu Zaria perlahan.
Adra mengangguk. “Dia okey. Kenapa maksu..?”
Tangan Adra digengamnya. “Maksu tahu perkahwinan kamu berdua bukanlah berdasarkan cinta, tetapi Maksu tahu dia betul-betul sayangkan Adra. Ketika Adra tinggalkan dia sebelum ini, dia nampak teruk sangat. Masa dia putus cinta dulu pun tak nampak seteruk macam tu. Maksu paling rapat dengan dia. Walau dia tak cakap, tapi maksu tahu dia sayangkan Adra sangat-sangat. Adra cubalah terima dia dengan seadanya ya…”
Malunya. Apa pandangan keluarga Ezzaq terhadapnya agaknya. Perempuan yang teruk kerana menyakiti anak mereka. Perempuan yang kejam kerana sanggup meninggalkan lelaki itu pada hari perkahwinan mereka. Adra menarik nafas dalam. Namun dia berharap, mereka tidak menyimpan marah dan dendam kepadanya. Lagipun melihat reaksi mereka daripada awal tadi sehingga sekarang nampak seperti memahami situasinya sendiri.
Anak mata Maksu Zaria dipandang. Jelas terpancar jujur dan ikhlas permintaannya.
“Insyaallah maksu…” Adra senyum tipis. “Ezzaq pernah putus cinta ke…?” Tiba-tiba dia seperti berminat nak tahu. Sebelum mereka kahwin ke…? Sebab tu ke Ezzaq rela berkahwin dengannya tanpa bantahan.
Maksu Zaria tergelak. “Waktu dia di U dululah…” bisik Maksu ditelinga Adra.
“Serius…?”
Maksu Zaria mengangguk. “Masa tu budak perempuan tu reject dia. Budak perempuan tu anak orang kaya. Biasalah. Standard tinggi..” balas maksu. “Tapi itu cerita lamalah…Adra jangan simpan pula…”
Adra mengangguk sambil tersenyum. Tapi tengok pada gaya Ezzaq dan keluarganya pun seperti dikategorikan orang-orang berada juga. Mungkin perempuan tu pangkat diraja kot. Fikti Adra.
Namun dia teragak-agak mahu bertanya, sebelum mereka berkahwin, Ezzaq tiada makwe ke…? Namun soalan itu hanya tersekat di kerongkong.
“Mama lunch kat sinilah hari ini. Along masak…” terdengar suara Ezzaq dari belakang.
“Okey.. boleh sahaja, lagipun dah lama mama tak makan masakan along.” Pn Zati dan En Zakwan berjalan beriringan masuk kedalam rumah.
“Sure.. mama dan papa nak rehat, naiklah atas. Guna bilik tamu…”
“Yalah,…”
Adra pula bangun bersalaman dengan bapa mertuanya. Pastinya dia tidak akan silap kerana hanya dia sahaja lelaki berusia disini. Dan wajah nya ada mirip wajah Ezzaq.
“Papa sihat…?”
“Alhamdulillah.. Adra sihat ke..?”
Adra mengangguk. “Sihat..”
“Lama tak jumpa Adra. nanti selalulah ajak Ezzaq balik rumah papa ya…”
“Insyallah papa…”
Asyik mereka bersembang, Ezzaq pula meminta diri untuk ke dapur. Adra juga mengekori langkah Ezzaq ke dapur.
“Kenapa tak duduk depan…?” tanya Ezzaq. Adra berdiri disebelahnya.
“Saya nak teman awak masak…” jawab Adra selamba.
Ezzaq tergelak.
“Seriously…?”
“Teman sahaja, bukan tolong masak…”
Wajah Adra dipandang lembut.
“Thanks sudi jumpa family saya…”
“Jumpa sahaja pun.. Doesn’t matter…”
“Eleh doesn’t matter. Sebelum ini bukan main lagi. Siap bergaduh-gaduh, bermasam muka. Baru ajak balik rumah parent saya…”
“Hallo…”
“What hallo..?”
“Awak cakap macam tu macam teruk sangat je saya…”
“Itulah… Awak tak rasa awak teruk ke…?”
Adra mengigit bibir. Mamat ni kan, mulut dia. Menjawab sahaja kerjanya tau..
“Panas pula saya rasa kat dapur ni…” Adra pura-pura mengibas wajahnya dengan tangan.
“Kalau panas pergilah depan…”
“Awak tak suka saya duduk sini ke…?” uji Adra.
Mendengar soalan Adra, Ezzaq terus berpusing. Wajah isterinya direnung. Sudah lama rasanya dia tidak menatap wajah itu dengan tenang. Bibirnya mengorak senyum. Dia rindukan seraut wajah itu.
“What…?” tanya Adra. Dia segan apabila Ezzaq asyik tersenyum-senyum. Dia sedar, mata lelaki itu sedang merayap ke seluruh wajahnya.
“What….What… Cium kang baru tahu…”
“Dont you dare... Family awak dekat sini okey.. Behave yourself…” Adra memberikan peringatan. Tak rasa lelaki itu lupa. Bukannya mereka berdua sahaja berada di dalam rumah ini sekarang.
Ezzaq tergelak. "I dont care..."
“Hai..Bila nak masak kalau macam ni…” tegur seseorang.
Mereka berdua berpaling serentak. Maksu Zaria tersengih dibelakang mereka. Bila masanya maksu muncul pun tak tahu. Harap-harap wanita itu tidak mendengar perbualan mereka.
Ezzaq beralih dan bersegera menolak bahu maksu Zaria. “Maksu duk depan, saya dah ada pembantu dekat dapur ni. Tak payah nak sibuk dekat sini. Tak pun pergi naik rehat kat atas. Jangan menganggu saya nak berkasih sayang dengan isteri saya ya... "
Maksu Zaria tergelak. "Baiklah…” Dia akhirnya mengalah. Niatnya mahu mengambil air, namun bila terdengar mereka bergaduh manja, jadi dia batalkan niat untuk menganggu. Dia hanya menunggu waktu yang sesuai untuk mencelah. Tak sangka dia dihalau pula. Bertuah anak saudara.
Ezzaq sudah pun kembali ke dapur semula.
“So, apa yang saya boleh bantu awak….” Tanya Adra.
Ezzaq meletakkan bahan-bahan dan sayuran di atas meja.
“Hari ni saya nak masak nasi beriani. Jadi, awak duduk sahaja dekat situ, temankan saya masak. Tak payah buat apa-apa…” kata Ezzaq sambil senyum lebar.
“Sure tak nak saya tolong ni…?”
“Sure… 100% sure..”
“Nanti jangan cakap saya tak tolong awak masak.. Jangan salahkan saya kalau saya tak belajar masak…”
Ezzaq ketawa senang. “Kalau awak nak belajar, saya akan bukak kelas special untuk awak nanti.. okey…but not today..”
Adra mengjungkit bahu. Ezzaq memulakan process memasak dan memang sepasang mata Adra menari mengikut pergerakkan tangan lelaki itu. Sesekali mata mereka bertembung dan mereka berbalas senyum.
Sedang tekun lelaki itu bekerja, Adra meneliti dirinya dari belakang.
Ezzaq dah maafkan dirinya ke…?
Mahu bertanya, namun dia risau mood memasak Ezzaq berubah pula nanti. Jadi, dia pendamkan dahulu.
Hampir satu jam, Ezzaq sudah selesai memasak nasi beriani, ayam masak beriani, acar dan air untuk makan tengahari. Setelah makanan dihidangkan, mereka makan tengahari bersama-sama.
“Esok Angah lapor diri pukul berapa..?” soal Ezzaq ketika mereka bersantai diruang tamu. Semua ada di situ, kecuali papa dengan mama yang sudah meminta diri untuk berehat dibilik
Lapor diri…?
Adra hanya mendengar. Mesti ada sesuatu yang dia tidak tahu. Itulah, betapa teruknya kakak ipar. Terbit rasa kesal dihatinya. Itulah, betapa teruknya kakak ipar.
“Pukul 8.30 pun dah kena ada kat sana. Along nak ikut ke..?”
“Tak kisah. Boleh saja. Lagipun esok Along cuti lagi..”
Wajah Ezzaq dipandang. Ingin ditanya, Angah lapor diri dekat mana, namun dipendamnya.
“Maksu ikut tak..?” tanya Ezzaq.
“Of course… Mana tahu ada jumpa calon dekat sana…” balas maksu Zaria. Matanya tidak beralih dari skrin televisyen.
Ezzan pula yang tergelak mendengar jawapan maksu. Maksu Zaria sebenarnya tua dua tahun daripada alongnya Ezzaq, namun jodoh maksu agak lambat. Jadi asal jumpa lelaki single, adalah ayat dia. Semua nak try.
“Ejan jangan gelakkan maksu eh. Dah janjikan nak carikan maksu calon. Jangan nak mengelat..”
Ezzaq pula tergelak. Sebelum ni ada sahaja dia hendak kenalkan Maksu dengan kawan-kawannya, namun cadangan ditolak mentah-mentah. Ini mengedik mencari calon macam dah tak sabar nak kahwin.
“Ezzaq nak kenalkan, Maksu tak nak…”
“Tak nak.. Kawan Ezzaq mesti semua dah tua. Maksu nak yang muda-muda..” kata maksu Zaria. Jawapan Maksu Zaria mengundang tawa mereka. Nak cari anak ikanlah tu.
“Sombonglah sangat, nanti jadi andartu baru tahu…” sakat Ezzaq lagi.
Pap!.
Sebuah bantal dilempar terus kepada Ezzaq. Mujur Ezzaq sempat menyambutnya. Kalau tidak, confirm mendarat pada wajah bersihnya..
“Mulut tu behave sikit. Kata-katakan satu doa…” Balas maksu Zaria.
Adra hanya senyum tipis. Terasa begitu jangkal berada di dalam keluarga Ezzaq. Satu pun dia tidak tahu tentang keluarga Ezzaq. Dia hanya mampu tersenyum ketika mereka bergelak tawa. Adakah dirinya terlalu asing dengan mereka.
Akhirnya Adra bangun, lebih baik dia naik ke bilik. Tidur mungkin lebih baik. Tambahan pula, dia tidak tahu nak mulakan perkenalan mereka daripada mana.
Ezzaq dulu mencapai tangannya sebelum dia melangkah.
“Nak naik dah ke..?”
Adra senyum tipis. “Erm..”
“Kalau nak tidur, tidurlah dulu..” pesan Ezzaq.
Adra tidak membalas, dia terus naik keatas selepas meminta izin daripada maksu.
Nafas dihembus berat.
Salah dia sendiri ke…?
Entahlah.. Mungkin ya..
Pintu bilik dikuak, katil dihampiri. Adra meniarap di atas katil. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Macam mana hendak berkenalan dengan keluarga Ezzaq. Mahu ke mereka menerima dirinya kembali setelah apa yang dia lakukan sebelum ini. Tinggalkan anak lelaki mereka tanpa khabar berita. Walaupun penerimaan mereka tadi seperti baik, namun kerisauan tetap bertapak di hatinya. Takkan semudah itu mereka maafkan dirinya.
Terdengar pintu bilik dikuak, Adra memejam mata. Terasa tilam disebelahnya bergerak.
“Tak takut lemas ke tidur macam tu…?”
Adra membeku. Dia tiada hati untuk membalas.
“Esok nak ikut tak..?”
“Pergi mana…?” posisinya masih sama.
“Hantar Angah dekat Pusat Latihan Tentera Darat, PD”
Adra diam. Oh kerana itu ke mereka sekeluarga datang ke rumah Ezzaq pada hari ini. Namun, dia tiada jawapan yang boleh diberikan.
“Nak ikut tak…?”
“Entah…Awak nak saya ikut ke..?”
“Terpulang. Tiada paksaaan..”
Adra bangun, handphone di atas meja dicapai. Langkah diatur menuju ke balkoni. Sikap Ezzaq yang acuh tak acuh membuatkan dirinya terasa jauh hati. Kalau betul nak ajak, biarlah bersungguh. Ini ajak macam tak nak ajak sahaja.
Bangku dicapai, punggungnya berlabuh disitu.
Angin malam sedikit sebanyak menyejukkan hatinya yang kesedihan.
Hati terasa mahu pulang ke rumah sendiri, namun apa kata mertuanya nanti. Cahaya bulan dipandang, setitis air matanya gugur. Dia sedih. Namun kesedihan itu tak dapat diluahkan.
“Awak ada dating dengan Azad ke esok…?” tanya Ezzaq tiba-tiba.
Air mata diseka supaya tidak dapat dikesan oleh Ezzaq.
“Saya tak ikut esok. Saya nak balik rumah mama..”
“Okey..” balas Ezzaq pendek. Dia terus masuk ke dalam. Ditinggalkan Adra diluar keseorangan.
Share this novel