Order..!! 32

Romance Series 123857

ADRA mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu-bapanya sedangkan sudah empat hari Ezzaq tidak pulang ke rumah. Tiada pula Ezzaq khabarkan ke mana dia pergi, ada projek atau outstation ke mana-mana. Adra pula, mulut terasa berat mahu bertanya. Sedangkan marahnya pada Ezzaq masih bersarang selepas mereka bergaduh sebelum ini.

Kadang-kadang terbit hairan dihati, kalau tidak suka kenapa tidak dilepaskan sahaja dirinya. Dia tidak suka tergantung seperti ini. Dia mahukan kebebasan.

Kini dia sendiri mati kutu, Ezzaq tidak menghubungi atau pun menghantar sekeping mesej pun kepadanya. Ke mana dia mahu mencari Ezzaq.? Takkan hendak jenguk lelaki itu di ofis. Kalau Ezzaq tiada, tak ke memalukan dirinya sendiri. Nak-nak kalau terjumpa bakal isteri baru Ezzaq, mahunya dia kena gelak sakan.

Argghhh... Biarlah.

Kunci kereta dicapai, namun dia terfikirkan sesuatu. Kalau pun balik rumah mama, mesti mulut mama becok bertanyakan menantu kesayangan dia tu. Apa dia nak jawab? Gaduh? Lari dari rumah? Atau tak payah jawab apa-apa. Ya, itulah jawapannya. Tak payah jawab apa-apa.

Baru tangannya memegang pemegang pintu kereta, telefonnya berbunyi. Tidak jadi dia membuka pintu. Telefon di dalam handbag diambil. Tertera nama Azad di skrin telefon. Terus punat hijau diseret.

“Ya Azad..?”

“Sayang.. I have suprise...! " kata Azad dengan nada yang ceria.

Adra pun turut sama tersenyum. Apalah yang suprise sangat tu.. "What's that? " soalnya kemudian.

"Guest what..?"

Otak Adra membeku. Tiada apa yang dapat ditekanya. Banyak sangat perkara yang hendak menjadi penghuni otaknya. "Just say it... I have no idea.."

"I nak you temankan I pergi ke suatu tempat esok. Boleh…?”

“Ke mana…?”

“Vacation…” Azad ketawa senang.

“You seriuslah Azad.” betul ke tidak. Tak ada angin, tiba-tiba nak pergi bercuti. Namun dia mahu mendengar tutur kata Azad yang seterusnya. Badannya disandar di kereta, manakala telefon masih melekat si telinganya.

“I'm serius.. I dah ambil cuti tiga hari. I nak bawak you pergi bercuti. Tepi pantai.. Nak…?”

Wah! Pantai... Bestnya..!!

Adra turut teruja. Hatinya mahu mengikut namun akalnya asyik membutirkan ayat Ezzaq. Apa lagi? Yang statusnya masih isteri orang. Jangan curang...!

Argghh…

Dia tidak suka perasaan ini. Terkokong, sedangkan orang yang mengucapkan itu tiada di depan mata pun.

“Adra…?” panggil Azad apabila Adra hanya diam. Tiada patah bicara pula daripada Adra. Adra tidak suka ke? Sebelum ini, Adra selalu mengajaknya ke pantai, namun belum sempat lagi mereka sampai ke mana-mana pantai. Bukan sikit pantai dekat Malaysia ni, namun satu pun mereka tidak pernah pergi bersama. Betapa ruginya. Jadi, kali ini dengan peluang yang ada, dia mahu abadikan semuanya bersama wanita itu.

“Ya... Okey boleh..” Akhirnya Adra memberi keputusan. Lagipun Ezzaq tiada di rumah dan Ezzaq juga seperti tidak memperdulikannya. Jadi, jika dia keluar dengan Azad mungkin Ezzaq tidak akan tahu.

Tapi Allah tahu..Terdetik dihatinya.

Tak apa. Dia akan jaga-jaga. Bukan dia dengan Azad nak buat perkara yang tak senonoh pun. Lagipun Azad bukanlah lelaki dalam kategori yang akan mengambil kesempatan. Bukan baru semalam dia kenal Azad.

“Yes…” kedengaran suara Azad sangat gembira. “Esok I jemput you dekat rumah ya..”

“Ya.. tapi jemput I dekat rumah parent I…” putus Adra. Walaupun hubungan dia dengan Ezzaq tidak berapa baik, namun dia tidak mahu Azad tahu tempat tinggal Ezzaq.

“Sure.. Esok pagi lepas I pickup you, kita gerak dalam jam 9 pagi…okey..?”

Adra mengangguk. “Okey.. see you tomorrow..”

Adra tidak jadi masuk ke kereta. Dia kembali ke bilik setelah talian dimatikan. Pakaian yang akan digunakan di pantai nanti di masukkan ke dalam beg. Lagipun mungkin mereka akan menginap di sana selama tiga hari dua malam. Jadi, tidak salah jika dia sediakan lebihan baju.

“Sorry Ezzaq. Saya nak bebas. Awak tak boleh nak kurung saya macam ni…” bebel Adra sambil membawa beg turun ke tingkat bawah untuk dibawa bercuti dengan Azad. Dia tidak betah ditanggalkan keseorangan begini. Orang tak hingin, dia pun tak berkehendak. Itu rumah Ezzaq, bukan rumahnya. Baik dia pulang ke rumahnya sendiri. Mungkin selepas pulang bercuti pun, dia akan terus duduk dengan keluarganya sendiri.

Adra memandu perlahan menuju ke rumah ibubapanya.

*********

AWAL-awal pagi lagi Adra sudah bersiap. Dia tidak mahu terlewat. Kata Azad mereka akan pergi ke Pulau Pangkor, jadi untuk ke Perak mereka akan mengambil masa dalam tiga ke empat jam. Jika lewat mereka bertolak, semakin lewatlah mereka akan sampai di sana.

Jam sudah bertukar ke angka lapan pagi. Adra turun bersarapan. Hari ini mama sediakan nasi goreng bersama dengan gorengan nuget. Air pula, air milo panas. Air kegemarannya...!

“Adra nak pergi mana ni…?” soal Pn Ainun. Pelik melihat anaknya sudah bersiap diawal pagi. Semalam pun balik keseorangan tanpa Ezzaq. Bila ditanya, bukan nak dijawab.

Adra hanya tersengih.

“Mama tanya, bukan suruh sengih. Nak pergi mana ni…?”

“Nak pergi jumpa kawan.”

“Kawan…? Yang mana satu…?”

“Adalah…”

“Adra cuba cakap betul-betul dengan mama. Nak pergi ke mana sebenarnya ni…” Pn Ainun tidak berpuas hati dengan jawapan Adra.

“Papa mana ma…?” soal Adra.

“Tak payah nak alih tajuk. Ezzaq tahu tak Adra keluar ni…?” soal mama lagi.

Adra mengeluh.

Ezzaq.. Ezzaq..!

Sayang sangat menantu dia tu.

“Adra.. Tak baik buat macam tu. Kalau nak keluar kena cakap dengan suami…Tak boleh main keluar sahaja tanpa izin suami. ” tegur mama.

Mama.. menantu mama tu dah menghilang nak seminggu dah. Dia menghilangkan diri. Sepi. Senyap tanpa berita. Tinggalkan anak mama ni terkontang kanting tau tak..? Namun itu hanya berkisar di dalam hatinya sahaja. Malas hendak diluahkan sebabnya nanti semua nampak buruk padanya. Orang lain semua nampak elok.

"Adra keluar dengan kawan aje ma.."

"Ezzaq tahu tak..?" tanya Pn Ainun lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

Baru Adra angkat muka, telefonya berbunyi. Ada mesej masuk.

“Adra nak keluar dah, kawan Adra dah sampai…” Adra terus mengangkat pinggan ke sinki dan terus dibasuh. Itu tabiatnya dan itu juga yang Pn Ainun selalu ingatkan. Jangan malas. Pinggan sendiri patut dibasuh, jangan selalu mengharapkan orang lain untuk mencucinya. Basuh pinggan tiada hal, masak sahaja letak tepi. Okey...

Adra terus berlalu ke biliknya. Pandangan mama yang tajam, dibiarkan. Please trust your daughter ma. Anak mama tak ada buat perkara yang pelik-pelik. Beg pakaian dan kelengkapan lain yang sudah tersedia, di angkat turun ke bawah.

Ketika turun, mama sudah tercegat di depan pintu.

“Adra nak pergi mana…? Itu Azad kan…?” soal mama. Nada Pn Ainun sudah berubah.

“Ya Azad..” balas Adra.

“Adra tahu tak apa yang Adra buat ni..?”

“Mama.. Adra tahu dan sedar. Adra ni masih isteri Ezzaq. Mama jangan salah faham, Azad nak bawa Adra tenangkan diri. Itu sahaja. Adra jaga batas-batasnya.” akui Adra. Ya, dia hanya nak tenangkan diri. Azad permudah jalannya ketika ini. Salah ke mama..?

“Nak jaga macam mana. Itu lelaki bukan muhrim Adra. Mama tak izinkan Adra keluar.” marah Pn Ainun. Terus telefonnya dicapai.

“Hallo Ezzaq. Mama ni.”

Adra terkejut. Tak sangka mama boleh menghubungi Ezzaq ketika itu juga. Begitu rapat sekali hubungan mereka.

“Adra nak keluar dengan Azad. Siap bawa beg baju lagi. Ezzaq tahu tak ni…?” soal mama.

Kemudian tiada lagi patah keluar dari mama. Hanya matanya sahaja yang memandang Adra tajam. Tidak tahu apa yang dikatakan oleh Ezzaq.

“Mama tak tahulah apa nak jadi dengan Adra ni..” kata Pn Ainun dan terus naik ke biliknya.

Adra menarik nafas dalam. Langkahnya diteruskan setelah jasad mama hilang dari pandangan. Mama pun tidak menghalang lagi. Di luar, kereta Azad yang di parking di depan rumah di hampiri.

“Sorry lambat…” kata Adra.

“Tak apa… Semua ok ke…? Muka you lain macam sahaja…” tegur Azad.

“You rasa…?” Adra tergelak. “ Lagi sikit je, I tak dapat nak ikut you pergi Pangkor. Mama sekat..”

Azad buat muka terkejut. “ So macam mana you boleh lepas…?”

“Entah mama. Dia call menantu dia, tak tahulah pakcik tu cakap apa. Lepas tu dia benarkan aje I keluar..” cerita Adra.

“Oh…”

Adra senyum tipis.

“Ezzaq tahu tak you keluar dengan I ni…?”

“You kalau nak tanya pasal dia dekat I, baik I tak payah ikut…”

“Okey..sorry-sorry…” Azad tersengih. “ Shall we…?”

Adra mengangguk.

Sepanjang perjalanan Adra banyak mendiamkan diri. Masih berlegar-legar dikepalanya. Apa yang Ezzaq cakap dengan mama sehingga mama benarkan dia keluar. Magic sangat ke..? Patutlah mama macam rapat semacam dengan Ezzaq. Memang kamcing rupanya. Adra melayan perasaan sehinggakan tanpa sedar dia tertidur.

Sedar-sedar, Azad mengejutkannya. Mereka sudah sampai di jeti Lumut. Walaupun cuaca agak panas dan berbahang, Adra tersenyum girang. Dia bebas sekarang. Inilah kebebasan yang dia cari. Bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa halangan.

Azad pula sibuk mengeluarkan beg dari bonet kereta. Begnya sendiri dan beg Adra juga. Bibirnya turut tersenyum apabila melihat wajah ceria wanita yang semenangnya tidak pernah hilang dari jiwanya.

“Thanks Azad…”

“Why…?”

“Bring me here…” matanya bersinar-sinar ketika mengucapkannya. Sungguh, dia tidak pernah terfikir akan sampai ke sini. Pakej dengan Pulau Pangkor sekali. Cant wait to enjoy it..!!

“Most welcome.. Jom, sekejap lagi feri kita sampai. Sebab I dah tempah tiket awal-awal..”

Adra mengangguk.

Dia berjalan disebelah Azad walaupun tangan Azad penuh kiri dan kanan dengan beg mereka berdua. Azad dengan senang hati mahu membantu membawa begnya. Walau ditolak, Azad tetap dengan pendiriannya. Akhirnya, dia benarkan sahaja. Dia tidak mahu bergaduh, motifnya adalah untuk bercuti aka tenangkan diri dan fikiran.

Tidak lama, feri mereka tiba di jeti. Azad sekali lagi membantu Adra memunggah beg ke dalam feri. Setelah selesai, mereka beralih mengambil tempat dibahagian atas, menikmatinya pemandangan laut sebelum sampai di Pulau Pangkor.

“Nanti kalau ada rezeki I kahwin dengan you, I nak bawa you datang sini lagi…” kata Azad bersungguh.

Adra tersenyum.

“Kenapa sini…?” Wajah Azad dipandang. Lelaki itu tersenyum.

“Sebab you kan suka pantai.”

“Banyak lagi pantai lain yang boleh. Langkawi ke, Terengganu ke.. Boringlah kalau asyik datang ke sini sahaja…”

Azad tergelak. “Wow-wow… kalau macam tu I tak kisahlah mana-mana pantai pun I sanggup bawak you pergi nanti. Asalkan you bahagia, jadi I pun bahagia. You happy, I pun happy.. Okey…?”

Adra pula tergelak. Rupa macam laila dan majnun dah si Azad ni.

“Mampu ke you nak bawak I pergi semua tempat tu…?” duga Adra.

“Insyallah. Tiada masalah pun. Moga Allah murahkan rezeki kita selalu. Bolehlah I bawa you pergi mana-mana pun yang you nak pergi..” balas Azad ikhlas.

Adra senyum tipis.

Ya.. kalau ada rezeki.

Namun nasibnya sekarang pun belum tentu lagi. Ezzaq tetap berdegil tidak mahu melepaskan dirinya. Tambahan pula sekarang, lelaki itu menghilangkan diri. Jika dia failkan fasakh di Pejabat Agama lepas tak?

Nafas dilepas perlahan, laut terbentang di depan mata direnung. Semoga Allah permudahkan jalannya. Mana-mana jalan yang memberi kebahgian kepada dirinya.

Sesampai di jeti Pulau Pangkor, mereka terus dibawa ke hotel penginapan. Hotel yang bersebelahan dengan laut. Selesai urusan kemasukkan ke bilik, Adra dan Azad beriringan menuju ke tingkat empat. Bilik mereka berhadapan. Bilik Adra pula mengadap pemandangan laut.

Masing-masing terpisah di depan pintu bilik hotel. Beg pakaian dan handbag diletakkan di atas meja. Kakinya laju melangkah ke balkoni. Pintu sliding ditolak perlahan. Terus wajahnya dihembus angin petang pantai. Automatik bibirnya mengorak senyum. Pemandangan pantai di depan mata membuatkan hatinya sejuk. Tenang. Damai dan bahagia. Thank you Azad sebab bawa dia ke sini.

Setelah berpuas hati dengan keadaan diluar, Adra kembali ke dalam bilik. Dia berbaring di tilam. Selesa dirasakan. Sejuk...

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej. Skrin ditolak, mesej daripada Azad yang diterima.

I nak turun pergi pantai kejap lagi. Jom… - Azad

Okey…Give me five minutes - Adra.

Adra bangun dan menukar baju kepada yang lebih selesa. Dia berseluar panjang dan blouse lengan panjang. Rambut dibiarkan lepas. Sengaja dia memilih baju dan seluar yang longgar, pakaian itu lebih selesa dipakai terutamanya di pantai.

Seketika pintu bilik diketuk.

Pintu bilik dibuka dan Azad sudah tersenyum lebar.

“Jom…”

Adra mengangguk. Pintu ditutup, dan mereka beriringan turun ke tingkat bawah. Ketika melalui ruang lobi, mata Adra tertancap kearah sesorang. Hanya seketika, tidak sempat dia menelitinya.

It can’t be him..

Azad dipandang, namun tiada reaksi daripada lelaki itu. Azad tak nampak kot apa yang dia nampak. Ataupun hanyalah bayangannya sahaja.

Mungkin..

Langkahnya diteruskan menuju ke pantai. Namun bayangan itu menganggu fikirannya. Dia buat apa dekat sini? Atau mungkin pelanduk dua serupa.

Mungkin....

Biarlah. Usah dibiarkan perkara yang lain menganggu fikirannya. Yang paling penting saat sekarang dia mahu berseronok dulu. Bergembira.

“Bestnya….!” Adra mendepakan tangan bebas. Matanya dipejam dan nafasnya ditarik dalam. Tenang dirasakan.

Angin pantai menyapa lembut wajahnya. Alur rambut berterbangan mengikut tiupan angin pantai.

“Cantik….” Luah Azad.

Adra membuka mata. “You cakap apa…?”

Azad menggeleng. “I cakap you cantik…”

Adra tergelak.

“I suka tengok you happy macam ni…”

“Kenapa you cakap macam tu…? Nampak macam I tak happy ke…?”

“Taklah..” balas Azad.

“Thanks again bawak I datang sini. Boleh I tenangkan fikiran…”

Azad mengangguk. “Welcome… Jom gerak pergi sana…”

Adra mengikuti langkah Azad menyusuri tepi pantai. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati angin petang pantai. Masing-masing memahami kehendak hati yang inginkan percutian yang bersahaja.

Ada sekumpulan lelaki dan perempuan bermain bola tampar di depan mereka. Begitu riuh rendah suara mereka.

Adra hanya memandang kosong ke arah mereka. Seronok sangatkah bermain di tepi pantai. Siap bersorak-sorak. Macam pertandingan sahaja. Bunyi riuh rendah mereka sesekali ditengelami dengan ombak yang menghempas pantai.

“You pandai main bola tampar kan…?” soal Azad. Seingatnya, Adra banyak bermain sukan ketika di Universiti dahulu.

“Bolehlah sikit-sikit. Taklah expert mana..” balas Adra. Sekadar bermain bolehlah. Tak pernah lagi dia ikuti mana-mana pertandingan. Malas hendak melibatkan diri. Bermain hanya untuk suka-suka.

Rambut yang menutupi bahagian mukanya dikaut perlahan.Dan ketika itu matanya bertembung dengan sepasang mata. Automatik langkahnya terhenti.

So…

Its true him…! Bukan bayangan.

Kenapa dia ada disini…?

Kenapa dalam banyak-banyak tempat, di sini juga kami bertembung...?

“Your husband..” terkeluar tutur dari mulut Azad. Perlahan namun Adra tetap menyedarinya.

Azad memandang Adra dan Ezzaq silih berganti. Kemudian Ezzaq mengalihkan pandangannya dan teruskan bermain. Seperti tidak kisah dengan kehadiran Adra.

Terdengar sorokan dari tepi apabila Ezzaq skor markah. Matanya automatik terpandang ke arah suara yang kuat dan sememang Hanis sedang bersorak untuk Ezzaq. Bukan main happy lagi reaksinya. Pakaian pun boleh tahan terbuka sana-sini. Dapat tayangan percuma semua agaknya.

Adra senyum sinis.

Sampai ke sini mereka bercuti dan langsung dia tidak diberitahu.

Eh..!

Lupa. Kuota empat kan..??

Orang minta dilepaskan tak mahu.

Argghhhh…

“Azad, jomlah kita balik. Hilang mood I…” kata Adra terus berpusing. Meninggalkan Azad dibelakang.

“Adra..tunggu…” panggil Azad.

“I tak sangka akan jumpa dia dekat sini…” kata Adra sedikit kesal.

“You macam terkesan sahaja bila nampak dia…” soal Azad tiba-tiba. “Sepatutnya you buat tak kisah sahaja. Kita datang nak bercuti, kenapa nak kisahkan kehadiran dia..” sambung Azad lagi.

“You memang sengaja bawak I datang sini ke..? You dah tahu ke yang dia ada kat sini…?”

Azad mengeluh.

“Sumpah.. I tak tahu pun. Macam mana I nak tahu, bukan I berkerja satu syarikat dengan dia pun..” balas Azad. “Biarlah dia dengan kawan-kawan dia. Kita buat cara kita..Ataupun sebenarnya you kisahkan dia ada dekat sini.?”

Langkah Adra terhenti. “I tak kisah pun.. Tapi I tak ada mood dah.. I nak balik…” kali ini dia tinggalkan Azad lagi dan terus ke bilik.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience