Order..!! 24

Romance Series 123857

ADRA melangkah perlahan meneruni escalator bersama dengan luggage besar dan beg sandangnya. Dua bulan lebih dia di Terengganu, begnya sudah bertambah. Dulu hanya membawa beg yang kecil. Tapi sekarang dia terpaksa membeli beg baru kerana baju dan pakaianya sudah bertambah. Takkan mahu ditinggalkan di rumah Mira. Belum tentu bila lagi dia akan menetap lama di rumah kawan baiknya itu.

Walaupun suasana di dalam airport agak sejuk, namun tekaknya terasa mahu makan aiskrim. Satu-satunya makan yang boleh naikkan moodnya. Ketika di aras bawah, Adra terpandang Texas Chicken. Bibirnya mengorak senyum. Mahu dibelinya di Mcd di aras atas tadi tetapi terlalu ramai orang beratur, malas pula dia hendak menunggu. Adra menghampiri kaunter dan membuat pesanan aiskrim untuknya.

Dia mengambil tempat yang paling tepi. Adra membetulkan skirt labuh supaya menutupi kakinya ketika dia duduk. Skirt biru gelap, bercorak bunga putih dan dipadankan dengan blouse putih. Earphone di dalam beg di tarik dan dipasangkan ke telinga. Sementara menunggu, dia mahu habiskan masa dengan mendengar lagu. Rambutnya yang lepas dikuak ke belakang. Apabila selesa, dia mula memakan aiskrim yang dibelinya tadi. Mesej sudah dihantar kepada Ezzaq memaklumkan di mana dia berada.

Hampir sepuluh minit menunggu, masih belum nampak bayang Ezzaq. Adra mula melayari internet. Laman Instagram dibuka. Sedang dia kusyuk, terasa pipinya dicium. Terus kepalanya terangkat dan Ezzaq tersenyum disebelahnya. Wajahnya agak terkejut. Mujur Ezzaq, kalau orang yang tidak dikenali tadi, mahu mendapat penyepak dan penampar sulung.

“Sorry.. Saya terlambat sampai…” kata Ezzaq. Tangan dihulur kepada Adra untuk bersalam.

Sekali lagi kepalanya dipanggung. Adra hanya memandang tangan Ezzaq kaku. Kemudian pandangannya naik ke wajah Ezzaq

Ezzaq mengangkat kening, isyarat menyuruh Adra menyambut tangannya.

Teragak-agak Adra sama ada mahu menyambut salam Ezzaq atau tidak. Namun tangannya perlahan-lahan bergerak dan akhirnya bersatu dengan tangan Ezzaq. Secara automatik, dia mencium tangan Ezzaq.

Ezzaq senyum lebar, tempat disebelah Adra didudukinya.

“My hand…” tegur Adra. Matanya jatuh pada tangannya yang masih dalam gengaman tangan Ezzaq.

“Just leave it there…” kata Ezzaq selamba. Tidak ada ura-ura dia mahu lepaskan. Akhirnya Adra hanya membiarkan. Ditarik-tarik karang. Mahu tercabut tangan sendiri.

“Adra dah makan ke belum…?”

Adra menggeleng.

“Saya pun belum makan tengahari lagi. Tadi mesyuarat dengan client pun lambat je habis.” Wajah Adra dipandangnya. “Nak makan dekat sini ke nak makan dekat mana…?” soalnya.

“Tak kisah…” jawab Adra.

“Jom, naik atas… Kita makan kat Oldtown…” putus Ezzaq. Dia bangun dan Adra mengikutinya. Luggage Adra ditarik dan tangan kanannya setia memegang tangan isterinya. Kalau boleh dia tidak mahu lepaskan Adra pergi lagi.

Adra ditarik mendekatinya.

“Thank you sayang sebab pulang ke pangkuan saya semula..” bisik Ezzaq. Wajah Adra direnung dengan penuh kasih. Dan bibirnya singgah dahi Adra.

Terkejut dengan tindakan Ezzaq, Adra menolak Ezzaq menjauhinya. Dan Ezzaq tergelak.

“Saya belum maafkan awak sepenuhnya lagi…” tegur Adra.

“Baik.. Saya faham…” kata Ezzaq tersengih. Tangannya dilingkar ke pinggang Adra. “Jom makan dulu, saya rasa macam dah lapar sangat..”

“Saya boleh jalan sendirilah, tak perlu nak peluk-peluk..”

Ezzaq tergelak. “Baik sayang…”

Langkah mereka memasuki restoran Oldtown.

Setelah makanan dipesan, Ezzaq melipat baju lengan baju kemejanya ke paras siku. Dan pergerakkannya menarik perhatian Adra.

“Kalau busy cakaplah, tak adalah awak kena susah payah datang ambil saya…”

Ezzaq senyum. “Busy macam mana pun, saya akan cuba carikan masa dengan awak jugak…” badannya disandar ke kerusi.

“Penat ke…?” soal Adra.

“A bit… tapi still okey lagi..” balas Ezzaq. Mahunya tak penat, dalam tiga hari yang lepas, selepas balik dari bercuti berapa jam sahaja dia tidur, yang lain dia sibuk siapkan plan Dato Hasnol. “Tapi tidak mengapa, dah dapat tengok wajah awak, berterbangan keletihan saya..”

Adra mencebik.

Please la.

Cliché.

Ezzaq ketawa senang melihat reaksi Adra.

“So how’s your flight…?”

“Macam biasa… Kapal terbang macam biasa.. Tempat duduk macam biasa…” jawab Adra selamba. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan tentang kapal terbang. Semuanya seperti biasa.

Ermm… Jawapan dia. Tapi much better dari diam seribu bahasa.

“Alhamdulillah semua macam biasa.” Ezzaq ketawa kecil.

Pelayan datang untuk menghantar makanan mereka dan mereka berdua mula menjamu selera.

************

“SO.. Kita dah kenyang, selepas ini kita balik rumah ya. Kita nak balik rumah mama dengan papa awak ke…?” soal Ezzaq inginkan kepastian. Dia sendiri belum tahu Adra sudah boleh memaafkan keluarganya ke belum. Namun dititipkan doa di dalam hatinya, semoga Adra boleh memaafkan mereka seperti mana dia dimaafkan, walaupun tidak sepenuhnya lagi.

Adra diam sejenak kemudian dia menggeleng. Dia masih belum bersedia mahu bertemu dengan keluarganya. Itu kata hatinya.

“Saya nak duduk hotel dululah buat sementara waktu ni.. Awak hantarlah saya ke mana-mana hotel yang ada.” ujar Adra perlahan.

“Okey…” balas Ezzaq pendek. Dia tidak mahu memaksa. Lagipun Adra baru kembali. Selepas ini dia akan cuba untuk memujuk Adra.

Kereta dipandu keluar daripada parking KLIA 2. Mereka berdua masing-masing mendiamkan diri. Tiada apa-apa yang dibualkan. Adra lebih senang menghayati pemandangan diluar kereta. Dua bulan yang lepas, dia melalui jalan yang sama. Ketika itu dia cuba larikan diri daripada seorang lelaki yang bernama Ezzaq dan keluarganya juga. Hatinya kecewa ketika itu. Kecewa dengan setiap percaturan hidupnya. Perjalanan yang ditemani dengan air mata.

Dan kini, dia kembali. Kembali dan lelaki yang sama berada disisinya. Bolehkah dia percayakan Ezzaq..? Bolehkah dia menerima Ezzaq…? Mampukah dia menerima segala yang terjadi dengan hati redha..? Adra melepaskan keluh berat. Hati dan fikirannya bercelaru. Matanya dipejam.

“Adra nak tidur, tidurlah dulu, nanti dah sampai saya kejutkan..” terdengar suara Ezzaq.

Adra mengangguk dengan matanya masih terpejam. Ya.. Dia perlukan rehat. Mindanya memberat.

Ezzaq memandu dengan tenang. Entah apa yang Adra fikirkan, sekejap-sekejap berkerut-kerut dahinya. Biarlah….

Biarlah Adra rehat dahulu. Masih panjang perjalanan mereka selepas ini. Matanya fokus ke depan, sesekali dia mengerling ke sebelah. Bibirnya automatik terukir senyuman.

Setengah jam pemanduan daripada KLIA 2, akhirnya Ezzaq memasuki parking rumahnya. Hand break ditarik perlahan supaya tidak menganggu lena isterinya. Tali pinggan keselamatan dibuka, kepala dilentok ke kiri dan ke kanan untuk melegakan lenguh di leher. Kemudian badannya disandar ke kerusi.

Kelopak mata Adra terbuka perlahan-lahan. Kereta sudah pun berhenti. Seperti di laman rumah. Bukannya laman hotel.

“Eh..! Awak.. Rumah siapa ni…?” soal Adra. Badannya terus terbangun. Dia mahu ke hotel, tetapi entah ke mana pula Ezzaq membawanya. Halaman rumah berbeza dengan rumahnya. Serba sedikit dia lega, bukan rumah mama dan papa. Dia masih belum bersedia.

“Jomlah…” ajak Ezzaq.

“Rumah siapa…? Rumah parent awak ke…?”. Muka Adra cuak. Kalau parent Ezzaq lagilah haru. Macam mana dia nak berhadapan keluarga mertuanya. Air liurnya ditelan kesat.

“Tak.. Rumah kita…”

Rumah kita…? Sejak bila kita ada beli rumah bersama.

“Jomlah masuk…” Ezzaq sudah keluar dari tempat pemandu. Dia menuju ke pintu utama dan membukanya. Adra membuka pintu kereta perlahan-lahan. Hatinya masih curiga. Betulkah rumah mereka..?

“Masuklah…” Ezzaq mengajaknya sekali lagi dan kemudian dia beralih ke bonet untuk mengambil luggage Adra. Apabila dia kembali, Adra masih tercegat di depan pintu. Ezzaq tergelak.

“Masuklah sayang. Rumah kita…”

“No.. Saya rasa better saya menginap dekat mana-mana hotel sahaja…” tolak Adra. Sekarang memanglah dia cakap rumah kita, kang bila masuk ke dalam rumah nanti ada orang lain macam mana..? Bahagian porch dipandang. Tiada kereta lain selain daripada kereta yang Ezzaq pandu tadi. Lain pun, hanya ada sebuah motosikal. Wajah Ezzaq dipandang semula. Mencari kebenaran kata-kata Ezzaq.

“Buat apa nak membazir duduk hotel, lagipun ini memang rumah kita… Dan juga saya tak izinkan awak nak duduk hotel sorang-sorang. Kalau nak juga stay kat hotel saya temankan. Same room..? Nak..?”

Adra menggeleng laju. Lagilah tidak aman kalau Ezzaq duduk sebilik dengannya nanti.

“Ada sesiapa tak di dalam…?” soal Adra lagi.

Ezzaq menggeleng. “Tak. Kita berdua je…Jom..” kali ini dia menarik tangan Adra untuk masuk.

Berdua..?

Macam lagi parah sahaja. Namun kakinya mengikut juga langkah Ezzaq.

Saat melangkah masuk, mata Adra meliar meneliti rumah tersebut. Cantik betul dekorasinya. Kebanyakkan perabot semua berwarna putih. Nampak suci. Cantik.

“Bilik kita dekat atas…” kata Ezzaq.

Adra kembali memandangnya.

“Betul ke rumah ni rumah awak…?”

“Saya perbetulkan… Rumah kita.. Jom saya bawa awak naik atas. Kalau awak nak rehat dulu pun boleh..” Adra mengikuti langkah Ezzaq ke tingkat atas. Ada tiga bilik di tingkat atas, diruang tengah antara bilik ada satu bahagian cermin yang luas. Diluarnya ternampak kolam renang di tingkat bawah. Seriuslah…! Cantik dan kreatif betul designer rumah ni.

“Ini bilik kita…” pintu bilik dikuak, dan Adra masuk ke dalamnya. Bahagian dinding bercermin bersambung ke dalam bilik juga. Dan dari bilik juga boleh nampak kolam renang tadi. Adra senyum bertambah kagum.

Menariklah..

Eh…!

Kejap..

Bukan Ezzaq cakap tadi bilik kita…?

“Awak..”

“Ya…”

“Saya tidur sini ke..?” Adra bergerak menghampiri Ezzaq yang berada berdekatan dengan wardrobe baju.

“Ya.. Awak tidur sini lah..”

“Tak maksud saya, dalam bilik ini ke…?”

“Ya…” Ezzaq mengangguk.

“Habis tu awak..?”

“Kita tidur sekali lah…”

Hah!

“Kenapa..?”

“Awak kata tadi dekat atas ada tiga bilik kan… Saya nak tengok bilik yang lain…” kata Adra. Dia masih belum bersedia untuk tidur sekali dengan Ezzaq. Selepas kahwin dulu pun mereka tidur berasingan walaupun dalam bilik yang sama.

Adra terus melulu keluar dan menuju ke bilik satu lagi yang berdepan dengan bilik utama. Dekorasi yang agak sama dengan bilik utama dan bilik ini juga berdepan dengan kolam renang. Bentuk rumah di bahagian atas seperti bentuk U dan dari bilik ini juga boleh melihat bilik utama.

“Mana privasinya…? Kalau semua bercermin.” komen Adra sendiri.

Terdengar ketawa kecil. Adra berpusing. Tidak sedar yang Ezzaq turut berada di situ.

“Privasinya..” tangan Ezzaq mencapai remote di tepi dinding. Sekali tekan, tabir penghadang menurun sehingga ke bawah.

Remote kembali ke tempat asalnya. Cahaya di dalam bilik bertukar daripada terang kepada suram.

Ezzaq melangkah menghampiri Adra. Adra ditarik ke dalam pelukannya.

“Sayang….” Kepala Adra diusapnya. “Sayang tidur dengan saya ya…” tukas Ezzaq.

Dia tahu kegusaran Adra walaupun tidak diluahnya.

“Saya belum bersedia…” balas Adra jujur.

Ezzaq tergelak. “Ya saya tahu, tapi tak mahulah asing-asing tempat tidur. Saya janji akan behave. So kita tidur satu bilik sahaja..”

“Boleh percaya ke…?”

“Insyallah.. Saya takkan paksa awak kalau awak belum bersedia…”

Adra berasa tenang dengan janji Ezzaq. Kalau begitu dia cuba untuk berkerjasama dengan Ezzaq.

“Saya nak mandi dulu, sayang nak rehat dalam bilik kitalah ya..” kata Ezzaq dan dia menarik Adra mengikutinya. Adra hanya mengikut. Hatinya separuh cuba mempercayai Ezzaq namun separuh lagi masih bersisa keraguannya.

Sementara menunggu Ezzaq mandi, Adra berbaring di atas katil. Tilam yang empuk membuatkan badannya terasa selesa dan matanya mula layu. Lama-lama matanya tertutup rapat.

Sedar daripada lena, Ezzaq juga sudah berbaring disebelahnya. Wajahnya nampak kepenatan. Adra bangun untuk membersihkan diri. Dia cuba untuk menyesuaikan diri. Setelah siap, Ezzaq masih di tempat yang sama. Malas mahu kejutkan Ezzaq kerana badannya juga kepenatan, dia kembali berbaring dan mereka sama-sama terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience