Order..!! 9

Romance Series 123857

“ABANG..!” Pintu bilik Aidan ditolak.

Aidan yang sedang kusyuk dengan komputernya di meja kerja berpaling sekilas. Terkejut juga dengan sergahan adiknya yang tiba-tiba. Melihat Adra yang masuk ke biliknya, matanya kembali menatap skrin computer.

“Abang…!” panggil Adra kembali apabila Aidan seperti tidak mengendahkannya kehadirannya

“Yaaa.. Salam mana dik…? Masuk bilik orang macam hendak ajak gaduh sahaja.” Tegur Aidan. Jemarinya berhenti menekan keyboard. Lantas wajah adiknya dipandang.

“Assalamualaikum…” Adra buat muka serius. Tilam abangnya dihampiri.

Aidan akhirnya ketawa perlahan. Lain macam betul emosi adiknya semenjak dua menjak ni. “Kenapa ni…?”

“Abang busy tak sekarang. Adik nak minta pendapat abang ni…”

“Busy juga, tapi tidak mengapalah, masih boleh ambil masa sikit. Kenapa…? Ezzaq mana…?” tanya Aidan. Kerusi yang didudukinya ditolak menghampiri Adra yang sudah pun berlabuh di katilnya.

“Entah.. Tak tahu…” malas menjawab soalan Aidan sedangkan Ezzaq memang ada diruang tamu tadi.

“Suami sendiri pun tak tahu..” sakat Aidan sambil tersenyum-senyum.

“Abang… Kalau nak menyakat macam ni, adik keluar lah..” ugut Adra.

“Lah, nak merajuk pula. Yalah. Adik nak cakap apa…?”

“Adik rasa adik nak jalankan plan adik yang sebelum ini…”

“Plan mana…?”

“Cerai….” Balas Adra dengan senyuman.

Aidan mengurut dada.

“Adik ni dah mental ke apa..?”. tanya Aidan. Dahinya berkerut. Dia ingatkan Adra sudah mula menerima perkahwinannya dengan Ezzaq. Tidak disangka Adra masih ingin meneruskan niat asalnya.

“Adik mental sebab perkahwinan paksaan ni….” jawab Adra jujur. “Adik cintakan Azad, adik tetap nak kahwin dengan dia. Lagipun adik tak boleh hidup dengan Ezzaq. Adik rasa terseksa. Hanya Azad sahaja yang ada dalam fikiran adik. Azad sahaja..” luah Adra.

Aidan terdiam sebentar.

“Azad ada hubungi adik lagi ke…?” soal Aidan.

Kini Adra pula terdiam. Ya memang selepas Azad pulang hari tu, tiada mesej dan panggilan dari Azad langsung. Seolah-olah Azad menerima takdir mereka dengan senang hati. Namun, dia tidak mahu salahkan Azad seratus peratus. Mesti Azad ada sebab sendiri kenapa dia bertindak seperti itu.

“Azad nak ke kahwin dengan adik. Adik dah kahwin kan. You know what I mean..” sambung Aidan lagi.

“I know but adik tetap adik sekarang.. Adik masih dara.. Jadi adik rasa tidak ada masalah pun dengan Azad.” Tak salah rasanya kalau dia berterus terang dengan Aidan. Dia yakin, mesti Azad akan menerimanya.

“Tapi kalau adik cerai, adik tahu kan status adik dah jadi lain tau, bukan anak dara lagi. Status janda you know. Kalau Azad terima pun, parent Azad nak ke menantu dia seorang janda.. Janda tau dik, status yang orang paling takut tau.” terang Aidan.

Adra diam lagi. Macam seram pulak abang Aidan menyebut perkataan janda dua tiga kali. Bukan kali ini sahaja, sebelum ini pun sama. Namun dia tidak boleh bertahan dengan keadaan sekarang. Hampir seminggu tempoh perkahwinan mereka, hatinya masih tidak boleh menerima Ezzaq walaupun Ezzaq melayannya dengan baik. Dan kadang-kadang ada juga Ezzaq sengaja menyakitkan hatinya.

“Kalau betul adik nekad dengan keputusan adik ni, cuba adik tanya Azad dulu. Nak ke dia terima adik lagi…” usul Aidan. Kesian juga melihat muka kelat Adra. Baginya Ezzaq sudah terbaik untuk Adra. Ezzaq pun macam sudah serasi dengan mereka sekeluarga. Apabila dilihat pada layanan Ezzaq pada Adra pun tidak nampak janggalnya. Ezzaq memang sukakan adiknya. Dari kecik dulu pun, Ezzaq banyak mengusik Adra.

Namun apabila berkaitan dengan hati, biarlah adiknya menentukan yang dia rasa terbaik. “Abang tak nak, adik dah cerai nanti, Azad pula tak terima adik. Abang tak nak adik abang jadi janda diusia muda ni…”

“Kalau Azad terima adik lagi…?” duga Adra.

“That’s your call. Decide the best for you…” putus Aidan. Tiada guna memaksa sebuah kebahagiaan sekiranya bahagia itu tidak menampakkan wajah pun. Badannya disandar ke kerusi. Wajah Adra dipandang dalam.

“Okey..Thanks abang…” balas Adra dengan senyuman lebar.

Adra terus mendial nombor Azad.

Seketika talian terus bersambung. Adra melangkah keluar dari bilik Aidan setelah dia dapat bercakap dengan Azad.

Langkah diatur menuju ke nurserynya. Dia nampak Ezzaq dikerusi ditaman, namun dibiarkan. Perbualan dengan Azad adalah sesuatu yang lebih penting dalam mengubah kehidupannya.

Wajahnya memancar bahagia apabila Azad memberikan kata setuju dengan cadangannya dan dia sanggup datang meminang sekali lagi setelah Adra bebas dari ikatan perkahwinan wasiat ini.

“Tak sangka, wajah awak mekar macam bunga ros merah ini bila awak senyum…” tegur Ezzaq, Adra tak lekang dari senyuman setelah panggilan dimatikan tadi.

Adra tidak menjawab. Namun…

“Ezzaq…”

“Ya saya..” pertama kali Adra memanggil dengan pangkal namanya.

Adra mendekati Ezzaq. Wajah Ezzaq dipandang.

“Saya… Saya nak cerai dengan awak… Saya tak cintakan awak, dan saya sudah ada orang yang saya cinta sebelum kita kahwin. Lagipun perkahwinan kita adalah atas wasiat, dan kita dah laksanakan wasiat ini. Jadi saya nak awak lepaskan saya. Saya nak awak ceraikan saya..” mata Adra bersinar. Inilah misinya dari awal. Sekarang dia berharap Ezzaq akan bersetuju dengannya.

Ezzaq senyum namun terasa dadanya seperti ditusuk pisau bertubi-tubi mendengar pengakuan Adra. Walaupun pada asalnya dia sendiri tahu yang Adra sudah ada yang punya, namun tidak disangka senekad ini kesungguhan Adra.

“Let me think about it…” balas Ezzaq. Ezzaq berpusing untuk meninggalkan Adra.

Sebelum sempat berpusing, Adra terlebih dahulu menarik tangannya. Juga pertama kali Adra memegang tangannya dengan rela hati semenjak mereka berkahwin.

“No need to think, just let me go…I don’t love you. You too. Maybe someone else is destined for you. And maybe you deserve better than me. So please Ezzaq. Just let me go..” rayu Adra. Dia nekad. Jika Ezzaq lepaskannya, dia ada tiga bulan untuk lakukan persediaan perkahwinannya dengan Azad. Ezzaq pun boleh mencari cinta sejatinya sendiri.

Tiba-tiba telefon Ezzaq berbunyi. Skrin telefon dipandang, panggilan dari ofis. “I need to take it…” kata Ezzaq, tangannya mengusap kepala Adra sebelum dia pergi.

Ezzaq…!

**********

ADRA resah di bilik. Sudah dua hari Ezzaq tidak pulang ke rumahnya. Atau lebih tepat setelah dia meminta Ezzaq untuk menceraikannya. Mesti Ezzaq masih berfikir, ataupun sebenarnya Ezzaq tidak mahu menceraikannya.

Arghh.. Kalutlah..

Adra cuba menjalani hari dengan biasa namun hatinya gusar. Kenapa Ezzaq tidak pulang ke rumah, malah tidak menghubunginya langsung. Ketika Ezzaq duduk di rumah sebelum ini, rupa seperti tidak boleh berenggang langsung. Sekarang diam seribu Bahasa pula.

Masuk hari ke empat, Adra menghubungi Aidan di pejabat.

“Abang… Ada dapat call dari Ezzaq tak…?” soal Adra.

“Tak ada pulak. Kenapa dik…?”

“Tak ada apa-apa. Abang ada nombor dia tak…?” tanya Adra teragak-agak.

Aidan tergelak. “Dik.. Nombor suami sendiri pun tak simpan ke…?” Sengaja dia mahu mengusik. Adra bukan jenis ambil kisah sangat pasal suami sendiri. Namun dia tidak mahu salahkan Adra seratus peratus. Kalau dia sendiri berada di tempat Adra, pun belum tentu dia boleh menyintai atau menerima isterinya sepenuh hati.

“Abang.. Jangan nak perli-perli adik.. Soalan adik tanya senang sahaja kan.. Ada tak…?”

“Ada. Kenapa nak nombor dia…? Dia tak balik rumah ke…?”

Adra mengeluh. Abang ni, macam tahu-tahu pulak. Entah-entah si Ezzaq tu dah berkomplot dengan abang. Dorang berdua kan macam dah jadi geng. Sejak bila pun tidak tahulah. Lepas tu abang pura-pura tak tahu. Ermm… Biarlah kalau ya pun.

“Tak lah… Adik ada nak minta tolong dia sikit ni…” tipu Adra.

Aidan ketawa lagi. “Macam pelik sahaja nak minta tolong Ezzaq, selalu bukan hangin je satu badan…?” sakat Aidan lagi.

Adra ketap bibir. “Nak bagi ke tak…? Tak nak bagi sudah, adik pergi tanya mama je…” balas Adra dengan suara mendatar.

Lagi Aidan ketawa lepas. “Yalah adik sayang. Kejap lagi abang hantar dekat whatsapp…”

“Ok.. Thanks abang…”

“Welcome… Oh adik, lupa nak tanya, mama ada cakap hujung minggu ini majlis dekat rumah lelaki tau. Jumaat abang balik. Mama suruh bawa adik ambil baju untuk majlis kat sana…”

“Apa abang…? Majlis apa ni…?”

“Majlis awak lah cik adik oii.. Takkan abang pulak, abang tak kahwin lagi.. Majlis sebelah Ezzaqlah..”

Adra gigit bibir. Kenapa tiada orang cakap pun tentang majlis sebelah Ezzaq. Ingat sudah selesai sebelah dia sahaja. Macam mana dia nak teruskan penceraian?

“Nanti lah fikir yang tu. Abang hantar nombor dia dulu…bye..”

Talian terus dimatikan. Kalendar di meja dipandang.

Sabtu..? Hari ini dah Rabu.

OMG!!

Ataupun itu sebabnya Ezzaq menghilang. Tapi dia tak cakap apa-apa pun. Selalu mulut dia ada je nak cakap apa-apa. Yang tak penting pun nak cakap jugak.

Setelah mendapat nombor Ezzaq, dia terus menghubungi Ezzaq. Perhintungan perlu dibuat. Dia kalau boleh tidak mahu menghadiri majlis disebelah lelaki sedangkan dia akan berpisah dengan Ezzaq.

Talian berbunyi namun tidak berangkat.

Sekali lagi dicuba, namun sama.

Mesej ringkas dihantar kepada Ezzaq untuk menghubunginya semula.

Namun sampai ke sudah tiada pangilan dan mesej langsung dari Ezzaq.

********

RUANG tamu di bawah sunyi sepi. Adra mengintai-intai ke bahagian dapur. Ternampak mama sedang bersembang di telefon di bahagian luar rumah. Dengan kawannya mungkin.

Kerusi di meja makan ditarik dan tudung saji diangkat.

Ada karipap..? Adra tersenyum. Itu kuih kegemarannya. Mama memang rajin membuat kuih. Dia sahaja malas. Yang dia tahu hanyalah makan. Tidak sesekali pun tergerak hati mahu untuk belajar memasak dari mamanya. Walaupun berbuih mulut mama berleter menyuruhnya belajar masak.

Nanti senang suami nak makanlah. Nanti mak mertua sayanglah. Alasan mak-mak kan..? Walhal ramai je orang yang tak pandai masak kahwin, sayang je mak mertua mereka. Sayang je suami mereka. Jadi, kita tak usah ambil kisah sangat. Kalau lapar nanti, pandai-pandailah order ke.. Kedai sudah melambak.. Tak pun, order je dengan suami sendiri.. Kan..? Senang.

Kalau suami pandai masaklah. Kalau tak, kita buka dapur dekat restoran sebelah rumah.. Tinggal bayar duit je. Perut kenyang.

Adra tersenyum keseorangan.

“Aik.. makan sorang sahaja ke..?” terasa bahunya disentuh. Adra berpaling dan pandangannya bertemu dengan En Asyraff.

“Papa baru balik ke…?” soal Adra. Sememangnya papa baru balik, baju kemejanya pun masih belum bertukar.

“Ya… Mama mana…?” soal En Asyraff. Tidak nampak pula isterinya daripada dia sampai tadi.

Mulut Adra memuncung ke bahagian belakang. “Ada kat belakang tu. Tengah telefon pakwe kot…?” gurau Adra.

En Asyraff membesarkan matanya. Tahu anaknya bergurau. Adra tersenyum.

“Dah lama papa tak tengok adik senyum…” kata En Asyraff telus. Sejak anaknya berkahwin, memang jarang Adra turun ke bawah bersama mereka. Waktu makan ataupun waktu biasa. Hanya Ezzaq yang cuba merapati hubungan mereka namun sebaliknya bagi anak perempuannya.

“Sorry papa..” kata Adra. Bersalah terasa apabila melihat pandangan redup papanya. Namun hatinya sakit dengan apa yang telah berlaku. Dia masih belum redha dengan aturan hidupnya.

Kejam kah..?

En Asyraff menggeleng. “Don’t say sorry. Adik tak ada buat salah pun dengan papa..”

Pandangan Adra menunduk. Dia sendiri pun terasa hubungan mereka semakin jauh. Adakah dirinya sendiri puncanya..?

“Makanlah.. Ezzaq tak turun ke…?” soal En Asyraff. Sengaja mahu mengalih tajuk. Tidak mahu anaknya terasa ataupun bersedih. Kalaupun anak perempuan bersalah ataupun berdosa, dia sudah memaafkan segalanya.

Mendengar soalan papanya, Adra angkat muka.

Ezzaq tak balik rumah..

Takkan nak cakap begitu dekat papa.

Walaupun tujuannya turun ke bawah mahu merisik tentang Ezzaq dari mama atau papa.

“Dari semalam papa tak nampak dia..” komen papa. Wajah adra dipandang. Mencari reaksi anaknya. Adakah mereka sudah berbaik…? Namun Adra hanya mendiamkan diri.

“Abang.. Awalnya awak balik hari ni…?” soal Pn Ainun yang baru muncul daripada belakang.

En Asyraff berpaling dan tersenyum memandang isterinya. Tangan dihulur dan disambut oleh isterinya. Adra memandang pergerakkan mereka. Mampukan dia menjadi sebaik mama dimata papa. Mungkin jika dia berkahwin dengan Azad nanti, dia akan cuba menjadi yang lebih baik.

“Awak buat apa kat belakang…?” suara papa menghentikan lamunan Adra.

“Saya bercakap dengan Pn Sarah tadi. Dia nak datang melawat, nak bawak anak dia yang baru balik dari oversea. Doktor katanya…” Pn Ainun tergelak.

En Asyraff mengangguk. “Bila nak datangnya…?”

“Minggu depanlah kot. Minggu ni dah sibuk…” kata Pn Ainun, matanya jatuh pada wajah Adra. “Baru boleh nampak anak dara mama…”

Adra mencebik namun mulutnya sibuk mengunyah karipap di depan mata.

“Panggillah Ezzaq makan sekali, biasanya waktu macam ni dia dah balik kan..?” kata Pn Ainun lagi.

Ezzaq lagi..!

Semua orang kisahlah Ezzaq..

Masa dia tak turun, agak-agak mama dengan papa sibuk bertanya macam ni tak…?

“Ezzaq tak balik…” balas Adra sebaris. Tiada perasan. Kalau orang lain mesti sudah risau suami tak pulang, tapi bagi dia, perasaan tu tak muncul. Namun kerisauan dikepalanya berkisarkan tentang perkara lain.

“Kenapa tak balik…?” soal Pn Ainun. Reaksinya agak terkejut. Patutlah tidak nampak menantunya. Selalunya Ezzaq suka menegur dan bersembang dengannya.

“Mana Adra tahu…” balas Adra. Itulah soalan yang sama yang bermain difikirannya.

“Suami sendiri kenapa tak ambil tahu…” sambung Pn Ainun lagi. “Kenapa tak call Ezzaq tanya..?”

Adra tarik nafas.

“Dia ada kerja kot…” sampuk En Asyraff tiba-tiba.

“Kalau ada kerja, dia mesti balik juga. Ini mesti bergaduh lagilah ni…” tembak Pn Ainun. Matanya memandang tepat wajah anaknya.

“Nak gaduh buat apa… Kalau mama risau sangat, mama call sahajalah menantu mama tu…” balas Adra selamba. Dia terus bangun dan keluar dari dapur.

Bosan asyik dia yang dipersalahkan. Baru nak merisik, ini kena marah pula dengan mama. Macam mana tak bengkak hati ni.

“Nak pergi mana tu…? Makan tak habis lagi…” tegur mama.

“Tak selera dah.. Nanti kalau mama call, suruh menantu mama tu balik.. Barulah mak mertua dia tak risau…” perli Adra. Untung betul kalau Ezzaq balik, bolehlah dia teruskan niatnya yang tergantung.

Kalau mama dengan papa pun tak tahu, ke mana si Ezzaq ni pergi.

Ishhh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience