Order..!! 47

Romance Series 123857

HIDANGAN makanan dan minuman sudah tersedia di meja makan. Hanya menunggu tetamu jemputan mereka datang sahaja. Ezzaq sengaja membuat makan-makan di rumahnya sendiri sekembalinya mereka daripada Terengganu, katanya tanda kesyukuran hubungan mereka telah kembali pulih. Namun perkhabaran itu hanya diluah kepada ibu dan bapa mereka berdua sahaja, sedangkan konflik mereka berdua hanya diketahui oleh ahli keluarga mereka sahaja.

Setelah memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat, barulah mereka membuat persiapan. Ezzaq tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat persiapan kerana dirinya setia dibantu oleh isterinya sendiri. Tidak disangka pula, Adra memang pandai dalam bab-bab perancangan sehinggalah terlaksananya rancangan mereka pada hari ini.

Mereka menjemput ahli-ahli keluarga masing-masing dan sebahagiannya kawan-kawan daripada ofis Ezzaq. Adra tidak mahu mengajak siapa-siapa pun melainkan keluarganya sahaja. Mahu diajaknya Mira, namun makcik tu sedang sibuk dengan majlis yang tinggal hanya seminggu sahaja lagi. Lagipun darah manis tu, baik duduk diam-diam di rumah sahaja.

“Sayang..”

Adra yang baru melangkah turun dari tingkat atas, angkat muka.

Ezzaq yang berdiri di tepi pagar tangga tersenyum lebar. Setiap kali Adra memandangnya, setiap kali itulah dia dapat merasakan rasa sayang kepada wanita itu semakin bertambah. Semakin melimpah ruah.

“Ya…?” Langkahnya terhenti di anak tangga paling bawah. Itupun kerana Ezzaq sudah menghalang jalannya. Bibir tu. Asyik senyum sahaja. Kenapa entah…? Namun bibirnya turut sama melebar. Pernah tak kita rasa..? Bila orang yang kita sayang senyum, automatik kita akan tersenyum juga. Macam sekarang. Belum cakap apa-apa pun, namun senyuman tu tampak manis dan menawan sangat.

“Kenapa cantik sangat ni…?” puji Ezzaq. Automatik tangannya melilit di belakang isterinya dan menarik rapat ke badannya.

Adra ketawa kecil. Tangannya naik menyentuh wajah Ezzaq. Dia merenung sepasang mata suaminya yang juga sedang tersenyum.

“Apa yang cantiknya..? Pakai baju dengan seluar macam biasa sahaja kan…?” balas Adra. Ya. Memang pakaian yang biasa dia gunakan. Seluar panjang yang longgar dan blouse warna light purple. Rambut dibiarkan lepas, cuma dia kemaskan bahagian atas dan tepi menggunakan pengepit rambut. Tidaklah rambut tu terawang-awang nanti. Nak ikat, nanti confirm kena tarik punya getah rambut tu. So, baik tak payah. Persedian awal tu perlu ya.

“Entah.. Nampak cantik sangat dekat mata ni. Macam mana ya..?" Ezzaq senyum nakal. "Kalau kita text dorang semua tak payah datang aci tak..? Kita cakap cancel..." katanya dengan bersungguh.

Adra menarik cuping telinga Ezzaq. “Bie jangan over sangat boleh…?”

Ezzaq ketawa senang. Alaa, nak mengusik sikit pun tak boleh. Lantas Ezzaq merapatkan wajahnya.

Belum sempat bibirnya bertuat dengan pasangannya, mulutnya sudah ditutup oleh isterinya.

“Saya dah pakai lipstick tau. Anytime kalau dorang sampai tengok bibir awak merah, what do you think…?”

Kening Ezzaq terangkat. Tangan isterinya dialih. “Iya ke..?”

Adra mengangguk.

“Baiklah…” namun Ezzaq meneruskan niatnya. Bibir mereka bersatu jua walaupun seketika.

Adra membulatkan mata. “Naughty…!” bahu Ezzaq ditepuknya.

Ezzaq tersengih. “Merah tak bibir bie…?”

Mata Adra bertumpu pada bibir suaminya. Tidak merah pun. Adra menggeleng namun ibu jarinya tetap mengelap bibir Ezzaq agar tidak meninggalkan kesan.

“Sayang..”

“Ya..?”

“Saya lap macam tu lagi bahaya tau…”

Adra menyeringai. Lantas ditolak badan Ezzaq sedikit. Masa inilah dia nak guna ayat lain macam tahu tak.

Ezzaq ketawa senang. “Sayang jangan nakal-nakal tau masa kawan-kawan bie sampai nanti..” pesan Ezzaq.

“Kalau nakal jugak…?” Sengaja Adra mengusik. Tiada niat pun di dalam hatinya untuk nakal dengan sesiapa. Cukuplah Ezzaq yang menyinari hidupnya selepas ini.

“Sayang siap.. 100% siap…”

Adra ketawa senang. Memang hatinya sekarang senang, tenang setelah dia menetapkan hatinya untuk menyayangi lelaki itu. Cumaa….

Haa.. panggilan ‘bie’ tu. Pening tau dia melayan kerenah lain macam Ezzaq ni.

“Sayang…”

“Ya…?”

“I have one request…”

“What is it…?”

“Call me abang…” spontan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu walaupun matanya tengah fokus pada pemanduan ketika mereka pulang daripada Terengganu sebelum ini.

Adra mengerutkan wajahnya. Pakcik ni dah bosan sangat ke drive sorang-sorang. Itu pula yang diusulnya. Orang nak bawak kereta sendiri balik KL tak nak bagi. Suruh juga naik dengan dia. Sekarang dia minta benda lain macam pula.

“Kenapa suddently..?”

“Saya nak dengar awak panggil saya abang pula…”

Abang..?

“Tak nak lah…” tolak Adra. Kan dia dah cakap, tak nak panggil Ezzaq dengan panggilan abang. Nanti sama dengan Hanna. No! I don’t want.

“Takkan nak panggil suami dengan nama sahaja…?”

“Yalah.. Panggil sahajalah Ezzaq.. Ezzaq.. Ezzaq… Ezzaq.. Ha kan senang…”

Ezzaq tersenyum melihat keletah isterinya. Orang cakap betul-betul, dia main-main pula. “Walaupun saya suka dengar sayang panggil nama Ezzaq, tapi tidak bermaksud sayang boleh terus guna panggilan tu tau…”

“Alaa… tapi confirm tak nak panggil abang… Full Stop…” putus Adra. Tak nak kan. Memang tak nak lah.

Terus Ezzaq mendiamkan diri.

Seminit..

Dua minit..

Berubah menjadi setengah jam…

Kemudian satu jam..

Ezzaq tetap mendiamkan siri.

Adra mula tidak senang duduk. Ala, panggilan sahaja pun.. Takkan itu pun hendak dijadikan isu. Kepala yang tidak gatal digaru.

“Ezzaq…” panggil Adra, namun Ezzaq masih sama. Membeku.

Aduiii yaaa….

“Kita berhenti solat sekejap.” Itu sahaja ayat yang keluar daripada mulut pakcik tu setelah kereta mereka sudah selamat parking di R&R Gambang. Mereka berdua keluar menuju ke bahagian solat. Namun Ezzaq masih sama.

Adra menarik nafas dalam. Mengada pakcik ni tau tak. Takkan sampai ke rumah dia hendak mogok dengan silent treatment ni..? Hurmmmm. Akhirnya mereka berpisah di surau. Ezzaq menuju ke surau lelaki dan Adra ke surau perempuan.

Usai bersolat, Adra terus keluar. Dilihat Ezzaq sudah pun menunggunya diluar. Matanya kusyuk mengadap telefon ditangan. Adra menarik nafas dalam sebelum mengorak langkah menghampiri lelaki itu.

“Bie…” panggil Adra.

Ezzaq angkat muka. Sepasang mata mereka bertaut. Jelas ada kerut di dahi lelaki itu tatkala mendengar suara isterinya. “Sayang panggil apa tadi…?”

Adra memejam mata sambil menarik nafas dalam. Wajah Ezzaq direnung seketika. Baiklah. Untuk hubungan mereka, tidak salah jika dia mulakan kali ini. “Saya panggil awak bie… Boleh…? Tapi please, saya tak nak panggil abang..” selepas bersolat tadi, itulah sahajalah panggilan yang muncul difikirannya yang dirasakan sesuai untuk dia gunakan untuk suaminya. Jika dia tidak berbuat sesuatu, risau Ezzaq tetap membisu sehingga sampai ke KL nanti. Mati kutulah dirinya.

"Kenapa Bie..? Bie like Bee..? Or like A B C..?" tanya Ezzaq pula. Sengaja huruf B ditekankan.

Adra mengecilkan mata. Main-main pula dia ya..? Karang panggil Ezzaq sahaja kan baru tahu. “Bie.. Short form untuk hubby.. My hubby.. Not bee... Bukan lebah.. Sebab saya tak suka madu. Madu yang makan tu okey, tapi madu lain saya tak nak. Not A B C... Sebab bukan budak-budak tadika yang baru nak belajar membaca. So Mr Ezzaq Ashfiq.. Can I call you Bie instead of abang..?"

Bibir Ezzaq mula mengorak senyum. “Boleh…” katanya dengan ceria. Terus tangannya berlingkar di bahu Adra. Jadi, sepanjang perjalanan pulang ke KL, Ezzaq asyik tersenyum. Tak ada dah silent treatment. Adra picit kepala. Mengada kan..?

Ding!.

Berterbangan lamunan Adra apabila bunyi loceng rumah berbunyi.

“Mesti dorang dah sampai..” kata Ezzaq.

Mereka berdua beriringan menuju ke muka pintu yang sudah tersedia terbuka. Berderet-deret kereta parking di hadapan rumah mereka. Ezzaq membuka gate luar menggunakan remote. Macam berjanji pula mereka datang sekali. Mama, papa dan abang Aidan. Mama, papa dan adik-aik Ezzaq. Akhir sekali, kawan-kawan Ezzaq daripada pejabat.

Masing-masing berwajah ceria. Bukan selalu dapat bertemu ramai-ramai begini. Mereka bersalaman dan tetamu mengambil tempat masing-masing. Ahli keluarga mereka mengambil tempat di ruang tamu, memenuhi ruang sofa. Cukup-cukup pula tu untuk dua keluarga besar mereka. Kawan-kawan Ezzaq pula lebih suka bersantai di ruang luar berdekatan dengan kolam renam. Teduh dan sejuk.

Setelah bersapa dengan keluarga mertuanya, Adra kini terasa kurang kekekokkannya. Adakah kerana dia sudah menerima anak lelaki mereka dengan sepenuh hati. Ya. Mungkin. Keluarganya juga elok berbual-bual seperti sudah lama mengenali.

“Angah dengan adik nak makan dulu. Dah tahu Along masak, mesti sedap..." kata Ezzan selamba dan terus mengorak langkah menuju ke meja makan. Di ikuti dengan adik bongsunya Ezzriel.

"Papa pun nak ikut..." sambung papa Ezzaq pula.

"Jomlah sekali kalau macam tu..." tambah papa Adra pula.

Mama, mama sekalian saling berpandangan. Amboi bapak-bapak. Geng nampak kalau bab makan. Laju sahaja mereka. Namun mereka sambit dengan ketawa senang. Biarlah mereka menjamu selera dulu

"Abang tak nak join geng bapak ke..?" soal Adra. Keningnya terangkat. Dia pasti kalau Aidan cuba masakan Ezzaq mesti tambahlah punya. Kalau tak tambah, dia berani kerat rambut. Hikhik..

"Biarlah dulu, tadi baru abang melantak bihun mama sampai tiga pinggan. Kekenyangan. Terlupa pula nak datang makan-makan. Kena tunggu dia turun baru bang boleh bagi turn baru untuk mereka masuk.." balas Aidan sambil tersengih. Punyalah nak balas dendam, lama tak makan masakan mama. Bihun kegemaran pulak tu. Patutlah papa makan sikit sahaja tadi.

Ezzaq yang muncul dari ruang luar menghampiri Adra yang duduk disebelah abang Aidan. “Pinjam adik sekejap ya bang…”

Aidan tersengih. “Boleh.. Jangan lama-lama sangat..” balas Aidan, saja menyambut jenaka Ezzaq.

Adra pula menyeringai. Apa kena entah mereka dua orang ni..?

Ezzaq juga tersengih. “Sayang jom..” Ezzaq menghulurkan tangan.

Adra menyambutnya. “Nak pergi mana…?”

“Jomlah…”

Adra akhinya bangun. Ezzaq mengengam tangannya erat. Mereka menghampiri kawan-kawan Ezzaq di meja luar.

“Ezzaq..!” panggil Asrol.

Ezzaq senyum. “Ya.. Sabarlah, tak menyabar kau ni.. Kenalkan isteri aku.. Adra Arissa..”

Adra melemparkan senyuman kepada mereka semua dan mereka semua juga sama membalas senyumannya. Secar jujurnya dia langsung tidak mengenali kawan-kawan ofis Ezzaq. Cuma pernahlah dia melihat PA Ezzaq dan juga seorang perempuan antara mereka yang pernah meredah bilik Ezzaq ketika dia berada di sana ketika itu. Nama..? Sah dia tidak tahu.

“Kenalkan, yang ni Asrol, Hanis, Hamidi, Salleh, Atikah…” Ezzaq perkenalkan satu persatu rakan-rakan satu ofisnya.

"Hai semua, terima kasih datang..." sapa Adra.

"Hai Adra..."

“Terima kasih kerana jemput juga…” balas Asrol sambil tersenyum.

“Patutlah sorok bini dia selama ni… Lawa rupanya…” sakat Hamidi. Memang mereka tidak pernah bertemu muka dengan isteri Ezzaq sejak mereka kahwin. Semasa majlis perkahwinan mereka dulu pun mereka tak sempat melihat pengantin perempuan.

Ezzaq ketawa senang. “Mestilah.. Buat apa nak tayang dekat kau..”

Hamidi mencebik walaupun bibirnya terukir senyuman. Jeles orang sudah ada isteri. Lawa pula tu. Dia juga yang masih membujang. Entah bilalah pula jodohnya akan tiba. Rasanya kena cari awek yang cun juga selepas ini.

“Hai puan…” sapa Atikah. Hanya dia yang pernah bertemu dengan isteri boss dekat-dekat. Itupun ketika boss membawa isterinya ketika ada panggilan urgent daripada Dato Hasnol. Kalau tidak, dia juga tidak pernha bertemu muka.

“Hai… Panggil aje Adra.. Formal sangat panggil saya puan..” Adra tersengih-sengih. Rasa macam tua pula bila ada orang panggil kita puan. Walaupun secara dasarnya memang sudah tua, namun apa salahnya. Lain macam dengar panggilan puan untuk diri sendiri.

“Tak boleh puan, nanti boss marah.. Cakap saya tak hormat isteri dia…” sakat Atikah sambil tersengih.

“Haa.. Nasib awak tahu.. Tak payah saya nak ingatkan..” balas Ezzaq seraya tersenyum.

Adra ketawa perlahan. Overlah sangat. Chill sudah. Dekat rumah pun, bukan dekat ofis.

“Korang makanlah.. Tambah tau…” pesan Ezzaq.

“Oh..! Boss order dekat catering mana…? Sedaplah.. Nant bolehlah kita order masa annual dinner ofis kita..” tanya Atikah lagi. Dari tadi sudah dua kali rasanya dia menambah nasi minyak. Ayam masak merah superb. Cukup semua rasa.

Ezzaq tersenyum lebar namun tidak dijawabnya soalan Atikah.

“Boss awak yang masak semua ni tau..” balas Adra apabila sedar Ezzaq tidak akan mengaku dia yang memasaka semua hidangan hari ini. Cuma desert dan kuih muih yang lain mereka order, hidangan utama memang Ezzaq yang bertukang daripada awal pagi tadi. Dan dia pun turut menolonglah walaupun entah pertolongannya membantu Ezzaq atau tidak.

“Seriuslah…??” jawab mereka serentak.

“Kenapa tak buka restoran je Zaq…? Dengan cara masakan kau ni, aku pasti mesti jadi tempat paling popular dan viral gitu…” komen Asrol pula.

“Hahaha.. Tak nak lah.. Cukuplah aku simpan masa untuk isteri aku sahaja…” Balas Ezzaq. Adra dipandangnya dengan senyuman dan senyumannya dibalas oleh isterinya. Buka restoran..? Bukan tidak pernah terfikir, namun komitmen untuk sebuah restoran sangat tinggi. Dia risau dan dia tidak bersedia lagi untuk jatuh bangun dalam perniagaan makanan. Sekarang pun hubungannya dengan Adra pun baru di awal permulaan. Biarlah mereka bercinta dengan sewajarnya dahulu. Untuk restoran tu, one fine day mungkin dia boleh berikan perhatian.

“Aiyak..! Sweet-sweet pulak dia.. Ini yang buat aku tak sabar nak naik pelamin ni… Kan sayang?” balas Asrol lagi. Hanis disebelah dipandang.

Mata mereka berlima tertumpu pada Asrol. Rasanya mereka tidak salah mendengar perkataan yang keluar daripada mulut lelaki itu.

“Asrol…?” soal Hamidi. Keningnya terangkat.

“Youlah ni..! Kepochi sangat…” marah Hanis. Bahu Asrol ditepuknya geram. Memanglah mereka bercinta di dalam diam. Tiada sesiapun pun di dalam ofis tahu hubungan mesra mereka.

Asrol pula ketawa buat-buat.

“Baik kau cerita…” Salleh pula mencelah. Matanya tepat pada mata Asrol. Lelaki itu tersengih-sengih daripada tadi.

“Sayang.. Keluarkan. Bagi dekat mereka tengok..” kata Asrol sambil memandang Hanis.

Hanis patuh. Tangannya memegang handbeg dan mengeluarkan sampul berbalut cantik. Seperti kad kahwin. Diserahkan kepada mereka di situ satu persatu. Apabila dibuka, nama yang tertera memang nama Hanis dan Asrol.

“Diam-diam kau eh…” kata Ezzaq. Bahu Asrol ditepuk. Sedikit sebanyak dia lega, sekurang-kurangnya Hanis sudah move on. Tidaklah si cantik di sebelah cemburu lagi. Lega terasa hatinya, lantas dahi Adra diciumnya tiba-tiba.

Adra membulatkan mata. Terkejut pun ada dengan ciuman tiba-tiba itu. Mujur kawan-kawan Ezzaq sedang tertumpu ke arah Asrol dn Hanis. Namun Ezzaq membalasnya dengan kenyitan mata. Dah tahu kantoi acah sweet depan kawan-kawan, boleh pula dia cover dengan senyum sahaja eh... Adra simpan senyum. Namun entah kenapa, dia suka di manjai lelaki itu sebegitu.

“Tahniah korang… Insyallah kami datang..” kata Hamidi. Dikuti oleh Salleh dan Atikah. Mereka berdua juga mengatakan perkara yang sama. Tidak disangka, majlis mereka pada hari ini dihiasi dengan berita-berita yang menggembirakan.

Asrol semakin tersenyum lebar, Hanis pula malu-malu. Rasanya keputusan mereka berdua untuk bersatu sangat cepat. Dia sudah lama mengenali Asrol dan Asrol juga sama. Namun dia sedar, matanya sentiasa dikaburi dengan kelebihan Ezzaq, jadi dia nyata menolak lelaki lain yang ingin mendekatinya. Namun setelah lawatan kerja mereka berakhir ketika di Johor dulu, Asrol dengan berani menyunting dirinya. Bukan untuk dijadikan kekasih, tetapi sebagai pelangkap hidupnya. Menjadi isteri kepada Asrol. Pada awalnya dia ragu-ragu, namun setelah dia berfikir panjang, dia menerimanya dengan senang hati. Setelah kata putus dibuat, Asrol tidak menunggu lama untuk meneruskan ikatan mereka kepada yang sah. Tanpa bertunang, mereka akan dinikahkan terus mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada kad jemputan perkahwinan mereka. Semoga bahagia milik mereka berdua selepas ini.

Setelah majlis kesyukuran berakhir, ahli keluarga mereka membantu berkemas apa yang patut. Sekurang-kurangnya ringanlah sedikit kerja mereka berdua nanti. Usai berkemas, mereka meminta diri untuk pulang, lagipun esok hari Isnin. Rutin harian mereka harus dijalankan. Kerja tetap kerja bagi mereka yang bekerja.

Adra melangkah ke ruang kolam renang selepas dia selesai membersihkan diri. Kerusi di tepi kolam dihampiri. Dia berlabuh di situ, dan badannya disandar di kerusi. Dia mahu berehat di tempat yang tenang setelah mengharungi hari yang panjang.

Penatnya..

Adra memejamkan mata.

Selepas ini confirm, kalau nak buat makan-makan guna catering sahajalah. Sekurang-kurangnya selepas majlis ada orang tolong kemas. Tak perlu mereka yang kemaskan. Tak perlu susahkan keluarganya juga.

“Sayang…”

Adra membuka matanya perlahan. Bibirnya mengorak senyuman ketika matanya menatap wajah suaminya. “Bie dah mandi ke…?”

Ezzaq mengangguk. “Nak duduk sikit…”

“Kerusi kecil pun nak berebut..”

“Tak kisahlah.. Asal boleh duduk berdua dengan sayang.” Kata Ezzaq sambil tersengih.

Adra bergerak sedikit untuk memberi ruang kepada Ezzaq untuk duduk dibelakangnya. Setelah Ezzaq duduk, dia mula menyelesakan dirinya dan bersandar di badan suaminya. Damai terasa ketika badannya dipeluk daripada belakang.

"Sekarang duduk berdua, nanti bertiga pulak kan..." bisik Ezzaq perlahan. Jemarinya mula mengusap perut kempis isterinya.

Adra tersenyum. Dia turut memegang tangan suaminya. "Belum lagilah Bie. Kata nak enjoy dulu baru dapat baby.."

"Ermm.. Iyaaa… Tapi tak sabar pula bila tengok kawan-kawan bie tunjuk gambar anak-anak diorang. Comel-comel semuanya. Moga anak kita nanti cantik macam mama dia ya.."

“Insyaallah. Hensem macam papa dia juga…”

Ezzaq mengangguk namun tiba-tiba dia mula ketawa mengekek.

"Kenapa bie, kena sampuk ke..? Angin tak ada, lepas tu tiba-tiba ketawa mengekek macam ni..?"

"Taklah... Bie teringat kisah dulu-dulu, adalah orang tu sorang. Kan..? Bie adalah cakap pasal masak untuk anak-anak, terus dia kalut. Cepat-cepat melarikan diri, muka pun semacam sahaja masa tu, takut sangat ke dengan perkataan anak tu...?"

Adra mula tersengih. Siapa? Dialah tu, kalau tidak siapa lagi. "Ha ha ha.. Ish seram kot masa tu. Bukan cintakan Bie pun, last-last dia boleh cerita pasal anak. Mana tak seram. Memang tak nak bincang hal tu semua dan memang takkan masuk kamus hidup tahu.."

Ezzaq semakin galak ketawa. Dah agak dah. Padahal sengaja dia nak test, memang success sangat resultnya. Dia tidak sudi…! Namun dia bersyukur, hubungan mereka kini telah berubah. "So sekarang kita dah boleh ada anak kan...?" soal Ezzaq.

"Tengoklah rezeki Allah bagi bila.."

"Allah memang bagi rezeki, tapi kita kena usaha kan..?" Terus badan Ezzaq terangkat sedikit.

“Bieee….!” ditepuknya tangan Ezzaq. Beragaklah. Takkan sekarang kot. Penat pun belum hilang.

Ezzaq ketawa lagi.

"Malam ni nak rest. Penatlah.. Boleh..?" pinta Adra. Tangan suaminya ditarik agar menutupi badannya.

“Yaa… Sayang rehatlah.. Bie gurau sahajalah. Tapi nanti kita kena usaha jugak…” sambung Ezzaq lagi.

Terasa lengannya dicubit.

Ezzaq senyum.

“Sayang tak sejuk ke duk dekat luar ni..?”

“Tak.. Rasa macam nak ambil angin sahaja..”

“Okey.. Kita rest dekat sini sekejap..”

Adra menukar posisi dan berbaring di dada suaminya. Badan lelaki itu dipeluk kejap.

“Bie…”

“Ermm..”

“Macam mana Bie jumpa rumah ni…?”

“Kenapa…?”

“Tak adalah. Saya tengok design rumah ni cantik dan kreatif sangat. Kagum sahaja masa-masa mula sampai dulu..”

Ezzaq ketawa kecil.

“Saya tanya, bukan suruh Bie gelak…”

“Sayang.. Suami awak kerja apa ya…?”

Adra berkerut. Apa kaitan soalannya dengan kerja Ezzaq pula…?

Kening Ezzaq pula terangkat.

“Interior Designer lah..” jawab Adra selamba.

“So…?”

Eh..! sekejap..

“Maksudnya Bie yang design sendiri ke…?” teka Adra. Dia tidak berharap jawapannya betul.

Sekali lagi Ezzaq tergelak. “Yalah sayang. Semua ni idea Bie. Dan memang dah niat pun nak hadiahkan rumah ni pada bakal isteri Bie. Jadi, rumah ni memang untuk sayang. Setakat ni, belum ada lagi design rumah lain macam Bie reka ni. Rekaan ni pun ekslusif. Bie tak bagi orang lain tengok pun design asal dia. Its confidential, and will be always confidential..”

Senyuman Adra semakin lebar. Hebatlah interior designer boleh buat plan rumah sendiri. Baik kerja arkitek sekali. Awesome sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience