Tepukan gemuruh daripada hadirin menyedarkan mereka dari fantasi cinta mereka berdua. Ezzaq meleraikan pelukan dan merenung wajah wanita kesayangan di depan matanya. Ezzaq membawa Adra turun dari pentas dengan berhati-hati. Al-maklumlah, isterinya memakai kasut tumit tinggi, dengan kain gaun pengantin yang meleret, karang tak pasal-pasal ada yang buat drama golek-golek macam filem Hindustan pula..
Acara mereka pada hari ini sudah pun menghampiri ke hujung majlis. Ezzaq membawa Adra untuk berjumpa dengan ahli keluarganya dahulu. Bermula daripada mama dan papa, Adra sudah pun mengenali mereka. Beralih kepada keluarga Pak Ngah. Riak wajah Mak Ngah masih sama, mungkin gagal bermenantukan Ezzaq, kelat pula air mukanya. Hanna juga begitu. Walaupun dia tersenyum, namun nampak kaku pada senyumannya. Adra tidak kisah, kini Ezzaq miliknya, tidak akan dan tidak mungkin dia akan serahkan Ezzaq kepada perempuan lain. No.. is the BIG NO..!
Dan kemudian mereka beralih kepada Maksu Zaria. Wanita it uterus memeluk Adra kemas. Adra membalasnya.
“Jaga anak saudara maksu baik-baik ya.. Adra pun sama. Jaga baby dalam perut tu..” pesan Maksu di telinganya.
Adra mengangguk perlahan.
“Selamat pengantin baru ya..” ucap Mak Su ikhlas. “Ezzaq.. Jaga anak saudara maksu ni elok-elok tau. Jangan sesekali sakiti dia. Jaga hati dia. Lagipun dia dah mengandungkan anak awak. Jangan nak nakal-nakal..” pesan maksu lagi.
Ezzaq ketawa kecil, lalu dirangkulnya badan Adra. Kasihnya tumpah di situ. Bagaimana tega hatinya untuk menyakiti mahupun menduakan wanita itu.
“Ishh.. Tak nak sweet-sweet depan maksu boleh tak…Kita tak kahwin lagilah…!” tegur maksu Zaria. Saya tak kahwin lagi okey. Jeles melihat kemesraan mereka berdua.
Adra dan Ezzaq ketawa senang.
“So, dah tiba masanya maksu mencari seseorang..” sakat Ezzaq selamba.
Maksu mencebik sambil senyuman masih terhias di bibirnya.
Kali ini, Adra pula membawa Ezzaq mengenali ahli keluarganya. Dulu ketika di awal mereka berkahwin, langsung tidak terfikir untuk dia akan memperkenalkan Ezzaq kepada sesiapa. Sekarang, dia bangga memperkenalkan suaminya kepada bapa dan mak saudaranya di sebelah papa dan mama. Kebanyakkan mereka sudah pun mengenali Ezzaq semasa majlis mereka dahulu, dirinya sahaja tidak tahu. Ahhaaa.. nasiblah badan.
Adra membawa langkah menuju ke meja kawan baiknya. Belum apa-apa, Mira dulu memeluk badannya. “I wish you always happy. Happy sampai Syurga..” bisik Mira.
“Thanks dear…” balas Adra terharu.
“Aku nak cop anak kau jadi menantu aku tau…” kata Mira mengekek.
“Woi..! udah-udah lah tu kahwin atur. Kesian dekat anak aku nanti. Mummy dia dah macam ni, takkan anak pun nak ikut langkah…”
Mira semakin galak. “Tapi at the end kau bahagia kan walaupun kahwin atur..”
Adra tersengih. “Ya... Takkan nak buat turun temurun pulak makcik oii..!”
“Aku tak kira…”
Adra ketawa mengekek. Bongok betul Mira ni tahu.. Dah jadi bini orang pun perangai tidak berubah. “Pandai kau eh, aku dah cakap rahsia dulu. Siapa punya plan ni..?” tanya Adra teringat tentang berita kehamilannya yang telah didedahkan tadi. Hanya Mira yang tahu pada awalnya.
“Sorry dear.. En hubby kau yang cakap nak buat majlis ni, so aku komplot sahajalah dengan abang kau. Tahu-tahu pulak memang abang kau jadi mc hari ni.. So the plan was perfect…!”
“Oh.. So Bie memang dah tahu pasal ni ke..?” soal Adra kepada Ezzaq.
Ezzaq menggeleng.
“Laki kau memang tak tahu. Aku dengan abang Aidan sahaja tahu.. So memang surprise untuk semua orang..” celah Mira sebelum Ezzaq menjawab.
“Nakal kau kan…” tegur Adra.
“Tak nakal pun, but I will do everything to let both of you happy…” balas Mira.
“Oloooo sweetnyaa… Kawan siapa ni..?”
“Kawanlah siapa-siapa pun….” Balas mira sambil membeliakkan matanya ke atas.
Adra tergelak, Mira pun sama. Ezzaq dan Hakim turut tersenyum melihat keletah kawan baik berdua itu. Semoga hubungan mereka kekal seperti itu selamanya.
“Sayang.. Bie nak bawak sayang jumpa someone..” kata Ezzaq perlahan.
“Siapa..?” soal Adra, namun Ezzaq tidak menjawab, hanya keningnya terangkat. “Kau makan dulu ya, nanti sebelum balik jumpa aku dulu..” pesan Adra.
Mira menggeleng. “Tak nak, aku nak pergi honeymoon dengan hubby aku pulak..”
Adra membutangkan matanya. Berani kau..! katanya dalam hati. Mengekek Mira ketawa.
Adra membuka langkah meninggalkan meja makan Mira, dan mereka menuju ke meja bahagian tengah. Ezzaq menepuk bahu tetamu tersebut dan lelaki itu berpaling.
“Azad..!” panggil Adra. Ya, dia memang tidak salah. Memang Azad. Ezzaq jemput Azad ke..? Seriously..?
“Hai Adra..” Azad sudah bangun dan berdiri di depan mereka berdua.
Azad bersalam dengan Ezzaq dan mereka berpelukan seketika. Adra..? Macam tak percaya dengan situasi yang sedang berlaku di depan mata. Ezzaq dengan Azad sudah berbaik ke..?
“Selamat pengantin baru bro. Dulu tak sempat nak ucap..” kata Azad.
“Thanks…”
“Selamat pengantin baru Adra.. Semoga bahagia sampai bila-bila.. Kalau tak bahagia, datang cari I ya..” ucap Azad lagi.
“Amboiiii….!” Celah Ezzaq.
Adra sudah tersenyum. Dia cuba membaca reaksi Ezzaq. Tiada riak tegang seperti sebelum ini. Mereka betul-betul sudah berbaik ke..?
“Thanks… Tapi I harap Ezzaq akan bahagiakan I sampai bila-bila.. You pun dah sepatutnya cari kebahagiaan you sendiri..” balas Adra dari hatinya. Ya, bukan dia tidak sukakan Azad. Azad adalah kawannya. Ezzaq adalah suaminya. Kalau boleh dia tidak mahu bertukar kasih lagi. Biarlah hatinya tetap pada suaminya sendiri.
“I dah cari, dah jumpa.. tapi tak macam you…” luah Azad.
Ezzaq berdehem dan Azad pula ketawa.
“Thanks sebab jemput aku datang..” kata Azad.
“No hal.. But she’s mine. Jangan berangan lagi tau…” balas Ezzaq.
“Ya…” Azad tersengih.
Sekeping kad dihulur kepada Adra dan Adra menyambutnya.
Jemari Adra membuka kad tersebut dan kad kahwin. Tertera nama Azad dan seorang nama wanita. Adra tersenyum. Alhamdulillah. Azad berusaha untuk bahagia.
“Tahniah….! Confirm I datang dengan Ezzaq nanti…” balas Adra dan Ezzaq juga mengangguk.
“Thanksss…”
Akhirnya berakhirlah sesi perkenalan mereka. Hari sudah pun menginjak ke petang. Keluarganya semua menginap di hotel yang sama. Termasuklah Mira dan Hakim. Pandai betul mereka plan. Hanya Adra yang ketinggallan. Yalah, memang mereka plan untuk suprisekan dirinya. So, surprise succeeeeed!
Adra berbaring di tilam. Badannya kepenatan. Gaun pengantin di badan belum ditukar, hanya viel dan rambutnya di urai. Selepas majlis selesai tadi, Ezzaq mengajak Adra untuk ambil gambar kenangan. Ala-ala outdoor. At the end, dia kepenatan. Seharian tanpa rehat.
Matanya yang tertutup, terbuka perlahan apabila merasakan jemari kasar mengurut kaki dan betisnya. Senyuman terukir di bibirnya ketika mata mereka bertentangan.
“Sayang nak mandi dulu..? Bagi segar badan.”
“Penat sangatlah…” balas Adra perlahan. Mungkin kepenatan berganda yang dirasai disebabkan kehadiran si kecil di dalam perutnya. Jika dulu, dia seorang yang lasak, tidak cepat penat dan letih.
“Nak Bie mandikan…?” tawar Ezzaq.
Adra mengeleng kemudian dia mengangguk.
Ezzaq sudah tergelak. Badan isterinya dihampiri. Satu kucupan sayang dihadiahkan di dahi isterinya. Kemudian beralih ke perut. Juga satu kucupan singgah di situ. “Untuk hero daddy…”
“Mana tahu hero…?” soal Adra lembut. Badan Ezzaq yang berbaring disebelahnya dipeluk.
“Instinct Bie cakap baby kita hero…” balas Ezzaq. Rambut isterinya dibelai lembut. “Jom mandi. Bagi segar badan sayang…” Ezzaq mengangkat badan Adra dan mula membuka zip belakang gaun isterinya.
Adra tersenyum. Tangannya berlingkar dileher Ezzaq. Memang dia tidak larat, dia suka dimanjai sebegitu. Tangan Ezzaq menarik gaun di bahagian bahu kiri dan kanan. Adra melepaskan lengan gaun satu persatu sehinggalah gaun meleret sehingga ke pinggang. Tangannya kembali memeluk leher Ezzaq.
Mereka berdua saling bertatapan. Dihiasinya dengan senyuman bahagia. Ezzaq merapatkan wajahnya sehinggalah bibir mereka berdua bersatu. Sungguh, kebahagian itu milik mereka. Sekarang dan juga masa mendatang.
***
"Dah besar dah anak kita..." kata Mira ketika mereka duduk bersantai di kerusi di tepi tasik. Selepas solat asar tadi, dia bersama Adra membawa anak-anak bermain di taman.
Adra mengangguk. "Hurmmm. Sekejap sahaja.." balasnya sambil tersenyum.
"Daddy..! Abang Haiy kacau Daneen.." Adu Daneen kepada Ezzaq.
Adra kalih pandangan apabila melihat anak nombor duanya berlari memanjat dukung Ezzaq. Melarikan diri daripada anak bujang Mira. "Nakal anak kau ya, macam ibu dia jugak.."
Mira ketawa senang. "Nakal tak nakal, hero aku juga yang akan jaga anak kau nanti tau.." balas Mira.
Adra mencebik sambil tersenyum. Dia tidak kisah jika anak-anak mereka menjadi kawan baik seperti mummy dan ibunya. Dia suka. Tiada yang lebih bermakna apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata walaupun mereka berdua lebih rapat dengan daddy. Wajah pun seiras dengan daddy. Anak daddy sangatlah..!!
Tamat dahhhhhhh...... Thank you agaiin allssssss....
Share this novel