TOT! Tot!
Adra membiarkan ketukan berlalu. Malas hendak dilayan. Bantal ditarik dan menekup telinga. Semoga bebas daripada bunyi luaran.
Tot! Tot!
Arggh… Kenapa dengar jugak ni.. Jerit Adra dalam hati.
“Nak apa lagi..?” marah Adra. Bosan kerana ketukan tidak berhenti. Bantal dialih, dan rambutnya mula berserabai.
“Abang ni…”
“Abang nak apa…!” laung Adra. Dirinya masih bersila di atas katil. Tiada ura-ura dia mahu membuka pintu bilik. Jemarinya, membetulkan rambut dengan kasar.
“Buka lah pintu dulu kot ye pun. Kesian abang tau, dahlah baru sampai tadi, tak sempat nak tahu kes apa, ini adik pula marah abang…” ngadu Aidan. Saja eksen, dia tahu Adra takkan marahkan dia lama-lama kalau kesalahan itu bukan berpunca daripadanya. Kalau berpunca daripad dirinya, yaa… Itu barulah ambil masa yang lama untuk berbaik.
Pernah sekali dia meminjam buku komik dengan Adra. Sebiji sahaja ya. Adra memang suka mengumpul komik dan novel. Penuh tersusun di almari buku dalam biliknya sendiri. Nak jadikan cerita. Dia terbawa komik tu keluar dan terlupa letak di mana. Masa itu pun mereka keluar bersantai di tasik bersama papa dengan mama. Nak gunalah buku tu untuk hilangkan bosan. Apabila mereka sampai di tasik, buku tu hilang. Tak berani nak cakap dulu, tunggu balik rumah. Cari-cari pun tak jumpa. Terpaksalah mengaku buku komik itu hilang.
Wajah adiknya terus berubah. Tak marah, tapi silent treatment dia dashyat.. Dekat seminggu lebih. Terpaksalah papa masuk campur. Kalau dengan papa, perangai adiknya lain macam sikit. Semua okey, orang lain tak. Lepas papa masuk campur, baru mereka hubungan mula ok, tapi masih 50-50. Bila papa cakap akan gantikan buku komik baru. Bukan satu buku, tapi satu dozen ok, bersamaan dengan 12 buah buku komik baru. Terus melebar dia punya senyum. Padahal sebelum tu dah offer nak ganti buku sama, buku baru. Tapi bolayannya kita. Aidan tergelak dalam hati apabila memikirkan kisah itu. Terus sehingga hari ini, dia berhati-hati. Jangan sesekali berbuat salah kepada adiknya yang sorang ni. Tak adalah tak ada langsung, adalah jugak, tapi tak seteruk yang itulah.
Tak lama kedengaran kunci dibuka dari dalam. Wajah Adra tersembul di depan pintu.
“Abang nak cakap apa lagi. Adik sibuklah..”
“Amboi…Sibuk tang mana tak tahu..” Aidan ketawa kecil mendengar jawapan adiknya. Pintu bilik ditolak, dia dulu masuk ke dalam bilik walaupun tidak dijemput. Kalau berdiri sahaja kat luar tu, mahunya pintu bilik terkatup kembali.
Adra hanya merelakan langkah abangnya memasuki biliknya. Pintu bilik ditutup semula, lalu dikunci. Sungguh dia tidak mahu ada gangguan lagi. Terutamanya dari mama. Bernanah telinga. Kalau abang dia pun sama, memaksa dirinya untuk menerima perkahwinan ini, jadi nasib lelaki itu pun sama. Sila keluar daripada bilik saya. Kehadiranmu tidak diperlukan.
Aidan selamba berbaring ditilam adiknya. Kedua tangannya diregang. Menghilangkan lenguh disekitar bahu dan lengan. Sudah beberapa hari dia mengadap komputer kerjanya. Sedikit sebanyak dia berterima kasih kepada mama kerana mengarahkannya pulang. Kalau tidak, mereputlah duduk depan komputer tu.
“Mesti abang dah tahu awal-awal kan..? Kalau tidak mesti abang tak balik tiba-tiba..” kata Adra. Wajah abangnya dipandang.
“Abang pun baru tahu tadi, mama call suruh balik.” Terang Aidan. Memang datuk mereka baru meninggal dua bulan lepas. Tapi memang betul, dia sendiri pun tidak tahu tentang wasiat datuk.
Wajah Adra kusut, muncung mulutnya mengalahkan mulut itik. Aidan gelak lagi. Kesian Adra, kalau dia dilahirkan perempuan, dia sudi menggantikan tempat adiknya. Panggilan dari mama pagi tadi, terus membawa dia pulang ke rumah. Semua jadual hari ini dan esok dikosongkan. Dan cuti seminggu telah diambil, itu pun atas arahan madam besar. Siapa lagi, mama lah..
Alasan..?
Nanti tolong mama uruskan majlis adik.
Aidan beralah. Ya, memang dia ada seorang adik sahaja. Kalau tidak dia yang uruskan, siapa lagi.
“Nak abang cakap dengan Ezzaq ke…?” cadang Aidan tiba-tiba. Badannya mengiring, mengadap adiknya disebelah. Tangan kanannya memangku kepala. Dia adalah berjumpa dengan Ezzaq beberapa kali sebelum ini, itupun sebelum atuk mereka meninggal dunia. Elok sahaja orangnya. Tiada cacat cela pun. Kalau difikirkan, macam sesuai jugak Ezzaq tu dengan adiknya.
“Abang nak cakap macam mana…?” tanya Adra kembali. Berharap Aidan ada sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada berkahwin dengan Ezzaq. Dia tidak kenal lelaki itu. Sewaktu mereka kecil dulu pun, bukan dia suka sangat berkawan dengan Ezzaq. Budak lelaki itu suka mengusiknya. Selalu sangat.
“Cakap lah adik dah ada orang yang punya. Tak nak kahwin dengan dia.” Duga Aidan.
Adra terus memandangnya. “Lepas tu…?”
“Lepas tu adik kahwin lah dengan Azad..” Balas Aidan. Adra mengeluh.
“Boleh jalan ke rancangan abang tu…?”
“Tak cuba, mana nak tahu…” keningnya diangkat. “Nak abang cuba tak…?”
Senyuman Adra melebar. Namun seketika sahaja. “Kalau dia setuju tak kahwin dengan adik, nanti apa akan jadi dengan wasiat atuk…? Boleh ke…? Siapa yang nak tunaikan wasiat atuk tu…?”
“Ha’ah..betul jugak kan…”
Pap!
Kepala Aidan pula menjadi sasaran tangan Adra. Mereka berdua kemudian tergelak sama. Sekarang sudah seri. Tadi dia yang kena, sekarang sudah berbalas. Itulah, beri lagi cadangan yang tak membantu langsung.
Adra memandang siling, Aidan juga sama.
“Agak-agak sebenarnya Ezzaq pun kena paksa dengan keluarga dia. Lepas tu mama buatlah cerita kata Ezzaq setuju..” kata Adra. Macam tak logik pula Ezzaq terus bersetuju sahaja dengan aturan ini. Takkan mamat tu tiada girlfriend. La tu pula, takkan girlfriend dia pun menerima seadanya.
OMG!! Boyfriend kena kahwin dengan orang lain kot.
Samalah situasi dia sekarang. Apa perasaan Azad nanti…! Seram dia nak fikir macam mana penerimaan Azad.
“Yang tu abang tak tahu lah..”
“Adik ingat, lepas kahwin adik nak minta cerai dengan Ezzaq. Sekurang-kurangnya dah lepas wasiat atuk. Adik dah kahwin dengan dia…” kata Adra selamba. Setelah befikir, itu sahaja jalan yang dia ada. Kalau tahulah akan jadi macam ni, dulu suruh mama beranak ramai-ramai. Kang senang nanti, boleh pick up aje mana satu yang berminat.
Huh!
“Ish adik ni, lepas cerai status adik dah jadi janda tau. Nanti tak laku..” tegur Aidan.
“Apa pulak, Azad kan ada..” Adra sengih.
“Nak ke keluarga Azad terima adik, janda tu…”
“Ish abang ni.. Cubalah bagi semangat sikit dekat adik ni. Dah lah kena paksa kahwin.” bahu abangnya dipukul. Aidan menyambut pukulan adiknya dengan ketawa kecil.
“Abang…”
“Errmm…”
“Dia ada adik perempuan tak..?”
“Kenapa…?”
“Kalau ada adik perempuan, bolehkan tukar orang, maksudnya abang kahwin dengan adik perempuan dia. Haaa…kan…?” matanya mula bersinar. Kenapa dia tidak terfikir idea yang bernas itu. Mana tahu Ezzaq ada adik perempuan. Ketika mereka kecil dulu pun, Ezzaq memang ada seorang adik lelaki. Lepas-lepas tu mana tahu ada adik perempuan. Untung abang nanti dapat anak dara muda.. Hatinya sudah mengeletek gembira.
Aidan mendiamkan diri walaupun adiknya sudah mula ceria. “Rasanya adik dia semua lelaki..” balas Aidan selamba. Riak adiknya diteliti. “Oh.. Nak lepaskan dia, abang yang jadi mangsa pula ya…?”
Adra ketawa senang. “Kata abang sanggup berkorban untuk adik. Inilah masanya..”
Aidan melemparkan senyum senget. Tak payah beria sangat adik ya.. Aidan menukar posisi baringnya. Kali ini dia meniarap pula. “Idea adik tu tak boleh diterima sebabnya adik Ezzaq semuanya lelaki..”
Adra mencebik. “Memandai sahaja abang. Macam mana abang tahu adik dia semua lelaki..?”
“Mama cakap.. Lagipun abang pernah jumpa adik bongsu dia. Lelaki semuanya..”
Adra menarik bantal menutupi wajahnya. Perbincangan mereka mencapai roadblock. Tiada jalan, tiada sinar. Bukan kat luar sahaja ada roadblock, dekat dalam rumah Adra Arissa pun ada ya tuan-puan.
“Adik…”
“Ermm…”
“Abang pernah jumpa Ezzaq, hensem orangnya.. Tak rugi pun kalau adik terima wasiat atuk.. Mana tahu adik boleh jatuh cinta dengan dia selepas kahwin nanti. Macam mama cakap. Cinta selepas kahwin kan lagi suci. Sebab dah halal..”
Pap!
Sekali lagi kepala Aidan menjadi sasarannya.
Aidan menggosok perlahan tempat pukulan adiknya. Sakit..
“Amboiii dia…. Bukan main ya ikut cakap mama. Anak mama sangatlah ni. Abang faham tak..? Ini bukan masalah hensem ke tak hensem. Sekarang isunya hati adik. Hati ni dah bagi dekat Azad. Adik tak sanggup nak kahwin dengan orang lain…Kang kalau kahwin, dia merana sebab hati adik dah tiada. Nanti kosong. Hambar.” luah Adra.
“Mana tahu adik boleh jatuh cinta dengan dia selepas adik kahwin…” Aidan memandangnya. Sengaja diulang apa yang dia cakapkan tadi. Tak salah kalau adiknya mencuba kan..? Tapi kalau dah cuba tapi tak jatuh cinta jugak macam mana..? Haru….? Aidan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tapi tak mungkinlah. Tengok pada gaya Ezzaq, mesti hati adik dia boleh cairlah. Jatuh cinta pandang pertama. Ya tak…? Hikhik.
Adra terdiam. Menimbang kira apa yang abang utarakan.. Boleh ke dia jatuh cinta dengan Ezzaq.? Haisshhh…
Tak mungkin..
Entahlah….
“Abang boleh bagi idea lain yang menarik sikit tak…Bagi solution ikut drama sangat.. Itulah, tengok lagi banyak-banyak cerita melayu..” Adra mencebik. Tidak sanggup membayangkan jika betul dia jatuh cinta dengan Ezzaq. Macam mana dengan Azad. Tidak sanggup dia mengkhianati cinta Azad. Hanya ideanya yang terlintas difikiran. Kahwin dan cerai…
Apa nak jadi, jadilah..
Dia nekad.
Share this novel