Order..!! 30

Romance Series 123857

HATINYA terusik melihat langkah Ezzaq yang pergi meninggalkannya. Dia sendiri tiada jawapan, hatinya tidak mahu pulang bersama dengan Ezzaq dan tidak pula dia terasa mahu kembali bertemu dengan Azad. Akhirnya Adra membawa diri, berjalan tanpa tujuan. Langkah kakinya memasuki ruang legar KTM. Ke manakah arah tujuannya..?

Dia duduk termanggu di kerusi. Fikirannya terasa kosong. Dia tidak mahu memikirkan pergaduhan mereka berdua. Tidak mahu memikirkan permintaan Azad untuk bersamanya kembali. Badan disandar pada tiang yang bersebelahan dengan kerusi. Badanya terasa lemah dan tidak bertenaga. Manusia yang lalu lalang di depan tidak dihiraukan. Biarlah mereka dengan urusan mereka, dia dengan masalahnya sendiri.

Tanpa disedari, rupanya sudah dua buah keretaapi berlalu pergi bermakna sudah hampir satu jam dia berada di situ. Dia tiada hala tuju. Apakah dia mahu melarikan diri sekali lagi..? Melarikan diri dari masalah. Mencari ketenangan dengan melarikan diri. Namun sampai bila.?

Akhirnya Adra naik semula ke atas dan mencari grab. Biarlah dia pulang ke rumah ibubapanya. Tidak terasa mahu pulang ke rumah Ezzaq. Jika dia pulang pun, mesti mereka akan bergaduh lagi. Argghh.. Dia malas hendak bertekak. Dia penat sebenarnya. Penat dengan hati dan fikirannya yang semakin berserabut.

Lewat petang baru Adra tiba di rumah ibubapanya. Papa dan mama tiada di rumah, hanya pembantu rumah mereka yang ada. Adra terus naik ke biliknya sendiri dan membersihkan diri. Setelah selesai, badannya dibaringkan di atas tilam dan dia terlena keletihan.

“Adra…” terasa bahunya ditepuk.

Matanya terbuka luas.

“Mama…”

“Adra balik sorang ke…? Ezzaq mana…?”

“Adra sorang sahaja.. Mama baru balik ke…?”

“Ya.. Balik tadi.. Acik Mah cakap Adra ada dekat bilik. Dah makan ke belum..?”

Adra menggeleng.

“Jomlah turun makan dulu.. Ezzaq kerja lewat ke..?”

Adra hanya mengangguk. Malas mahu membutirkan dengan jelas. Apa yang Ezzaq buat sekarang pun dia tidak tahu. Agh.. Biarlah lelaki itu sendiri.

“Adra nak mandi dulu. Mama turunlah dulu…”

Pn Ainun mengangguk.

Adra melangkah lemah ke bilik air setelah Pn Ainun keluar. Setelah selesai mandi dan bersiap, telefonnya ditatap. Tiada satu pun mesej mahupun call daripada Ezzaq. Dia betul-betul merajuk atau marah ke…?

Erkkk... Biarlah..

Lagipun dia mana tahu macam mana nak pujuk Ezzaq. Tetapi dalam hal ini, Ezzaq juga bersalah. Menuduh dia macam-macam. Jadi, masing-masing pujuk diri sendiri. Senang.. Tak susahkan sesiapa.

Telefon hanya dibiarkan di tilam dan dia turun ke bawah. Terdengar suara mama dan papa bergelak ketawa. Seperti ada seseorang lagi dengan mereka.

“Adra sudah turun.. Mari makan dulu..” ujar En Asyraff ketika melihat kelibat anaknya masuk ke ruang dapur.

Adra tersenyum ketika pandangannya bersatu dengan papa dan betullah, ada orang ketiga di meja makan yang sedang menikmati makan malam mereka.

“Tambah Ezzaq…” tegur Pn Ainun. Macam tahu-tahu pula dia masak udang gulai pada hari ini, anak dan menantunya pulang bersama.

Adra mengambil tempat di sebelah Ezzaq. Lebih baik dari duduk sebelah mama, sebab kedudukan mereka akan bertentangan. Tak sanggup hendak bertentang mata dengan lelaki itu setelah apa yang terjadi pagi tadi.

“Ya mama.. Dah cukup dah ni…” balas Ezzaq. Wajah Adra dipandang sekilas..

“Esok kamu cuti ke Ezzaq..?” tanya En Asyraff.

“Ya papa, esok ahad.”

“Kalau macam tu, malam ini tidur sini. Esok mama nak minta tolong Ezzaq tengokkan taman dekat luar. Mama ingat nak adjust sikitlah..” ujar mama.

“Boleh mama. Nanti saya tengokkan.. Mama ada plan nak ubah dekat mana-mana ke..?”

“Itu nak minta Ezzaq tengokkan apa yang mama boleh ubah… Tidak pun tambah lagi sikit ke..”

“Esoklah saya tengokkan…” kata Ezzaq sambil tersenyum.

“Yalah…” balas Pn Ainun dengan senyum lebar. Taman mereka sudah cantik, namun sekali sekali dia mahu juga berubah angin. Tidaklah nanti nampak sama sahaja.

Adra pelik dengan permintaan mamanya. Apa taman yang dia hias sebelum ini tidak menarik ke..? Tahu ke si Ezzaq nak buat perubahan nanti tu…?

Malas mahu menyampuk, Adra memilih untuk mendiamkan diri. Hanya tangannya bergerak menyuap nasi dan lauk ke mulut.

“Adra okey ke…?” tanya mama kemudian.

Adra angkat muka. Tiga wajah berpusat pada wajahnya.

“Okey… Kenapa…?” tanyanya pula. Mendatar sahaja suaranya. “Adra dah siap, Adra naik bilik dulu…” pinggannya diangkat dan dibawa ke singki. Malas hendak berlama. Nanti semakin banyak soalan yang keluar daripada mulut Pn Ainun. Mama bukan boleh.

Lagipun mereka berdua memang tidak bertegur sapa langsung, baik Adra mahupun Ezzaq. Memang situasi antara mereka berdua nampak kaku. Ketara sangat. Memang sah mama dengan papa pun mesti perasan. Biarkan.. Langkah Adra laju meniti anak tangga ke biliknya.

Tidak lama kemudian Ezzaq pula masuk ke bilik. Dilhatnya Adra sedang mengambil angin di balkoni. Termenung. Kakinya menghampiri wanita itu perlahan. Kerusi satu lagi ditarik dan punggungnya berlabuh di situ.

Diam...

Lima minit kemudian..

Masih diam...

“Kenapa tak balik rumah kita…?” soal Ezzaq memecahkan kesunyian antara mereka.

“Itu rumah awak, bukan rumah saya…” balas Adra senada.

“Itu tetap rumah kita. Tiada yang boleh mengubahnya..” balas Ezzaq pula. “Tadi balik rumah pukul berapa…?”

“Kenapa..? Nak sport check saya ke…?” Adra tersenyum sinis.

“Saya tanya… Tak salah kalau awak cakap kan…”

Adra ketawa kecil. “Lewat petang baru saya balik… Tak nak tanya ke saya pergi mana…?”

“Up to you… Kalau nak cakap boleh, tak nak cakap pun boleh…” jawab Ezzaq masih dengan nada tenang.

“Kalau saya keluar degan Azad macam mana..?”

Ezzaq mengangguk. “Saya cuma berharap awak masih ingat status awak sebagai isteri saya..”

Ezzaq dipandangnya. Jawapan Ezzaq membuatkan dia menyampah. Stress..!!

“Kenapa awak datang sini…?” tanyanya dengan nada geram. Sibuk sahaja muncul di sini.

“Sebab awak ada dekat sini…”

“Kalau saya tak balik sini, apa awak nak cakap dengan mama.. Muncul tiba-tiba...?”

“Saya tak perlu beri jawapan itu sebab awak memang ada dekat sini…”

“Awak ni memang sengaja nak buat saya marah kan…?”

Ezzaq tergelak pula. Dia sengaja ke atau tidak sengaja ke, memang Adra tengah marah sekarang. Tiada bezanya. Apa yang mereka bualkan semestinya akan menaikan angin badan salah seorang daripada mereka.. “Sayang tak sejuk ke duduk dekat luar ni..?” saja dia mahu mengubah topik. Kalau tidak mesti mereka akan terus bertelagah. Lagipun isterinya tengah panas, biarlah dia sejuk.

“Dont call me sayang…!” suaranya di ketap.

Kening Ezzaq terangkat. “Sebelum ini awak okey sahaja saya panggil awak sayang. Awak tak pernah marah pun. Kenapa malam ni tak boleh pulak..?”

Ish dia ni..!

Ezzaq disebelahnya dipandang kecik besar kecik besar.

“Betul.. Sayang tak sejuk ke duduk dekat luar ni, baju tidur tu sudah lah nipis…” mulutnya memuncung ke badan Adra.

“Baju saya..Biarlah.. Badan saya..Biarlah…Tak ada kaitan dengan awak..”

“Sayang kenapa ya…? Macam sengaja nak cari gaduh dengan saya…”

“Sebab awak sendirilah…”

“Kenapa dengan saya…?”

“Tengok mulut tu, menjawab sahaja…! Macam mana tak buat orang geram..” bebel Adra. Memang betul pun, ada sahaja ayat dia nak menjawab. Kadang-kadang dia terasa kalah dengan lelaki itu. Setiap kali dia marah, ada sahaja cara lelaki itu membuatkan dia menjadi lagi geram. Setiap kali dia hamburkan kata-kata, ada sahaja jawapan yang lelaki itu berikan. Jawapan yang menyakitkan hatinya sendiri.

Argghhh… Dia pun pening. Tidak tahu samaada Ezzaq yang annoying atau dia sendiri yang tidak dapat menerima lelaki itu hadir ke dalam hidupnya dengan sikap yang tenang dan tidak mudah mengalah.

Ezzaq ketawa senang mendengar bebelan isterinya. Garang-garang kucing ye tak..? Sekejap jadi garang, pemarah. Bila tengah elok, okey sahaja dia. Yaa.. Mungkin Adra masih perlukan masa. Sebulan dua bukannya tempoh masa yang lama. Dia beralah. “Yalah.. Dah awak tanya, saya jawab, awak cakap, saya balas... Kalau saya tak balas nanti awak yang cakap sorang-sorang pula..Okeylah, saya nak masuk solat sekejap. Nak ikut…?”

Adra menggeleng.

“Adra…”

Adra berpaling dan Ezzaq mencium bibirnya.

Adra tercengang. “Awak ni…!” Ezzaq ditolaknya. “Suka ambil kesempatan tau tak…!”

Ezzaq ketawa senang dan kemudian dia melangkah masuk dan meninggalkan Adra dibalkoni.

Adra mendengus. Rasa geramnya kepada Ezzaq masih belum surut. Semakin bertambah pula sekarang. Namun mujur Ezzaq sudah tiada dekat dengannya sekarang. Semoga angin malam mampu menyejukkan hati yang tengah panas.

Dia marah dengan Ezzaq kerana hal pagi tadi. Bukan kerana dia lebihkan Azad namun dia sendiri bingung dengan hatinya. Ezzaq menuduh dirinya membela Azad walhal dia sendiri tidak mahu pergaduhan terjadi antara mereka bertiga. Di khayalak ramai pula tu. Kemunculan Azad pada hari ini juga diluar dugaannya dan tidak pernah terfikir Azad akan merayu untuk kembali bersamanya.

Azad cinta pertamanya. Rasa cinta dan sayang itu masih ada. Bohonglah jika kita kata cinta pertama kita hilang bersama dengan hilangnya hubungan kita. Mungkin sesetengah orang ya, tetapi tidak dia. Azad masih ada di dalam hatinya, namun dia sedar Ezzaq adalah suaminya yang sah. Walaupun dia marahkan Ezzaq, bencikan Ezzaq. Namun dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh lelaki itu membuatkan hatinya sedikit demi sedikit mula menerima lelaki itu. Namun entah kenapa, kadang-kadang dia suka bergaduh dan mencari pasal dengan lelaki itu. Entahlahhhh….

Usai solat isyak, Ezzaq mengintai dan Adra masih berada di balkoni.

Degil.

Karang demam baru tahu.

Ezzaq keluar ke balkoni semula dan berdiri di depan isterinya.

“Tepilah…” marah Adra apabila Ezzaq sengaja menghalang penglihatannya. Walaupun bukan nampak apa-apa pada waktu malam, tapi dia suka merenung ke depan. Pandangannya ke depan, namun fikirannya berterbangan.

“Sejuk ni. Demam karang, saya jugak yang susah..”

“Awak tak payah susahkan diri sendiri kalau pun saya demam..”

Ezzaq kemudian melutut di depan Adra. Wajah Adra dipandang dalam.

“Sayang jangan degil boleh…?”

Wajah Ezzaq dipandang sekilas dan dijelingnya.

Ezzaq ketawa kecil. “Okey fine..”

Ezzaq membongkok, kemudian menarik badan Adra ke bahunya dan dia membawa Adra masuk ke dalam. Tidak sempat berbuat apa, badan Adra sudah terapung.

“Arrgghhhh…! Turunkan saya….” Belakang Ezzaq dipukulnya. Belum pernah lagi diangkat sebegitu rupa. Rambutnya yang panjang terjuntai ke bawah. Perutnya sedikit senak dek menyentuh tulang bahu Ezzaq.

"Ezzaq..! Turunkan saya..!"

"Kalau awal-awal tadi awak dengar cakap saya kan senang. Sekarang awak dengar cakap saya pulak.. Duk diam, kalau jatuh tak tahu.."

Adra menjerit dalam hati.. Risau juga, kalau betul dia jatuh kepala dahulu, boleh patah tengkuk karang. Dia mengeluh.

Ezzaq kemudian meletakkan badan Adra dikatil dan dia berbaring disebelah Adra.

“Siapa nak bagi awak tidur atas ni…?” Adra kembali duduk. Wajah Ezzaq direnung tajam.

“Saya dah nak tidur. Kalau awak tak nak tidur sekali, awak boleh pilih tempat lain untuk tidur..” balas Ezzaq selamba dan dia memejam matanya.

Buk!

Bantal mengena tepat pada mukanya. Namun bantal itu ditarik ke pelukannya.

Melihat Ezzaq seperti tidak mahu beranjak, Adra bangun dan menuju ke bilik air. Dia mahu solat. Jika duduk di situ, hanya menambah geram dan sakit hatinya sahaja.

Usai bersolat, Adra memandang sekilas. Ezzaq masih berbaring ditilam dengan selesanya tetapi pintu dan langsir semua sudah bertutup.

Adra menarik nafas. Dia tidak mahu mengalah. Ini katilnya, kenapa mesti dia mencari tempat lain untuk tidur. Dia berbaring membelakangi Ezzaq dan matanya dipejam. Cukuplah untuk hari ini.. Minda dan hatinya penat.

“Tak baik tidur membelakangi suami tau…”

“Saya penatlah nak gaduh dengan awak.. Awak nak tidur, sila tidur dengan diam..” balas Adra.

Ezzaq ketawa kecil.

Matanya terbuka apabila terasa ada tangan berlingkar dipinggang. “Awak jangan peluk saya boleh tak…?”

Namun Ezzaq tidak menghiraukan amaran Adra, dia semakin mengemaskan pelukannya dan menarik belakang badan Adra rapat ke badannya.

Akhirnya Adra berpusing. Sepasang mata mereka berdua berlawan pandang. Pada masa yang sama, badan Ezzaq ditolaknya menjauhinya.

Ezzaq tidak bergerak tetapi tangannya menarik kepala Adra ke dadanya.

“Selamat malam sayang. Tidur lah.” Dahi Adra dicium. “Jangan tinggalkan saya untuk bersama dengan lelaki lain..” bisik Ezzaq.

Mata Adra terkedip-kedip di pangkal leher Ezzaq. Jelas tutur kata yang keluar daripada mulut lelaki itu dan entah kenapa amaran itu begitu menusuk ke dalam jantungnya.

Adra memejamkan mata. Dia tidak mahu fikirkan apa-apa. Dia kepenatan dan tidak sedar dia terlena di dalam pelukan suaminya sendiri.

Jangan marah Adra ya...Kesian dia walaupun Adra memang seorang yang degil... Beri masa sikit untuk dia pastikan siapa dihatinya...Hehehehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience