Order..!! 45

Romance Series 123857

SUASANA petang di pantai cukup tenang. Hari ini cuaca agak redup tanpa sinaran matahari yang hangat. Adra berjalan tenang di belakang Ezzaq. Ezzaq yang sibuk mengajaknya mengambil angin petang. Biar kebah demam katanya. Memang semalam dia demam, namun hari ini dia rasa sihat, tiada lagi rasa lemau seperti semalam.

Betul ke dia demam rindu seperti Mira katakan..? Dia malas mahu mengaku jika usikan Mira ada benarnya. Lagipun, Ezzaq juga mengandaikan perkara yang sama, rindu disebabkan dirinya. Betulkah? Dia sendiri tiada jawapan.

Adra agak hairan sebenarnya, apa yang membawa Ezzaq ke sini…? Tepat ketika dia tidak sihat pula tu. Takkan Mira yang cakap…? Tak mungkin. Walaupun Mira kawan baiknya, namun Mira tidak pernah mencampuri urusan peribadinya. Setakat nasihat selalulah, tetapi nak selongkar telefon dia semata-mata, macam tidak mungkin. Kawan baik bukannya tiket untuk kita selongkar barang peribadi kawan kita. Dan dia yakin bukan Mira. Dia sendiri pun tidak.

“Ezzaq…” akhirnya Adra bersuara.

Ezzaq menoleh ke belakang. Sebuah senyuman meniti di bibirnya ketika wajah isterinya menjamah kornea matanya. “Ya sayang…”

“Awak tak kerja ke…?”

“Bila…?”

Adra mengecilkan mata. Sah-sahlah sekarang. Takkan soal itu untuk jadual bulan depan ataupun tahun depan. Kalau ya pun, mesti di awal soalan dia tadi, dia sudah cakap awal-awal. Contoh awal bulan depan awak kerja ke..? Haaa macam tu..

Ezzaq menggeleng sambil senyumannya melebar. Anak matanya galak menjelajahi wajah isterinya. “Saya ambil cuti..”

Adra mengangguk faham. Bercuti semata-mata untuk datang ke sini kah..? Hatinya belum puas. “Berapa lama awak akan duduk dekat sini…?”

Kening Ezzaq terangkat. “Awak tak suka saya datang sini ke…?”

“Hurrmmmm…. Selalu macam tu…”

“Macam mana…?”

“Boleh tak awak jawab soalan saya dulu sebelum tanya soalan seterusnya…? Setiap soalan itu perlu ada jawapannya.” Balas Adra.

Ezzaq ketawa perlahan. “Yalah.. Saja nak test. Saya nak juga tahu kehadiran saya di sini diperlukan atau tidak…”

Adra berhenti melangkah.

Ezzaq juga.

Wajah Ezzaq dipandang dalam. “Kalau saya tidak memerlukan awak dekat sini, awak boleh balik rumah awak sekarang ke..?”

Mata Ezzaq membulat. “Amboi…!” Lantas jemarinya mecubit pipi Adra.

“Aucch… Sakitlah…” Adra mengosok pipinya yang menjadi mangsa cubitan Ezzaq.

Ezzaq tersenyum senang, tangannya menarik tangan Adra ke dalam gengamannya. “Saya cuti sekejap sahaja tapi saya akan cuba luangkan masa sebanyak yang boleh dengan awak…” jawab Ezzaq ikhlas.

Adra tersenyum tipis.

“Kita nak pergi mana ni..?” soal Ezzaq apabila mereka sudah pun menghampiri kawasan berbatu dan berpokok.

Adra menarik tangannya daripada gengaman Ezzaq sebelum menghampiri batu besar di tepi gigi air. Kakinya melangkah untuk naik ke atas batu kecil.

“Sayang.. Be careful.. Jatuh nanti…” tegur Ezzaq. Memanglah batu-batu di situ seperti tersusun, namun dia tetap risau jika tersalah langkah, Adra boleh jatuh tersungkur. Karang tidak pasal-pasal cedera pula.

“Taklah…” balas Adra. Dia berpaling mengadap Ezzaq yang masih bertapak pada pasir pantai. “Jom.. Saya bawak awak ke suatu tempat…”

Kening Ezzaq terangkat.

“Naiklah, kalau berani. Kalau tidak awak duduk sahajalah dekat situ..” Adra tersengih sebelum dia membelakangi Ezzaq. Kaki sudah menapak ke batu yang seterusnya. Tempat dia healing sorang-sorang sebelum ini. Kira sudah jadi tempat favoritelah.

“Eiii… Sebenarnya nak ajak ke tidak ni…” Ezzaq bersungut namun kedengaran suara Adra tergelak. Lantas dia juga tersenyum.

Melihat langkah isterinya semakin menjauh, Ezzaq akhirnya mengikuti langkah Adra. Mereka menapak satu persatu sehingga sampai di batu paling besar. Langkahnya diatur berhati-hati. Mana tahu, silap percaturan, dia juga boleh tersungkur. Namun melihat langkah Adra yang agak lincah, dia cuba sedaya mungkin merapatkan jarak mereka.

Adra dulu mencapai batu yang paling besar. Dia tersenyum senang dan sesekali matanya melihat Ezzaq di belakangnya. Kawasan batu disapu sedikit sebelum dia melabuhkan punggungnya. Bukan kotor sangat pun, tinggal pasir-pasir halus yang dibawa oleh air laut ketika ombak besar. Itupun biasanya berlaku ketika malam. Siang-siang begini jarang ada ombak yang kuat, melainkan tsunami. Namun itu kita berharap sangatlah tidak merempuh pantai timur.

“Duduklah…” pelawa Adra apabila Ezzaq hanya berdiri memerhatikannya.

Ezzaq juga melakukan perkara yang sama. Tangannya mengibas pasir yang ada, dan dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Dia tersenyum sebelum matanya meliar memerhatikan kawasan sekitar. Betul-betul tempat menyorok. Sudahlah diteduhi oleh dahan pokok yang rendang.

Adra dipandang. “Awak selalu lepak kat sini ke…?”

Adra mengangguk.

“Sorang-sorang..?”

Adra mengangguk lagi.

“Bahaya tu…”

“Okey sahaja…Lagipun orang dekat sini semua baik-baik…”

“Tapi tak salah kalau awak beringat…” tegur Ezzaq. Manusia tetap manusia. Baik macam mana pun mesti ada juga yang jahatnya. Lagipun manusia memang dikelilingi oleh makhluk Allah yang satu tu. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.

“Baiklah tuan Ezzaq…” balas Adra sambil mengangkat tangannya ke dahi sambil tersenyum tipis. Daripada berbalas mulut dengan Ezzaq, biarlah dia mengalah.

“Cantik…” komen Ezzaq. “Dah lama tak tengok awak senyum….”

Terus senyuman Adra mati.

Ezzaq tergelak melihat reaksi Adra. Kadang-kadang sikap Adra sukar betul hendak dijangka. Sekejap macam taufan, sekejap macam angin sepoi-sepoi bahasa. Tetapi dia tidak kisah. Dia akan cuba memahami dan menerima isterinya seadanya.

Angin petang yang bertiup lembut menerbangkan rambut Adra yang bebas. Tergangu dengan juntaian rambut yang asyik menampar wajahnya, Adra menyeluk poket seluar. Getah rambut dikeluarkan. Jemarinya ligat mengumpul rambutnya ke atas sebelum diikat.

Belum sempat rambut diikat. Terasa tangannya dipegang. Adra memalingkan wajahnya dan Ezzaq sedang tersenyum.

"Just leave it tak boleh ke..? Tak payah ikat... Sayang lagi cantik kalau rambut lepas macam ni.." komen Ezzaq. Getah ditangan Adra sudah di ambil dan disimpan ke dalam poket seluarnya.

"Anginlah.. Rimas tau rambut berterbangan.." balas Adra.

"Dah duduk tepi pantai, memanglah angin. Tak nak kena angin duduklah dalam rumah.. Tapi you know something..?" kata Ezzaq dengan senyuman nakal.

"What..?" kening Adra berkerut. Dia tidak berapa gemar melihat senyuman nakal lelaki itu.

"Kalau sayang ikat, lagi bahaya.."

"Kenapa pulak..?"

"Your neck look damn sexy... Jangan salahkan saya kalau terjadi sesuatu antara kita dekat sini..." kata Ezzaq dengan senyuman semakin melebar.

Adra mengecilkan mata.

Dia ni...

Tidak senonoh kan...

Terus Adra biarkan rambutnya berterbangan. Mahunya Ezzaq buat perangai tak senonoh dekat sini, masak. Jadi prevention tu penting.

Ezzaq sudah ketawa galak. Sudah lama rasanya tidak mengusik isterinya. Tapi betul, nampak seksi sangat leher tu. Nak-nak dengan suasana damai macam ni. Risau juga dengan dirinya. Dia akui, duduk bersama dengan isterinya sendiri di kawasan begini menghadirkan rasa ingin bermesra dengan wanita itu. Namun disabarkan hatinya. Jangan gelojoh..!

“You know… Saya jumpa Azad…” beritahu Ezzaq setelah tawanya reda. Matanya memandang anak mata Adra. Dia ingin melihat reaksi wanita itu ketika nama Azad diutarakan.

Jumpa Azad?

“Huh…? Jangan cakap awak bergaduh dengan dia.”

“Why not..?” duga Ezzaq.

Adra mengecilkan mata.

“Not funny…”

Ezzaq tergelak. “Kalau betul saya bergaduh dengan dia, siapa awak akan pilih. Saya ke dia..?” saja dia mahu menguji jiwa Adra.

“Awak tak bergaduh depan saya kan…?” Adra memilih jalan selamat.

“Kalau betul-betul depan awak…?”

“Perlu ke saya jawab soalan ini…?”

“Haa. Tengok.. Selalu cakap dekat saya, jawab dulu soalan sebelum nak tanya soalan seterusnya.. Kan setiap soalan memerlukan jawapan..”

Adra mencebik. Sempat pula dia meniru ayat yang dia berikan.

“So…? Saya atau Azad…?”

Lama Adra terdiam. Dia sendiri pun tak tahu mahu memilih siapa. Sorang merupakan kawan kepadanya dan sorang lagi suami sendiri. Dua-dua dia perlukan.. Eeeeeeeeee….

“Saya pilih panggil polis sahajalah. Tangkap awak berdua.. Baru tenang…Sambunglah bergaduh dalam lokap pula.” jawab Adra tenang namun jawapannya mengundang tawa Ezzaq. Lucu dengan jawapan yang Adra berikan. Tunggu juga kot-kot Adra nak bagi jawapan yang sweet ke.. Ini tidakkkk. Jawapannya brutal sangat..!

Adra kemudian tersenyum. Seronok pula dia melihat Ezzaq ketawa bebas. Pernah ke dia melihat Ezzaq happy macam ni sebelum ni..? Entahlah.. Mungkin tidak pernah kot.

“Apa yang seronok sangat…?” tanya Adra. Ezzaq dipandangnya.

“Awak…” pandangan isterinya dibalasnya. “Awak mewarnai hidup saya…”

Adra mencebik. Terlebih gula pula mamat ni.

"Kalau saya nak tanya awak sesuatu boleh..?"

"Ya silakan..."

"Macam mana awak boleh datang ke sini tiba-tiba..?"

Mendengar soalan Adra, Ezzaq menarik nafas dalam sebelum anak matanya meenung seraut wajah itu. "Sebab.. I love you..." ucap Ezzaq ikhlas.

Riak Adra nampak terkejut. Tidak disangka itu yang Ezzaq ucapkan. Ezzaq tidak pernah ucapkan ungkapan itu se direct ini. Adra menunduk. Betul ke apa yang Ezzaq lafazkan? Dia tidak berpura-pura ke? Ikhlaslah lelaki itu dengan ungkapannya..?

"But Hanna..?" tanya Adra perlahan. Kini dia bersedia untuk menantikan jawapan Ezzaq. Tuluskan lelaki itu menyintai dirinya, ataupun sekadar mahu menguji hatinya yang rapuh.

"Hanna..?"

Adra mengangguk.

Ezzaq menarik nafas panjang. Ya, alang-alang mereka di sini, biarlah mereka menyelesaikan salah faham mereka. Dia akan cuba menjawab sejujurnya demi hubungan mereka selepas ini.

Ezzaq tersenyum sebelum memulakan bicara. "Hanna sepupu abang. Sayang isteri abang.. Opss haa..! Kan dah tersasul panggil abang jugak..." Ezzaq tergelak pula. "Sayang tak nak panggil saya abang ke..?"

Adra menggeleng. "Tak nak ubah topik okey..."

Ezzaq ketawa perlahan. "Ok baik.. Apa yang sayang nak tahu..?"

"Everything, if you dont mind..."

Ezzaq mengangguk. "Sayang dah tahu sampai mana..?" wajah isterinya direnung lagi. Dia dapat mengagak, kemungkinan Adra sudah mengetahui serba sedikit hubungannya dengan Hanna.

"Tentang awak sepatutnya berkahwin dengan dia, but then because of wasiat atuk. You are married, but with me, not her. Dan saya tahu Hanna memang ada hati dengan awak.. But the things is, saya tak tahu awak pula macam mana... That's all yang saya tahu.."

Ezzaq senyum sebaris. "Actually, Hanna belum matang..."
"Ish awak ni.. Tak baik cakap orang macam tu.." celah Adra tiba-tiba.

"Sayang..? Nak saya cerita tak..?"

Adra tersengih. "Sorry.. Sorry.. Awak cakap sahaja...."

"Sayang dengar dulu ya.. Kang duk mencelah-celah sebelum cerita habis, ada orang kena kiss dekat mulut tu tak tahu.. Kalau tak nak, baik diam.. Bagi saya cerita okey.."

Adra mencebik. Yalah... Terus Adra mendiamkan diri. Ugutan Ezzaq biasanya dia buat. Jadi baik dengar dulu. Cerita sebenar ataupun cerita rekaan. Jika benar alhamdulillah. Jika rekaan, dia akan pilih jalan yang terbaik untuknya.

"Dari kecil memang kami rapat. Sepupu kan. Lagipun mama rapat dengan Pak Ngah. Jadinya memang kami semua rapatlah. Kami selalu balik kampung, keluarga Pak Ngah pun selalu datang rumah kami. Kami hang out ramai-ramai. Macam adik beradik dah dari kecil sampailah satu masa Hanna cakap dia suka dekat saya. She's had feeling to me. Dia cakap dia sayangkan saya lebih dari seorang abang. Masa tu dia sekolah menengah. Tapi saya dah cakap. We are family. No hard feeling please... But dia degil, tambah tak matang pulak tu.. Jiwa remaja sangat. Sebab tu jadi macam tu.."

"Berapa umur dia..?"

"Dia muda lapan tahun daripada saya."

"Kalau dia sekolah menengah, awak dekat U ke masa tu..?"

Ezzaq mengangguk.

Adra teringatkan cerita maksu. Mungkin masa tu Ezzaq tengah kejar awek dia, sebab tu dia tak layan Hanna kot. Tapi sekarang, awek yang di kejarnya bukan lagi penghalang. Mana tahu Ezzaq mahu memberikan Hanna peluang.

"Tapi dia cakap awak akan kahwin dengan dia.." luah Adra.

"Siapa? Hanna? Bila dia cakap...?"

"Bila lagi saya jumpa dia, waktu majlis doa kesyukuran dekat rumah Pak Ngah dululah.."

"Ohh.. No wonderlah sayang lain macam sahaja malam tu..." Ezzaq senyum lagi. Adra lain sangat malam tu. Dia sendiri kalut. Dengan permintaan Mak Ngah untuk satukan dia dengan Hanna. Dengan reaksi Adra yang membeku. Segalanya membuatkan dirinya hilang punca. Namun sekarang, dia sudah mendapat jawapannya. Cuma belum ada pengakuan dari mulut isterinya sendiri.. "Taklah.. Bila saya cakap nak kahwin dengan dia... Lagipun saya dah kahwin dengan Adra Arissa. Kalau betul saya nak kahwin dengan dia pun, mesti dah lama saya masuk meminang. Tapi yang pastinya, saya takkan sesekali berkahwin dengan keluarga sendiri..."

"But she's your cousin. Halal kalau nak kahwin..."

"Sayang dah tak sabar sangat ke nak ada madu ke..."?

Adra menyeringai. Ke situ pula. "Tak nak...." jawab Adra bersahaja. Memang itulah rasa hatinya sekarang. Jika betul Ezzaq untuknya, dia tidak akan sesekali mahu berkongsi lelaki itu dengan wanita lain. Dia belum cukup kuat untuk mendapat payung emas. Dia tidak mahu. Di tidak hendak. Cukuplah dia menggunakan payung biasa untuk dia dan Ezzaq berteduh daripada panas terik ataupun hujan.

"Ha.. Kalau tak nak, jaga suami awak ni baik-baik tau..."

"Kalau awak sendiri yang pergi menggatal macam mana pulak...?"

Ezzaq berpaling. "Bila tu sayang..?"

"Oh.. Buat-buat lupaa... Ketika majlis itulah. Masa saya datang, tengok-tengok awak duduk bergelak sakan dengan si Hanna tu. Patutlah nak pergi awal.. Nak jumpa bakal tunang dia..."

Ezzaq membulatkan mata. "Bergelak sakan..?" Memorinya seakan berputar kembali. "Oh.. Masa dekat bawah khemah tu ya..? Sayang dah nampak kenapa tak datang dekat saya.. Stay with me..."

"Malaslah nak kacau merpati dua sejoli."

"Aippp.. Apa pula cakap macam tu. Sayang nampak saya berdua dengan Hanna sahaja ke..? Ada nampak adik Eril sekali tak..?"

Hah..?

Adik Eril..?

"Haaa.. Buat muka macam tu, maksudnya tak nampaklah tu.. Tu sebab tuduh suami bukan-bukan..."

"Ahh.. Tak kisahlah... But still awak bergelak sakan dengan dia.. Ilham pun cakap yang nak bagi peluang dekat awak dengan Hanna bermadu kasih.."

"Saya tak pernah anggap dia lebih-lebih, kalau saya bergelak sakan pun, just to me.. She is my sister. Not more than that. Lagipun masa tu, saya baru sahaja duduk.. Nak minum dengan adik Eril. Lepas tu Hanna datang. Rasa tak sampai lima minit pun dia dekat situ. Pak Ngah dah panggil dia... If that time make you hurt. Im sorry... Im truly sorry " ucap Ezzaq perlahan. Jemari Adra ditarik ke dalam gengamannya.

Adra terpempam seketika. Betul ke apa yang Ezzaq cakapkan. Namun air mukanya jelas. Bukannya riak menipu. Detik lima minit yang Ezzaq ceritakan membuatkan dia hilang kepercayaan dan harapan pada lelaki itu.

"I just love you... Only you..." ucap Ezzaq lagi. Bibirnya mencium belakang tangan Adra.

"I'm sorry...." ucap Ezzaq lagi apabila melihat Adra hanya terkaku. Tiada butir yang keluar daripada mulut comel itu.

Adra menarik nafas panjang. Betulkah begitu ceritanya.? Begitu lama dia salah faham dengan lelaki itu. Salah faham dengan suaminya sendiri.

Mata Ezzaq melekat pada anak matanya.

"Saya nak minta maaf dengan awak.."

"Why..? Kenapa sayang nak minta maaf ni.."

"Sebab salah faham tu. Saya ingat awak memang akan kahwin dengan Hanna..."

Ezzaq menggeleng. "Sayang tak salah pun... But.."

"But..?"

Ezzaq mendekati telinganya. "Jangan benarkan lelaki lain panggil sayang, dengan panggilan sayang ya.. I can’t stand it..."

Adra mengecilkan matanya. Mana ada orang lain panggil dia sayang pun.. Azad sahaja kadang-kadang bila angin dia datang. Adalah mengediknya.

Opsss...! Ke Ezzaq salah faham yang itu.? Sebab tu asyik-asyik Azad.. Tak ada kena mengena pun, Azad jugak yang disebutnya.

"Azad ke maksud awak...?"

Ezzaq hanya senyum sebaris.

"He is just friend to me now.. No more hard feeling. Kalau awak dah jumpa dia, mesti dia ada cakap something kan... Oh..Oh… Ooooo… Okey, sebab tu awak tiba-tiba datang sini...?"

Ezzaq mengangguk. "Ya.. Thanks to him.. Kalau tidak sampai sudahlah saya ingat sayang datang sini dengan dia.."

Adra ketawa lepas. "Padan muka awak. Trigger lagi. Sikit-sikit Azad. Azad dah tak ada pun Azad jugak. Stress tau.."

"Kenapa sayang tak cakap, tak terus terang.. Mulut ni kan ada..." kata Ezzaq, jemarinya mencubit mulut Adra. Ego sungguh isterinya. Namun Alhamdulillah. Salah faham mereka mula terungkai. Itu pentingnya berkomunikasi antara pasangan.

Tangan Ezzaq ditolak perlahan.

"Sayang..."

"Ermmm..."

"Tak nak panggil saya abang ke..?"

Adra menggeleng. "Tak nak.. Nanti sama panggilan macam Hanna panggil awak.."

Ezzaq sudah tergelak. "Boleh pulak macam tu ya.."

“ Yalah... Jomlah kita balik. Dah lewat dah ni…” kata Adra dan terus bangun. Pungungnya disapu agar pasir-pasir halus yang melekat jatuh.

“Okey…” Ezzaq tidak membantah. Dia juga sudah bangun dan menapak ke batu yang mereka naiki tadi. Ezzaq menghulurkan tangan untuk memimpin Adra turun.

“Saya boleh turun sendiri…”

Ezzaq menggeleng.

“Pegang tangan saya…” kata Ezzaq. Kedudukannya juga sengaja menghalang laluan Adra untuk turun. Akhirnya Adra mengalah. Tangan Ezzaq dipegang dan Ezzaq dipandangnya.

“Awak berdiri di situ, macam mana saya nak turun..?” kata Adra. Takkan nak lompat ke atas Ezzaq. Lain pula jadinya nanti. Kang tak pasal-pasal terhumbang dan berendam di dalam air laut petang-petang ni.

Ezzaq berundur sedikit untuk memberi ruang kepada isterinya.

Adra menapak turun dan apabila dia berdiri, tiada ruang langsung antara mereka berdua. “Awak sengaja eh…?”

Ezzaq tersenyum nakal dan pinggan Adra dipeluknya.

“Awak jangan macam ni.. Kita masih di tempat awam…Terkejut makcik-makcik tengok karang. Budak-budak zaman sekarang memang tak tahu malu...” tegur Adra sambil kedua sikunya menolak lengan Ezzaq yang berlingkar di badannya.

"Nak malu kenapa..? Kita dah kahwin apa..." kata Ezzaq sambil tersengih.

"Masalahnya ada tulis ke dekat dahi awak perkataan 'Dah Kahwin' tu.." sambung Adra pula.

"Memang tak ada.. Sebab dah printed dekat sini..." dengan selamba Ezzaq mencium bibir Adra.

"Awak...!" Adra terkejut. Dada Ezzaq dipukulnya.

Bibir Ezzaq memekar. I really miss it. “Malam ni tidur dengan saya dekat homestay.. .”

Adra menggeleng. “Tak nak…”

Ezzaq mengeratkan pelukannya.

“Ezzaq…” tegur Adra apabila pelukan Ezzaq semakin rapat. Boleh tak lelaki ini jangan menguji jiwa perempuannya lebih-lebih. Tadi kiss, ini peluk pulak. Kan seram makcik-makcik tengok kejadian yang berlaku nanti. Tapi sebenarnya dia yang lagi seram sebab makcik-makcik semua mana ada dekat situ. Dia sahaja yang mengawal dengup jantung sendiri. Itu yang seram tu.

“Setuju tak…?”

Adra menggigit bibir. Matanya dikecilkan. Menyesal bawa Ezzaq datang tempat persembunyiannya. Kalau tahu ini perangainya, baik tak payah bawa tadi.

Ezzaq sudah mula merapatkan wajahnya sekali lagi..

Dan Adra..

“Okey-okey….”

Pergerakkan Ezzaq terhenti. Keningnya dijongket. “Janji…?” tanya Ezzaq lagi untuk kepastian.

Wajah Ezzaq dipandang tidak puas hati. “Ya janji…”

Ezzaq senyum kemenangan, pinggang Adra dilepaskan namun tangannya masih kejap mengengam tangan isterinya. Kali ini Ezzaq membawa dia turun melalui laluan yang lain. Berbeza dengan laluan asalnya. Macam mana pakcik tu begitu expert mencuba jalan lain.

Akhirnya mereka sampai di batu terakhir. Batu yang agak tinggi. Kali ini dia rasakan, jalan yang dia jumpa lagi terbaik. Ezzaq terpaksa melompat untuk turun ke bawah.

"Awak... Be careful. Patutnya kita guna jalan saya sahaja tadi.."

Ezzaq tersenyum. "Tak nampak pulak tak ada batu dekat bawah tadi.. But no worries, I’m safe. Come.. Slowly..." Ezzaq menghulur tangan untuk memyambut Adra turun pula.

Adra duduk di batu dan jemarinya memegang lengan Ezzaq.

"Saya turun sekarang ya."

"Okey..."

Adra menolak badannya turun dan badannya jatuh ke dalam pelukan Ezzaq. Adra terkaku seketika ketika sepasang mata mereka bertaut. Sudah lama dia tidak melihat wajah Ezzaq dekat begini. Terasa Ezzaq menolak badannya sehingga rapat disesuatu yang keras di belakangnya. Sah-sahlan batu besar yang mereka turun tadi.

Badannya terkunci di antara lelaki itu dan batu. Jantungnya mula berubah rentak. Anak mata Ezzaq yang redup begitu menggodanya. Fikiran Adra mula bercelaru. Patutkah?

Adra menolak badannya sedikit. Bibirnya menyentuh bibir Ezzaq. Hanya seketika namun Ezzaq sudah mula senyum melerek. Adra cuba mengawal malunya walaupun sudah terasa darah terus menyerbu ke muka.

"You ask for it..." bisik Ezzaq perlahan. Tangannya menarik belakang leher Adra dan bibir mereka mula bertaut. Adra membalasnya dengan senyuman. Mereka hanyut bersama damai petang yang semakin menginjak
ke senja.

Adra dulu melepaskan sentuhan mereka. Tangannya melekat di dada suaminya. Terasa detak jantung lelaki itu berlari laju. Sama laju dengan dengupan jantungnya.

"Matahari dah nak terbenam..." kata Adra.

"So..?"

"Awak tak nak balik ke?"

Ezzaq senyum lagi. "Rasa macam tak nak balik sahaja. Kita duduk sini sahajalah sampai malam nanti ok tak..?"

"Tak ok.. Kalau awak tak nak balik, awak tidur sini ya, saya nak balik..." kata Adra.

"Tidur sini tak best. Janji malam ni ya.. Jangan lupa.."

"Yaaa..." balas Adra.

Barulah Ezzaq melepaskan pinggang isterinya.

"Sayang tak nak tengok sunset ke..?" soal Ezzaq.

Kaki langit dipandangnya. "Cuaca redup, mana nak nampak sunset.." balas Adra.

Ezzaq ketawa kecil. "Next time kita tengok sunset sama-sama ya.."

Adra mengangguk. Ya, jika ada kesempatan, apa salahnya. Anak mata Ezzaq dipandang. Dia nampak sesuatu yang membahagiakan di mata itu. Betulkan Ezzaq untuk dirinya..?

Mereka berjalan beriringan pulang setelah senja kian berlabuh.

“Awak.. Tangan saya…”

“So…?”

“Tak perlulah awak pegang, seganlah dengan Mira, ayah dan mak kalau mereka nampak..”

Ezzaq tergelak. “Tak apalah.. Lagipun mereka tahu awak isteri saya. Tiada yang salah kan…”

Adra mencebik.. Eeeeeee..

Pakcik ni kan.. Ada sahaja yang nak dijawabnya. Kenapa tak jadi peguam sahaja dulu.. Namun dia senang dengan perhatian yang lelaki itu berikan kepadanya. Adakah sinar bahagia akan dimiliki, jika dia memberi ruang kepada hatinya untuk mencintai dan dicintai..?

*********

Yeayyyy...!! Dah clear dah salam faham mereka.. Komunikasi tu penting dalam kehidupan berpasangan ya...hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience