IKAN-ikan seronok berlumba-lumba mengejar makanan yang ditabur bebas di depan mereka. Reaksi kecil ikan begitu mencuit hati Adra. Bukan selalu pun dia memberi ikan makan. Biasanya mama yang selalu bertenggek di situ. Namun disebabkan dia sesak dengan kehadiran Ezzaq, Adra cuba mencari tempat yang tenang tanpa gangguan.
Pakcik tu tak kerja ke..?
Lama betul cutinya. Bukan kahwin dengan bulan madu sekali pun sampai nak cuti lama-lama.
Makanan ditangan dicampak lagi. Semakin ramai pula ikan peliharaan mama berebut-rebut.
“Makanlah pelan-pelan, jangan gaduh..” tegur Adra namun jari-jemarinya masih sibuk menabur makanan ikan. Bibirnya turut tersenyum lebar.
“Dengan ikan nak cakap, dengan saya bukan main payah suara nak keluar..” tegur satu suara daripada belakang.
Senyuman yang meniti dibibirnya terus hilang. Tidak perlu menoleh, memang dia tahu siapa orangnya. Hanya tangannya yang masih bergerak menabur makanan.
Apabila Adra tidak membalas, Ezzaq melangkah menghampiri wanita itu. Tempat duduk disebelah Adra didudukinya sedangkan bangku di situ panjang dan mampu memuatkan dua atau tiga orang. Ezzaq sengaja merapatkan kedudukan mereka. Entahlah, walaupun dia tahu Adra akan marah, namun dia suka. Itulah yang dia dapat rasakan sejak mereka berkahwin.
Don’t blame me..! Ezzaq ketawa dalam hatinya.
“Can you move a bit..” kata Adra, Ezzaq dipandang sinis.
Ezzaq mengangkat kening dan dia ketawa perlahan. Namun dia masih tak bergerak dari kedudukan asalnya. Biarlah..
“Patut cari tak jumpa, menyorok dekat sini rupanya..” komen Ezzaq.
Adra meneruskan urusannya menabur makanan kepada ikan. Malas mahu melayan si Ezzaq. Ingat menyorok di sini tidak akan dijumpai. Rupa-rupanya tidak.
“Siapa buat taman ni..?” tanya Ezzaq tiba-tiba, badannya disandar dikerusi. Konsep yang ringkas tetapi masih cantik tersusun.
“Kenapa nak tahu….?” Tanya Adra malas.
“Cantik…” komen Ezzaq perlahan.
Namun Adra masih mendengarnya. Dia mencebik sambil tersenyum.
See the leg lah..!
Mestilah dia yang susun atur taman mama. Siapa lagi. Adra terasa kagum di dalam hati, namun tidak pula diluahnya. Kalau diluah nanti, mahunya si Ezzaq ingat dia seronok nak bersembang dengan dia. Semakin banyak mulut pula pakcik tu.
Ermm.. Jadi simpan sahajalah..
Diam. Kadang-kadang diam kan lebih baik daripada banyak bercakap.
“So…?”tanya Ezzaq lagi.
“So what…?” tanya Adra kembali.
“So siapa yang design…?”
Lah.. Tak habis lagi ke…?
“Adalah…”
“Awak ke…?”
“Kenapa cakap saya pulak…?”
Ezzaq mengangkat bahu. “Saya teka sahaj.. Betul ke…?”
Adra mengeluh.
Selagi dia tak dapat jawapan.
“Yaaaaa…saya…”
Ezzaq ketawa kecil. “You are very talented.. So saya dah nampak kaitannya. Awak ada nursery sendiri, jadi memang patut pandai deko rumah dan taman..” puji Ezzaq.
Adra mencebik lagi, namun senyuman dibibirnya disorok, tidak mahu kantoi kembang dengan pujian Ezzaq.
Kembang tak kalau orang puji kita pandai menghias.?
Memang kembanglah. Ingat senang ke nak buat susun atur pokok-pokok bunga. Memerlukan kreativiti yang tinggi tahu.
Okey.. Dah!
Makanan ikan ditangannya juga sudah habis.
Adra bangun, tugasnya sudah siap. Lagipun dia malas berlama-lama disitu. Nanti semakin banyak soalan pakcik tu keluar.
Ingat dia kaunter pertanyaan ke..? Kalau dekat kaunter tu memanglah kerja diorang menjawab setiap soalan yang pelanggan ajukan. Tapi tidak dia.
Not me..!
“Where are you going…” tanya Ezzaq apabila melihat Adra bangun.
Adra mengerutkan dahi. Apa masalah dia ni ya. Lagak macam tak boleh berpisah dengan isteri tercinta.
Hallo..!
“Nak masuk dalam lah. Takkan hendak bermalam dekat sini pula..”
“Lah… Duduklah lama sikit.. Boleh terapi minda..”
“Awak terapilah sorang-sorang.. Saya nak masuk.” balas Adra.
Belum selangkah, Ezzaq menaikkan kakinya. Menghalang pergerakkan wanita itu.
Wajah Ezzaq dipandang dengan tidak puas hati. Ruangan di situ memanglah sempit, kerana sebelah kirinya sudah dihiasi dengan batu untuk kolam ikan. Disebelah kanan pula, adanya pakcik yang tengah tersenyum-senyum. Dan daripada tadi memang dia sengaja duduk di tempat terceruk, agar lelaki itu tidak menjumpainya. Namun sekarang dia terasa menyesal memilih tempat yang sempit.
Nak kena dia ni…!
Tangannya disilang.
“Awak tak sayang kaki awak ke…?” tanya Adra. Kening dinaikkan. Ala-ala macam Ziana Zain gitu.
Cabarlah..
Kan ada yang merana.
Ezzaq menjatuhkan kaki namun dia pula berdiri. Langsung menutup jalan keluar untuk Adra.
“Sayang..Of course..” jawabnya selamba.
Pandangan mereka bersatu apabila Adra memandangnya tajam.
“Ke tepi boleh tak…?”
Ezzaq melentokkan kepalanya, seperti memberi ruang untuk Adra berlalu, namun badannya langsung tidak bergerak.
Adra mendengus. Memang cari penyakit betul dia ni.
Fine..!
Adra tidak mahu mengalah, dia cuba memanjat tebing kolam yang berbatu. Jika Ezzaq berlagak, dia pun boleh ikut berlagak juga. Mujur juga bahagian baru yang dibina sedikit bertingkat, jadi ada ruang untuk dia bertapak. Kalau hendak rempuh lelaki itu baik tidak payah, takut dia pula yang terpelanting ke belakang.
“Awak tak takut jatuh ke…?” soal Ezzaq selamba. Namun tiada ura-ura mahu memberi ruang untuk Adra berlalu. Masih berdiri di tempat yang sama.
Adra hanya senyum mengejek.
Doanya dalam hati, jangan jatuh. Daripada beralah begitu sahaja, bukan sifat semulajadi dirinya. Namun doanya seperti tidak termakbul, belum sempat dia melangkah ke ruang yang lebih tinggi, Adra tergelincir dek batu yang dipijaknya sedikit licin.
“Arghh!”
Tanpa sedar badannya tidak jatuh, namun bersatu dengan Ezzaq yang memang berdiri dihadapannya. Lelaki itu sempat menyambutnya daripada tergelincir jatuh.
Mata mereka bertentangan. Adra terkaku seketika begitu juga Ezzaq.
Kedua-dua lengannya berada dibahu Ezzaq dan sememangnya tangan Ezzaq sudah berlingkar dipinggangnya.
Adra menelan air liur. Hanya mata mereka berbicara.
“Saya nak turun…” kata Adra perlahan. Terasa debaran ketika mata mereka bersatu. Ini kali pertama sentuhan yang sangat rapat antara mereka berdua selepas berkahwin.
“Turunlah…” balas Ezzaq.
“Lepaskan saya…” pinta Adra apabila Ezzaq tidak menunjukkan yang dia akan melonggarkan pegangan tangannya.
Ezzaq senyum bersahaja. Seronok pula melihat wajah Adra yang mula memerah. Lagilah dia mahu mengusik isterinya, percuma pula peluang tu datang.
“Please….” Kali ini Adra menggunakan lengannya untuk menolak badan Ezzaq.
“Okey…” Ezzaq melepaskan pinggang Adra perlahan-lahan. Berharap Adra stabil semula. Jika Adra terjatuh lagi, bukan salah dia. Bukan niat nak ambil kesempatan, tetapi Adra yang tidak berhati-hati.
Ezzaq tergelak dalam hati. Berlagaklah lagi. Kang tak pasal-pasal kena peluk.
Adra membetulkan bajunya setelah kakinya selamat mendarat di lantai.
“Thanks…” Adra terus berlalu.
Sebab tu dia tidak mahu berlama dengan Ezzaq. Sesak nafas. Sesak jantung. Semua nak sesak. Sebab itu dia mahu melarikan diri daripada lelaki itu.
Ezzaq masih berada di taman tersenyum sendirian. Matanya memandang galak ikan yang masih berenang-renang keriangan, kekenyangan mungkin.
*********
ADRA tenang membaca novel di balkoni. Akhirnya dia ada masa untuk dirinya sendiri. Mama dan papa sudah keluar. Abang Aidan pun sama. Ezzaq…? Ya tadi dia ada maklumkan dia nak keluar. Hendak ke mana entahlah, malas nak ambil tahu.
Awan dilangit kelihatan berarak. Angin pula bertiup semakin kuat.
Adra mula tersenyum. “Mesti nak hujan..”
Belum pun beberapa saat, rintik hujan sudah mula turun. Semakin lama semakin lebat, Adra beralih masuk ke dalam. Namun terdetik dihati.
Mandi hujan pun best, sudah lama tak perkena mandi hujan. Lagipun tiada siapa di rumah.
Adra menyimpan novel dirak buku, dan dia turun ke tingkat bawah dan menuju ke laman belakang. Laman belakang lebih luas, berumput dan memang dia menanam banyak pokok-pokok renek sebagai hiasan dibahagian tepi untuk mengelilingi kawasan laman.
Adra tersenyum lebar. Kakinya melangkah ke atas rumput, tanpa alas.
Sejuk…
Titis hujan yang lebat terus membasahi rambut dan badannya.
Arrggghhhh….!!
Adra menjerit. Seronoknya!!
Kakinya melangkah perlahan menyusuri pokok-pokok bunganya yang merimbum. Satu persatu disentuhnya.
Bibirnya tidak terhenti dari tersenyum.
Tangan didepa, menadah air hujan yang turun. Matanya dipejam, tenang terasa jiwanya. Setenang dan sesejuk air hujan yang turun.
Apabila mata terbuka, matanya bertentangan dengan sepasang mata yang merenungnya dari tingkat atas.
Ezzaq..!
Bila dia balik..?
Sudah berapa lama dia berada di situ…?
Tangan Adra automatik terjatuh, Adra melarikan diri dan terus masuk ke dalam rumah.
Alamak..!
Tuala lupa pula nak ambil. Macam mana nak naik dengan badan basah kuyup begini…?
Tiba-tiba Ezzaq muncul di depannya dengan tuala ditangan.
“Sejuk tak mandi hujan…?” soal Ezzaq. Walaupun boleh nampak bibir Adra sudah biru. Ketika dia balik tadi, memang hujan lebat. Dia risaukan Adra keseorangan di rumah, jadi dia mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.
Sesampai dirumah, suasana agak sunyi. Dia mencari Adra dibilik atas, tiada. Dan dia mendengar jeritan dari luar. Bergegas dia ke balkoni.
Dan matanya menangkap kelibat Adra yang tengah berseronok bermain hujan. Dia terhibur melihat senyuman Adra. Jadi biarlah dia menjadi pemerhati dari atas. Jika dia turun, semestinya Adra akan berhenti. Jadi biarlah Adra menikmatinya dan dia menikmati pemandangan itu dari atas.
Ezzaq menghampiri Adra dan tuala ditangannya mengesat rambut Adra yang panjang.
“Saya boleh buat sendiri…” tegas Adra. Tuala dipegangnya.
Ezzaq terhenti seketika, mata Adra direnungnya. Namun tangannya menyambung mengelat rambut isterinya.
“Saya boleh buat sendiri…” sekali lagi Adra bersuara.
Ezzaq meletakkan tuala dibahu Adra dan dia senyum. “Naik mandi dulu, karang takut kesejukkan.. Kalau demam nanti saya bawa pergi hospital sahaja.”
Adra tidak membalas, dia terus berlalu ke tingkat atas.
Belum pernah lagi dia demam selepas mandi hujan tahu.
Adra mendecit.. Berlagak tak..?
Namun langkah ke bilik air dipercepatkan, memang badannya terasa kesejukkan sekarang. Tadi semasa mandi hujan, tidak rasa sejuk pula.
Selesai mandi, Adra mengambil cardigan tebal dan menyaluti tubuhnya. Dia berlindung di bawah selimut yang tebal untuk menghilangkan kesejukkan.
Pintu bilik dikuak, muncul wajah Ezzaq.
“Saya buatkan air tea panas untuk awak, jomlah turun..”
Wajah Ezzaq dipandang kosong. Mengiakan tidak dan menidakkan pun tidak. Sebenarnya dia terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut lelaki itu. Rajin pula dia tolong buatkan air panas. Namun Adra tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu termakan budi dengan lelaki itu. Setakat air panas, dia sendiri boleh mengambil di dapur. Cumanya sekarang dia hanya mahu berhibernate di dalam selimut yang tebal dahulu.
Ezzaq mengangkat keningnya apabila melihat Adra hanya pegun di atas katil. Macam tiada ura-ura dia mahu bergerak.
“Saya bawak naik atas ya…” putus Ezzaq akhirnya.
Adra menggeleng. “Its okey…”
Ezzaq terdiam, kemudian dia turun ke bawah semula.
Seketika, Ezzaq muncul bersama dulang air dan kuih. Dia membawa dulang ke balkoni luar.
“Kan saya cakap tak perlu…”
“Saya bawak untuk saya minum…” balas Ezzaq dan berjalan selambanya melintasi Adra masih masih berteleku di atas katil.
Adra menghela nafas. Ezzaq dijelingnya.
Dia ni..!
Dan memang betul, Ezzaq duduk dikerusi dan menikmati air panas keseorangan tanpa mengajak Adra untuk menyertainya.
Macam kejam kan? Adra tidak mahu mengalah. Bantal disebelahnya ditarik dan dipeluk. Bantal yang empuk membuatkan dirinya semakin selesa.
“Sedap juga minum air panas waktu sejuk-sejuk macam ni.. Boleh bagi badan panas sikit.” Suara Ezzaq sengaja dikuatkan.
Adra menutup telinga. Malas melayan. Lagipun dia dengar tu. Dan dia tahu Ezzaq sengaja bercakap kuat agar dia mendengarnya.
“Kalau badan terlebih sejuk karang boleh demam.” Sambung Ezzaq lagi.
Adra memejam mata.
Tekaknya juga terasa mahu minum atau makan sesuatu yang panas.
Akhirnya Adra bangun menuju ke balkoni. Dia tidak mempedulikan Ezzaq yang tersenyum-senyum. Memang ada satu mug yang masih berada di dalam talam. Satu mug lagi berada di depan Ezzaq. Mug di depan mata diangkat. Air tea panas disedup perlahan.
Adra mengangkat bahu dan tersenyum.
Lega!
“Sedap kan air saya buat…?”
Adra mencebik.
Ezzaq ketawa kecil.
Malas melayan Ezzaq, matanya memandang titis hujan yang turun. Dia bukanlah begitu rapat untuk bertukar-tukar cerita. Misinya pun masih belum selesai.
“Adra…”
“Ermm..” Adra berpaling.
“Ops…! Awak lapar ke…?”
Jari Ezzaq betul-betul berada di bibirnya ketika dia berpaling
Terus ditolak tangan Ezzaq, namun Ezzaq sudah ketawa mengekek.
Lucu sangat kah..?
Matanya mencerlung ke arah Ezzaq, kecik besar, kecik besar sahaja nampak pakcik ni.
“Makanlah kuih tu.. Saya memang beli untuk awak..” kata Ezzaq setelah ketawanya reda.
Adra hanya menjeling.
Sikit lagi, ada orang mandi air tea panas nanti.
Habis air di dalam mug, Adra bangun. Ezzaq dipandang sekilas dan dia berlalu masuk.
Baru selangkah, tangannya dipegang Ezzaq.
“What…?” tangannya cuba dilepaskan. Wajah Ezzaq dipandang tidak puas hati. Suka-suka hati dia sahaja hendak pegang tangan orang.
“Mug tu.. Siapa nak basuh..?” soal Ezzaq selamba namun betul-betul membuatkan darah Adra menyerbu ke mukanya. Malu dan terkesan dirasakan.
Adra mengecilkan matanya.
"Okey fine.."
Adra berpusing dan mengambil mug dan dibawa turun. Semakin geram dan sebal terasa dalam hatinya.
Ezzaq senyum sendirian setelah kelibat Adra berlalu.
Share this novel