Order..!! 14

Romance Series 123857

EZZAQ tetap setia menanti Adra di hospital. Memang sekali pun dia tidak dapat bertemu dengan Adra. Adra betul-betul meletakkan benteng antara mereka. Mujurnya dia masih di dalam tempoh bercuti sempena perkahwinannya.

Hari ini juga hari ketiga dia menjadi penunggu setia. Sehinggakan jururawat di situ pun sudah mengenalinya, namun apakah daya mereka, hak pesakit terpaksa didahulukan. Ezzaq hanya turun ketika waktu solat dan waktu makannya sahaja.

Doktor pula tidak memaklumkan selama mana Adra akan ditahan di wad. Jam ditangan dikilas, jam 12.30 tengah hari. Ezzaq melangkah perlahan menuju ke pintu lif. Hari-hari dia menghabiskan waktu makan tengahari di café hospital. Namun hari ini dia ingin bertukar angin, Ezzaq keluar dari kawasan hospital dan mencari kedai francais McD.

Usai membungkus makanan, Ezzaq kembali ke hospital. Kalau boleh dia tidak mahu ketinggalan apa-apa update tentang isterinya. Elok Ezzaq memarking kereta, Ezzaq menerima panggilan daripada pejabat.

“Ya Atikah…”

“Bos maaf ganggu bos tengah bercuti. Saya nak confirmkan esok bos masuk ofis tak..?” soal Atikah, setiausahanya.

“Tak tahu lagi, kenapa..?”

“En Hamdam, kawan lama bos katanya. Dia ada request nak buat perubahan taman rumah. Dia nak minta khidmat boss sendiri untuk pengubahsuiaannya..” balas Atikah.

“Hamdan…?” Ezzaq cuba mengingati insan yang dikatakan kawannya. Namun gagal.

“Kawan sekolah bos dia cakap.. Dia ada minta nombor telefon bos tapi saya inform kena tunggu pengesahan bos dulu.”

Kawan sekolah? Oh betul, baru teringat. Ketua kelas dia ketika tingkatan tiga, namun hubungan mereka memang tidak begitu rapat. Mereka berpisah setelah Hamdan bertukar ke sekolah teknik selepas itu. Patutlah tidak berapa nak ingat.

Ezzaq senyum.

“Saya belum tentu lagi masuk ofis ke tidak esok. Nanti awak hantar details dan contact nombor dia ke email saya. Nanti saya contact dia semula.” putus Ezzaq.

“Okey bos..”

“Ada apa lagi tak…?”

“Tiada bos. Selamat pengantin baru.. Saya tak sempat datang kenduri bos baru ni..” kata Atikah.

“Oh terima kasih. Okeylah, kalau ada apa-apa nanti contact je saya..”

“Baik bos.”

Talian dimatikan.

Alhamdulillah dapat projek baru. Senyuman meniti dibibir Ezzaq sehingga ke tingkat atas. Ingin dikongsikan dengan Adra. Agak-agak Adra sama-sama excited macam dia tak.

Sesampai di wad, pintu bilik Adra terbuka. Adra sudah sudi menerima pelawat ke..?

Ezzaq bergegas masuk ke bilik wad. Namun, hanya ada jururawat yang sedang mengemas katil. Adra keluar ke..?

“Nurse? Mana isteri saya…?” soalnya. Mana tahu setelah tiga hari baru dia dapat bertemu dengan Adra. Rezeki kah, projek masuk dan Adra pun dah sudi bertemu dengannya.

“Pesakit dah discharged encik..” jawab jururawat itu dengan wajah serba salah.

“Discharged..? Saya tak tahu pun..? Pukul berapa isteri saya discharged…?”

“Pagi tadi encik.” Ezzaq menarik nafas dalam. Kecewa.

“Pukul berapa pesakit ini keluar.?” Soalnya lagi tidak berpuas hati.

“Saya tak pasti, mungkin encik boleh bertanya di kaunter depan.”

Ezzaq bergegas ke kaunter di bahagian depan.

“Boleh saya tahu pukul berapa pesakit wad 3A keluar.?”

“Saya buat semakan sekejap..”

Ezzaq menanti.

“Adra Arissa binti Asyraff..?”

“Ya..”

“Encik…” salah seorang jururawat menegur Ezzaq. Dan dia merupakan jururawat yang menjaga Adra.

“Isteri encik keluar dalam setengah jam yang lepas.” Maklumnya.

“Kenapa awak tak beritahu saya..?”

“Encik tiada tadi.. Maafkan saya..”

Sekali lagi Ezzaq menarik nafas dalam. Nak dimarah pun Adra sudah pun discharged. Dia perlu mencari Adra dahulu.

“Isteri saya ada tak ca….its okey..” Ezzaq tidak menghabiskan ayatnya. Dia terus berlari menuju ke lif. Harap Adra masih berada di lobi.

Sesampai dilobi. Wajah isterinya dicarinya.

Tiada.

Dia bergerak kebahagian depan hospital, mana tahu Adra menunggu teksi.

Tiada.

“Encik…Encik…” laung seseorang.

Ezzaq beralih pandang, jururawat tadi.

“Encik, isteri encik ada tinggal kan nota ini..” setelah menyerahkan surat, jururawat tadi terus berlalu. Malas nak masuk campur dalam konflik rumah-tangga orang luar.

Kertas dibuka.

Tidak perlu cari saya. Saya nak cari ketenangan. - Adra

Ezzaq meraup wajahnya. Adra betul-betul melarikan diri kali ini. Surat Adra diramasnya. Ezzaq menuju kereta. Makanannya tadi sudah tertinggal diatas. Biarkanlah. Mungkin menjadi rezeki sesiapa.

Enjin dihidupkan dan kereta sudah bergerak. Walaupun Adra menyuruh jangan mencarinya, dia masih mahu mencari Adra. Namun Ezzaq tidak tahu ke mana hala tujunya. Akhirnya dia berhenti dibahu jalan.

Ezzaq mencuba menghubungi Adra, namun tidak berjaya. Terus ke voice mail.

Ke mana…?

Ezzaq mati akal.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk kembali ke rumahnya dahulu. Adra perlukan ketenangan. Baiklah. Dia berdoa agar esok atau lusa Adra akan kembali padanya.

Saya izinkan awak pergi tenangkan diri, Adra.


*******

RA berjalan perlahan setelah penerbangannya selamat mendarat jam dua petang tadi. Tempat menunggu dihampiri dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Badannya masih terasa penat kerana berbaring di hospital selama tiga hari. Makanan hospital pun bukannya sesedap makanan di rumah. Dia memutuskan untuk melarikan diri seketika dari semua masalah yang berlingkar difikirannya. Sudah dikhabarkan kepada rakan baiknya di Universitinya dulu untuk mengambil dia di lapangan terbang.

“Puan, hari ini puan dah boleh discharged..” kata Doktor yang merawatnya dari awal.

“Baik, tetapi doktor, kalau boleh jangan maklumkan kepada lelaki diluar bilik saya ya..” pinta Adra.

Doktor mengerutkan dahinya. “Maksud puan, suami puan ke..?” soalnya.

Adra mengangguk.

Doktor wanita itu hanya senyum tipis. Masalah rumahtangga orang, sampai dibawa ke hospital. Bukan dia tidak kesian kepada suami pesakit yang sanggup menunggu pagi petang siang dan malam, namun dia tiada hak, hak pesakit didahulukan.

Setelah doktor keluar dan Ezzaq juga tiada diluar, Adra mengambil peluang untuk pergi mengambil ubat dan menjelaskan bil hospital. Dia bergegas menahan teksi menuju ke airport. Dia pasti Ezzaq takkan terfikir yang dia akan melarikan diri sampai ke sana.

“Adra…!” panggil Mira. Hilang lamunannya.

Adra tersenyum melihat kelibat Mira berjalan ke arahnya.

“Kenapa kurus sangat aku tengok ni..” bahu Adra dipegangnya.

“Aku tak berapa sihat, baru balik dari hospital.” Terang Adra. Mira membulatkan mata. Terkejut dengan penjelasan Adra.

“Dah tahu baru keluar hospital, sibuk nak datang bercuti rumah aku pulak.. Tunggulah sihat sikit. Kang jadi apa-apa kat kau, macam mana aku nak cakap dengan family kau..” marah Mira.

Adra buat muka sedih. Memang dia tengah sedih. Mira dipeluknya dan air mata mula mengalir.
“Adra! Kau kenapa ni…?” tanya Mira pelik. Takkan dia baru marah sikit, sudah menangis. Manja sangat aihh. Lengan Adra ditarik, namun Adra masih tidak bergerak.

“Biarlah aku peluk kau sekejap. Pinjamkan aku kekuatan kau sikit..” kata Adra perlahan dengan esak.

Mira kemudian hanya membiarkan, belakang badan Adra diusap perlahan. Mesti ada sesuatu berlaku. Biarlah Adra tenang dulu, nanti baru dia selidik.

“Kau dah makan belum…?” tanya Mira perlahan apabila Adra melepaskan pelukan.

“Belum…”

“Aku bawak kau makan dulu…” kata Mira dan Adra mengangguk.

“Beg kau mana…?”

Beg pakaian kecik ditunjuk. Mira mengecilkan mata, kata nak datang bercuti, tetapi beg macam nak balik hari. Lari dari rumah ke makcik ni. Sebelum ini tidak ada pula dia bercerita apa-apa. Semalam sahaja baru dia menerima panggilan dari Adra mengatakan dia mahu datang bercuti.

Memikirkan emosi Adra tidak stabil, dia pendamkan dahulu. Beg Adra diangkat dan mereka menuju ke kereta.

“Aku nak beli baju juga. Baju aku tak banyak..” kata Adra.

“Boleh.. Nanti kita singgah Mydin. Kalau kau nak pakai baju aku dulu pun boleh..” tawar Mira.

Adra tersengih. “Spender kau nak bagi aku pinjam jugak ke..?” soal Adra.

“Woi makcik. Hahaha..” Mira ketawa. “Kalau kau selera nak share dengan aku, aku okey je…” tambah Mira. Sengaja mahu mengusik.

Kereta mereka sudah bergerak menuju ke Mydin. Alang-alang nak beli baju, bolehlah berhenti makan dekat foodcourt Mydin sekali.

“Kalau kau selera pun, tapi for sure aku tak selera..” Adra juga ketawa.

“Kalau macam tu lepas kita makan, kita pergi beli pakaian kau ya..” putus Mira. “Tapi kau larat tak berjalan ni…?”

“Boleh.. Shopping kan.. mesti boleh.” Jawab Adra tersengih.

Akhirnya mereka tiba di Mydin. Adra memilih untuk makan ayam goreng. Sudah puas makan makanan tawar hospital. Mereka singgah di Marrybrown untuk mengisi perut. Setelah mereka kekenyangan, bahagian pakaian dituju pula.

Adra menilik tag harga baju-baju di situ.

“Mira, betul ke harga ni…?”

“Betullah, dah tulis kat situ…Kenapa…?”

“Kenapa murah sangat…?”

“Kau tak boleh pakai barang murah ke..?”

Pap!

Bahu Mira menjadi sasaran.

“Sakit makcik oii…”

“Maksud aku, baju dekat sini murah… bukan aku tak boleh pakai barang murah… Beza tu…” balas Adra. Dia mengambil dua tiga helai baju dan kelengkapan lain. Memang dia tidak membawa banyak baju, hanya tinggal yang dibawa dari hospital.

“Yalah…” kata Mira perlahan. Dia juga menarik beberapa barang masuk ke dalam troli. Alang-alang shopping, kita joinlah sekali.

“Kau nak beli apa-apa lagi tak…?”tanya Mira. Adra menggeleng. Setelah pembayaran dibuat, mereka pulang ke rumah Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience