ANGIN petang bertiup lembut. Tidak disangka di sini dia mampu ketemui ketenangan yang dalam. Matanya mengikuti gerak badan anak-anak kecil berkejaran di tepi pantai. Suasana yang amat damai. Bibirnya mengorak senyum. Seronoknya mereka.
Berkejaran tanpa perlu fikirkan masalah.
Itulah anak-anak kecil.
Yang mereka tahu, penat mereka berhenti, hilang penat mereka sambung bermain lagi.
Bebas bukan..?
“Adra..” sapa Mira.
Adra berpaling.
“Tak penat ke kau duduk sini..?” soalnya. Tempat disebelah Adra menjadi persinggahannya.
“Nak penat kenapa..? Duduk sahaja pun, bukan berlari..”
“Ish kau ni…” Lengan Adra ditolak menggunakan sikunya. “Kalau duduk lama-lama boleh kematu jugak bontot tau.. Penat bontot maksudnya..” sambung Mira selamba.
Tawa Adra kedengaran walaupun hanya perlahan.
“Kau dari mana…?” Adra memilih untuk tidak menjawab soalan kawan baiknya. Ada banyak perkara lain yang memenatkan badan dan fikirannya. Apalah sangat dengan penat yang Mira utarakan. Lagipun dia terasa damai begini. Tiada istilah penat sekarang.
Yaa..
Itu yang dia rasakan sekarang.
“Kedai…” Balas Mira.
Wajah Adra dipandang. Selama seminggu Adra tinggal bersamanya, tangisan Adra tidak pernah lekang. Hari ini sahaja, Adra lebih banyak termenung. “Aku nak tanya sikit boleh..?”
Wajah Mira pula dipandang sekilas. “Tanyalah…”
“Kau kenapa sebenarnya…? Tiba-tiba datang mengejut, dengan macam ni pulak perangai kau.. Mesti ada sesuatu yang kau sorokkan daripada aku.. Kan..?” Luah Mira. Dari seminggu yang lepas dia pendam. Akhinya ada juga peluang untuk dia bertanya persoalan yang selalu bermain difikirannya.
Adra senyum tawar. Jutaian kakinya dipandang. Sudah dapat diagak, lambat laung Mira akan bertanya juga.
“Aku tak suruh kau senyum. Aku suruh kau cerita…” tukas Mira.
“Aku kena kahwin paksa…” jawab Adra selamba. Mungkin inilah masanya untuk dia bercerita dengan seseorang. Biarlah Mira tahu. Lagipun dia tidak tahu berapa lama lagi dia akan menumpang di rumah Mira.
Daripada perangai makcik sorang ni, kalau hari ini tak cerita, esok lusa keluar lagi soalan yang sama. Sampailah soalan tu terjawab. Nama pun Amira. Bermaksud Puteri atau Ratu. Trademark dia.. I deserve an explanation. Itulah ayat yang dia selalu guna masa belajar dulu.
Jadi. Cerita sahajalah..
“Hah! Jadi kau lari dari kena kahwin ke…? Kenapa..? Paksa kahwin dengan siapa..?” soal Mira, terkejut dengan pengakuan Adra. “Siapa paksa kau kahwin…? Macam mana keluarga kau…? Keluarga kau tahu tak kau datang sini..? Kalau kau lari macam mana dengan majlis kahwin kau..”
Adra menarik nafas panjang. Matanya dikerling. Pandangannya dihidang dengan muka berkerut dan terkejut kawan baiknya.
Semasa mak mengandung dulu, mak makan bertih jagung banyak sangat ke apa.. Keluar anak macam dekat sebelah ni. Bagi soalan macam peluru berpandu. Non-stop. Nasib ada tanda soal. Sekurang-kurangnya ada juga tempat berhenti.
“Keluarga aku.. Dorang suruh aku kahwin lah.. Macam mana lagi..”
“Eh kejap-kejap. Bukan kau couple dengan Azad ker..? Yang paksa kahwin tu dengan Azad ke..?”
Adra diam.
Teringatkan insan yang bernama Azad apabila namanya diseru. Selepas kejadian petang itu, Azad tidak sesekali pun menghubunginya semula. Jika sekarang, memang tiada lagi harapan kerana dia sudah menukar nombor telefonnya kepada yang baru.
“Kalau dengan Azad, tak jadi kahwin paksa, itu kahwin rela..”
“Habis…Cuba kau cerita betul-betul…Patut lah kau lain macam sahaja masa sampai dekat sini dulu..”
Adra akhirnya membuka cerita kisah wasiat dan perkahwinannya. Bukannya dia lari daripada majlis perkahwinan. Dah selamat ijab kabul okey.
Pelbagai riak wajah yang Mira tunjukkan. Hampir tergelak Adra dibuatnya. Namun cerita disusun satu persatu. Tiada satu pun yang tertinggal, sehinggalah jasadnya kini, berkampung di sini.
Mira pula terdiam setelah Adra habis bercerita.
Hampir lima minit mereka mendiamkan diri. Tiada siapa yang memulakan bicara, Adra mahupun Mira. Terkejutkan Mira dengan jalan ceritanya yang menyedihkan.?
“Suami kau tak cari kau ke…?” Akhirnya Mira membuka mulut. Mata mereka berdua bertentangan.
“Entah, mungkin ya, mungkin tak. Aku pun tak berharap dia cari aku, sebab aku sendiri pun belum bersedia nak jumpa dia. Biarlah masa yang menentukan. Tapi buat masa sekarang, aku nak duduk rumah kau dulu…” jawab Adra tersenyum. Sudah lama rasanya dia tidak senyum dengan tenang. Hati dan fikirannya terasa ringan setelah dia bercerita dengan Mira. Sekurang-kurangnya adalah tempatnya untuk mengadu.
“Siapa nak bagi kau duduk dengan aku…” giliran Mira mengusik.
“Aku bayar sewalah, ingat aku tiada duit ke…?” sindir Adra selamba.
“Poyo… Tahulah kau banyak duit..” balas Mira pula.
Mulut Adra terjuih, kemudian mereka berdua ketawa lepas. Sedar mereka masing-masing bergurau.
“Kesian kau Adra. Its okey kau duduk lah sini sampai bila kau nak duduk. Tapi janji dengan aku, tak nak sedih-sedih macam sebelum ini dah…” kata Mira setelah ketawa mereka reda. Belakang Adra diusapnya perlahan. Diam-diam kawannya rupanya menyimpan cerita yang begitu memeritkan. Semoga ada sinar bahagia untuk kawan baiknya ini.
Adra menarik nafas lega.
“Baik boss…” Adra tersengih. “Thanks…” Ucapnya ikhlas.
Mira mengangguk. “Aku nak masuk dulu, nak ikut tak…?” Mira sudah bangun dari pangkin depan rumah.
“Kau masuk lah dulu, aku nak berjalan menyusuri pantai sekejap”
“Okey, jangan lama sangat…Dah petang sangat ni..”
“Baik puan..”
Adra mula mengatur langkah ke pergigian air. Terasa suam ketika kakinya bersentuhan dengan air laut pada waktu petang. Sesuam hatinya sekarang.
********
DUA bulan kemudian….
Kertas lakaran di depan mata dipandang sepi. Walaupun sudah dua bulan lebih, namun dia masih gagal mencari di mana Adra berada. Diri terasa tidak berguna. Teringat perbualan dengan abang iparnya.
Mereka juga hilang panduan di mana Adra berada. Kawan-kawan Adra juga tidak tahu di mana Adra berada. Patutkah mereka membuat laporan polis atas kehilangan Adra. Namun kuat hatinya mengatakan Adra selamat, cuma Adra mahukan ketenangan. Jadi usahlah melibatkan polis. Mungkin satu hari nanti Adra akan kembali ataupun dia dapat menemui Adra semula.
“Boss, En Asrol nak jumpa…?”
Ezzaq mengangkat muka. Hanya wajah Atikah yang muncul di balik pintu. Rajin pula menjelma di hadapannya, bukannya tidak boleh memaklumkan kepadanya melalui intercom.
“Okey…” balas Ezzaq pendek. Matanya jatuh ke atas kertas lakaran semula.
Atikah tidak berlengah lalu memberikan ruang untuk En Asrol untuk masuk ke dalam bilik bossnya. Lantas pintu bilik ditutup.
“Zaq, kita punya projek dekat Terengganu sudah 90% siap.” Ujar Asrol, kerusi di depan Ezzaq ditarik walaupun Ezzaq belum menjemputnya.
“Okey..” jawab Ezzaq ringkas.
“Kau ni okey ke..? Macam semakin teruk sahaja aku tengok..” tanya Asrol. “Kau ni mati bini ke apa? Kenapa semakin selekeh ni..? Orang kalau kahwin semakin hensem, semakin segak. Kau, aku tengok semakin teruk.”
Ezzaq senyum tawar. Dia malas mahu bercerita.
Asrol menongkak lengannya di meja. Badannya ditegakkan. “Kau tak bahagia ke…?”
Ezzaq angkat muka. Matanya dikecilkan. Wajah curious Asrol dipandang tajam.
“Kita dekat mana ni…?” soal Ezzaq perlahan.
Asrol senyum senget dan kedua tangannya diangkat. Fahamlah. Ezzaq memang tidak suka bercerita tentang peribadi diwaktu pejabat. Profesionallah katakan. Tapi waktu lepak kat luar pun sama. Tak pernah nak bercerita sejak berkahwin ni. Yang dia nampak, termenung sana, termenung sini.
Nak tolong pun tak mampu, kalau tuan badan sendiri pun tak memberi ruang untuk orang menolongnya.
Sampul warna coklat ditangannya dibuka, segengam gambar diletak di depan Ezzaq.
“Nah aku ada amik gambar sikit, kau tengoklah. Mana tahu nak komen apa-apa..”
Ezzaq hanya membiarkan gambar berselerak di atas meja. Tiada hati mahu menelitinya. Dia percayakan Asrol. Sepanjang mereka bekerjasama, Asrol tidak pernah mengecewakannya.
“Aku keluar dulu…” kata Asrol apabila Ezzaq tidak memberi respon yang positif. Bercakap pun sepatah, nak bercerita pun payah.
“Kau boleh kemas balik tak gambar ni…?” kata Ezzaq, namun kelibat Asrol sudah pun hilang dari pandangan.
Gambar-gambar disusun semula dan dimasukkan ke dalam sampul coklat yang ditinggalkan oleh Asrol. Walaupun dirinya agak selekeh sekarang, namun meja kerjanya perlu sentiasa kemas.
Seketika tangannya terhenti.
Gambar yang telah dimasukkan, dikeluarkan semula. Dia menarik satu gambar. Gambar permandangan pantai, namun kelibat susuk dalam gambar tersebut menggamit Ezzaq untuk terus meneliti. Walaupun agak jauh, namun Ezzaq pasti.
Itu Adra!!
“Atikah, panggil Asrol masuk bilik saya semula.” arah Ezzaq melalui intercom.
Tidak sampai dua minit, Asrol sudah berada diambang pintu biliknya.
“Siapa yang ambil gambar ni semua…?” soal Ezzaq tidak sabar.
“Aku… Kenapa..?”
“Bila kau ambil ni..? Dekat mana…?”
“Sebulan yang lepas, dekat Terengganu la. Nama pun projek Terengganu..”
“Kenapa kau baru bagi sekarang… Apa nama tempat ni…?” Ezzaq menayang gambar ditangganya.
“Dah bagi dulu, kau tak nak tengok. Kat pantai Batu Burok tu… Cantik pantai dia. Itu yang aku ambil. Kebetulan kitorang berkelah..” cerita Asrol. “Tapi tempat….”
Belum habis Asrol bercerita, Ezzaq dahulu menekan interkom.
“Atikah, book tiket flight saya ke Terengganu sekarang. Hari ini juga, waktu yang paling cepat.”
“Kenapa boss..?”
“Awak book sahajalah, nanti hantar kat email saya.” Kata Ezzaq, beg dan blazer dicapai.
“Aku nak lawat site..” kata Ezzaq kepada Asrol.
Sampai di depan meja Atikah. “Uruskan cuti saya seminggu.. Kalau ada apa-apa, contact saya..”
Belum Atikah mengiakan, Ezzaq sudah hilang dari pandangan.
Atikah memandang En Asrol dan sebaliknya.
“Kalau nak lawat site, kenapa perlu ambil cuti..?” kata Asrol pelik.
Atikah hanya mengjongket bahu. Namun arahan boss dibuat segera. Book tiket flight dan cuti seminggu..
Share this novel
Jangan la majuk lama2 adra. Cian la pulak kat laki awak?