Order..!! 15

Romance Series 123857

PENCARIAN Adra hanya sia-sia selama seminggu. Langsung tiada jejak. Keluarga Adra juga sama, mereka tidak dapat mencari Adra. Adra seorang yang sangat jarang keluar rumah atau berjumpa dengan kawan-kawan rapatnya. Kalau ada pun, mereka juga tidak tahu di mana Adra berada ketika ini.

Ezzaq semakin kusut, dirinya sedikit tidak terurus. Gara-gara risaukan keselamatan dan kesihatan Adra dan dia rindukan Adra yang selebihnya. Kertas yang terbentang di mejanya dipandang kosong. Fikirannya jauh menerawang entah ke mana. Rasanya semua tempat sudah di jejaki bersama dengan Aidan, namun mereka masih buntu. Adra tiada. Isterinya betul-betul menyembunyikan diri.

Keluhan berat dilepaskan.

“Boss..”

Ezzaq mengangat kepala. Matanya dijamu dengan wajah Atikah sedang tersenyum di muka pintu biliknya.

“Setengah jam lagi bos ada meeting. Untuk projek dekat Kuala Terengganu.” Ujar Atikah. Pagi tadi dia sudah bacakan jadual penuh lelaki itu pada hari ini, namun dia di minta oleh pengurus projek untuk mengingatkan encik Ezzaq agar tidak terlupa. Lagipun lelaki itu langsung tidak keluar daripada bilik daripada awal pagi tadi.

“Siapa yang handle..?” soal Ezzaq pula.

Atikah menggaru kepala. Macam jarang soalan itu ditanya. Biasanya Encik Ezzaq tahu setiap projek di bawah siapa. Boss ni biar betul. Detik Atikah sendiri. Dia berjalan mendekati meja ketuanya.

“Bawah En Asrol.” Balas Atikah.

“Okey…” jawab Ezzaq ringkas.

Pandangannya berlabuh pada kertas di depan mata. Meneliti lakaran yang sudah hampir siap. Namun alur matanya menangkap kelibat Atikah yang masih berdiri di depan mejanya. kepalanya diangkat semula.

“Ada apa lagi..?” soalnya apabila Atikah masih berdiri di depannya.

“Bos okey ke..?” tanya Atikah perlahan. Terdengar gosip yang encik Ezzaq ditinggalkan isteri. Cik Hanislah yang membuat cerita. Benar atau tidak, dia sendiri tiada kepastian. Bila dilihat pada penampilan lelaki itu, macam betul. Jarang melihat bossnya membiarkan jambang merata, namun kali ini macam betullah gosip tu.

Dan kalau betul, macam kesian juga sebab rasanya macam baru lagi bossnya berkahwin.

“Soalan tu termasuk dalam minit meeting nanti ke…?” perli Ezzaq.

“Tak bos..” Atikah tersengih. Jika jawapan itu yang keluar, baik jangan bertanya banyak. Nanti ada yang mendapat. Jadi baik selamatkan hati dan diri sendiri. “Saya keluar dulu..”

Ezzaq bersandar dikerusi selepas pembantunya menghilang di balik. Handphone dicapai. Jemarinya mencari nombor Adra namun nombor itu sudah tidak aktif. Tidak sampai 24 jam selepas Adra menghilang, nombornya menjadi tidak aktif. Dia dapat rasakan Adra sengaja menukar nombor telefon untuk mengelakkan dirinya dihubungi.

Keluh berat dilepaskan. Moodnya juga terumbang ambing sekarang. Dia mahu kekal fokus namun bayangan dan perihal Adra sentiasa berlegar di fikirannya. Dia pun buntu di mana lagi mahu mencari Adra. Kalau nak kata isterinya ke luar negara, passport Adra masih ada di dalam simpanan keluarganya. Jadi, dia yakin Adra masih ada di dalam Malaysia cuma di mana tempatnya akan dia cuba cari lagi.

Ezzaq bangun dan mencapai tabletnya. Dia mula melangkah ke bilik mesyuarat yang berada tidak jauh daripada biliknya sendiri. Ketika dia menolak pintu kaca, semua staf yang terlibat di dalam projek tersebut sudah menunggu dan dia pasti dia yang paling lewat. Semua mata berpusat padanya namun Ezzaq tidak menghiraukan pandangan mereka.

Kerusi kedua daripada depan yang kosong, ditariknya.

“Baik. Ezzaq sudah ada dan semua sudah bersedia. Saya teruskan perbentangan ya..” ujar Asrol yang sememangnya berada di kerusi utama. Dia terus bangun untuk sesi pembentangan.

Staf lain mengangguk, menyetujui mensyuarat dimulakan.

Asrol memulakan perbentangan tentang konsep laman yang akan dibuat untuk projek di Kuala Terengganu. Ezzaq hanya memandang skrin putih sepi. Tiada patah yang keluar dari mulutnya.

“Ezzaq, dua hari lagi team akan buat site visit ke sana. Kau nak ikut tak…?” tanya Asrol setelah selesai pembentangan pelan yang akan digunakan selesai.

Ezzaq menggeleng.

“Takk.” Balas Ezzaq pendek. Biasanya semua site visit dia sendiri akan turut serta. Tetapi kali ini dia dengan misi untuk mencari Adra. “Nanti kau tolong sediakan semua apa yang patut dan siapkan proposal lengkap. Balik nanti present the final terus.” Sambung Ezzaq.

Yang hadir semua diam. Terkejut dengan arahan yang Ezzaq berikan.

“Kalau tiada apa-apa lagi, meeting dismiss..” Ezzaq mencapai tablet dan terus keluar.

“Kenapa dengan boss tu..?” soal Salleh.

“Entah… Sudah seminggu perangai dia macam tu..”jawab Asrol.

“Angin badan kot..” celah Hanis. “Kalau dia kahwin dengan aku, mesti tak jadi macam tu…”

“Kenapa kau cakap macam tu Hanis..”

“Tak ada apa-apa. Bye aku keluar dulu..”

Asrol dan Salleh hanya mampu berpandangan.

***********

PUAN Ainun duduk termenung di meja luar rumah. Badannya disandar di kerusi. Kuih yang terhidang langsung tidak disentuh. Air tea panas yang dihidang juga mulai sejuk.

“Kenapa awak tak makan.?” Tegur En Asyraff. Bahu isterinyanya disentuh. Dari tadi dia melihat isterinya termenung di luar. Kepulangannya juga tidak disedari mungkin.

Pn Ainun senyum tawar. Wajah suaminya dipandang sekilas.

“Abang dah balik..” balas Puan Ainun, lantas menghulur tangan untuk bersalam dengan suaminya. “Saya tak rasa nak makan pula..” sambungnya perlahan.

En Asyraff mengambil tempat disebelah isterinya.. “Kalau awak tak makan, karang nanti sakit… Pagi tadi pun awak tak makan.. Kalau sakit, siapa lagi susah..? Saya juga…”

“Ya… Saya tahu, tapi saya risaukan Adra, abang.” Berkerut dahi Pn Ainun menahan rasa. Rasanya semenjak dari kecil, memang Adra tidak pernah tinggalkan rumah tanpa khabar berita. Melainkanlah ketika dia belajar dulu. Itu lainkan, sudah memang tanggung jawab.

Ini..

Ke mana budak ni menghilang…?

Membawa diri sungguh!

Janganlah ada perkara yang buruk terjadi kepada anak perempuannya.

“Kalau kita buat laporan polis boleh ke bang…?” usul Pn Ainun lagi.

En Asyraff diam. Wajah sugul isterinya ditatap.

“Ini bukan kes hilang. Adra sendiri beritahu dekat Ezzaq yang dia mahu tenangkan diri. Kita bagilah ruang pada anak kita untuk tenangkan diri. Kesian juga abang tengok keadaan dia semenjak kita usulkan perkahwinan ini. Biarlah dia bawa diri, kita bagi peluang dia berfikir. Mana yang buruk, mana yang terbaik. Kita berdoa semoga jalan yang dia pilih, jalan yang membahagiakan semua orang. Bukan jalan bahagia kita, tapi merana bagi dia..” Balas En Asyraff lebar. Dia secara tidak langsung memilih untuk mempercayai anak perempuannya, lagipun hatinya kuat mengatakan Adra tidak akan melakukan sesuatu yang tidak elok. Itu gerak hatinya.

“Ya lah. Saya pun fikir macam tu juga. Tapi hati saya tetap risau. Dia anak perempuan saya..”

“Adra kuat orangnya. Macam awak juga.. Jadi awak janganlah risau sampai mengabaikan kesihatan awak sendiri..” komen En Asyraff.

Pn Ainun menarik nafas dalam.

Akhirnya tangannya mencapai cawan tea dihadapannya. “Abang tak nak minum ke..?”

En Asyraff mengangguk. “Nak jugak, tapi tengok awak tayang muka macam tu, saya bertahan sahajalah tekak saya yang tengah kering ni…”

Pn Ainun mencebik senyum.

“Yalah.. Maafkan saya…” Terus cawan ditolak perlahan kepada suaminya.

“Kalau kita cari penyiasat persendirian boleh bang…? Sekurang-kurangnya kita tahu, dekat mana dia berada. Kalau jadi apa-apa, kita tahu nak tuju ke mana.” tanya Pn Ainun. Matanya masih berharap. Ya lah, anak perempuan sorang pula tu.

Keluhan berat keluar dari mulut suaminya.

“Ezzaq ada call…?”

Pn Ainun menggeleng. “Semalam adalah.. Hujung minggu ni katanya nak cuba cari Adra lagi…”

Masing-masing mendiamkan diri.

Bunyi bising dibahagian belakang menarik perhatian mereka berdua.

Seketika, Pn Ainun tersenyum.

“Abang, saya rasa Sarah mesti tahu Adra di mana..?” kata Pn Ainun dengan bersemangat. Kenapalah dia tidak terfikirkan Sarah, pembantu nursery anaknya. Semestinya Adra akan berhubung dengan Sarah berkaitan dengan jualan anak-anak pokok.

Ha.. Kan..?

Pn Ainun terus bangun dan menuju ke laman nursery di sebelah rumah. En Asyraff membuntutinya.

Ketika pintu pagar ditolak, dan dia ternampak kelibat Sarah sedang menyusun pasu-pasu bunga di atas rak.

“Sarah..” panggil Pn Ainun.

Sarah berpaling dan automatik senyumannya terukir.

“Ya puan…” pasu ditangannya diletak dan dia menghampiri mama bossnya.

Pn Ainun juga tersenyum. “Sarah ada jumpa Adra..?” tanya Pn Ainun, tanpa berselindung.

Sarah terdiam seketika, lalu mengeleng kepala. “Tak ada puan.”

Pn Ainun tidak berpuas hati. Kenapa Sarah mengambil masa seketika untuk menjawab. Entah-entah Sarah tahu di mana Adra berada.

“Betul kamu tak pernah jumpa dengan Adra…?” tanya Pn Ainun lagi.

Sarah mengangguk.

“Kamu tak pelik ke Adra tak datang…?” uji Pn Ainun lagi.

“Pelik juga, tetapi Kak Adra ada mesej saya sebelum ni yang dia nak pergi bercuti. Jadi saya pun tak bertanya lebih..”

“Bercuti…?” serentak suara Pn Ainun dan En Asyraff terkeluar.

“Ya…” Sarah mengangguk.

“Ada Adra cakap tak dia nak bercuti ke mana…? Bila dia mesej awak..?”

Sarah menggeleng. “Kak Adra tak cakap pula ke mana. Minggu lepas tidak silap saya.. Kenapa puan..?”

Pn Ainun menggeleng.

“Kalau macam tu, macam mana kamu menguruskan jualan anak pokok..?” tanya Pn Ainun tiba-tiba.

Wajah Pn Ainun dipandang.

“Kak Adra ada pesan dekat saya minggu lepas. Kalau ada order masuk, dia automatik masuk dalam page laman nursery.. Jadi dari situlah saya packing mengikut tempahan. Kenapa puan…?” sekali lagi Sarah bertanya, namun hanya gelengan yang dia dapat.

Pn Ainun senyum tawar.

Terlukis riak kecewa di wajah Pn Ainun, sangkaannya Sarah boleh membantu, namun segalanya masih kabur. Mereka berdua keluar dari laman nursery.

Pn Ainun terus masuk ke dalam rumah.

En Asyraff hanya memerhatikan langkah isterinya dari luar.

Telefon di dalam poket di keluarkan.

“Karim… Kamu tolong cari anak saya.. nanti saya text maklumat dan gambar..”

Talian terus dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience