“SAYANG…! Kenapa you keluar daripada hotel. Apa you buat dekat hotel tu..? Dari tadi dah I tanya, tapi you asyik diam sahaja daripada tadi. Cuba you cakap something, you buat I tak tenang tahu.” Soal Azad. Jenuh dia bertanya. Kenapa namun Adra hanya diam membisu. Lagipun wajah Adra juga tampak tidak ceria seperti selalu. Apa yang terjadi..?
Adra angkat muka. Pandangannya menerjah keluar menembusi cermin depan kereta. Kepalanya berselirat dengan pelbagai perkara. Bkan dia tidak dengar soalan Azad yang menerjah ke gegedang telinga. Namun dia masih mencari kekuatan. Nafas ditarik dalam. Hari ini dia akan cuba berterus terang dengan Azad. Dia sudah tidak larat menanggung beban dikepala dan hati. Sakit dan sangat membebankan.
“Actually hari ini majlis resepsi sebelah lelaki, dorang buat majlis dekat situ…” jawab Adra berterus terang.
“What…?” Azad terkejut. “Sayang, you cakap betul-betul, sebelum ini you call I cakap you nak minta cerai, kemudian kahwin dengan I.”
“Yaaa…. Tapi sebenarnya, I sendiri pun tak tahu majlis dibuat dekat situ..”
Azad bertambah pelik dengan jawapan Adra.
“Okey… Its okey.. So jadi bila I boleh masuk meminang you sayang. I takut jika semakin lama, I tak dapat you balik…”
“You macam tak bersungguh pun nak kahwin dengan I.”
“Bukan tak bersungguh. I risau, lagi lama you ada dengan suami you, you terdedah dengan dia. Kalau nanti you dengan dia dah…” Azad tidak jadi menghabiskan ayat terakhir. Risau Adra akan berkecil hati. Bukan main gembira hatinya tatkala Adra khabarkan dia masih dara dan ingin berkahwin dengannya. Jadi dia mahu Adra bercerai secepat mungkin.
Adra diam.
“Sayang…” Wajah Adra dipandangnya. Mata Adra sudah bergenang dengan air mata.
“Adra, jangan menangis.. Kenapa ni..? Jangan cakap you dah berubah hati…”
Adra menggeleng.
“Macam mana I nak cakap dengan you…”
“Cakaplah, I dengar…”
Lama Adra diam, mengumpul kekuatan di dalam hati. Apa yang ditakutkan, macam mana kalau dia mengandung, Azad masih boleh terima dia ke…?
“Azad….”
“Yes…. I’m here….”
“Kalau I mengandung you masih boleh terima I ke..?”
Shhreeeekkk…!
Azad menghentikan keretanya secara mengejut. Mujurlah kelajuan kereta tidak terlalu laju, kalau tidak mungkin mereka berdua boleh terpelanting ke depan. Namun bukan itu soalnya. Soalnya sekarang apa yang dimaksudkan oleh Adra..?
Adra dipandang tidak percaya. Dia dengar dengan jelas pertanyaan daripada mulut Adra tadi. Dia belum ada masalah pendengaran lagi.
Melihat wajah Azad yang jelas terkejut membuatkan air mata Adra keluar semakin laju. Sehingga teresak-esak. Dia tidak kisah dia menangis di hadapan lelaki itu. Bukan tidak pernah. Namun kali ini tangisan itu tetap keluar dengan laju. Dia tidak mahu menahan bebannya lagi. Berat sungguh untuk dirinya tanggung.
“Macam mana you boleh mengandung pulak ni..? Minggu lepas you cakap lain..” tanya Azad tidka berpuas hati.
“Ya memang, tapi sekarang segalanya sudah berubah..” jawab Adra bersama tangisan. Tangannya mengengam kuat beg diriba. Geram dan kecewa dengan keadaan yang terjadi diluar dugaannya.
“Sayang… You cakap you nak pertahankan untuk I…” suara Azad luluh.
“Ya..I tahu, maafkan I Azad..”
Azad hilang kata-kata. Adra sudah berubah hati…!
“You dah jatuh cinta dengan suami you ke….?” Soal Azad mendatar. Inilah yang dia takutkan.
“Tak..I tak jatuh cinta dengan dia…” tegas Adra.
“Habis macam mana you boleh….. Dia paksa you ke…?”
Adra menggeleng.
Azad mengeluh. Maksudnya Adra rela hati.
“I tak tahu nak cakap macam mana sayang.. Kalau betul you mengandung macam mana. Macam mana I nak explain dekat mama dan papa. I tak nak mereka cakap I jadi pak sanggup. Sebab diorang tidak tahu lagi yang you dah kahwin.”
Adra tidak tahu bagaimana untuk dia membalasnya. Apakah nasi sudah menjadi bubur…?
Azad menolak handbreak dan kembali memandu. Wajahnya jelas tampak kusut. “I bawak you pergi makan dulu….”
“Tak perlu, I tak lapar. You berhenti dekat depan tu. I nak turun.”
Tiada pujukan daripada Azad seperti biasa, dia tahu mesti Azad kecewa. Dia pun sama kecewa.
“I minta maaf Adra. I tak tahu selepas ini macam mana…” akhirnya Azad mengeluarkan kata putus.
Adra menarik nafas dalam. “I faham Azad sebab semua salah tu datang daripada I. I takkan tuntut apa-apa dari you. Thanks bawak I keluar..” Adra menolak pintu kereta.
Selepas dia keluar, Azad terus meluncur laju ke depan. Langsung tidak berpaling.
Adra terasa lemah. Air mata semakin laju jatuh berguguran. Kerusi di tepi tasik dihampirinya. Biarlah dia berlabuh di situ. Mencari ketenangan yang tak kunjung tiba. Memang patut Azad marah, dia yang menghancurkan rancangannya sendiri. Biarlah dia sendiri.
******
DARI tadi Ezzaq mengerling jam ditangan. Hampir jam 12 malam, namun Adra masih belum pulang. Ke hotel tiada, ke rumahnya sendiri juga tidak. Asalnya dia merancang hendak bermalam di rumah ibubapanya, mahunya dipujuk Adra sekali lagi, tetapi rancangannya berubah selepas Adra melarikan diri siang tadi. Dia terpaksa bermalam di bilik hotel yang sama, berdoa agar Adra kembali semula.
Namun hingga sekarang kelibat Adra masih belum muncul. Hatinya mula tidak senang. Nombor Adra cuba dihubungi, namun terus ke voice mail. Nombor Aidan juga dihubungi, namun jawapan yang sama yang diterima. Adra tiada di rumah dan masih belum pulang.
“Aidan, aku tahu mungkin apa yang aku cakap ini tidak wajar, tapi aku harap kau faham..” kata Ezzaq.
“Kenapa..?” tanya Aidan pelik.
“Petang tadi, masa Adra keluar dari hotel dia naik dengan seorang lelaki. Aku rasa mungkin Azad. Mungkin Adra ada dengan dia sekarang..” luah Ezzaq.
Aidan terdiam sebentar.
“Kalau macam tu, aku call dia sekejap. Nanti aku call kau balik.” Kata Aidan pula.
“Okey, aku tunggu panggilan kau..”
Talian diputuskan.
Lima minit kemudian, telefonnya berbunyi. Ezzaq cepat-cepat mengangkat panggilan.
“Ezzaq, Adra ada kat Taman Tasik Titiwangsa. Azad cakap Adra minta tinggalkan dia…” Belum habis ayat Aidan, Ezzaq terus mencapai kunci kereta. Mujur dia masih di hotel, jadi tidak jauh daripada tasik.
Langkah kakinya dilajukan menuju ke kereta. Hatinya bertambah resah. Berdoa semoga tiada apa yang buruk menimpa isterinya.
Tiba di kawasan Tasik Titiwangsa, Ezzaq berpusing mencari kelibat Adra di dalam keadaan yang samar-samar.
Dua kali berpusing, barulah Ezzaq ternampak kelibat Adra. Adra sedang duduk berteleku dibangku. Keseorangan.
Ezzaq menarik nafas panjang.
Kereta terus diparking di bahu jalan.
“Adra..!” Panggil Ezzaq.
Adra langsung tidak berkutik walaupun namanya sudah dipanggil beberapa kali.
Ezzaq akhirnya duduk di bangku yang sama. Separuh nyawa dia risaukan isterinya. Mujurlah bukan ditemuinya Adra bersama dengan Azad. Jika tidak, mungkinkah hatinya akan hancur luhur..?
Kepala Adra masih berteleku di lutut. Langsung tidak bergerak.
“Adra… Kenapa duduk di sini…? Sudah lewat malam, kan bahaya..” kata Ezzaq, kepala Adra diusapnya perlahan.
Adra angkat kepala apabila terasa kepalanya disentuh.
Pandangannya agak samar-samar dek kerana banyak menangis dan memengguk agak lama. Namun dia tahu, yang muncul itulah Ezzaq. Dipandangnya Ezzaq dengan pandangan kosong.
“Jom kita balik…” pujuk Ezzaq apabila Adra hanya mendiam kan diri.
Adra menggeleng. Dia bangun. Dia mahu melarikan diri. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun sekarang. Lebih-lebih lagi Ezzaq. Ezzaq punca segalanya.
Belum pun selangkah, Ezzaq terlebih dahulu menarik tangannya.
“Lepaskan saya..” kata Adra lemah.
“Kita balik dulu ya..” pujuk Ezzaq.
“No..! Leave me alone…” tolak Adra lagi. Tangan Ezzaq direntapnya.
Apabila tangan Ezzaq terlepas, dia cepat-cepat memulakan langkah. Namun belum sempat ke mana, Ezzaq sempat memegang tangannya kembali.
“Lepaskan saya…!” kali ini suara Adra sedikit tinggi. Hingga menarik perhatian seorang lelaki yang kebetulan joging di situ.
“Kenapa ni kak…?” Lelaki itu mula masuk campur.
“Tolong saya, dia ganggu saya…” adu Adra. Dia cuba menggunakan kesempatan yang ada. Untung-untung dia boleh melepaskan diri daripada Ezzaq.
Lelaki tadi tanpa berlengah menuju ke arah Ezzaq.
Pegangan di tangan Adra dilepaskan. Lebih baik mengelak sebelum tumbukan lelaki tadi mengenai wajahnya. Kang tak pasal-pasal lebam dekat biji mata.
“Bro..! Jangan buat hal kdeat sini…” tegur lelaki tadi. Garang suara teguran lelaki itu.
“Terima kasih atas perhatian encik, tetapi dia isteri saya..” kata Ezzaq membela diri. Baik dia mengaku daripada menimbulkan fitnah.
Lelaki tadi berpaling ke arah Adra, seakan menuntut jawapan dari Adra. Dan Adra menggeleng.
Lelaki tadi menarik nafas. “Apa bukti awak suami dia…?”
Ezzaq terdiam. Kad sah nikah mereka belum siap. Teringatkan surat nikah, “Saya ada sijil kahwin dalam kereta.” Kata Ezzaq penuh yakin.
“Saya pergi ambil sekarang kalau encik perlukan bukti, tetapi dia memang isteri saya..” sambung Ezzaq lagi. Memang logik lelaki itu tidak mempercayainya kerana Adra memberikan reaksi negatif terhadapnya.
“Okey saya perlu lihat dulu betul ke tidak bukti awak tu…Saya tak nak kalau ada sampah masyarakat cuba membolak-balikkan fakta.” ujar lelaki tadi.
Ezzaq senyum tipis.
Ambil kau…!
Di sampah masyarakatkan diriku yang tak bersalah ni. Namun Ezzaq cuba berfikiran positif. Lelaki di depannya lelaki asing. Kalau dia pun mungkin akan berbuat perkara yang sama apabila melibatkan maruah seorang perempuan.
“Baik.. Saya ambil sekarang. Encik tolong pastikan cik ni tidak pergi ke mana-mana..” kata Ezzaq. Matanya terarah kepada sepasang mata milik Adra namun Adra mengelak pandangannya. Dia terus berpusing menuju ke kereta. Mujur kereta di parking berdekatan.
Adra mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika Ezzaq kembali ke kereta. Namun langkah kakinya terasa lemah.
“Cik!” jerit lelaki tadi.
Ezzaq berpusing apabila mendengar jeritan lelaki tadi. Dilihatnya Adra sudah terbaring di atas tempat pejalan kaki.
“Allah..! Adra..!” Lantas kakinya laju menuju ke arah Adra. Badan Adra dipangkunya.
“Saya bawak dia ke klinik dahulu..” kata Ezzaq cuak. Macam mana Adra boleh pengsan ni. Wajah Adra kelihatan pucat walaupun dibawah samar lampu jalan.
“Saya masih tak percayakan awak, saya ikut awak ke klinik..” Lelaki itu mencelah.
Ezzaq menarik nafas. Dia tak salahkan lelaki itu, dan mereka berdua membawa Adra ke Hospital Kuala Lumpur. Itu yang terdekat.
Sesampai di hospital, Adra dihantar ke bahagian kecemasan. Setelah Adra didaftarkan, dia menghampiri lelaki tadi.
“Saya Ezzaq, ini surat nikah kami..” Ezzaq menghulurkan sekeping surat kepada lelaki itu.
Setelah meneliti surat nikah. Lelaki itu mempercayai mereka merupakan pasangan suami isteri. Lagipun gambar wanita di dalam surat nikah adalah sama dengan wanita tadi. “Kenapa biarkan isteri encik keluar malam-malam begini. Bahaya. Anyway, saya Hazman.”
Ezzaq senyum tipis. Kenapa biarkan Adra diluar..? Alasannya tidak perlulah dikhabarkan kepada orang luar. Biarlah hanya dia tahu kenapa dan mengapa. “Apa-apapun terima kasih atas perhatian encik Hazman, saya akan tunggu isteri saya. Encik bolehlah nak balik dulu, lagipun sudah lewat ni..” kata Ezzaq. Matanya memandang sekilas jam ditangannya. Hampir dua pagi.
“Baik-baik.. Sama-sama…Jaga diri..” Kata Hazman sambil tersenyum.
Mereka berpisah di situ.
Hampir satu jam lebih, akhirnya doktor keluar.
“Doktor macam mana dengan isteri saya…?” tanya Ezzaq gusar. Keluarga Adra juga sudah dimaklumkan tadi.
“Isteri encik sebenarnya overstress dan dehydrate. Badan dia masih lemah, saya dah berikan ubat untuk dia rehat.”
“Baik doktor. Saya boleh masuk tengok isteri saya…?”
“Boleh…” jawab doktor pendek.
Ezzaq menolak pintu setelah doktor berlalu. Wajah Adra yang terbaring diperhatikan. Wajahnya masih pucat. Entah berapa lama agaknya Adra berada di situ. Entah-entah Adra langsung tidak makan selepas dia keluar tadi. Lagipun semasa majlis pagi tadi, Adra memang tidak makan apa-apapun.
Ezzaq meraup wajahnya. Gagalkah dia untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk Adra. Isteri merana diluar, dia langsung tidak tahu.
Tangan Adra dicapai dan diulas lembut.
“Maafkan saya Adra, buat awak sampai macam ni. Saya janji, saya akan jaga awak sampai bila-bila.” Setitis air mata lelakinya gugur. Tangan Adra dikucup lama.
Hari yang panjang. Dia terasa kepenatannya. Akhirnya matanya turut tertutup bertemankan gengaman tangan isterinya.
Share this novel