KEKUATAN aircond membuatkan badannya meringkuk kesejukkan. Dia berpusing ke kanan dan tangannya tersentuh sesuatu. Dia dapat merasakan haba mula meresap ke tangannya dan itu membuatkankan dirinya selesa. Tidak jadi dia hendak beralih malah dia semakin menghampiri sumber haba tersebut. Dan betul. Memang dia sangat selesa walaupun tadinya badannya kesejukkan.
“Sayang…”
Matanya dibuka perlahan. Pandangan terhalang dengan kain putih di depan mata. Matanya dipejam kembali.
“Sayang…”
Siapa tu..? Soal Adra di dalam hati. Matanya dibuka kembali. Masih sama, pandangan dilitupi dengan kain putih. Tangannya bergerak perlahan menolak kain putih itu, namun tangannya tersekat, ada objek keras di sebalik kain itu. Adra terasa hairan. Kepalanya dibelakangkan.
Auchh…!
Adra memegang belakang kepala. Dia terhantuk dengan sesuatu.
“Oh sorry.. Are you okey…?” Terasa ada tangan menggosok kepalanya.
Mata Adra terus membulat. Pandangannya bersatu dengan lelaki itu. Macam mana dia boleh berada dekat perut Ezzaq. Jadi kain putih tadi, baju Ezzaq rupanya. Adra terus terbangun. Tidak tersedar dia menjadikan perut Ezzaq sebagai tempat dia menghangatkan dirinya.
“Maaf.. Saya sejuk… Tak sengaja…” akui Adra. Sudah jelas lagi bersuluh yang yang mulakan kejadian yang memalukan dirinya sendiri. Macam mana entah dia boleh terlupa yang dia berada di rumah Ezzaq sekarang.
Ezzaq tersenyum. Dia tidak kisah pun. Comelnya sahaja melihat kepala Adra menempel di perutnya. Tak sampai hati dia hendak bernafas kuat-kuat. Risau pergerakkan perutnya akan menganggu lena isterinya. Namun dia terpaksa kejutkan juga.
“Tak apa… Sakit tak kepala terhantuk siku saya..” soal Ezzaq. Tangannya cuba untuk menyentuh kepala Adra, namun isterinya mengelak.
Adra menggeleng laju. Walaupun masih ada kesan sakit namun rasa kesal mula menyelebungi dirinya. Nampak seperti bukan Ezzaq yang mengambil kesempatan, tetapi dia. Dia sendiri..!
“No worries.. Come..” Ezzaq mula beralih tempat. Dia menarik selimut dan menutupi separuh bahagian badannya. Tempat disebelahnya ditepuk.
Adra menggigit bibit. Sejuk. Ya, memang sejuk sangat. Lagipun dia hanya mengenakan baju lengan pendek selepas mandi tadi. Ingatkan dia boleh bertahan.
“Tadi cakap sejuk. Sini..” ajak Ezzaq lagi.
Adra merangkak perlahan dan masuk juga ke dalam selimut namun dia meletakkan jarak antara mereka berdua. Tidak beranilah hendak duduk berdekatan dengan lelaki itu. Adra berbaring namun membelakangi Ezzaq. Tidak berani dia hendak memandang wajah lelaki itu. Entah berapa lama agaknya Ezzaq sedar dia menempel dekat perut lelaki itu. Argghh…! Buat malu sahaja. Adra memejamkan mata.
Terasa bahunya disentuh, mata Adra terbuka.
“Pusinglah sini… Saya tak buat apa-apa pun…” kedengara suara Ezzaq perlahan.
Adra teragak-agak. Perlu ke dia mengadap lelaki itu. Kalau tidur macam ni sahaja tidak boleh ke..?
“Adra….”
Adra memusingkan kepalanya apabila ternampak Ezzaq mengintainya.
“Pusinglah sini…” pinta Ezzaq sekali lagi.
Adra tersenyum tipis. Walaupun kurang selesa, dia tetap mengikut. Perlahan Adra berpusing dan mengadap Ezzaq.
Ezzaq pula senyum bersahaja.
“Selamat malam…” ucap Ezzaq. Kepalanya dipangku dengan lengan kiri. Tangan kanannya mengusap kepala Adra perlahan. Tangannya terhenti di pipi Adra. Pipi Adra dielus lembut. Bibirnya mengorak senyum. Dia suka dengan reaksi Adra sekarang. Adra sudah berubah walaupun belum seratus peratus.
Adra hanya membiarkan jari jemari Ezzaq meniti di pipinya. Dia mula sukakan belaian lelaki itu. Jiwanya terasa tenang.
“Boleh kiss good night tak…?” soal Ezzaq tiba-tiba.
Ezzaq memerhati reaksi isterinya. Tiada gelengan. Hanya anak mata Adra memandangnya. Ezzaq mengerakkan badannya sebelum bibirnya mendarat di dahi Adra lama.
Adra menarik nafas dalam. Dia terkesan dengan ciuman lelaki itu.
Melihat Adra tidak membantah mahupun menolak, Ezzaq menjatuhkan badannya disebelah Adra. Tiada lagi jarak seperti tadi. Mata kecil itu masih melekat pada anak matanya. Begitu cantik pada pandangannya. Ezzaq tersenyum lagi.
Ezzaq merapatkan dahinya sehingga bersatu. Dia mula menyayangi wanita ini. Dia mula menyayangi isterinya sendiri. Bukan malam ini, malah daripada hari pertama dia bertemu dengan Adra lagi. Dengan kedudukan mereka sekarang, hatinya bergolak kuat. Namun dia tidak mahu meruntuhkan kepercayaan isterinya yang baru hendak bertapak.
Ezzaq memejam mata dan menarik kepala Adra ke dadanya.
Terdengar dengup jantung Ezzaq yang berdetak laju. Adra menelan air liur kelat. Dia memejam mata.
Ya Allah…!
Tiba-tiba Ezzaq melepaskan pelukan dan dia terus bangun.
Adra juga turut terbangun apabila Ezzaq bangun dengan mengejut.
“Saya ke dapur sekejap. Awak nak air….?”
Adra menggeleng.
Ezzaq mengangguk dan terus menghilang di sebalik pintu.
Adra menarik nafas dalam setelah Ezzaq hilang dari pandangannya. Tangannya mengurut dada, mengawal dengupan jantungnya agar terkawal. Lantas Adra menarik selimut menutupi ke seluruh badannya. Semoga dengan cara itu dia dapat bertenang.
Adra cuba memejam mata untuk tidur, namun mindanya langsung tidak mengikuti apa yang hatinya mahukan. Dia kekal sedar walaupun matanya tertutup.
Sepuluh minit berlalu, Ezzaq masih belum kembali ke bilik. Adra menolak selimut yang menutupi kepalanya. Bilik mereka kosong. Tiada bayangan Ezzaq di dalam bilik pun. Ke mana lelaki itu pergi…?
Adra turun daripada katil dan mula melangkah keluar dari bilik. Dilihatnya lampu di ruang bawah masih terang. Kakinya melangkah menuruni tangga satu persatu, manakala anak matanya ligat memerhatikan sekeliling. Tidak pula dia ternampak kelibat Ezzaq.
Ruang tamu kosong.
Dia beralih menuju ke ruang dapur, Ezzaq juga tiada di situ. Ketika dia keluar daripada ruang dapur, dia melihat pintu kaca di ruang tengah terbuka. Dia keluar kah..? Adra melangkah ke arah pintu tersebut. Barulah dia nampak kelibat lelaki itu sedang berenang di dalam kolam.
Dia memerhatikan Ezzaq dari pintu, Ezzaq membuat pusingan beberapa kali. Tak sejuk ke pakcik tu berenang malam-malam begini..?
Penat berdiri, akhirnya Adra melangkah naik ke atas semula. Matanya pun sudah layu. Dia tidak tersedar bila dia tertidur dan bila Ezzaq naik ke atas semula.
*********
“MORNING….” Sapa Ezzaq ceria apabila mata kecil Adra terbuka. Dia sudah bangun dari tadi. Tidak mahu menganggu lena Adra, dia meluangkan masa dengan meneliti wajah wanita yang satu-satunya membuatkan hati dan hidupnya berubah. Satu ciuman dihadiahkan di dahi wanita di hadapannya.
Bibir Adra mengorak senyum. Entah kenapa, dia terasa segar. Adakah disebabkan tidurnya yang lena ataupun permandangan ceria di depan matanya kini. “Awalnya awak bangun…” selepas subuh tadi, dia menyambung tidurnya semula. Rasanya sudah lama dia tidak tidur selena itu.
“Tak adalah awal sangat. Dah pukul 8 pagi dah. Hari ini saya cuti, awak ada plan nak pergi mana-mana ke…?” tanya Ezzaq kembali.
Adra bangun dari pembaringan dan dia duduk bersila dengan selesa. Jemarinya membetulkan alur rambutnya supaya lebih terurus. Setelah rambutnya teratur, Ezzaq dipandang.“Tak ada nak pergi mana-mana..”
“Okey good.. Kalau macam tu hari ni kita spend masa dekat rumah okey…”
Adra mengangguk. “Saya nak mandi dulu…” Badannya bergerak perlahan menuruni katil. Rasanya dia tidak perlu berlengah. Ezzaq pun mesti sudah mandi, rambutnya masih lembap. Baju pun sudah bertukar.
Ezzaq mengganguk. “Nanti dah siap mandi turun bawah, kita sarapan sekali ya…”
“Okey…” Adra terus menghilang ke dalam bilik air.
*****
Adra menyanyi perlahan ketika keluar dari bilik air. Langkahnya terhenti apabila terpandangkan Ezzaq yang masih di berada dalam bilik. Sedar keadaannya yang masih belum memakai baju, dia masuk ke bilik air semula. Tak sanggup hendak berkembang depan Ezzaq walaupun mereka sudah halal, dia tetap mahu menjaga pergaulan antara mereka berdua.
Tadi pesan suruh turun, ingat dia dah turun.
Bibirnya digigit, tangannya memegang tuala yang membalut badannya dengan kemas. Silapnya juga tadi, terus masuk ke dalam bilik air tanpa mengambil baju dan seluar siap-siap. Hanya tuala yang dibawa bersama. Baju tidur semalam pun sudah di basuh sekali tadi.
Sekali lagi dia mengintai ke seluruh pelusuk bilik. Kelibat Ezzaq sudah tiada di dalam bilik, Adra terus keluar. Dia perlu cepat. Langkah kakinya terus menuju ke warddrobe baju. Bajunya sudah siap di simpan di dalam almari besar milik Ezzaq semalam. Baru sahaja pintu almari dibuka, Ezzaq kembali dengan baju tersangkut ditangannya.
Kini dia tidak sempat hendak menyorok. Mereka berpandangan. Dia terkejut dan Ezzaq pun sama.
“Awak tutup mata…!” arah Adra dan automatik Ezzaq menutup matanya. Cepat-cepat Adra mengambil baju dan seluar, kemudian dia berlari masuk ke bilik air semula.
Fuh!
Selamat…
Adra mengurut dadanya. Semakin laju degupan jantung dek terkejut dan larian marathon sebentar tadi.
Setelah siap berpakaian, barulah Adra keluar. Sedar Ezzaq tiada di dalam bilik, Dia terus turun ke tingkat bawah. Langkahnya meniti anak tangga sehingga ke tingkat bawah. Kedengaran suara daripada televisyen yang terpasang, namun tiada orang yang melihatnya.
Adra memanjangkan langkahnya ke ruang belakang dan memang Ezzaq ada di dapur, sedang menyediakan sarapan pagi. Entah apa yang di masak oleh lelaki itu pun tidak tahulah.
“Hai… Have a seat…” sapa Ezzaq ketika mata mereka bertembung.
“Thanks…” balas Adra. Dia cuba berlagak selamba di depan lelaki itu. Semoga lelaki itu tidak mengungkit atau bercerita tentang kejadian di bilik sebentar tadi.
Dan ya. Ezzaq menyibukkan diri dengan persiapan sarapan mereka. Adra menarik nafas lega.
Ezzaq meletakkan bihun goreng dan telur mata di depannya. Kemudian satu teko air diletakkan berdekatan dengan mereka. Ketika Ezzaq menuang air ke dalam mug, aroma air milo menyerbu ke ruang deria hidungnya membuatkan Adra mula terasa lapar. Semalam pun, terakhir dia makan adalah ketika mereka di KLIA.
“Awak buat sendiri ke…? Ke beli..?” soal Adra ingin tahu.
“Saya buatlah…” jawab Ezzaq. Dia senyum bersahaja. “Makanlah..” Ezzaq sudah mengambil tempat di sebelah Adra. Dia juga mula menyudu bihun di pinggan dan di masukkan ke dalam mulutnya. Sesekali dia melihat wajah isterinya yang ralit memakan makanan yang sama. "Sedap ke?"
“Sedap..” puji Adra. Memang sedap pun. Tak perlu berselindung. Tak sangka Ezzaq pandai memasak. Kalau dia memang dah hancus.
Teringat pula masakan mamanya. Mamanya selalu jugak masak bihun goreng. Boleh dikatakan makanan favorite papa dan abang Aidan. So, kalau dah jadi makanan favourite mereka berdua, automatik memang dia kena makan jugak. Sudah lama dia tidak merasa air tangan mamanya.
Argh..
“Next time saya nak rasa awak masak pula..”
Lamunannya terhenti apabila terdengar suara Ezzaq. “Saya tak pandai masak… Dan tak pernah masak… So awak mimpi sahajalah nak makan apa yang saya masak.. ” akui Adra. Ya, memang dia tidak pandai dan tidak pernah memasak. Buat apa hendak berselindung. Biar Ezzaq buka mata sikit. Dia banyak kelemahan.
“Takkan yang simple-simple pun tak pernah…?”
Adra menggeleng. “Tak pernah…" Dia senyum senget. "Dah rugi dah awak…”
“Rugi kenapa…?”
“Dapat orang yang tak pandai masak…”
Ezzaq tergelak. “Awak boleh belajar semua tu…”
Tchhh….!
“Perlu ke? Kalau saya tak nak belajar masak…” balas Adra selamba. Ezzaq dipandang, mahu melihat reaksi lelaki itu. Sanggup ke dia hendak bertahan.
“So saya akan masakkan untuk awak..” balas Ezzaq. Senyuman dihadiahkan kepada isterinya walaupun nampak wajah itu seperti bengang dengan jawapan daripada mulutnya.
Adra senyum senget.. “Ermmm… Sampai bila awak nak masakan untuk saya…?” balas Adra senada.
“Selagi khudrat saya ada…”
“Tak logik…!” Adra mencebik. Beragaklah lelaki ini pun. Sekarang bolehlah sembang. Nanti sikit-sikit lagi, perkara masaklah menjadi hal besar untuk bertekak. Hurrmmm…!
“Kenapa tak logik pulak…”
Adra menarik nafas dalam. Dia sudah mengadap Ezzaq. “Awak boleh cari orang yang lagi sempurna dari saya…Yang pandai memasak, yang pandai menguruskan rumah. Yang pandai jaga awak. Yang boleh jaga awak sekarang dan sampai tua nanti. Yang tak menyusahkan awak dan awak pun boleh hidup dengan tenang. Jangan membazirkan masa awak dengan orang macam saya. ” luah Adra.
Ya, itulah yang dia fikirkan. Kenapa Ezzaq masih mahu mengikat dirinya lagi. Mereka sudah tunaikan wasiat atuk, jadi mereka sudah bebas sekarang. Pilihan ditangan mereka sekarang.
“Ada ke orang sempurna macam awak cakap tu.. ?” tanya Ezzaq pula.
“Adalah kot… Carilah! ” Adra bengang. Carilah sendiri, kalau tak cari sampai bila pun tidak akan jumpa.
"Dah cari.. Dan lucky me, saya dah jumpa…. Awak..!" balas Ezzaq. Dia tahu Adra akan bengang dengan jawapannya. Tengoklah air muka Adra sekarang. Nampak garang.
Issshhhh..! Ezzaq dipandang tajam.
Ezzaq ketawa kecil. “Its ok sayang, saya bersyukur walaupun awak tak sempurna. Lagipun awak sudah menjadi isteri saya pun… Its okey awak tak pandai masak ke, tak pandai jaga saya ke.. Its okey..”
Kenapa dengan lelaki ini ya? Tiada perasaan ke apa..? Ezzaq perlu sedar. Dirinya banyak kekurangan. Lelaki itu boleh dapatkan yang lebih baik daripada dirinya.
“Awak masih ada masa…” sambung Adra. Dia tidak mahu beralah.
“Masa untuk apa…?”
“Untuk dapatkan yang terbaik untuk awaklah…”
“Awak dah cukup terbaik untuk saya. Tak perlu cari yang lain…”
Adra diam. Geram pula terbit dihatinya. Kenapa Ezzaq masih hendak pertahankan dirinya. Pertahankan perkahwinan mereka…? Masih hendak pertahankan hubungan mereka yang belum pun nampak ada cahaya. Mereka berkahwin pun bukan berdasarkan cinta. Bukan berdasarkan suka sama suka. Kenapa hendak dibazirkan masa…?
Adra menolak pinggan bihun yang masih tinggal sedikit dan dia meninggalkan Ezzaq yang masih di meja. Dia belum mahu menjadi isteri mithali menunggu suami menghabiskan makanan. Biarkan Ezzaq melihat sisinya yang buruk. Lagipun dia tidak pasti sampai bila hubungan dia dengan Ezzaq akan bertahan. Adra menghampiri sofa dan cuba mencari siaran yang boleh ditonton. Selebihnya dia mahu mententeramkan hatinya yang terasa sakit dan menyampah dengan jawapan daripada mulut lelaki itu.
Setelah selesai makan, Ezzaq juga ke ruang tamu. Tempat di sebelah Adra dihenyak. Tangannya sengaja dilingkar ke sofa dibelakang isterinya. Dia tahu Adra bengang. Wajah isterinya tampak tegang, namun dia tidak kisah. Apa yang dia katakana, itulah yang dia maksudkan. Buat apa mencari kesempurnaan sedangkan tiada manusia yang sempurna. Cukuplah dirinya dan Adra menyempurnakan hubungan mereka yang bakal bertapak. Dia sudi memperjudikan kehidupannya untuk bersama dengan isterinya sendiri.
“Saya tak cintakan awak. Jadi awak pun tak usah paksa diri awak untuk cintakan saya…” luah Adra. Belum habis perdebatan mereka tadi. Masih banyak benda yang mahu diluahkan kepada lelaki itu. Jadi sebelum mereka melangkah lebih jauh, baik masing-masing membawa haluan yang terbaik untuk masing-masing.
Ezzaq menoleh seketika. “Betul ke awak tak cintakan saya…?” duga Ezzaq.
“Ya…” jawab Adra yakin.
Ezzaq senyum nipis.
Egonya Adra.
Tangannya sengaja dijatuhkan dan memeluk pinggang Adra dari belakang.
“Awak buat apa ni…?” tegur Adra. Tangan Ezzaq cuba ditolaknya, namun Ezzaq duduk semakin rapat dengannya.
Mata Adra membulat. Pak cik ni..! Jangan nak buat hal.
Ezzaq mengecilkan mata dan menggigit bibirnya. Badannya didekatkan dengan Adra. Hatinya tercuit melihat wajah cuak Adra.
“Kalau awak lari means awak cintakan saya…” ugut Ezzaq apabila Adra cuba melepaskan diri daripadanya.
Kening Adra berkerut. Eh..! Ada pula macam tu..
“So…? Do I care..?”
Adra terus bangun dan Ezzaq menariknya semula. Tarikan Ezzaq yang sedikit kuat menyebabkan Adra terduduk di atas riba Ezzaq.
Ezzaq menolak badan Adra jatuh ke sofa dan dia memeluk badan Adra kemas. Sepasang mata mereka berdua berlawan pandang. Adra mahupun Ezzaq. Namun pandangan Ezzaq berubah menjadi redup.
“What are you trying to do…?” soal Adra cuak. Kedua belah tangannya menolak dada Ezzaq agar tidak terlalu rapat dengannya.
Ezzaq tersenyum lebar. Wajah Adra direnungnya. Dia mula merapatkan wajahnya.
Adra menelan air liur kelat.
“Don’t do it..!” tegur Adra lagi.
“Do what…?” soal Ezzaq pula.
“What ever you want to do…” sambung Adra. Tidak mungkinlah dia hendak cakap terus terang, nanti Ezzaq memandai cakap dia gatal pula.
Ezzaq senyum lagi namun amaran Adra tidak dihiraukan. Semakin Ezzaq merapatkan wajahnya.
Adra memejam matanya rapat apabila wajah Ezzaq tinggal beberapa inci daripada wajahnya. Dadanya berombak. Don’t...!
“I won’t.. but I just want to tell you… that you are my wife…” bisik Ezzaq di telinga Adra.
Lantas Adra membuka matanya.
Ezzaq sedang tersenyum.
Adra semakin geram apabila terasa dirinya dipermainkan oleh lelaki itu.
“So…?”
“Dont tell me to find other women…I wont..”
“So…?”
“Be my wife…Quitely and love me only okey….”
Jawapan Ezzaq membuatkan hatinya bertambah menyampah. Adra menolak badan Ezzaq menjauhinya, Ezzaq mengalah. Pelukan dilepaskan. Adra terus bangun. Dia tidak kebah berada lama dengan lelaki itu, dia terus keluar mengikut pintu tengah. Pintu menuju ke kolam renang.
Argghhhhh!
Jerit Adra diluar. Dia geram dengan sikap Ezzaq. Tidak tahu kenapa. Adakah kerana lelaki itu masih mengharapkan dirinya walaupun sudah bermacam hal dia lakukan..? Atau adakah kerana lelaki itu menerima takdir mereka dengan senang hati..? Atau..? Atau..?
Argghhhhh…!!
I just don’t like him..!
Marah Adra di dalam hati.
“Pergilah berenang, berenang boleh hilangkann stress.”
Adra mendiamkan diri walaupun dia sedar lelaki itu ada di belakangnya. Lagipun dia tiada hati mahu membalas. Kalau dibalas, semakin bertambah pula suhu di dalam badan. Kedua tangannya di silang mengadap kolam. Lebih baik melihat air kolam daripada melihat wajah lelaki itu. Stresss...!
Tiba-tiba terasa pinggangnya ditarik dan..
Kedebush..!!
Ezzaq menariknya ke dalam kolam renang rupanya. Terkapai-kapai tangan Adra apabila dia jatuh ke dalam air kolam di dalam keadaan yang tidak bersedia. Setelah dia dapat berdiri dengan stabil, Adra membetulkan rambutnya agar lebih terurus walaupun semuanya sudah basah. Ezzaq sudah galak ketawakan dirinya.
“Awak….!” Marah Adra, dia bergerak ke arah Ezzaq. Terasa mahu ketuk-ketuk kepala Ezzaq. Mahu dicekit-cekit leher lelaki itu. Dia bencikan ketenangan Ezzaq. Kenapa lelaki itu mesti berbaik dengannya. Hubungan mereka bukan indah seperti pasangan yang lain.
Sampai di depan Ezzaq, dia terhenti. Tiada lagi ketawa dari mulut lelaki itu. Mata Ezzaq memandang ke arah yang tidak sepatutnya. Dia memandang ke arah bajunya. Baru perasan bajunya sudah basah kuyup. Bajunya yang berwarna kuning air menyerlahkan warna kontra di dalam. Adra ketap bibir. Macam mana dia boleh terpikir memakai pakaian dalam yang berwarna merah.
Arghhh! Dia mula mengundurkan diri, namun Ezzaq lagi cekap memeluk pinggangnya erat. Badannya kini sudah melekat dibadan Ezzaq. Alunan jantungnya mula berubah. Tangannya cuba menolak dada Ezzaq, namun Ezzaq semakin menguatkan pelukan di pinggangnya.
Wajah mereka tinggal seinci. Hanya mata berbicara. Ezzaq mendekatkan wajah. Adra menelan air liur kelat. Bibir Ezzaq sudah menyentuh bibirnya lembut. Adra memejam matanya. Tangannya yang melekat pada dada Ezzaq merasai degupan jantung lelaki itu seperti semalam. Laju, seperti jantungnya juga. Tangannya mula bergerak dan berlingkar di leher Ezzaq dan dia mula membalasnya. Seketika mereka begitu.
Ezzaq mengukir senyuman. “You know what? Dari semalam Adra cuba goda saya kan..?”
Adra cuba beriak selamba.
“Hallo…? Jangan perasan boleh tak.. Saya tak ada niat nak goda awak pun okey..” badan Ezzaq ditolak dari melekat dibadannya.
Namun Ezzaq tidak mahu melepaskan pelukan. "Can we just stay like this...?"
Tchhhh....
“See.. Dont blame me...Awak yang tak nak lepaskan saya..” Dada Ezzaq dipukul perlahan.
Ezzaq tergelak. Badan Adra dilepaskan perlahan.
“Awak stress lagi tak…?” soal Ezzaq dengan nada mengusik. Namun jelingan yang dia dapat daripada isterinya.
“Okey jom naik. Salin baju…Or else awak nak sambung mandi dengan saya dekat sini.. ?” usik Ezzaq lagi. Wajah Adra sedikit merah. Ezzaq ketawa lagi. Comel!
Ezzaq naik dahulu. Tangannya dihulurkan kepada Adra, namun Adra tidak menyambutnya. Badannya sengaja direndam sehingga ke dagu.
"Awak gerak dulu.."
Ezzaq menggeleng. "Tak naklah tinggal awak dekat sini sorang-sorang. Karang lemas, siapa nak selamatkan.."
Adra memejam mata. Sempat pula dia nak buat lawak dekat sini. "Awak pusinglah, saya nak naik ni..." kata Adra sedikit keras. Macam mana dia nak naik. Nanti tak pasal-pasal tayang percuma sahaja.
Kedengaran ketawa senang Ezzaq. Memang dia sengaja kan!!
"Okey.. Awak naik hati-hati.." Ezzaq akhirnya berpusing.
Tangga dipegang dan Adra mendaki satu persatu sehinggalah dia berdiri di atas. “Awak jangan pandang belakang…” pesan Adra dan sekali lagi Ezzaq tergelak. Ini semua salah Ezzaq, kalau dia tidak menariknya masuk ke dalam kolam, tidaklah dia basah sekarang.
Ezzaq masuk ke bilik di bahagian bawah. “Mandi kat sini…”
"Jangan pusing..!" arah Adra apabila ternampak badan Ezzaq seperti hendak berpusing. Kenapalah tak ambil tuala sahaja senang. Sekurang-kurangnya bolehlah tutup sebahagian.
“Awak mandi sini… Saya tunggu dekat luar. Nak naik atas, nanti basah..Pakai baju saya dekat almari dulu nanti. Naik atas baru tukar.” arah Ezzaq dan Adra mengangguk.
"Saya nak masuk sekarang, awak boleh keluar dulu ya.." kata Adra terus meloloskan diri ke dalam bilik mandi.
"Takut sangat saya tengok..." usik Ezzaq sambil ketawa kecil.
Adra mendecit. I can hear that!
Nafas dilepaskan. Matanya memandang pantulan tubuhnya dicermin. Memang jelas sangat kontranya.
Adra mendekati singki dan mula membasuh mukanya. Air yang membasahi wajahnya diraup perlahan. Matanya jatuh pada bibirnya sendiri. Disentuh bibirnya dan dia tersenyum.
Kenapa dia merelakannya…?
Tot! Tot!
Senyumannya mati. “Kenapa…?”
“Saya nak mandi pula…”
“Ya…Saya pun baru nak mandi.. Sabarlah...macamlah bilik air yang ini satu je…” marah Adra.
Terdengar Ezzaq ketawa diluar. Rumah besar, tapi nak berebut bilik air satu. Logik ke macam tu…
Argghhh... Stresss!
Share this novel