USAI azan maghrib berkumandang, Ezzaq kembali ke bilik. Doa yang panjang dibaca di dalam hatinya. Semoga Adra tidak meneruskan apa yang ingin diucapkan petang tadi. Jika tidak, dia rela bermalam di bilik Aidan malam ini.
Keadaan bilik agak gelap. Hanya disinari cahaya dari luar melalui pintu bilik yang terbuka. Ezzaq menjengah ke dalam mencari suis lampu.
Mujur suis hanya dibahagian tepi pintu.
Tap!
Bilik kemudian bertukar menjadi terang benderang.
Dilihatnya Adra sedang lena di kamar, Ezzaq perlahan-perlahan menutup sliding door balkoni dan langsir. Adra dihampirinya. Ezzaq tersenyum. Lain sangat wajah Adra semasa kecil dulu. Dulu comel dan manja. Sikit-sikit suka mengadu. Mengadu dengan siapa..? Aidan lah. Abang dialah katakan. Tapi waktu tu dia seronok mengusik Adra. Sebab dia comel. Sekarang pula, wajah Adra bertambah menarik walaupun hanya muka ketat yang selalu ditayangnya.
Tipulah dia tak marah dengan keputusan keluarga dan wasiat arwah datuknya. Namun, setelah dilakukan solat istikarah, muncul wajah seseorang yang bernama Adra. Jadi, dari situ, dia cuba belajar untuk cuba menerima wasiat datuknya.
Tambahan pula, ketika mereka bertemu sewaktu berjoging di taman sebelum ini, dia memang sudah jatuh hati saat terpandangkan wajah Adra. Jadi dia mengikuti larian Adra dari awal sehinggalah dia menegur Adra. Namun, Adra memang garang. Dan sememangnya Adra tidak mengenalinya. Dan dia pula tidak merasa untuk kenalkan diri lebih awal.
Ketika itu, ketara sangat Adra tengah tertekan dengan percaturan jodoh mereka berdua, namun dia bersyukur dan berharap semoga Adralah jodohnya sampai bila-bila. Dia tidak kisah untuk belajar mencintai isterinya sendiri.
Melihat wajah Adra yang lena, dia lebarkan senyumannya.
“Adra..” bahu Adra ditepuk perlahan.
Adra masih belum bergerak. “Adra…” sekali lagi bahu ditepuk.
Kali ketiga barulah Adra terjaga. Melihat wajah Ezzaq, dia terkejut dan terus beranjak jauh. Macam mana dia boleh tertidur.
“Maaf kejutkan awak, dah maghrib..” kata Ezzaq perlahan. Risau tindakannya disalah erti. Tengok wajah Adra sudah tahu dia tidak senang dan terkejut.
Adra memejam mata dua tiga kali. Tangannya mengeyeh mata berulang kali. Ezzaq hanya memerhati.
“Saya nak solat, awak nak solat sekali ke…?” soal Ezzaq.
Adra menggeleng.
“Betul ni tak nak solat sekali…” soal Ezzaq lagi. Wajahnya tampak terkejut.
“Tak…” jawab Adra ringkas. Dia bangun. “Awak solat lah dulu..”
“Okey…” Ezzaq terus menghilang ke bilik air. Dia tidak mahu bersangka buruk. Nanti dia cuba ajak Adra solat lagi.
Adra membuka komputer di sudut biliknya. Laman Nursery dibuka. Melihat jika ada tempahan secara online untuk anak-anak benih pokok. Seharian dia tidak dapat menjenguk komputernya. Senyumannya melebar, ada enam tempahan baru untuk anak pokok bunga. Alhamdulilah. Esok lah kita buat packaging.
“Adra, arah kiblat…?”
Adra berpaling. Tidak sedar bila masanya Ezzaq keluar dari bilik air.
Dia bangun mengambil sejadah dan bentangkan untuk Ezzaq bersolat.
Eh!
Tadi asar bukan dah solat ke..? Takkan tak ingat arah kiblat…?
Wajah Ezzaq dipandang sekilas, kemudian dia menghampiri meja komputernya semula. Malas hendak menyesakkan fikirannya dengan soalan yang tidak memberikan kepentingan kepada dirinya. Laman nurserynya ditatap.
“Thanks…” kata Ezzaq namun matanya terus memandang sejadah. Jangan Adra perasan sudah, dia memang sengaja mahu manguji Adra. Apabila difikirkan semula, betul ke Adra tak solat. Dalam biliknya ada satu ruang dikhaskan untuk bersolat. Siap berkarpet dan ada sahaja kain sembahyang tergantung.
“Betul awak tak nak solat sekali…?”
Adra pejam mata. Kesekian kali soalan yang sama ditujukan kepadanya. Ingat diam dah solat.
“Period…” jawab Adra malas. Selagi dia tak jawab, selagi itulah mulut tu sibuk bertanya.
“Oh sorry…” jawab Ezzaq serba salah. Ingat Adra tidak solat. “Maafkan saya..” ucap Ezzaq, tersedar fikirannya meliar tanpa usul. “Saya solat dulu..”
Mendengar jawapan Ezzaq, Adra pula masuk ke bilik air. Apabila dia keluar, Ezzaq sedang menatap komputernya.
“Awak ada nursery…?” soal Ezzaq ingin tahu.
“Don’t touch…” tegur Adra tegas. Dia tidak ingin berkenalan dengan lebih dalam pun. Dan dia juga tidak suka orang menyentuh barang peribadinya.
“Sorry…” Ezzaq mengangkat kedua belah tangannya. Tapi dia masih belum beranjak dari kerusi. “Patutlah saya ada nampak macam pintu gerbang dekat sebelah rumah. Nursery awak dekat situ ke..?” soal Ezzaq lagi. Dia teruja ingin mengetahui lebih dalam minat isterinya.
Diam.
Adra tidak membalas ataupun menjawab.
Ezzaq senyum sebaris.
Okey. Belum masanya. Ezzaq cuba memberi ruang kepada hubungan baru mereka.
“Mama dah panggil makan malam masa awak mandi tadi…” kata Ezzaq. Ubah tajuk daripada bercakap sorang-sorang. “Jom turun…” ajak Ezzaq lagi.
“Saya tak lapar…”
Kening Ezzaq terjongket.
Serius tak lapar..? Ataupun mogok lagi..? Itulah yang digosipkan oleh Aidan padanya sejak berita perkahwinan mereka ditetapkan. Kalau ya, tak elok juga untuk perut dan kesihatan.
“Dari siang tadi awak tak makan…” Ezzaq cuba memujuk. Memang dia perasan yang Adra duduk terperuk dalam bilik sahaja selepas majlis. Semasa majlis pun Adra tidak menyentuh apa-apa makanan.
Dibiarkan pujukan Ezzaq berlalu. Tidak terasa ingin membalasnya.
“Kalau awak sakit nanti macam mana…?”soal Ezzaq lagi.
“Dont bother about me…”
“Why not..? Awak kan isteri saya…”
Mendengar perkataan isteri keluar dari mulut Ezzaq, terus Adra berwajah ketat.
Mereka berlawan pandang seketika.
Awak ingat saya nak sangat ke jadi isteri awak? Marah Adra dalam hatinya.
“Baik-baik… Kalau awak lapar, nanti turun makan ya….” Ezzaq akhirnya mengalah. “Saya turun dulu…”
Baik larikan diri sebelum entah apa-apa lagi yang keluar dari mulut Adra nanti. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, tak pasal-pasal kena marah nanti. Kalau kena marah okey lagi, mahu nya Adra minta sesuatu yang tak dapat dia tunaikan nanti macam mana. Baru haru..!
Ezzaq berkira-kira. Tiada yang salah pun pada katanya, memang Adra isterinya kan.?. Ezzaq tersenyum sendirian. Tidak mengapa, masa masih panjang..
**********
LENA Ezzaq terganggu apabila terdengar tangisan kecil. Matanya terbuka luas. Cahaya yang samar-samar di dalam bilik membantu dia untuk melihat kawasan bilik dengan jelas. Bunyi tanggisan datangnya daripada Adra. Ezzaq terus bangun.
“Adra..” Ezzaq menghampiri Adra yang sedang meringkuk dihujung katil. “Adra, kenapa ni…?” soal Ezzaq lagi.
Adra masih menangis.
“Adra, awak ok ke tidak ni…?” Ezzaq mula naik risau.
Tanpa membuang masa, Ezzaq melangkah mencari suis lampu. Bergelap seperti ini dia dia pun tidak tahu hendak buat apa. Keadaan Adra sendiri pun dia tidak tahu, hanya tangisan yang dia dengar.
Suis lampu bilik ditekan. Terang benderang. Kelihatan Adra memegang perutnya.
“Awak sakit perut ke…? Adra senggugut ke…?” tanya Ezzaq, mungkinkah sebab Adra tengah period. Itu yang selalu orang perempuan alamikan? Mamanya selalu sengugut dan kadang-kadang dia ada juga membantu legakan kesakitan mamanya. Biasanya mama gunakan air suam jika tiada ubat panas.
Namun Adra menggeleng.
Bukan.
“Saya lapar….” Jawab Adra. Wajahnya berkerut.
Ezzaq hendak tergelak mendengar jawapan Adra. Tadi bukan main sombong tak nak makan. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Adra lapar, hilanglah sedikit kerisauannya.
“Awak nak makan apa, nak saya pergi beli ke…? Atau nak saya masak apa-apa.?”
“Kat dapur….” Kata Adra terhenti apabila perutnya mencucuk-cucuk.
“Okey. Saya tengok ada makanan tak dekat dapur..” tanpa menunggu jawapan Adra, Ezzaq terus keluar dan menuju ke dapur.
Lima minit kemudian, Ezzaq kembali dengan membawa dulang makanan ke dalam bilik. Memang ada makanan ditinggalkan dibawah saji. Mungkin mama sudah sediakan awal-awal. Makanan diletak dimeja berdekatan katil.
“Awak boleh bangun tak…? Jom makan dulu.”
Adra cuba duduk dengan selesa walaupun perutnya mencucuk-cucuk. Dia agak dapat bertahan sampai pagi esok, tapi dia tidak mampu. Hendak bangun sendiri pun, perutnya terlalu sakit. Sukar untuk dia berjalan. Mujurlah ada seseorang dalam biliknya.
“Bahaya tau awak biarkan perut kosong, boleh jadi gastrik..” kata Ezzaq perlahan. Wajah Adra direnung tenang.
Gelas susu dihulurkan kepada Adra. Gelas bersambut.
“Tadi sombong, saya ajak makan tak nak…” kata Ezzaq sambil tersenyum.
“Awak kalau nak perli saya, pergilah tidur balik…” tegas Adra.
Ketawa Ezzaq kedengaran. “Awak makan dulu, lepas awak dah makan saya tidur.”
Adra tidak menghiraukan Ezzaq yang memandangnya, hidangan dihadapan mata di suap perlahan-lahan ke mulut. Tiada sepatah kata pun keluar. Ezzaq pun sama. Hanya matanya mengikuti pergerakan tangan Adra.
“Awak masih degil dan comel macam kecil-kecil dulu…” kata Ezzaq perlahan. Bibirnya terukir senyuman nipis. Fikirannya tidak mampu bertahan untuk mengingati kehidupan mereka ketika zaman kanak-kanak dahulu sebelum Adra sekeluarga berpindah.
Adra..?
Diam. Malas nak mengimbau masa lampau. Ini bukan masanya. Dan ini bukan yang dia mahukan. Fikirannya sudah sarat dengan pelbagai perkara, jadi dia tidak mahu memberatkan lagi dengan mengingati kenangan mereka. Entah indah entah tidak. Yang pasti dia masih kecil ketika itu.
Ezzaq pula dengan rela hati mengangkat dulang setelah Adra melicinkan semua makanan yang ada.
Hah! Tahu lapar, mogok makan lah lagi.
Ezzaq ketawa dalam hati.
Adra sudah berbaring ketika dia kembali ke bilik semula.
“Awak tak takut gemuk ke terus baring selepas makan…?” tegur Ezzaq. Saja mahu bersembang dengan Adra. Daripada semalam, berapa patahlah sangat suara Adra yang keluar.
Namun tugu Adra seperti tombok besar China. Dia tetap mendiamkan diri.
Ezzaq bersandar di sofa dihadapan Adra. Itulah tempat tidurnya malam ini. Awal-awal lagi Adra sudah memberi signal untuk dia tidak mendekati katil atau dalam erti lain, jangan berangan nak tidur satu katil. Kalau tak, tidur dekat luar.
“Adra….”
Adra diam.
“Adra Arissa….”
Adra pejam mata.
“Awak nak tidur dah ke…?” tanya Ezzaq lagi.
“Awak nak apa…?” Adra bangun dari pembaringan. Ezzaq dipandangnya tajam.
“Selamat malam… Assalamualaikum….” Ezzaq senyum dan selimut ditarik menutup keseluruhan badannya. Baik dia tidur sebelum Adra mengamuk. Muka semacam dah tu.
Adra pula hilang mood untuk teruskan tidur. Dia bangun menuju ke balkoni. Pintu ditolak perlahan. Angin malam meniup lembut, kesejukkan terasa hingga ke tulang. Adra berpeluk tubuh, kerusi di balkoni menjadi tempat persinggahannya. Jam di dinding dikerling, jam 2 pagi.
Kedua kaki diangkat dan dipeluk kemas.
“Kalau sejuk masuklah…” kata Ezzaq tetapi dia pula menarik kerusi disebelah Adra.
Wajah Adra dipandangnya. Samar-samar namun masih jelas wajahnya redup. Kecewa sangatkah dia dengan perkahwinan ini.?
“Kita boleh jadi kawan. Saya tak paksa awak untuk terima saya sebagai suami awak sepenuhnya. Kita kenal-kenal dulu. Cuma saya nak, kalau boleh awak jangan paksa diri awak macam ni. Abaikan kesihatan awak. Abaikan waktu makan awak. Jangan seksa diri awak.” Kata Ezzaq perlahan. Dia ingin memujuk Adra, namun risau juga pujukannya boleh menaikkan marah Adra.
Pandangan Adra masih ke depan.
“Saya tak perlukan kawan…” jawabnya mendatar.
Ezzaq merenung wajah Adra. Seriusnya.
“Baiklah. Kalau awak tak nak kawan dengan saya pun tak mengapa, lagipun kita masih ada banyak masa. Baru semalam kita kahwin. Bagi masa saya kenali awak yang sekarang dan saya pun sama, saya bagi masa untuk awak kenali saya dulu. Mana tahu lepas ni awak sudi berkawan dengan saya. Sudi kenal-kenal dengan saya. Ataupun sudi letakkan saya dalam hati awak.”
Berani Ezzaq letakkan angan-angan yang tinggi.
“Saya takkan cintakan awak….” Putus Adra tegas.
Ezzaq senyum. “Tak kenal maka tak cinta..”
“Kalau dah kenal, tetapi saya masih tak cintakan awak….” Duga Adra. Kini matanya memandang anak mata Ezzaq. “Tetapi sebenarnya saya tiada sebab kenapa saya perlu nak kenali awak.” Balas Adra sedikit keras.
“Mesti ada sebab..” bantah Ezzaq.
“Tiada.”
“Kalau saya rasa ada..”
“Itu sebab awak, tapi saya pasti saya tiada…”
“Saya pasti awak ada sebabnya..”
Adra mendengus. Dia ni!
“Okey fine…! Give me the reason..” Ezzaq dipandang geram. Anak siapalah ni, mulut dia boleh tahan juga kalau menjawab.
“I’m sure that you also know the reason..” putar Ezzaq lagi. Sengaja dia mengikut rentak Adra.
“Dia ni…!” Dahi Adra berkerut-kerut.
Ezzaq ketawa dalam hati. Adra dipandangnya sekilas. Marahlah tu..
“Yaa.. saya tahu sebab awak dengan saya mesti sama..” sambung Ezzaq. Sengaja hendak menaikkan darah isterinya lagi.
“Stop it..”
Ezzaq ketawa kecil. Geram saja tengok mulut kecil Adra membentak.
“The reason is… Because I’m your husband now.. Remember that.” Ezzaq bangun. “Jangan duduk lama sangat dekat luar. Sejuk ni..” Diusapnya kepala Adra dan dia terus masuk ke dalam.
Adra sedikit bengang, berani Ezzaq memegang kepalanya. Namun tidak pula dia memprotes, hanya biarkan Ezzaq berlalu. Cuma terngiang jawapan Ezzaq. ‘Im your husband’.
No!!
Sepatutnya Azad yang jadi suaminya sekarang.
Share this novel