Telefon di letak semula di atas meja. Matanya tidak berkelip-kelip melihat skrin telefon. Dalam hatinya berdoa. Come on Adra.. Text me.. Please…
Seperti doanya termakbul, skrin telefon bernyala. Pantas tangan Ezzaq menyambar telefon dan terus skrin dibuka. Sememangnya mesej daripada insan yang dinantikan.
Saya balik esok…. – Adra
Walaupun pendek mesej yang diterima namun dia memberi impak yang sangat besar pada dirinya. Ezzaq senyum lebar.
Alhamdulillah.
Yeah..!!
Thanks sayang, saya datang pickup awak esok dekat airport. Flight pukul brapa…? – Ezzaq
2.30ptg.. – Adra
Okey gud.. Cant wait to see you again.. – Ezzaq
Ezzaq terus bangun mencari Atikah. Atikah sedang tekun menghadap komputer di tempat kerjanya.
“Atikah, uruskan saya cuti esok..” pinta Ezzaq dengan wajah ceria.
Wajah En Ezzaq yang berdiri di depan mejanya dipandang lama. “Betul ke boss…?” Belakang kepalanya di garu.
“Betullah…”
“Tapi esok boss ada appointment dengan Datuk Hasnol… Tadi kan saya dah ingatkan..” Boss ni…
Ezzaq menepuk dahi. Terlupa. Betul-betul terlupa. Mesej daripada isterinya tadi menyebabkan dia lupa semua perkara.
“Appointment pukul brapa..?”
“Lunch time, pukul 1 petang boss…”
“Dah lunch time, kenapa buat appointment pulak..” Ezzaq sudah bercekak pinggang.
“Boss agree sahaja masa Dato set appointment sebelum ini…” Atikah menggaru kepala.
“Ya ke..?” Giliran Ezzaq pula mengaru kepala.
Ezzaq berkira-kira, kalau jam 1 petang dalam satu jam boleh settle kot. Sempat nak gerak ke KLIA.
“Appointment dekat mana…?”
“Datuk pilih office dia, Kota Damansara.”
Ezzat mengeluh. Jauh benar nak pergi.
“Boleh anjak masa ke..? Awalkan ke..?”
“Nanti saya tanya Dato dulu, boss nak pukul berapa..?”
“Pagi much better.. Nanti update saya.”
“Okey boss…” sekali lagi Atikah menggaru kepala. Pening dengan sikap En Ezzaq sekarang. Macam lalang, sekejap okey, sekejap pelik. Lama-lama boleh menambah koleksi uban dekat kepala. Stress terlebih. Bukan sebab kerja, tetapi sebab boss pening.
Namun permintaan En Ezzaq dituruti. Email dihantar kepada setiausaha Dato Hasnol.
Seketika, Atikah masuk ke bilik Ezzaq.
“Boss, Dato cakap pagi dia ada appoinment lain. Jadi Dato prefer boss ikut jadual asal..” maklum Atikah.
Ezzaq menyandar di kerusi. Kepala digaru.
“Okeylah kalau macam tu. Cuma kosongkan jadual saya selepas appoinment dengan Dato..”
Atikah ingin bertanya, namun. “Baik boss… saya keluar dulu..”
Ezzaq mengangguk.
“Atikah…” panggil Ezzaq sebelum setiausahanya keluar. “Lusa tolong uruskan cuti saya..”
“Boss nak cuti lagi…?”
Keningnya dijongket. “Ada masalah ke kalau saya cuti..?”
Atikah tersengih. “Tak adalah. Sebab boss baru lagi cuti.. Baik boss saya akan uruskan.” Dan dia terus keluar dari bilik Ezzaq. Mesti ada sesuatu, sebab En Ezzaq nampak lain sangat daripada dalam bilik mesyuarat tadi.
Tak kisahlah. Asalkan boss happy. Bila boss happy dia pun senang hati nak buat kerja.
*********
PERJUMPAAN dengan Dato Hasnol berjalan seperti biasa. Dia cuba untuk memberikan servis yang terbaik kerana Dato Hasnol sudah beberapa kali menggunakan khidmat hiasan dalaman daripada syarikatnya. Bukan senang untuk kekalkan pelanggan yang sama. Namun alhamdulillah, mereka mampu mengikat Dato Hasnol sebagai favorite client.
Pelan projek yang sudah disiapkan dalam beberapa hari ini dibentangkan kepada Dato Hasnol. Dato seperti bersetuju cuma perlu ada beberapa bahagian kecil perlu diubah. Oleh kerana Dato Hasnol seorang yang sangat teliti di dalam cara kerjanya, jadi Dato Hasnol mahu mereka membentangkan pelan yang telah diubhasuai. Ezzaq tidak kisah untuk menukar atau menambah baikkan pelan, kerana sememangnya Dato mahukan yang terbaik dan clientnya ini juga bukanlah jenis Dato kekwat yang cerewet..
Jam tangan dipandang sekilas. Jam sudah menunjukkan 2.45 petang. Telefon dicapai dan ada mesej daripada Adra yang mengatakan dia sudah flag off dari Terengganu. Tidak sedar bila masanya dia menerima mesej daripada Adra. Atau pun sebenarnya dia terlalu fokus untuk menyiapkan pelan dalam masa yang singkat. Agendanya selepas mesyuarat adalah lebih penting. Jadi dia tidak mahu berlengah.
Dia berkira-kira mungkin dalam 3.30 atau 3.45 petang Adra akan tiba di lapangan. Jadi dia perlu cepat. Tambahan jika waktu sudah menginjak ke petang, kemungkinan dia akan tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Sudahlah Damansara memang terkenal dengan jammed.
Suasana di dalam bilik mesyuarat sunyi. Hanya papan keyboard laptop yang berbunyi.
“Ezzaq…”
“Yes…”
“I balik dengan you nanti boleh…?” tanya Hanis. Dia sangat gembira apabila Dato Hasnol memilih untuk bekerjasama dengan Ezzaq dan Ezzaq pun seperti tidak menghalang mereka berganding bahu untuk projek kali ini. Jadi awal-awal pagi tadi dia sudah bersiap sedia untuk hadir perjumpaan bersama-sama dengan Ezzaq. Inilah masanya untuk dia luangkan bersama-sama.
“Tak boleh. I ada hal.” Jawab Ezzaq. Wajahnya masih melekat di skrin komputer ribanya.
“Ala.. Hal apa…?”
“Adalah…”
“I ikut you sekali lah kalau macam tu. Lepas hal you dah settle kita pergi makan okey…?” pujuk Hanis.
“I don’t think so..”
“You ni… Lepas tu I nak balik macam mana…?”
“Dah tadi you datang macam mana…? Baliklah macam you datang tadi..” balas Ezzaq tiada perasaan.
Hanis mendecit. Penat dia menunggu Ezzaq untuk datang bersama-sama, alik-alik Ezzaq pergi dulu tanpa menunggunya. Terpaksalah dia meminta Asrol hantarkan. Itupun mujur Asrol sanggup.
Hanis disebelahnya dipandang sekilas.
“Kereta you mana…?” tanya Ezzaq apabila Hanis tidak menjawab.
“Ofis…”
“Call lah budak ofis, minta dorang pickup you dekat sini…”
“I malaslah nak susahkan dorang. Lagipun alang-alang you pun ada dekat sini. Kita balik sajalah sekali.”
“I tak boleh tumpangkan you..” putus Ezzaq lagi. “Come on Hanis, you jangan habiskan masa kita dengan benda remeh temeh ni, kita kena siapkan ini cepat.”
Hanis mencebik.
“En Ezzaq, Dato dah bersedia untuk next presentation..” kata Suraya yang tiba-tiba masuk.
Ezzaq senyum. “Sure.. Give me five minutes to complete this…”
“Orait, saya akan inform Dato..”
“Thanks..” kata Ezzaq.
Suraya melangkah keluar dari bilik mensyuarat.
“Dengan dia you boleh senyum. Dengan I tak senyum pun…” Hanis mengomel namun Ezzaq masih mendengarnya.
Malas nak bertelagah, Ezzaq menetapkan fokus kepada design yang hampir siap. Hanis merupakan kawannya dari Universiti dan juga ahli syarikatnya juga. Biarlah apa Hanis nak fikir atau merungut, yang paling penting, dia perlu habiskan sesi ini dengan secepat mungkin.
Lima minit kemudian, Dato Hasnol masuk ke bilik mesyuarat. Ezzaq kembali menyambung pembentangan untuk perubahan yang dilakukannya. Tanpa banyak soal, Dato Hasnol berpuas hati dengan pelan yang baru diusulkan, Ezzaq menarik nafas lega, begitu juga dengan Hanis.
Tanpa sedar, rupanya hampir jam 4 petang baru mesyuarat mereka tamat. Dengan cekap Ezzaq mengemas semua barangnya. Dia perlu cepat. Laptop ditutup dan terus dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Fail dan kertas lakaran dimasukkan ke dalam tiub khas.
“Ezzaq, saya mengharapkan yang terbaik dari awak kali ini..” kata Dato Hasnol, tangan Ezzaq dijabatnya.
“Insyaallah Dato, terima kasih memberikan peluang kepada kami sekali lagi.”
Dato Hasnol mengangguk. “Saya sangat senang berkerjasama dengan kamu dan syarikat kamu Ezzaq. Saya mengharapkan di masa hadapan pun, saya mahu pilih syarikat kamu.”
“Alhamdulillah.. Terima kasih Dato.” Ezzaq senyum lebar.
“So, jom kita minum petang sekali…” tawar Dato Hasnol.
Jam ditangan dikerling. Pukul 4 petang tepat.
“Maafkan saya Dato, saya berbesar hati, tapi saya dah lambat nak pickup isteri saya dekat airport..” tutur Ezzaq berhati-hati. Apa-apa pun hati client masih perlu dijaga.
“Oh seriously, you dah kahwin…?” terkejut Dato Hasnol mendengarnya. “I ingat you single lagi. Baru nak kenalkan dengan daugther 1..” kata Dato Hasnol, sambil tergelak kecil. Secara jujurnya dia sukakan keperibadian Ezzaq.
“Ya Dato..” Ezzaq senyum tipis.
“Baiklah kalau macam tu, saya takkan ambil masa kamu lagi. Patut nampak macam rushing sahaja tadi.. Okey, maybe next time.. Take care..” pesan Dato Hasnol. Bahu Ezzaq ditepuknya.
“Sure Dato.. Thank you very much..”
Ezzaq terus menuju ke lif setelah Dato Hasnol melangkah meninggalkannya. Damansara ke KLIA. Dalam 45 minit. Harap-harap Adra belum keluar. Langkah kakinya dilajukan menuju ke kereta
“Ezzaq… I nak tumpang you balik…” Hanis sudah berada disebelah penumpang. Bukan dia tidak dengar Ezzaq mahu mengambil isterinya di airport ketika bercakap dengan Dato Hasnol tadi. Dia sengaja mengekori Ezzaq dari belakang.
Hanis dipandang tajam. “Hanis.. Tolonglah. I dah lewat…”
“Kenapa you nak kejar dia lagi. Bukan dia sudah tinggalkan you ke…?” tanya Hanis dengan nada marah. Dari mana Hanis dapat tahu kisah Adra meninggalkannya pun dia tidak pasti. Namun sekarang bukanlah waktu untuk persoalkan perkara itu. Adra lagi penting.
“I yang bersalah dalam hal ini. Dia sudah sudi maafkan I, I dah cukup bersyukur dah.. so please.. I nak cepat ni..”
“I tak nak keluar. Kalau dia tak nak dengan you, I boleh gantikan tempat dia…Kumbang buka seekor, bunga pun bukan sekuntum. Kalau bunga tu tak nak, bunga ni nakkan you Ezzaq. Kenapa you tak pernah nak nampak atau peduli perasaan I. Dah banyak kali I cakap, I sukakan you, I nak jadi isteri you, dan you jadi suami I. Susah ke you nak telan benda yang I cakap ni..” Hanis bertegas.
Ya. Sejak Ezzaq berkahwin, hatinya kecewa. Namun kekecewaannya terubat apabila tanpa Ezzaq sedari dia terdengar perbualan Ezzaq dengan seseorang. Daripada perbualan itu dia dapat meneka ada masalah dengan perkahwinan Ezzaq. Ketika itu, dia terdengar Ezzaq mengatakan Adra masih belum ditemui. Secara automatik kening Hanis terangkat. Isteri Ezzaq melarikan diri ke..? Jadi masih ada pelung untuk dia dekati Ezzaq. Namun sekarang, Ezzaq seperti gilakan perempuan itu. Takkan Ezzaq tak boleh nak fikir. Hanis mendengus. Geram.
Ezzaq pula mengeluh. Susah kalau cakap dengan orang degil ni. Cakap benda yang sama berkali-kali pun tak faham-faham.
Enjin kereta dihidupkan dan dia terus meluncur laju menuju ke KLIA 2. Hanis senyum kemenangan. Kali ini biar dia yang tunjukkan mana yang buruk atau baik untuk Ezzaq. Kalau pun Ezzaq membawa dia berjumpa dengan isterinya, Hanis tidak kisah. Mahu juga melihat wajah perempuan yang sombong itu.
Reaksi Hanis disebelah tidak dihiraukan. Dia sendiri malas nak berbalas dengan Hanis. Cakap pun bukan faham. Setelah lima minit perjalanan mereka, ternampak signboard MRT ke ofisnya. Tanpa fikir panjang, Ezzaq terus berhentikan keretanya.
“Please Hanis… Kalau you perangai macam ni lagi, jangan harap lepas ni you dapat ikut I pergi ke mana-mana waktu kerja..” ugut Ezzaq.
Hanis merengus. “You memang tak faham kan Ezzaq..!”
“Ya.. Memang I tak faham, dan I tak nak faham pun. So kalau you faham sangat, sila keluar dari kereta I sekarang.” Balas Ezzaq malas.
Hanis menjeling Ezzaq disebelah. Hatinya sebal dengan reaksi selamba Ezzaq. Akhirnya dia mencapai handbang dan fail dan terus keluar dari kereta Ezzaq. Pintu kereta dihempas kuat tanda geram dan protes.
Setelah Hanis keluar, dia terus memecut laju.
Fuh..
Terlepas satu masalah..
Tiba-tiba terdengar bunyi dari telefonnya menandakan ada mesej masuk. Tangannya menolak skrin telefon dan memang mesej Adra mengatakan dia sudah tiba di KLIA dan sudah pun keluar ke ruang luar. Earphone disumbat ditelinga dan terus mendail nombor Adra.
“Sayang…” panggil Ezzaq setelah mendengar suara Adra.
“Awak kat mana..? Saya sudah keluar ni…”
“Maaf meeting saya habis lewat tadi, masih on the way lagi.. Dalam 20 minit lagi saya sampai.. Adra tunggu saya dekat mana-mana tempat makan dulu ya…”
Adra diam seketika.. “Kalau awak busy, its okey saya naik grab sahaja..” putus Adra kemudian.
“Jangan sayang.. Wait for me.. Please…” rayu Ezzaq. “Jangan ambil grab ke teksi ke… Saya tak izinkan… Tunggu saya kat foodcourt ke, atau dekat mana-mana… Please… Saya dah masuk highway KLIA dah ni…”
“Baiklah kalau macam tu.. Saya tunggu… Jangan bawak laju sangat kereta tu…”
Bibir Ezzaq mengorak senyum. Sayang juga awak dekat saya ya.
“Baik.. Saya bawa hati-hati.. but please.. Wait for me there…”
Adra kemudian mematikan talian.
Share this novel