Terjaga dari tidur, Adra terkejut melihat ada tangan berlingkar di pinggangnya. Dan keadaan badannya yang tidak berpakaian dari atas ke bawah. Hanya dilitupi dengan selimut hotel. Adra menggigit bibir dan dia mula menangis.
Dia kesal kini.
“Adra… Kenapa ni…?” lena Ezzaq terganggu ketika mendengar tangisan di sisinya. Badan Adra dipeluknya dari belakang.
Wajah Ezzaq tidak dipandangnya. Tangan Ezzaq yang berlingkar dipinggannya ditolak kasar. “Jangan sentuh saya..!” marah Adra dalam geram. Dia tidak berani untuk melarikan diri sedangkan badannya tidak berpakaian, dan dia sendiri tidak mahu melihat keadaan Ezzaq dibelakangnya.
“Apa awak dah buat pada saya….?”soal Adra dalam tangisan. Dia tahu apa yang dia pertahankan dari dua minggu yang lepas telah hancur.
“Apa yang kita dah buat..? Itu hak kita sayang, sebagai suami isteri…” ucap Ezzaq perlahan. Bahu Adra diusap lembut. Cuba memujuk isterinya.
Semakin lebat pula air mata Adra keluar.
Ezzaq..!!
Jeritnya dalam hati.
“Awak tahu yang saya tak cintakan awak…” tegas Adra.
“Awak cintakan saya…” balas Ezzaq tenang. Itulah yang dia dapat rasakan. Adra ada perasaan terhadapnya, cuma mungkin masa yang akan menentukan.
Tanggisan Adra semakin kuat. Bagaimana harus dijelaskan kepada Azad nanti. Apa penerimaan Azad nanti..?
“Saya minta maaf jika saya menyakiti awak. Tapi saya ikhlas cintakan awak sebagai isteri saya. Saya redha dan terima awak sebagai isteri saya. Dan yang paling penting, saya tak sanggup hendak ceraikan awak. Maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan awak yang satu tu.” Ucap Ezzaq tulus. “Saya mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ya…”
Adra berbungkus di dalam selimut ketika Ezzaq ke bilik air. Tangisannya mula reda, macam mana dia boleh merelakan..
Arrgghh….!
Ezzaq yang menggodanya.!
Tetapi kenapa dia boleh tergoda..!
Siapa yang salah sekarang..?
Adra bangun dan memang ada kesan warna merah diatas tilam.
Adra buntu. Dia perlu melarikan diri. Belum sempat dia bangun, Ezzaq sudah keluar dari bilik air dan sudah siap berbaju.
Tanpa melihat wajah Ezzaq dia terus ke bilik air. Air matanya turun bersama air hujan. Tiba-tiba Adra teringat sesuatu, dia baru habis tempoh period. Macam mana kalau dia mengandung, Azad akan terima dirinya lagi ke…? Semakin laju air matanya mengalir, selaju air hujan yang mencurah badannya,
Keluar dari bilik air, Ezzaq sudah tiada di bilik. Adra cepat-cepat bersiap dan dilihatnya katil sudah berkemas. Kain cadar juga sudah bertukar kepada yang bersih. Jadi sekarang, dia perlu melarikan diri, tidak kira ke mana pun.
Beg dicapai dan Adra bergegas keluar. Di muka pintu dia bertembung dengan Ezzaq.
“Awak dah siap. Jom kita makan dulu. Mama pesan ambil baju untuk majlis esok pagi.” Kata Ezzaq dengan senyuman manis terhias dibibir.
“Saya nak balik…” putus Adra senada.
“Stay with me please... Your family anda mine semua sudah sampai hotel dah.” Balas Ezzaq.
Adra sedikit terkejut dengan jawapan Ezzaq. “Maksud awak…?”
“Esok kan majlis kita, majlis pun memang akan dilangsungkan di hotel ni… Jadi semua ahli keluarga kita bermalam dekat sini malam ni…” terang Ezzaq.
“Kenapa majlis kat sini..?” tanya Adra pelik.
Kening Ezzaq terangkat. “Memang majlis dekat sini. Mama memang sudah buat tempahan awal sebelum ini..” Jelas Ezzaq
“Kenapa saya tak tahu…?”
“Mama tak cakap dekat awak ke..?”
Adra terdiam. Kalau mama cakap pun memang dia tidak akan ambil kisah. Jadi ada beza ke mama beritahu atau tak. “Abang tahu tak…?”
“Aidan mestilah tahu. He’s one of our family kan. Saya yang update bilik yang kita dah tempah. Kenapa…?”
Adra terdiam lagi. Abang!!!
This is what for sorry that you said just now!!!
Abang perangkap adik sendiri. Okey fine.!
Semakin sebal terasa hatinya.
Melihat riak wajah Adra berubah, Ezzaq terdiam seketika. Terlajak menjawab, harap Adra tidak berfikir bukan-bukan.
“Jom kita makan dulu…” Ezzaq cuba mengalihkan perhatian Adra semula.
Adra tidak bergerak, namun Ezzaq menarik tangan Adra supaya mengikuti langkahnya.
“Don’t touch me…” tegur Adra tegas.
Wajah Adra dipandang sekilas namun tidak terasa ingin mendengar teguran isterinya pun. Semakim kemas pula gengaman tangannya adalah. Semoga Adra boleh menerimanya seadanya selepas ini.
“Did you hear me..? Don’t touch me..” tegur Adra sekali lagi apabila menyedari Ezzaq semakin menguatkan gengaman tangannya.
“I won’t..” balas Ezzaq senada.
Adra mendengus kasar. Terasa dunianya hampir kecundang. Apa yang dirancangnya semua tidak menjadi.
Dalam hatinya menyimpan perasaan marah dan terkilan. Sampai hati abang Aidan. Patutlah cepat sahaja abang usulkan untuk membantunya melarikan diri. Rupanya ada udang disebalik batu.
Kejamnya abang..!
Adra menangis dalam hati.
Ketika makan dia tidak bercakap langsung, setiap persoalan Ezzaq dibiarkan tanpa jawapan. Akhirnya Ezzaq diam.
*******
TEPAT jam 10.00 pagi, majlis bermula dengan ketibaan pengantin lelaki dan perempuan. Adra tetap sama. Hatinya membeku. Apabila Ezzaq menegurnya untuk senyum, hanya senyum tawar yang diberikan. Dengan Aidan dia langsung tidak bercakap. Papa dan mama yang sudah sedia maklum reaksi Adra hanya memberikan senyum bersahaja. Doa mereka semoga Adra berbahagia. Tiada lain yang diharapkan.
Adra dibawa berjumpa dengan saudara-mara sebelah Ezzaq. Hatinya tiada di situ, terasa diri dikhianati. Setiap patah yang ditanya, hanya senyum tawar dan anggukan yang diberikan. Tidak sabar untuk habiskan majlis yang hanya menyesakkan nafasnya.
“Malam ni kita dinner rumah parent saya boleh…?” soal Ezzaq.
Adra menggeleng.
“Mama saya nak sangat jumpa dan berborak dengan awak..Kita pergi sekejap sahaja. Malam kita balik hotel semula. Boleh.? ” pujuk Ezzaq.
“Just now dah jumpa kan… dan saya tak nak duduk hotel, saya nak balik rumah saya.” Putus Adra.
Wajah Adra dipandangnya. Ketat dan serius.
Baiklah isteriku. Akhirnya Ezzaq mengalah. Tiada guna memaksa Adra sekarang.
“Okeylah…kalau nak balik rumah awak jugak, nanti saya cakap dengan mama. Next time kita pergi, okey.. Jom saya kenalkan awak dengan kawan-kawan saya..” Ezzaq cuba berlembut. Kejadian semalam betul-betul mengubah Adra menjadi lebih dingin dari sebelum ini.
“Saya nak balik bilik…”
“Petang sikit kita naik ya…”
“No..saya nak naik sekarang.”
Adra sudah pun bangun.
“Baiklah…saya hantar awak naik atas.”
Setelah memaklumkan kepada keluarganya, Ezzaq membawa Adra ke bilik.
Sampai dibilik, Adra menanggalkan mekap dan menukar baju pengantin kepada baju biasa dengan cepat ketika Ezzaq menghilang ke bilik air.
“Awak nak pergi mana Adra…?” tanya Ezzaq yang baru keluar dari bilik air. Dia melihat Adra sudah pun bertukar pakaian dan sudah pun berada di muka pintu bilik.
Soalan Ezzaq dibiarkan tanpa jawapan, dia perlu cepat. Pintu bilik terus ditutup. Dia perlukan ketenangan. Hidupnya pasti akan berubah 360 darjah sekiranya dia mengandung. Dari semalam dia pendamkan. Demi menjaga air muka keluarga Ezzaq dia turutkan. Dia hadir majlis tadi, namun hatinya tiada disitu.
Adra dulu melarikan diri.
Ezzaq mengelabah apabila pintu bilik sudah ditutup rapat. Cepat-cepat Ezzaq keluar dari bilik air dan melengkapkan pakaiannya.
Ezzaq sudah ketinggalan ketika dia sampai di bawah. Kelibat Adra sudah hilang. Ezzaq berlari anak ke ruang lobi hotel, moga Adra masih ada di situ.
Namun hatinya lebih terkilan ketika ternampak Adra menaiki sebuah kereta. Dan lelaki itu membuka pintu untuk Adra. Kekasih dia kah…?
Ezzaq terduduk di sofa di ruang lobi. Dia senyum tawar. Di hari majlisnya sendiri, pengantin perempuan pergi bersama lelaki lain. Namun apa yang dia harapkan, hati Adra tidak pernah terbuka untuknya lagi. Mungkin Adra perlukan masa. Ezzaq tekad di dalam hatinya, dia tidak akan sesekali melepaskan Adra.
Telefonnya berbunyi, nama mama terpapar di skrin.
“Along kat mana tu…? Kawan Along datang ni..”
“Along ada dekat lobi, kseejap along datang.” Langkah kakinya dihala menuju ke arah dewan majlis semula.
“Mana Adra…?” soal Pn Zati apabila Ezzaq keseorangan. Tadi mereka keluar berdua.
“Adra tengah rehat…” jawab Ezzaq lemah. Tidak mungkin dia akan maklumkan perkara sebenar kepada mamanya.
“Betul ke, tapi kenapa muka Along macam lemah semacam saja..Along gaduh lagi ke?”
Ezzaq hanya senyum hambar. Biarlah mama menganggapnya begitu, daripada mama mengetahui kebenaran menantunya melarikan diri dengan lelaki lain.
“Along jumpa kawan Along dulu…”
“Yelah…” Puan Zati mengalah. Namun hati ibunya menjadi tidak tenang. Makin teruk kah hubungan mereka.? Dia sedar yang Adra sepanjang majlis memang tidak beria langsung. Senyum pun tawar.
Dilihatnya Ezzaq bersama kawan-kawan, anaknya masih boleh bergelak tawa.
Hanya doa yang dia panjatkan pada Allah semoga perkahwinan mereka kekal.
“Mana isteri kau, Ezzaq…?” Soal Hamidi. Dipandang sekeliling, tiada perempuan yang berpakaian pengantin di dalam dewan.
“Ada kat bilik, rehat…” sekali lagi Ezzaq berbohong.
“Ceh!, Ada bini nak sorok pulak…” kata Asrol diselangi dengan ketawa dengan yang lain.
“Sampai hati you Ezzaq… You saja kan tolak cinta I…” Hanis pula mencelah.
“Ezzaq dah kahwin lah Hanis, move on lah…Kalau you nak, I pun masih single…” balas Hamidi.
Ezzaq mengangguk. “Betul.. I dah kahwin pun. Lagipun kita kan kawan saja.. Tiada istilah I tolak cinta you lah…”
“Tapi dari dulu I tunggu you…Tup-tup you kahwin mengejut macam ni..”
“Bosan lah tajuk kau ni Hanis.” Celah Asrol pula. “Yang single kau tak nak pandang, suami orang jugak yang kau kejar.” Sambungnya sambil mengekek ketawa.
“Alah you ni Asrol, Hamidi. You all tak ada karakter macam Ezzaq yang I suka..” Hanis tidak mengalah. “Lagipun quota you kan empat Ezzaq. I sanggup jadi nombor dua…” senyuman dibibir dimaniskan untuk Ezzaq seorang. Ezzaq seorang yang tegas namun sangat menghormati wanita. Lelaki itu juga banyak membantunya dalam segala hal. Bagaimana hati perempuannya tidak tersentuh dengan kebaikan yang Ezzaq tunjukkan.
“Kalau you sanggup sekali pun, I tak sanggup nak tambah dua ke, tiga ke, empat ke.. Sorang dah cukup..” balas Ezzaq ikhlas. Dia sendiri tiada niat nak menduakan Adra, walaupun Adra sendiri seperti madukan dia dengan lelaki lain.
“Along…” Panggil En Zakwan.
“Eh korang makanlah, bapak aku panggil tu…nanti sebelum balik, jumpa aku dulu tau…” pesan Ezzaq.
“Okey-okey…” mereka menjawab serentak.
Ezzaq menghampiri En Zakwan dan dia dikenalkan kepada kawan-kawan papanya. Sekali lagi dia menjawab kerana ketiadaan Adra. Hatinya tiba-tiba terasa sayu.
Adra…
Share this novel