TERSEDAR dari lena, tempat disebelahnya sudah kosong. Ezzaq sudah tiada di sisinya. Adra mengeliat malas. Jam di atas meja kecil di sebelah katil ditoleh, jam 9 pagi. Ezzaq dah balik ke rumah ke..? Kenapa tidak kejutkan dirinya.?
Adra bermalasan di atas katil. Semalam dia dapat tidur lena. Mungkin kerana badannya kepenatan agaknya. Teringat pesan Ezzaq sebelum matanya terpejam. ‘Jangan tinggalkan saya untuk bersama dengan lelaki lain’
Tchhh…!
Entah kenapa Ezzaq berkata begitu. Sedangkan perasaannya sekarang masih terumbang ambing. Nampak jelas dan ketara sangatkah dia seperti ingin memilih lelaki lain…? Ezzaq ni mengarut betul. Buat pesanan lain macam, sekarang dia pula balik tanpa memaklumkan apa-apa. Macam mana dia hendak tetapkan hati sendiri.
Huh..!
Adra bangun dan mula melangkah ke balkoni. Tempat kesukaannya pada apa-apa waktu pun. Awal pagi lagilah dia suka. Cahaya matahari pula naik bertentangan dengannya biliknya, jadi waktu pagi, suasana di balkoni sangat tenang dan sejuk. Itulah rutin hariannya sebelum mandi. Langsir ditarik dan dia keluar mengambil angin.
Segar rasanya.
Tiba-tiba terdengar suara orang bersembang di laman belakang. Adra mengintai dan dia ternampak kelibat mama dan juga Ezzaq.
Oh.. Ada lagi. Ingat dah balik.
Adra mencebik, baru teringat semalam mama ada suaranya untuk Ezzaq melihat taman di belakang. Entah apalah jadi dengan taman tu nanti. Mama pun macam tak beragaklah. Mentanglah menantu kesayangan, semua nak suruh Ezzaq. Ezzaq itu, Ezzaq ini. Apa, dah tak laku idea anak perempuan mama ni..? Adra mengerling sekilas sebelum masuk ke dalam semula. Ingatkan hendak bertapa di balkoni sebentar, namun dia memilih untuk masuk dan membersihkan diri dahulu. Tuala dicapai sebelum dia menghilang ke dalam bilik air.
Setelah berpakaian ringkas, Adra turun ke tingkat bawah dan dia menuju ke ruang belakang. Kerusi gantung dihampiri dan punggungnya berlabuh di situ. Matanya memandang mereka berdua. Tidak pula dia terasa mahu menegur mereka berdua sedangkan melihat perbincangan macam serius. Mama siap tergawang-gawang tangannya. Menantu dia pulak terhanggup-hanggup. Tercuit senyuman lucu dibibir Adra. Apalah yang dibincangkan oleh merek berdua.
“Hah…! Dah bangun dah…” tegur mama apabila matanya ternampak jasad anak perempuannya di kerusi. Namun pandangannya beralih kembali kepada menantunya. “Nanti Ezzaq dah buat design, Ezzaq bagi mama tengok dulu ya…”
“Boleh.. Nanti dah siap saya bagi mama tengok dulu, kalau mama berkena kita proceed.. Okey..?” kata Ezzaq.
Pn Ainun mengangguk. Mereka berdua menghampiri kerusi yang diduduki oleh Adra.
“Adra boleh buatlah mama, tak perlu nak susahkan Ezzaq. Lagipun Ezzaq tahu ke nak buat semua tu…” celah Adra. Karang kalau jadi tidak cantik, jangan duk suruh dia betulkan pula. Hangin satu badan nanti. Sudah ada anak pandai deko, karang duk sibuk dan menyuruh menantu kesayangan dia pula.
“Memang lah Adra boleh buat, tapi mama nak yang teratur sikit. Alang-alang Ezzaq tahu, mama minta tolonglah. Lagipun memang dah bidang Ezzaq kan…” balas mama.
“Bidang…?”
“Awak tak tahu ke suami awak kerja apa…?” soal mama. Macam perli pun ada. Amboi mama... Memang tak pernah berubah ya. Suka menangkan orang lain daripada anak sendiri.
Memanglah dia tidak tahu Ezzaq kerja apa, tak pernah nak tanya dan tak pernah nak ambil tahu pun. Ezzaq yang baru mengambil tempat duduk disebelahnya sudah tersengih.
“Mama masuk dululah. Pandai-pandai Adralah selepas ini…” kata Pn Ainun dan dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Tinggallah Adra dan Ezzaq diluar.
“Tak curiuos ke saya kerja apa..?” duga Ezzaq. Anak mata isterinya dicari namun wanita itu macam sengaja mahu melarikan pandangan daripada bertemu dengannya.
Adra mencebik. Dia nak tahu juga namun ego tu tinggi sikit. Malas nak bertanya.
“Tak nak tahu, saya tak nak cakaplah…” kata Ezzaq. Dia mula bersandar pada kerusi sambil menyilang tangan ke badan.
Tubir bibir Adra ternaik sedikit. “Ha.. Yelah.. Awak kerja apa..?”
“Tanya pun tak ikhlas. Malaslah nak jawab…” Ezzaq bangun dan mula melangkah.
Mata Adra terkedip-kedip.
Eh..!
Dia ni.. Main tarik tali pulak.
“Awak nak pergi mana tu…?” tanya Adra.
“Nak masuk dalam…” jawab Ezzaq selamba.
“Tak nak cakap sudah…” Adra malas hendak melayan. Nak pergi, pergilah. Tadi dia juga yang duk sibuk nak cakap.
Seketika dia terdengar ketawa kecil. Ezzaq sudah berpusing dan duduk disebelah Adra kembali.
Saja nak uji. Memang perangai isterinya lain macam sikit daripada perempuan yang pernah dia kenal. Sedangkan ada peluang, apa salahnya dia berbicara dan memberi peluang kepada isterinya untuk mengenali dirinya. Dia akui, selama Adra tinggal bersamanya, satu patah soalan berkaitan dengan dirinya pun tidak keluar. Dia sendiri pun tidak mahu bercerita. Bila tiba masanya, jika Adra sudi, dia akan bertanya jua. Ataupun akan adanya situasi seperti sekarang.
“Saya kerja biasa aje…” Ezzaq memulakan bicara.
“Cliché”
Ezzaq ketawa perlahan. Wajah Adra dipandangnya. Geram dengan mulut comel Adra. Cium karang baru tahu.
“Kalau syarikat saya nama Young Concept Design, sayang dapat agak tak kerja saya apa…?”
“Entah…”
“Jawablah macam tu, kan karang ada orang kena cium percuma…” kata Ezzaq.
“Apa kaitannya..?”
“Yalah.. Jawab acah-acah sahaja. Macam tak semangat sahaja nak tahu… Karang kalau kena cium, jangan marah..”
Kening Adra berkerut. Amaran tidak beragak.
“Yalah.. Tak tahu. Jadi awak kerja apa..? Apa jawatan awak..?”
Ezzaq ketawa senang. “Okey, saya sebagai Interior Designer. Syarikat tu actually share partner dengan kawan saya masa dekat universiti dulu.”
Adra mengangguk. Now make sense bila ada banyak buku interior designer dekat dalam pejabat Ezzaq sebelum ini. Tak pernah terfikir pula. Patutlah mama minta tolong dia ubah taman dekat belakang. Ada orang lagi professional rupanya. Kita yang amatur ni, letak tepi sahajalah…
“Kenapa…? Macam menung panjang sahaja…” soal Ezzaq.
Adra menggeleng kepala. “So, awak bos, tetapi awak kena buat design jugak ke..?”
“Ya… Ikut kepada client kita nak yang mana. Ada lagi designer dekat dalam ofis tu. Cuma kadang-kadang mereka prefer rujuk saya dulu sebelum proceed mana-mana projek..”
“Kira awak orang pentinglah ni.. Patut busy semacam…”
“Itu kerja.. Orang lain pun sama busy sahaja dengan saya. Nak-nak kalau ada projek baru masuk..”
Adra mengangguk.
“Tapi saya prefer jadi orang penting dalam hati awak daripada menjadi orang penting dekat ofis..” kata Ezzaq. Matanya melirik ke arah isterinya. Sengaja mahu melihat reaksi wanita itu.
Sekali lagi tubir bibirnya ternaik. Ayat.. Tak ingat dunia. “Why me…?” soal Adra. Dah lama sebenarnya dia hendak bertanya. Kenapa Ezzaq macam redha sahaja dengan perkahwinan mereka. Sedangkan sudah banyak perkara buruk yang dia lakukan, tapi Ezzaq tetap macam tu jugak.. Macam mana..? Macam sekaranglah.. Bertahan dengan sikap buruknya.
“Because its you…”
Adra buat muka. “Awak seriously tiada girlfriend ke sebelum kita kahwin..?”
“Ada…”
“So why did you break up..? Mesti dia patah hati sekarang…”
“Dah jodoh saya dengan awak. Dia kena terimalah…”
“Kesian dia.. Masih ada masa untuk awak perbetulkan balik keadaan kita semula. Lagipun perkahwinan kita sebab wasiat. Bukan sebab cinta..”
Ezzaq menggeleng. “Saya rasa keadaan sekarang sudah pun betul. Tidak perlu diperbetulkan lagi…”
“Awak faham maksud saya kan…?”
Ezzaq melepaskan keluh kecil. “Saya tak faham kenapa awak macam tak boleh terima hakikat jodoh kita macam ni…”
“Sebab saya rasa awak deserve better than me…”
“Ke sebenarnya awak yang rasa saya tak layak untuk awak…? Yalah kan.. Lagipun awak sudah ada Azad. Saya ini bukanya sesiapa. Saya hanya menganggu hubungan awak berdua sahaja kan..?”
“Don’t blame me back. Kita tengah bercerita tentang awak. Bukan saya…”
“Still same Puan Adra Arissa. Maafkan saya jika kerana saya hubungan awak terputus. So means you deserve better than me..” Ezzaq terus bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah.
“Ermm.. Kaki sentap pulak dia.. Orang cakap pasal dia, dia pusing pulak.. At the end kita juga yang salah..”
Hurrrmmmm…..
Menyampah..
********
SEMENJAK pergaduhan sentap antara mereka berdua, Ezzaq mula berubah laku. Walaupun di rumah, Ezzaq sedaya upaya mengelak dari berjumpa dengannya. Ezzaq sengaja pulang lewat malam dan keluar seawal pagi yang mungkin. Pening bila difikirkan. Rasa seperti hidup dengan lelaki lain.
Azad pula semakin kerap berhubung dengannya sekarang. Semenjak mereka berhubung semula, Azad kembali menjadi ceria dan sentiasa menceriakan harinya. Walaupun terkesan dengan layanan Ezzaq, namun dia cuba memadamkanya dengan kehadiran Azad.
Adra mengambil tempat di meja dan telefon dikeluarkan dari beg tangannya. Dari tadi berbunyi, minta diangkat..
“You dekat mana…? I dah sampai ni..” katanya apabila panggilan diangkat.
“I baru parking ni, you tunggu sekejap ya…” balas Azad. “Give me 15 minutes, I nak belikan sesuatu untuk you…”
Adra tersenyum. Azad selalu menghadiahkan dia sesuatu sekarang. Memang berbeza dengan Azad yang dulu. Azad sekarang sememangnya terlebih caring. Kadang-kadang timbul juga rasa bersalah kepada Ezzaq, namun diusirnya perasaan itu.
“Sure. I tunggu you dekat sini..” balas Adra. “Tapi jangan lambat sangat, kalau tak I balik sahaja…”
Azad gelak besar mendengar jawapan Adra. Adra memang tidak pernah berubah. Ketegasan wanita itu yang menyebabkan dia terus melekat. Dia sukakan sisi Adra yang itu. Mungkin ada lelaki tidak suka atau sifatkan perangai itu seperti keras kepala. Tetapi tidak bagi dia, orang yang seperti itu dalam erti lain sebenarnya pandai membawa diri dan mungkin susah untuk dibuli.
“Don’t leave me dear. Sekejap sahaja..” balas Azad.
“Okey..”
Panggilan diputuskan dan ketika itu juga Azad sudah muncul dipintu masuk restoran. Bibirnya lebar dengan senyuman.
Azad mendekatinya.
“Kata 15 minit. Ini tak berapa minit dan muncul..” tegur Adra. Terkejut pun ada.
Azad ketawa. “Iklan sahajalah. Mana boleh bagi you tunggu lama-lama. Rugi tau…”
“Eleh…” Adra turut tergelak. Ayat overlah sangat En Azad oii...
“For you…” bungkusan kecil dihulur kepada Adra.
“Apa pula kali ni…? You ni kan.. Tak payah susah-susah belikan I hadiah pun..” namun hadian pemberian Azad tetap diterimanya.
“Tak apa.. I nak create something new antara kita. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.. I kalau boleh nak treate you 100% better than before.. I nak value you lebih dari segalanya-galanya.” Ucap Azad ikhlas.
“Macam over sahaja kata-kata you tu… Jangan melebih-lebih sangat ya. Banyak benda lagi yang you patut value dalam hidup you selain daripada I, okey.."
Azad tergelak. “I’m serius.. Biarlah you nak cakap i over ke apa ke.. I ikhlas dan I tak nak kehilangan you lagi. Sampai bila-bila..” luah Azad. Itulah yang dia inginkan. Perpisahan dengan Adra sebelum ini betul-betul memberi impak yang besar kepada dirinya. Begitu besar peranan dan kehadiran Adra dalam kehidupannya. Mungkin tidak keterlaluan untuk dia katakan, tiada perempuan lain selain Adra yang boleh terus bertakhta disekeping hatinya.
Giliran Adra pula tersenyum. Bagi ayat nak suruh semut hurunglah tu. Melihat senyuman ikhlas Azad, senyuman Adra semakin melebar. Namun senyumannya pudar apabila dia terpandang seseorang di pintu masuk restoran. Wajah itu memandangnya sekilas dan terus beralih pandang.
Azad yang sedar dengan perubahan wajah Adra terus memandang ke belakang.
“Jangan pandang belakang..” tegah Adra.
Azad tidak jadi berpaling. “Why…?”
“Nothing.. You nak makan apa…?”
“Is it your husband…?” teka Azad namun Adra tidak membalas. Sebaliknya dia sibuk membelek menu di depan mata. Melihat reaksi Adra dia dapat merasakan andaiannya tepat. Jarang Adra bereaksi seperti itu. Adra bukanlah jenis ramai kawan dan musuhnya pastilah tiada.
“You nak makan apa…?” soal Adra lagi. Soalan Azad yang dirasakan kurang penting, dibiarkan tanpa jawapan.
“I tak kisah. You ok ke nak makan dekat sini. Or we move to other place..?” tanya Azad. Dia tidak mahu fokus Adra terganggu. Waktu bersama mereka sangat penting. Dia mahu create something memorable, bukanlah yang menyedihkan.
“Its okey. Kita yang datang sini dulu. Lagipun tiada restriction di sini…” balas Adra selamba. Kalau dia bertukar restoran, nampak sangat dia yang melarikan diri. Namun dalam hal mereka, Ezzaq yang sengaja meletakkan jurang antara mereka. Jadi buat apa dia hendak mengelak.
Azad mengangguk. Biarlah Adra yang membuat keputusan. She's know better.
Setelah memesan makanan, Adra meminta diri untuk ke tandas.
Ditandas dia bertembung dengan Hanis. Hanis senyum senget apabila pandangan mata mereka bertemu.
“Hai…” tegur Hanis.
Adra hanya senyum tipis. Malas hendak berhai-hai. Sedangkan mereka bukan rapat atau mengenali antara satua sama lain. Jumpa pun baru sekali, dan hubungan mereka bukan baik sangat pun disaat pertemuan itu.
“Thanks…” ucap Hanis tiba-tiba sambil tersengih.
Adra buat muka pelik. Dah kenapa minah ni nak thanks-thanks pulak. Bukan dia buat apa-apa pun.
“Well….Sebab you keluar dengan lelaki lain, jadi Ezzaq setuju keluar makan dengan I. Selalu dia bukan main susah lagi. Tetapi sekarang, kalau I ajak, mesti dia ikut sahaja..” Senyuman Hanis semakin lebar.
Adra senyum seget. Tiada niat mahu membalas. Dia ralit membasuh tangan dengan air paip di singki. Sengaja melengahkan masa, supaya perempuan itu keluar dahulu.
“If you no more need him, just let him go. I akan jaga dia sampai I mati.. Dari dulu lagi, I tahu yang hanya I boleh bahagiakan Ezzaq. Perempuan macam you tak layak untuk berdamping dengannya.." balas Hanis lagi. Lipstik yang baru dioles dibibir, dibetulkan dan dia terus melangkah keluar dari tandas.
Adra menarik nafas dalam. Geram pula dengan mulut Hanis. Tak sangka ayat dalam drama melayu boleh ke udara live depan mata dan telinganya hari ni. Paip air ditutup dan pintu bilik air dipandang. “Kuasa cerai tu ada dekat tangan dia, bukan aku.. Baik kau suruh dia ceraikan aku. So senang korang berdua boleh kahwin..” komen Adra. Moodnya hilang terus.
"Bukannya kau duduk melalak dengan kaum sejenis kau.. Tak ke mana pun.. Kalau kuasa cerai tu ada dekat perempuan, dah lama Ezzaq tu kena cerai tau.." omel Adra lagi. Sebal sungguh terasa hatinya. Sudahlah disajikan drama bergelak tawa mereka berdua, ini pula mulut perempuan menganggu ketenangan hawa telinganya..
Sekembalinya dia ke meja makan, Hanis tengah bergelak tawa dengan Ezzaq. Ezzaq pun sama. Macam happy sangat. Semakin sakit hati dia melihatnya.
“You okey tak ni…?” tanya Azad ketika Adra sudah duduk didepannya.
“I okey aje…”
“Seriuslah. Merah sahaja muka… Kalau you tak okey, kita makan dekat tempat lain…”
“Makanan dan sampai pun. Tak baik membazir..” tegur Adra.
Sudu dan garpu dicapai dan makanan disumbat kedalam mulutnya. Terasa seperti mengunyah batu. Keras dan tidak berperisa langsung.
Setelah menghabiskan makanan, Adra minta diri untuk pulang kerumah.
“I hantar you balik boleh…?” usul Azad.
“No.. Its okey.. Sebab I nak singgah beli barang sekejap… Lagipun I bawak kereta sendiri. Kalau you hantar, mana I nak letak kereta tu..” tolak Adra.
“Boleh minta orang hantarkan. Tak ada masalah.. Bolehlah I temankan you nak beli barang.." tawar Azad. Terasa sebentar sangat masa yang diluangkan mereka bersama. Dia tidak puas.
“Malaslah nak orang hantarkan. You know me, I kan tak berapa suka sangat orang yang tidak dikenali guna barang-barang I. Its okey, I boleh balik sendiri... You no worries okey.. You ni tak kena kerja ke..? Karang bos you tanya pergi mana..?”
Jam tangan dikerling. “Masih sempat lagi ni. Jomlah…”
Adra menggeleng. “Tak apa Azad. I boleh pergi sendiri. Thanks for the lunch today…”
Akhirnya Azad mengalah. “Baiklah kalau you cakap macam tu. Please be careful okey.. Anything just call me. I will be there..” pesan Azad prihatin.
“Thanks Azad…” Adra senyum.
Selepas menyelesaikan bil, mereka berdua melangkah keluar. Matanya mengerling ke meja mereka berdua tadi. Mereka pun sudah tiada di situ. Adra mencebik. Arrgghh.. Biarlah.
Azad sudah menuju ke kereta dan Adra juga menuju ke keretanya.
Sampai dikereta, Adra terpandang susuk badan membelakanginya. Ezzaq sedang bersandar di keretanya. Mujur kereta di bawah pokok yang teduh, kalau tidak mahunya dia berdiri ditengah panas. Hurrmmm… Biarkan..
Adra membunyikan alarm kereta dan Ezzaq berpusing.
Ezzaq memandangnya namun Adra memilih untuk memandang sekeliling. Hendak masuk ke dalam kereta, Ezzaq pula sedang berdiri disebelah pintu pemandu. Mimpi apa pula muncul dekat sini, dekat rumah pandai pulak mengelak dari bertemu. Tangannya disilang. Menunggu lelaki itu meluahkan bicara. Ataupun, tunggu lelaki itu beredar. Boleh dia masuk, boleh drive dan sampai rumah. Lepas tu boleh rehat.
“Keluar tak minta izin…” tegur Ezzaq.
Adra senyum senget. “So…?”
“Seronok keluar dengan lelaki lain…?”
“He is my boyfriend…”
“Saya betulkan.. He is your EX boyfriend. And the truth is I’m your husband..” balas Ezzaq dan nada sengaja ditekankan kepada perkataan EX.
“Oh. Kalau awak boleh pula keluar dengan perempuan lain dan kenapa saya tak boleh keluar dengan lelaki lain..?”
Giliran Ezzaq senyum senget. “Saya ada kuota empat. So tiada isu kalau saya keluar dengan perempuan lain. Just remember that you are still my wife. Jangan curang dibelakang saya…” pesan Ezzaq dan dia terus berlalu.
Adra terkulat-kulat mendengar pesanan Ezzaq. “What…?”
Bila dia berpusing, kelibat Ezzaq sudah tiada. Adra masuk ke dalam kereta dan menaikkan suhu aircond kepada tahap maksima. Panas yang dia rasakan ketika ini.
Kuota empat??
Serius..
Simplenya ketika mulut mengucapkan. Jangan harap!!
Aku takkan dimadukan, kalau beria sangat nak kahwin dengan perempuan tu, please divorce me first! Then kahwinlah. Tiada yang menghalang..
Share this novel