Order..!! 34

Romance Series 123857

SEKEMBALINYA dari Pulau Pangkor, hubungan mereka semakin renggang. Ezzaq diam seribu bahasa setelah menyedari dia pulang bersama dengan Azad tempoh hari. Dia sendiri pun malas mahu memberi penjelasan. Kalau diterangkan, nak ke Ezzaq tu dengar, nak ke Ezzaq tu percaya. Tambahan pula, nak jumpa batang hidung pun sudah, apatah lagi kalau nak bercakap. Jadi masing-masing bawa haluan sendiri.

“You fikir apa tu…? Macam jauh sahaja termenung..” tegur Azad.

Adra menggeleng. Kepalanya berat memikirkan hal lelaki sorang tu. Walaupun mulut cakap malas nak fikir, tapi otaknya ligat jugak.

“So macam mana hubungan kita. Suami you dah bersetuju ke nak lepaskan you..” tanya Azad lagi. Sengaja dia utarakan perkara satu tu. Adra masih ingat lagi tak..?

“I pun tiada jawapan Azad. Sekarang dia jarang ada di rumah. Sabtu Ahad pun kadang-kadang dia keluar. Tak tahu bila I boleh bercakap dengan dia.. Nak bertembung dalam rumah pun payah. Kadang-kadang I rasa macam duduk sorang sahaja dekat rumah tu.."

Adra mengeluh. Itu lagi satu masalah. Asal balik sahaja, mama mula membebel. Asal dia duduk lama sikit dekat rumah, adalah yang diungkitnya. Rasa macam jadi anak tiri pula. Ezzaq tu yang anak mama sebenarnya. "You bukan tak tahu my mum.. Dia dah sayang sangat dekat menantu dia tu. Kalau I duduk sana terus, you rasa tak bernanah ke telinga I kena bebel dengan mama.."

Azad tersengih. Namun lama-lama sengihan mula hilang. Wajah Adra direnung dalam. “Kadang-kadang I rasa macam I dah terlambat..”

Kening Adra berkerut. “Terlambat..? Maksud you…?”

“Terlambat nak ikat hati you.”

“I tak faham…”

“Sebenarnya mungkin you tak perasan, tetapi I dapat rasakan yang you sebenarnya dah jatuh cinta dengan suami you sendiri..” luah Azad perlahan. Sakit hatinya menuturkan suatu yang jujur, namun itulah hakikat yang dia rasakan sekarang.

“Kenapa you cakap macam tu..?”

“Entah… Sebab I perasan you dah tak sama macam kita bercinta dulu…”

Adra ketawa perlahan. “Perasaan you sahaja kot macam tu…”

“Ya mungkin. Tapi you sekarang dah lain…”

“Apa you cakap ni Azad. Peninglah I nak fikir…”

“You tak payah fikir pun. Cuma tanya hati you. Sekarang hati tu berdetak untuk siapa. Untuk I ke untuk suami you sendiri…”

Adra mendengus. Apa masalah dengan Azad ni?

"I tahu you ni jenis kental sikit sayang. Kalau boleh I cakap, actually ego you sangat tinggi. I kenal you dah lama, sedikit sebanyak perangai you dah dalam poket I dah. You bukan jenis cepat mengalah."

"Kutuk-kutuk I ni, apa sebenarnya you nak sampaikan Azad..?"

"Terus terang I cakap, sebenarnya I dah kehilangan you selepas I tinggalkan you malam tu. Tapi, ego I tak nak terima. Sebab tu I cari you balik. Tapi tak sangka yang suami you mampu ubah dan curi hati you. Tengoklah you sekarang. Dulu you bukan jenis kisahkan orang, tapi sekarang I rasa setiap perkara yang berkaitan dengan suami you, you kisahkan... "

Adra berbaring di kerusi di depan kolam. Kata-kata Azad betul-betul membuatkan hatinya buntu.

“Adra. I okey jika kita teruskan hubungan kita sebagai kawan. Tapi I tak rasa you masih cintakan I seperti sebelum ini.. You kembalilah kepada suami you. I tak nak seksa hati you dan suami you. Hati I pun sama. Mungkin I cakap I cintakan you, tetapi apabila kita tak kongsi perasaan yang sama, kita hanya menghukum pihak yang satu lagi..”

Azad. Mungkin betul kata Azad, dia selesa berkawan dengan Azad sekarang. Tiada lagi perasaan istimewa apabila bersama dengan Azad. Segalanya adalah keselesaan. Dan dia sedar, setiap kali dia keluar dengan Azad, ada satu perasan yang berbuku di dalam hatinya. Perasan bersalah kepada suaminya sendiri.

"Mungkin inilah hikmahnya. Jodoh you sebenarnya dengan suami you. No wonderlah, masa I ajak you kahwin dulu, you bagi banyak alasan. Padahal kita suka sama suka. I cintakan you dan you pun cintakan I. Tapi majlis kita tetap tak jalan. Tup-tup you kena kahwin dengan orang lain.. Terkilan hati I bila fikirkan perkara ni, tapi siapalah I untuk menidakkan soal jodoh semua ni.. " sambung Azad

Azad senyum paksa. "Sekurang-kurangnya I kalah pada yang berhak. I harap Ezzaq akan jaga you baik-baik. I always will stay beside you. Jika suatu hari nanti jodoh you dengan Ezzaq tak panjang, you carilah I. I akan jaga you sepenuh hati I.."

Ungkapan terakhir Azad membuatkan hatinya semakin keliru. Betul ke dia cintakan Ezzaq..?

Betul ke...? Argghh... Dia sendiri tiada jawapan.

Patutkah dia berbaik dengan Ezzaq..?

Mahukah Ezzaq menerimanya kembali setelah apa yang terjadi.

Dia sedar, dia banyak melakukan kesalahan. Dia banyak berbuat dosa. Terutamanya pada Ezzaq.. Suaminya sendiri.

Apa yang patut dia lakukan dahulu..?

Ah buntunya....

**********

HARI ini setelah siap berkemas di nurserynya, Adra sengaja berlengah kerana mahu pulang sedikit lewat ke rumah. Walaupun dia tahu hari ini hari cuti Ezzaq. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan layanan Ezzaq yang acuh tak acuh. Ha.. Baru tahu macam mana perasaan tu bila terkena dekat batang hidung sendiri. Rasakannn.... !!

Jam 8 malam baru dia tiba di rumah . Kereta Ezzaq sedang elok di parking di garaj. Tak keluar ke pakcik ni..? Ke memang pakcik tu tak keluar sebab dia tiada di rumah.. Yalah, dia kan suka mengelakkan dari bertemu sekarang.

Adra memarking kereta bersebelahan dengan kereta Ezzaq dan dia terus masuk ke dalam rumah. Ditangan ada dibeli sebiji kek, saja mahu memberi hadiah kepada Ezzaq. Kalau nak dia buat, memang tidak tahu bila kek akan siap. Itu kalau siap. Silap hari bulan, dapat percuma dekat tong sampah.

Lagipun tak salahkan dia berbuat baik pada suami sendiri. Dia akan cuba ikut saranan Azad untuk berbaik dengan Ezzaq. Mana tahu, nanti dia akan tahu, hatinya adalah milik siapa sebenarnya.

Suasana di dalam rumah agak sunyi walaupun lampu terang benderang. Ternampak pintu kaca terbuka dan Adra mengorak langkah menuju ke kolam renang.

Ya.. memang Ezzaq sedang berenang sekarang. Adra duduk dikerusi berdekatan, memerhati pergerakan Ezzaq. Cukup sepuluh pusingan, Ezzaq berhenti.

Adra mencapai tuala di kerusi dan menuju ke arah Ezzaq. Ezzaq naik dan terus berlalu. Tuala yang dihulurnya tidak bersambut. Adra mengejar langkahnya dan belum sempat apa-apa, Ezzaq sudah masuk ke bilik bawah dan menguncinya dari dalam.

Adra mengeluh. Tuala ditangannya disangkut. Handbag dicapai dan dia terus naik ke atas . Dia pun mahu segarkan diri. Sekejap lagilah dia cuba bercakap dengan Ezzaq.

Usai membersihkan diri dan bersolat, Ezzaq masih belum naik ke bilik. Adra turun ke tingkat bawah dan dilihat pintu bilik bawah sudah terbuka. Dia masuk ke dalam namun kelibat Ezzaq sudah tiada di situ. Adra naik ke tingkat atas semula. Satu persatu bilik dibuka dan Ezzaq tiada.

Adra menghampiri bilik kerja. Tangannya cuba memulas tombol dan dia terkejut apabila Ezzaq membuka pintu dari dalam. Seketika mereka berpandangan.

“Saya ada belikan kek. Awak nak makan…?” soal Adra gugup. Wajah Ezzaq sebaris tanpa riak. Masih marah ke pakcik ni..?

Ezzaq menggeleng. Ditangannya ada sebiji mug.

“Awak nak air ke…? Saya tolong buatkan..”

Ezzaq mencebik. “Air apa yang awak tahu buat…?” soal Ezzaq.

Adra mengetap bibir. Perli baik nampak. Tahulah dia tak tahu buat kerja rumah. Dan-dan pulak dia hendak berkira.

“Air masak saya boleh sahaja buatkan…”

“Setakat air masak, saya pun boleh ambil sendiri. Tak payah buat pun…” Ezzaq terus berlalu tanpa memandang Adra. Adra tercengang di muka pintu. Sampai macam tu sekali jawapannya.

Nafas ditarik panjang. Okey.. Cool down.. Adra sengaja berdiri di muka pintu. Dia pasti, Ezzaq mesti akan kembali ke bilik kerjanya semula.

Seketika Ezzaq kembali bersama dengan mug yang dipegang tadi. “Awak nak apa…?” soalnya apabila Adra masih di situ.

“We need to talk…” mata Ezzaq dipandangnya. Ya, dia akan cuba lakukan sesuatu. Mana tahu Ezzaq kembali seperti biasa. Seperti sebelum ini.

“Saya sibuk. Awak nak cakap pasal apa…? Boyfriend awak…?” perli Ezzaq.

“Dont start it…”tegur Adra. Tengok tu mulut dia..

“So…?”

“I want to say sorry…” luah Adra. Ya, rasanya itulah permulaan. Biarlah dia meminta maaf atas segalanya kesalahannya pada lelaki itu. Dia akan cuba berbaik.

“For what…?”

“For everything….”

Ezzaq ketawa dibuat-buat.. “Kenapa boyfriend awak dah bersedia ke…?” perli Ezzaq lagi.

Adra memandangnya. "Saya nak minta maaf dengan awak.. Ada saya sebut pasal Azad ke..?"

"Bahasa kiasan, mana kita tahu.. Kot-kot awak rela hati minta maaf dengan saya sebab dah bersedia nak jadi isteri dia.. Kan..?"

Bibirnya di ketap. Pakcik ni memang sengaja kan.. "Ya.. Dia dah bersedia. Bila awak nak lepaskan saya…?” Geram dengan perlian Ezzaq, ayat lain pula terkeluar. Sudahlah kalau tak nak maafkan. Tak payahlah nak libat Azad.

“Cakap dekat boyfriend awak tu, saya takkan sesekali lepaskan awak…” kata Ezzaq, lantas dia menutup pintu dan mengunci dari dalam.

Arghhhhh…!!

Adra menjerit dalam hati. Dia baru nak berbaik-baik, namun Ezzaq pula menolaknya mentah-mentah.

Ok.. Fine..!

Adra terus masuk ke bilik.

Dia melepaskan geram kepada katil. Habis cadar semua ditariknya dan bantal bersepah-sepah.

What should she do..???

Akhirnya dia terlena dikatil dengan keadaan bilik yang bersepah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience