ADRA terjaga dari lena. Selepas makan tengahari tadi, dia ingat mahu melelapkan mata seketika. Jam di telefon dikerling, sudah jam empat petang. Lama pula dia terlena. Ezzaq juga sudah tiada di dalam bilik. Tadi lelaki itu turut berbaring dengannya. Adra keluar daripada bilik, mencari Ezzaq. Namun tiada. Tadi cakap nak pergi cari baju, sekarang dia menghilang pula.
Adra menuju ke beranda rumah, ternampak maksu dan nenek tengah bersembang diluar.
“Maksu, nenek…”
Mereka berdua berpaling.
“Adra, dah bangun ya.. Mari duduk sini..” kata nenek. Adra tersengih. Malu pun ada. Datang rumah orang, dia tidur pula.
“Nenek dengan maksu sembang apa..?” soal Adra untuk menghilangkan rasa segan.
“Kami sembang biasa-biasa sahaja. Adra dah ada isi ke…?”
Nah!
Soalan cepu emas nenek. Tak teragak-agak nak bertanya. Direct terus.
Maksu Zaria dulu tergelak, Adra hanya tersengih.
Macam mana nak jawab. Dia dengan Ezzaq pun macam anjing dengan kucing. Kejap elok, kejap angin.
“Belum rezeki kot nenek..” Adra mengambil jalan selamat. “Mana semua orang…?”
Baik alih tajuk sebelum nenek masuk lagi dalam bab-bab yang tak sepatutnya. Haru nak menjawab nanti..
“Dorang pergi rumah Pak Ngah. Maksu tunggu Adra, nak pergi sekali.. Adra dah bangun ni, jomlah kita gerak pergi sana..”
“Ha yalah.. Jom kita gerak. Nenek masuk ambil selendang sekejap.." balas nenek.
“Maksu.. Ada apa kat rumah Pak Ngah..?” soal Adra setelah nenek menghilang ke dalam rumah.
“Malam ni Pak Ngah buat bacaan doa selamat sikit. Anak bongsu dia dapat straight A SPM. Senyum meleret tu.. Tapi buat kecil-kecilan sahaja. Anak beranak kita sahaja datang. Dengan jiran dekat-dekat. Nenek awak cakaplah.. Maksu sampaikan aje..” Maksu Zaria tersengih.
"Oh.. Pak Ngah tu kira abang maksulah kan..?"
"Betul dah tu... Abang nombor dua.. Mama Ezzaq nombor satu, lepas tu Pak Ngah. Nombor tiga Pak Chik. Last baru Maksu." terang Maksu Zaria dan Adra mengangguk faham. "Adra nak tanya apa-apa, tanya sahaja okey.. I know you need a time.."
"Will do Maksu.." Adra senyum senang. Seronoklah ada maksu yang sporting macam ni.
Mereka bertiga berjalan kaki menuju ke rumah Pak Ngah yang hanya selang beberapa rumah dengan rumah nenek.
Sesampai disana, Adra ternampak kelibat Ezzaq dengan seorang perempuan. Bukan main rajin lagi dia menolong. Perempuan tu pula, Ezzaq ke sana, dia pun ke sana. Ezzaq ke sini, dia pun kesini.
Air muka Adra berubah.
Sudahlah pergi tak cakap. Dah pergi berseronok dengan perempuan lain pula. Adra mengambil getah di dalam poket, lalu diikat tinggi rambutnya. Panas pula terasa.
“Itu sepupu Ezzaq. Anak sulong Pak Ngah..” Maksu mulakan sesi perkenalan.
“Yang mana maksu..?” tanya Adra, padahal anak matanya tak beralih pun dari perempuan yang tetap mengekori Ezzaq dari tadi.
“Orang yang Adra tengah tengok tu…” jawab maksu selamba.
Adra berpaling. Maksu tengah tersenyum.
Maksu kesan sesuatu ke..? Uhukkk...
“Dorang memang rapat dari kecil. Hampir-hampir dah Mak Ngah nak pinang Ezzaq, tapi wasiat atuk korang lagi cepat bertindak. Jadi, melepaslah. Dah selamat dapat dekat Adra..” ulas maksu sambil tergelak.
Alkisahnya…
Inilah kot yang Ezzaq cakap yang dia ada girlfriend.
Kenapalah tak dilangsungkan sahaja. Kalau tidak semua dah selamat. Tiadalah yang putus harapan.
Adra menarik nafas dalam.
“Jomlah naik atas.” Ajak maksu. Nenek sudah pun selamat berada di atas rumah. Cepat betul langkah dia. Hihi..
Adra mengatur langkah dan matanya bertembung dengan Ezzaq. Namun Ezzaq hanya menyambung kerjanya kembali. Dia buat derk aje...?
Fine..!
Tak rasa pun nak datang tegur isteri sendiri. Tak pun hadiahkan senyuman ke, lambai-lambai ke.. Tak ada.
Yalah, orang kan tengah bergembira dengan bakal tunang tak sempat. Kenapa tak sempat? Sebab maksu cakap tak sempat nak pinang. Jadi bakal tunang tak sempatlah.
Sampai dimuka pintu.
“Maksu… OMG..!! Orang ke bidadari yang berdiri dekat belakang maksu ni.? Tak kenalkan dekat Ilham pun…”
Adra terkejut dengan suara yang teruja itu. Matanya menangkap sepasang mata galak yang sedang berpusat padanya.
Who’s that? Keningnya terangkat.
"Nice girl.. You look so cuteee...." sambungnya lagi.
“Sudah Ilham. Jangan nak menggatal.. Pergi main jauh-jauh…” tolak maksu.
Ilham tergelak. Adra dipandangnya.
“Hai.. saya Ilham..Awak…?” tangannya sudah dihulur untuk bersalam.
Tiba-tiba maksu mengetuk kepala Ilahm.
“Adeii..Maksu.. Jangan jatuhkan maruah saya di depan gadis cantik ni.. Sekurang-kurangnya bagilah saya tahu nama dia dulu. Karang tak tidur malam saya.. Asyik teringat sahaja.. ” kata Ilham sambil menggosok kepala, terkena penangan tangan maksu.
“Banyak la kau punya maruah.. Jangan menggatal…” balas maksu lagi. Adra sudah mula tergelak-gelak dibelakang maksu. Lucu sahaja melihat reaksi mereka berdua. Sangkaannya mesti ahli keluarga mereka juga, sebab lelaki ini juga memanggilnya maksu.
“Saya tak kira… Selagi saya tak tahu, saya tak nak bergerak dari sini.. Nama awak apa si cantik…?” mata berpusat pada gadis cantik yang sudah mencuri hatinya. Hanya sekali pandang, dia sudah terpikat. Kalau kawan maksu dan lagi tua daripadanya pun dia tidak kisah. Bukan ada apa dengan umur. Hanyalah sebuah angka sahaja.
“Ehem….” Tiba-tiba muncul Ezzaq dibelakang. “Mak kau panggil kat bawah..”
“Mak…? Tadi mak bukan kat dapur ke..?”
“Tak kiralah.. Yang penting mak kau panggil… Pergilah..” Gesa Ezzaq.
“Saya pergi sekejap, nanti kita jumpa lagi ya si cantik..” balas ilham. Mata dikenyitnya dan berlalu turun.
Cepat-cepat tangan Ezzaq menutupi mata Adra. Menghalang isterinya melihat aksi nakal sepupunnya.
Tangan Ezzaq ditarik. Apabila mata mereka bersatu, Ezzaq tersenyum. Eh..Pandai pula nak senyum-senyum.
Penyibuk. Tadi duk berdua dengan perempuan tu tak ada kisah pun kedatangan dirinya. Tak dihirau langsung.
“Baru datang ke..?” soal Ezzaq.
“Taklah.. Semalam lagi dah sampai sini.. Dah habis ke kerja dekat bawah…?” perli Adra.
“Belum…”
“Abang Ezzaq…” dan-dan seseorang memangil.
Kami berdua berpaling serentak.
Ya.. Perempuan yang sama, duk tersengih-sengih. Matanya mana lagi, melekat pada lelaki dibelakangnya sahaja. Tadi dah sejuk, kenapa rasa panas balik ya..
“Nak mintak tolong abang angkat bakul pinggan hantar ke dapur.. Macam tak larat pula nak angkat sendiri.. "
Amboi..
Tak ada orang lain ke nak tolong.?
Wajah Ezzaq dipandangnya. Dia mahu melihat reaksi lelaki itu. Menurut ataupun menolak.
“Ilham ada turun tadi, minta tolong dia ya. Abang duduk atas kejap.”
Abang…??
Awwwww… so sweettt..
“Pergilah.. Lagipun dia girlfriend awak kan… Tak apa saya faham…” kata Adra perlahan.
Seketika mata mereka bertentangan.
Kenapa..?
Mesti nak tanya macam mana boleh tahu kan..?
Adra senyum senget.. “Nenek..” panggil Adra, kebetulan nenek baru muncul dari ruang dalam. Langkah diatur menuju ke arah nenek dan mengambil dulang yang membawa ulam-ulaman.
“Nak buat apa ni nek…?”
“Nak potong..”
“Meh Adra tolong potongkan..”
Pn Zainun tersenyum. Dengan gembiranya dulang diserahkan kepada Adra.
“Biar saya buat..” kata Ezzaq mencelah. Dulang ditangan Adra diambil.
“Saya boleh buatlah…” balas Adra. Lengan Ezzaq ditolaknya. "Pergilah turun ke bawah. Ada orang lain yang lebih memerlukan pertolongan awak. Tak perlu menyibukkan diri di sini."
Ezzaq senyum lebar.. “Tak nak.. Saya rasa kehadiran saya lagi diperlukan di sini. Do you remember what happen at our house…? Haaa.. Remember right..??" kening dijongketnya.
Adra ketap bibir.
Oh.. Nak kutuk tak beragak betul..
Menyampahlah betullah pakcik ni...
“Biar saya buat okey. Awak temankan saya dekat sini..” Ezzaq mengalihkan dulang ke meja makan. Kerusi ditarik. Punggungnya berlabuh di situ. “Duduk sini…” kerusi disebelahnya ditepuk.
Adra mendengus geram.
“Siiiini…” panggil Ezzaq perlahan tetapi tegas. Namun Adra masih tidak mengendahkannya.
Ezzaq bangun dan menarik tangan Adra mendekatinya.
“Sayang jangan buat perangai dekat sini ya.. Rumah orang ni…Saya cium jugak karang.” bisik Ezzaq ditelinganya.
Pap!
Bahu Ezzaq ditamparnya.
Biasaaa ni... Rungut Adra dalam hati. Itu sahajalah modal dia.
Ezzaq tarik senyum. Suka dia mengusik isterinya. Wajah itu direnung dan pandangan mereka bersatu.
Adra terkedu. Pandangan lelaki itu menghadirkan satu perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan. Akhirnya Adra melarikan pandangan. Ketawa kecil kedengaran di telinganya.
Gelak-gelak.. Boring betul..
Ezzaq mula memotong ulam-ulaman menggunakan tangannya. Ralit Adra melihat kelincahan tangan kasar itu. Mana dia ni belajar semua tu ya. Betullah, kalau Ezzaq biarkan dia uruskan ulaman itu tadi, tidak tahulah apa yang akan terjadi.
"Macama mana awak tahu potong ulam tu..?" tanya Adra ingin tahu.
Adra dipandang sekilas. "Kena belajarlah sayang.. Macam mana nak makan nasi pun mak kita ajar kan.. So same goes to these one.. Kena belajar buat, baru pandai.."
Okey... Adra mengangguk. Yang nak kena belajar tu malas..
"Nak try...??" tanya Ezzaq.
Adra menggeleng.
"Tak nak pula, tadi bukan main berlagak nak buat sendiri..." sambung Ezzaq namun hanya mengundang sengihan dari isterinya.
Ahahaha... Acah aje lebih.
“Kata nak pergi beli baju.. ” wajah Ezzaq dipandangnya. Rimas sudah terasa memakai baju yang sama dari pagi sampai petang. Mujur dia memakai seluar dan blouse.. Kalau pakai baju kurung, tak tahulah. Berpeluh ketiak agaknya
“Lepas maghrib kita pergi.. Boleh..?”
“Sempat ke lepas maghrib. Maksu cakap nanti dorang nak buat doa selamat lagi..? Kalau kita pergi sekarang tak boleh…?”
Ezzaq berhenti seketika. Jam di dinding dikerling.
“Baru pukul 5 suku. Bolehlah. Bagi saya habiskan yang ni, selepas tu kita pergi…Boleh..?”
Adra akhirnya mengangguk.
“Abang Ezzaq.. Buat apa tu..? Nak Hanna tolong ke…?”
Kami berdua berpaling lagi.
Oh.. Hanna namanya.
Hanna dulu melabuhkan punggung berhadapan dengan Ezzaq. Ulaman dicapai. Tangannya juga lincah sepeti Ezzaq.
“Biar abang buat sahaja…Hanna pergilah tolong yang lain..” tolak Ezzaq.
“Tidak mengapa.. Lagipun kerja lain semua sudah hampir siap..” balasnya. "Abang memang tak pernah berubah, rajin sahaja kalau Hanna minta tolong." ulasnya sambil tersenyum manis.
Suaranya manis. Tapi kenapa macam sakit pula telinga ni mendengarnya ya…?
Adra bangun. Baik dia pergi mencari maksu atau nenek. Malaslah hendak mendengar perbualan romantik pasangan tunang tak sempat ni.
Belum pun sempat Adra bergerak, Ezzaq sudah memegang tangannya.
“Duk sinilah, temankan saya…” pintanya.
Hanna turut memandang Adra. Bibirnya masih terukir senyuman. Namun nampak kaku pada pandangannya. Jelas mata Hanna jatuh pada pegangan tangan kami.
"Saya nak cari maksu. Awak teruskanlah.." balas Adra.
Ezzaq menggeleng. Tangan Adra ditarik, seperti mengarahnya untuk duduk semula. Pandangan mereka bersatu lagi.
Pleaseeee.... Itulah pandangan yang Ezzaq sampaikan.
Hurmm… Baiklah. Adra kembali duduk.
“Ini Adra, isteri abang..” Ezzaq berkata kepada Hanna.
“Hai Adra.. Saya Hanna.. Sepupu abang Ezzaq..” katanya sambil tersenyum manis.
Hai Adra..?
Tak ada pangkal kakak pula dekat depan namanya. Ezzaq boleh pulak panggil abang. Ke panggilan abang ada maksud ni....
“Hai..” Wajahnya dipaksa senyum.
“Tadi cakap nak keluar kan, Hanna.. Boleh tolong abang habiskan ni. Abang nak keluar beli barang sekejap..”
“Beli barang..? Nak Hanna ikut..?”
Tchhhh…
Kalau Ezzaq ajak confirm malam ni jugak ajak balik Selangor.
“Tak apalah.. Abang pergi dengan Kak Adra saja..” Ezzaq senyum. Dia bangun dan menarik Adra mengikutinya. Sedikit sebanyak Adra tersenyum. Mujur Ezzaq tidak terus merosakkan emosinya.
“Awak, saya nak cakap dekat nenek dulu, nanti dorang cari pula..” kata Adra ketika mereka sudah berada di muka pintu.
“Okey… Saya tunggu kat bawah ya.. " balas Ezzaq.
Adra berpusing menuju ke dapur. Dia sendiri tidak tahu mahu mencari nenek mahupun maksu di mana. Namun ditujui ruang yang nenek turun tadi. Ruang bawah dijenguk dan memang nenek, maksu ada di dapur. Mama pun ada sekali.
“Nenek..." panggil Adra. Empat wanita yang berada di situ berpaling serentak.
" Ya Adra.. "
"Ezzaq ajak keluar sekejap, Adra balik dengan Ezzaq ya.. Risau nenek cari saya nanti.."
Pn Zainun mengangguk. "Haa.. Yalah
"Mama, Adra keluar sekejap ya.."
Pn Zati turut mengangguk. "Haa Adra, ini mama kenalkan Mak Ngah. Tuan rumah."
Adra tersenyum dan mendekati wanita itu. Tangan dihulur dan salam bersambut. "Inilah menantu Kak Long ya..?"
"Yaa.. Satu-satunya menantu saya.." jawab Pn Zati senyum lebar.
Adra tersenyum. Ya dia menantu mama, namun tidak mahu berlama, Adra meminta diri. "Saya balik dulu ya.."
"Ya.. Malam karang jangan lupa ajak Ezzaq datang ya.." pesan Mak Ngah.
"Insyaallah.." Adra mengangguk. Ajak Ezzaq sahaja ya..
Adra kembali ke bahagian atas namun dia terdengar sesuatu.
"Kesian Hanna. Berharap sangat dia dapat kahwin dengan Ezzaq. Ezzaq tak nak tambah nombor dua ke..?"
Langkah Adra terhenti. Suara Mak Ngah kan?
"Move onlah Kak Ngah kata orang putih. Dah kahwin dah Ezzaq tu. Bagilah dia jaga nombor satu dia tu dulu. Hanna carilah calon lain..." celah Maksu.
"Hanna tak nak, nak tunggu Ezzaq juga katanya...Tengok tadi, elok sahaja Ezzaq melayan si Hanna tu. Ada hati lagi agaknya Ezzaq dengan Hanna tu..."
"Mereka sepupu. Macam adik beradik, dah kahwin pun takkan nak bergaduh, nak bermasam muka dengan sepupu sendiri.." Balas Mama pula.
Adra gigit bibir. Patutkah dia mencuri dengar lagi perbualan mereka.
"Sudah-sudahlah Yam.. Belajarlah terima takdir. Kumbang bukan seekor. Buat apa nak kejar yang satu. Hanna pun muda lagi, panjang lagi perjalanannya. Kang nanti jumpalah dengan jodoh dia tu. Doakan yang terbaik untuk anak kamu tu."
"Yalah mak...."
Adra menghela nafas. Kalau ada orang yang sudi, kenapa Ezzaq masih berdegil untuk terus bersamanya. Jika sekarang, mampukan dia berpisah dengan Ezzaq..?
Sekali keluhan berat keluar dari mulutnya.
"Sayang..! Lamanya..." Adra angkat muka. Ezzaq berdiri di depannya. Lelaki itu dipandang lama. Patutkan dia lepaskan lelaki ini..? Kenapa hatinya seperti tidak bersetuju.
"Abang.. Tak pergi lagi..? Tunggu Hanna ke..?"
"Jom..." Balas Adra, terus tangan Ezzaq ditarik mengikutinya. Sengaja ditinggalkan Hanna dibelakang sebelum Ezzaq membalasnya.
Share this novel