Order..!! 42

Romance Series 123857

SELESAI mesyuarat dengan klien dari Singapura, Ezzaq bersantai di restoran. Angin pantai bertiup lembut. Air lemon kasturi disedup perlahan. Telefon di dalam poket diambil. Mod telefon ditukar kepada normal, tadi sengaja dia letakkan dalam keadaan mod senyap. Yalah, dalam mesyuarat, dia patut kekalkan professionalism.

Skrin telefon ditatap. Tiada satu pun call ataupun mesej dari isterinya. Beberapa kali dia on dan off data, mana tahu internet tersangkut ke apa. Namun, whatsapp atau pun panggilan hanya kosong. Tiada notifikasi yang terbaru. Terbit keluhan berat daripada mulutnya. Apa yang isterinya sedang buat di sana ya..? Telefonnya di letak di atas meja.

Tiba-tiba lagu Girl Like You nyanyian Maroon 5 berkumandang. Laju jemarinya mencapai gajet itu. Memang itu ringtone yang dia tetapkan selepas Adra kembali bersamanya. Dia sukakan lirik lagu itu. I need a girl like you. Yaa.. Dia mahu Adra tahu yang dia dambakan kehadiran wanita itu di sisinya.

Rasa girang yang terbit dihatinya terkubur apabila bukan nama isterinya yang muncul diskrin.
"Ya Hanna..."

"Abang... Abang sibuk ke..?"

"Abang baru habis meeting.. Kenapa Hanna call?"

Kedengaran Hanna ketawa perlahan dihujung talian. "Maaf kalau panggilan Hanna menganggu. Hanna cuma nak bertanya tentang yang mak cadangkan pada abang baru ni.. Abang dah fikir ke..?"

Ezzaq melepaskan keluh. Permintaan Mak Ngah yang agak berat untuk dia tanggung.

"Ezzaq..." langkah Ezzaq terhenti apabila lengannya ditarik oleh Mak Ngah. Dia baru sahaja mahu mendekati isterinya. Daripada tadi, dia hanya dapat melihat Adra dari jauh. Sejuk hatinya melihat Adra memakai selendang walaupun tidak sepenuhnya.

"Kenapa Mak Ngah..?" tanya Ezzaq.

"Mak Ngah nak cakap sikit dengan Ezzaq. Boleh Ezzaq ikut Mak Ngah sekejap..?"

Wajah Mak Ngah dipandang, Hanna pun ada di sebelah wanita itu. Pandangannya beralih kepada tempat isterinya berada. Namun wanita itu sudah hilang. Tak sampai seminit pun pandangan dia beralih.

Mana Adra pergi? Namun urusan mak saudaranya didahulukan. Mungkin Adra pergi mencari maksu, nanti dia akan menyusul.
"Mak Ngah nak cakap apa..?" soal Ezzaq kemudian.
"Ikut Mak Ngah sekejap.." Mak Ngah brrpusing dan menuju ke ruang sofa. Ezzaq duduk bertentangan dengan Mak Ngah, namun wanita itu berubah tempat dan melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Mak Ngah ada hajat..." Mak Ngah sudah tersenyum-senyum.

"Hajat..?" kening Ezzaq berkerut.

"Ya... Harap Ezzaq dengarlah dulu hajat Mak Ngah ya.." balas wanita itu. Hanna yang duduk berdekatan sudah tersipu malu.

"Ya Mak Ngah.. Apa dia..?"

"Mak Ngah buat semua ni sebab Mak Ngah sayang anak Mak Ngah, sayang anak saudara Mak Ngah.."

Ezzaq tersenyum tipis. Macam lain macam sahaja mukadimah mak saudaranya ni.

"Mak Ngah tengok Ezzaq layan Hanna dengan baik dari dulu sampaikan sekarang. Mak Ngah suka tengok Ezzaq dengan Hanna berdua.."

Okey.. Ezzaq telan air liur kelat.

"Mak Ngah nak tanya, Ezzaq sudi tak ambil Hanna jadi isteri nombor dua Ezzaq...? Hanna tak kisah kalau bermadu. Mak Ngah tak minta kamu ceraikan isteri kamu tu.. Cuma tambah seorang lagi sahaja isteri kamu. Jadi dua.. Mak Ngah tak rasa kamu tak mampu.. Sebab tu Mak Ngah usulkan pada kamu.. Kalau kamu setuju, hujung minggu ini kita buat majlis tunang kamu berdua.. Yalah, Hanna nak juga rasa bertunang macam mana... " Mak Ngah senyum meleret.." Apa pendapat kamu Ezzaq..? "

Ezzaq terlepas gelak. What..?? Kahwin satu lagi..?? Bermadu? Nak bagi Adra madu?

Ezzaq ketap bibir. Wajah Mak Ngah dan Hanna dipandang silih berganti. Ezzaq bangun berdiri. Rambutnya dikuak kebelakang. Nampaknya Mak Ngah tersalah tafsir. Tersalah pandang. Kebaikan yang ditunjukkan rupanya di salah erti.

Ezzaq kembali duduk. "Mak Ngah.."

"Ezzaq setuju ke..?"

"Ezzaq...!"

Pandangan mereka bertiga tertumpu kepada satu suara. Maksu.

"Kenapa maksu...?" soal Ezzaq.

"Patutlah Adra lain macam.. Ada perjumpaan kamu dekat sini ya.. Sudah-sudahlah tu Kak Ngah, Hanna... Terimalah hakikat anak saudara saya sorang ni dah berkahwin.. Bagilah dia peluang untuk bahagia dulu. Kalau ramai isterinya pun belum tentu lagi bahagia Kak Ngah.. " balas Maksu. Sedari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka.

"Apa Zaria cakap ni. Kak Ngah fikirkan untuk kebaikan mereka. Mak Ngah tak nampak Ezzaq bahagia dengan perempuan tu. Jadi tak salah kalau Hanna cuba bahagiakan Ezzaq..."

Ezzaq sedikit bengang. "Isteri saya ada nama Mak Ngah. Nama dia Adra. Adra Arissa kalau Mak Ngah tak tahu." Dia tidak mahu berkasar dengan orang yang lebih tua. Isterinya ada nama, tak usah dipanggil perempuan tu. Kedengaran sangat kejam di hawa telinganya.

"Ezzaq tak rasa nak tambah nombor dua Mak Ngah. Mungkin jodoh Hanna dengan..."

"Tak apa Ezzaq.. Kamu fikir dulu. Mak Ngah tak suruh kamu jawab malam ni juga.." potong Mak Ngah. Dia tidak mahu menerima kata penolakan dari lelaki itu. Dia mahukan lelaki itu menjadi menantunya.

Maksu senyum sinis. Wajah Ezzaq dipandang. "Baik kamu pergi pujuk Adra sekarang sebelum dia balik rumah nenek.."

Tanpa menunggu, Ezzaq terus berlari ke bahagian dapur.

"Ezzaq.. Pergi depan, maksu tengok kat dapur..."

"Baik maksu..."

Sampai di muka pintu, Ezzaq ternampak jasad isterinya sudah hampir melintasi pintu pagar rumah Pak Ngah.

"Sayang..!" terus Ezzaq bergegas turun. Lengan isterinya dicapai. Wajah itu nampak keruh.

"Abang...!" Panggil Hanna kesekian kalinya. Dari tadi Ezzaq hanya diam. Risau juga jika talian sudah terputus.

"Ya.. Abang ada kat sini..." balas Ezzaq. Terbang memori yang baru hinggap di kotak fikirannya. Memori ketika majlis kesyukuran di rumah pak ngah yang membawa kepada harapan palsu kepada Hanna.

"Hanna nak jawapan. Hanna tak sabar nak kahwin dengan abang. Barang-barang pun Hanna dah beli sikit-sikit.." kata Hanna beria.

"Kenapa Hanna nak kahwin dengan abang..?"

"Because I love you..." jawab Hanna tanpa segan silu. Memang dia cintakan dan sayangkan lelaki itu dari dulu.

"But I didn't love you.. Hati abang ada satu sahaja.. Dan hati tu abang dah bagi dekat isteri abang sekarang. Hanna tak rasa ke hubungan kita macam abang dengan adik sahaja..?"

"Hanna tak anggap macam tu..."

"Itulah masalah Hanna.. Daripada dulu lagi abang cakap. Jangan lepasi batas-batas kita. Bukankah abang selalu pesan..? Kita macam adik beradik walaupun sepupu. Abang takkan pernah anggap Hanna lebih daripada adik. Andai kata kalau sekarang pun abang belum berkahwin lagi, abang takkan pilih Hanna jadi isteri abang. Biarlah abang membujang sampai tua. Abang takkan sesekali kahwin dengan keluarga sendiri. Hanna semat dalam hati, otak dan fikiran Hanna sekarang. Jangan nak merayu, jangan nak buat cerita pelik-pelik lagi. Full stop... "

Terdengar esakan halus di hujung talian.

Ezzaq melepaskan nafas berat. Menangislah tu.

"Tapi Hanna dah beli barang-barang untuk pertunangan kita..."

"Siapa suruh beli...?? Ada abang suruh ke...??" tanya Ezzaq kasar. Bengang pula dia rasa dengan tindakan melulu daripada sepupunya.

"Tak.. Hanna yang nak beli..."

"Dah tu.. Tanggunglah sendiri.. Lain kali fikir guna akal.. Jangan guna lutut..."

"Abang.... Apa cakap kasar sangat dengan Hanna ni...?" rengek Hanna.

"Kadang-kadang abang menyesal berlembut dengan Hanna tau. Kalau abang tahu macam nilah jadinya, baik abang tak layan langsung Hanna masa majlis tu. Ini sebab abang fikirkan kita sekeluarga, abang tolong. Baik abang bawak je kak Adra balik selangor masa tu. Tak payah pergi rumah Hanna pun tak apa. Tak hadaplah benda ni semua."

"Abang...! Sampai hati abang cakap macam tu..."

"Whatever...! Kalau Hanna atau Mak Ngah masih bertegas dengan idea bodoh tu, dont ever contact me again.. Jangan harap nak jumpa abang lagi selepas ni..."

"Abang... Janganlah macam tu...."

"I dont know.. That your call... Kalau rasa anggap abang keluarga Hanna lagi, sila move on.. Jodoh awak akan tiba suatu hari nanti.. Kalau tak nak move on.. Bye...!" terus talian dimatikan. Panas rasa hatinya dengan panggilan Hanna. Patutlah perangai Hanna lain macam sangat masa majlis hari itu.

Telefonnya dicampak ke meja semula. Nafas ditarik dalam, berharap nafasnya teratur semula. Badan disandar ke kerusi, matanya menjalar jauh ke pantai.

“Zaq.. Jom pergi berenang petang nanti. Cantik je air laut aku tengok...” ajak Asrol yang baru muncul. Kerusi di depan Ezzaq diduduknya. Wajah Ezzaq dipandang. Kelat sangat tu..? Ada masalah lagi ke? Dari tadi dia melihat Ezzaq duk bercakap dalam telefon. Malas mengganggu, dia biarkan dulu. Tunggu Ezzaq putuskan talian baru dia datang.

“Malass…” balas Ezzaq endah tak endah. Angin dalam badannya pun belum hilang sepenuhnya. Malas dia hendak pergi bersuka ria. Bukan seronok pun mandi air laut sorang-sorang. Lainlah kalau ada isterinya. Haishh... Adraa....

“Alaa… Come on la.. Takkan nak balik tidur kat hotel je… Tak nikmati langsung percutian kita.. Alang-alang dah sampai sini, kita cubalah semua benda... Bukan selalu datang pun... "

“Aku datang sini sebab kerja, bukan bercuti... Kalau kau nak pergi, pergilah.. Aku okey aje duduk kat hotel. Lepak kat sini pun aku okey je…Jangan semakkan fikiran kau nak fikirkan pasal aku.. Aku boleh jalan sendiri. Tak ada hal... ”

“Boringlah kau ni… “

“Terpulang…” jawab Ezzaq malas.

“Kalau macam tu aku pergi dengan Hanis ajelah..”

“Okey…”

“Tapi Hanis nak kau ikut….”

“Aku tak nak… Simple je kan… Aku naik hotel dululah..” Ezzaq bangun.

“Seriuslah bro.. Ni betul-betul boring... ”

“Serius… penat cakap dengan kau ni tau tak…” suaranya sedikit tegang. Apa ke benda hari ni asyik kena cakap dengan orang yang degil-degil dan tak faham bahasa. Apa masalahnya.

Asrol tergelak. Garang betul mamat ni hari ini. Tak boleh bawak gurau langsung

“Yelah..” Asrol mengalah. Tangannya mengurut kumis, manakala matanya berjalan mengikuti langkah Ezzaq yang baru meninggalkannya. Gaduh dengan bini lagi ke mamat ni..? Lain macam betul perangai.

Ezzaq melangkah perlahan menuju ke bilik hotel. Tie dileher dilonggarkan. Matanya sibuk meneliti skrin telefon. Nama Adra dicari.

Nak call ke tak…?

Kalau call dan dia memang dengan Azad macam mana..?

Akhirnya dia menutup skrin telefon dan langkahnya laju menuju ke bilik air. Dia perlu menyegarkan diri. Otak fikirannya berserabut. Pelbagai perkara berpusu-pusu masuk. Semoga dengan menyejukkan badan, hati dan fikirannya dapat bertenang.

Usai mandi, Ezzaq mendengar pintu biliknya diketuk.

Ezzaq bergerak ke pintu dan mengintai ruang depan melalui celah lubang tengah pintu. Dilihatnya Hanis sedang berdiri di depan biliknya. Hah! Ni sorang lagi. Kalau cakap mesti tak berapa nak dengar jugak ni. Jenis degil jugak orangnya.

Malas melayan, Ezzaq berpusing namun pintu bilik diketuk lagi.

Langkahnya terhenti. Kalau bangsa degil ni memang tak jalan. Akhirnya pintu dibuka sedikit. Di menyorok badannya dibelakang pintu.

"You nak apa? Bising sahajalah ketuk bilik orang.."

“Ezzaq.. Jomlah.. I dah siap ni…”

“I tak pergi.. Asrol mana…?”

“Asrol lambat sikit… Takkan I nak pergi sorang…”

“You tunggulah Asrol. I tak laratlah…” tolak Ezzaq.

“Wanginya, you baru lepas mandi ke…?” mata Hanis bercahaya.

“Ya.. I nak solat ni.. bye…” pintu bilik terus ditutup.

Hanis mengetuk semula pintu. Namun Ezzaq hanya membiarkan. Lama-lama penatlah nanti tu.

Baju tshirt lengan pendek disarung ke badan dan memakai seluar tidur, tangannya mencapai sejadah.

Usai bersolat, doanya hanya satu. Semoga hati Adra menjadi miliknya.

*******

“ADRA, dah pukul 8 ni, kau tak nak bangun lagi ke..? Semalam cakap nak temankan aku.” badan Adra ditepuk perlahan. Kalau tak dikejut makcik ni, mahu sampai zohor karang baru bangun. Itu kalau bangun, kalau dia buat perangai sambung sampai malam karang, takpun sampai pagi esok balik... Haaa.. Siapa nak jawab.

Adra mengosok-gosok matanya. Wajah Mira yang kelat dipandang. “Cepatnya pukul lapan. Aku rasa baru je tidur..”

“Banyaklah kau punya cepatnya pukul 8. Semalam tidur awal daripada aku.. Takkan pagi ni tak cukup tidur lagi.. Bangunlah mandi. Sekejap lagi dia datang..”

“Dia…? Siapa..?"

“Bakal suami aku lah. Kan aku dah cakap nak kenalkan kau dengan dia..” balas Mira. Apa pelupanya makcik ni. Ke mamai lagi.

Adra tersengih. Dia sudah pun bangun dari pembaringan. Kaki disilang, menyokong badannya yagg sedang duduk. Jemarinya meluruskan rambutnya yang sedikit masai. Biasalah, bangun tidur, susunan rambutlah biar teratur.

“Laparlah…”. Rungut Adra. Perutnya terasa kosong sangat.

Mira membulatkan mata. “Semalam bukan main lagi kau melantak, pagi ni cepat pulak kau kelaparan… Aku tanya pregnant tak, tak nak mengaku.. Tapi simpton-simpton kau ni positif sangat.. "

“Dah lapar, nak buat macam mana. Yang kau duk melalut ke arah benda lain ni kenapa?.” Mood Adra sedikit terganggu. Dia tak mengandung okey.. Tak... Negatif.. Faham tak...

“Kalau buat test nanti, positif... Siap kau... Bangunlah.. Sarapan dah ada kat dapur tu..” balas Mira.

“Aku nak mandi sekejaplah…” namun badannya masih belum bergerak. Mata tertutup semula. Katuk tu datang kembali. Berat terasa kelopak matanya.

Pap!

Satu tamparan singgah di atas peha.

“Aduh…” matanya kembali membulat. Wajah Mira dipandang.

“Cakap nak mandi, yang pergi pejam balik mata tu kenapa…”

Adra tergelak. “Yalah… Penat semalam tak habis lagi lah…”

Akhirnya Adra bergerak turun dari katil dan melangkah perlahan menuju ke bilik air. Setelah selesai, Adra kembali ke bilik. Mira sudah tiada di dalam. Skirt dan blouse dicapai dan disarungkan ke badannya. Gerak tangannya terhenti. Kalau pakai skirt, susah nak letak telefon nanti. Akhirnya dia mencapai seluar palazo yang berwarna coklat gelap. Sesuailah dipadankan dengan blouse kuning airnya. Usai bersiap, Adra menuju ke dapur. Meja makan dihampiri. Ada karipap. Mesti mak buat.

Tanpa berfikir panjang, sebiji karipap disuakan kemulutnya.

Ermmm..

Rasa dia tetap sama seperti sebelum ini. Tanpa sedar dia sudah menghabiskan lima biji karipap. Sedap sangat. Siapa suruh mak buat sedap-sedap. Nasib lima biji sahaja, kalau habis sepinggan tu, bebel pulak si Mira sebab tak sempat makan. Adra senyum lebar. Air milo di dalam mug pula dihirupnya.

Wahhh... Menyegarkan..

“Adra… kau dah siap ke belum…? Dia dah nak sampailah.. ” laung Mira dari luar. Mana makcik tu...? Tadi tak nampak pula duduk di mana.

Adra menghabiskan hirupan yang terakhir dan membawa cawan ke sinki. Jemarinya ligat membersihkan sebiji mug yang digunakan untuk membancuh air milo tadi.

“Dah… Sekejap..”

Adra bergegas naik ke bilik dan mencapai tas tangan dan telefonnya.. Sempat matanya singgah di cermin. Meneliti penampilannya. Okey. Puas.. Adra senyum senang.

Ketika Adra menghampiri pintu rumah, dilihatnya Mira sedang bercakap dengan seseorang. Dia tidak nampak pun gerangannya kerana terlindung tiang pagar.

“Mira….”

Mereka berdua berpaling.

Dan Adra...

Eh..!

Sekejap..

“Hakim…?” jarinya diajukan kepada lelaki yang berdiri di depan Mira. Mira tersenyum dan keningnya diangkat.

"Suprise tak...?" tanya Mira dengan senyuman meleret.

"Sangatttttt..." balas Adra sambil menutup mulut. Masih tidak percaya dengan jasad yang berdiri di depan mereka berdua.

“Hai.. Adra.. Jumpa lagi..” tegur Hakim.

“Haii... Hahaha.. "Adra tergelak lagi... "Eh.. wait.. korang.. Macam mana kisah ini boleh terjadi…?” tanya Adra. Teruja. Hakim merupakan rakan sekelas mereka semasa di universiti juga. Namun semasa di Universiti dulu, mereka berdua tidaklah menunjukkan minat antara satu sama lain. Tegur pun jarang.

“So.. siapa nak story mory kat aku ni…?” Adra teruja dan Mira pula tersengih-sengih.

“Kejap lagilah kita story, jom..” balas Mira, tangan Adra ditariknya.

“No wonderlah kau tak nak dedahkan awal-awal kat aku, rupanya surprise giler..” Adra gelak lagi.

“Yelah…” balas Mira.

Sepanjang perjalanan Mira dan Hakim bercerita detik pertemuan mereka semula. Mereka berjumpa di Terengganu juga sedangkan mereka berdua memang orang Terengganu. Pertemuan yang tak disangka, memutik benih cinta dan akhirnya bakal disatukan nanti..

Begitu al-kisahnya.

Allhamdulillah.. Bertemu jugak jodoh kawan baiknya ini.

“Semoga jodoh korang berdua panjang aku doakan…” kata Adra. Terlintas dihatinya. Jodoh dia bersama Ezzaq belum ada titik noktahnya atau hala tujuannya. Keluhan dilepaskan.

“Amin…” mereka berdua aminkan serentak.

“Kita ke KT Mall lah ya.. kat sana ada banyak sikit pilihan.” Kata Mira.

“Aku ikut korang je. Rasa macam reunion balik pun ada..”

Mira dan Hakim mengangguk sambil tersenyum. Itu baru reunion tiga orang. Nanti semasa majlis mereka nanti mesti lagi ramai kawan-kawan universiti datang. Haaa... Masa tu reunion besar-besaran pulak.

Mereka menghabiskan masa seharian di KT Mall. Bershopping dan makan-makan seperti tiada hari esok. Lewat petang baru mereka pulang ke rumah.

Adra meminta diri untuk berehat, badannya terasa teramat letih. Penangan berjalan jauh sorang-sorang dan tidak mendapat rehat yang cukup. Ha.. baru tahu. Sebelum ini naik flight, sekejap sahaja sampai. Confirm lepas ni tak nak naik kereta dah datang ke Terengganu..

Sambil berbaring, Adra mencapai telefonnya.

Ezzaq..

Apa yang Ezzaq buat sekarang ya. Lelaki itu rindukan dia tak..? Matanya terkedip-kedip. Mengharapkan adalah sekeping mesej dari lelaki itu. Namun hampa. Matanya semakin layu. Telefon di tangannya sudah pun jatuh terbaring di atas tilam yang sama. Lama kelamaan, dia hilang ke alam mimpi.

Hihihi...Lambat sikit update next chapter tau...Kita busy sikit lately...huhuhu.. Hope you all enjoy...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience