Order..!! 44

Romance Series 123857

ADRA terkejut ketika azan subuh berkumandang. Badannya kini terasa sedikit segar daripada semalam. Tidak disangka dalam tidur pun dia termimpikan Ezzaq. Adra tersenyum tawar. Mungkin dia sahaja mimpikan lelaki itu agaknya, tetapi tidak lelaki itu. Apabila difikirkan, pedih pula terasa hatinya. Merindu pada yang tidak sudi.

Matanya terkedip-kedip. Suasana di dalam bilik agak gelap. Selalu dia tidur dengan Mira, Mira tak suka bergelap sangat. Apa mimpi pulak semalam makcik tu tutup lampu semua. Lainlah kalau dekat rumah Ezzaq, Ezzaq suka bergelap.

Huh..! Ezzaq lagi.. Semalam mimpi, la ni bangun tidur pun nak teringatkankan moment dengan pakcik tu pula. Adusss... Teruknya..

Sudah jam berapa agaknya. Adra cuba mencapai telefon, namun pergerakkan tangan kirinya tersekat. Apa hal Mira ni, tidur pun nak pegang-pegang tangan. Tak pernah dibuatnya. Adra bangun dari pembaringan untuk mengejutkan Mira. Biasanya Mira yang akan bangun dulu untuk solat subuh. Hari ini lambat pula dia bangun. Nak kata period, baru lagi habis periodnya. Ini main pegang-pegang pula, takut dia lari ke apa. Adra tersengih. Buang terbiat makcik ni kadang-kadang.

“Mira…” bahu Mira disentuh.

Tapi..

Terus jemarinya terangkat.

Macam lain macam sahaja.

Macam besar semacam sahaja bahu Mira. Dah jadi hulk ke minah ni..?

Adra mencari telefon dan menghidupkan skrin. Barulah ada cahaya. Cahaya skrin dihalakan kepada Mira. Namun dia sendiri terkejut.

Ezzaq..?

Matanya ditenyeh sekali dua. Mana tahu dia tersilap.

Ha…? Memang Ezzaq.

Apa ke teruk sangat, sampai ke pagi mimpi pakcik ni. Adra meraup muka seketika. Eh.. Sekejap.. Mimpi ke realiti ni..?

Jarak jemarinya di buka sedikit, sebelah matanya terbuka. Mengintai melalui celahan jarinya sendiri. Wajah itu tetap tak berubah. Bukan Mira, tetapi Ezzaq.

Bila Ezzaq sampai..?

Jadi yang semalam tu mimpi ke tak...?

Adra turun dari katil perlahan-lahan. Semoga lena lelaki itu tidak terganggu. Dia melangkah keluar daripada bilik. Di luar, dia bertembung dengan Mira yang sedang duduk di meja makan. Jarinya ligat mengupas ikan bilis. Untuk sarapan pagi ini agaknya. Adra mengambil tempat di depan Mira

“Kau dah sihat ke..?” tanya Mira. Badannya ditolak ke depan supaya jarak mereka lebih dekat. Dahi Adra disentuh menggunakan belakang tangan. "Dah sejuk. Alhamdulillah."

Mata Adra terkedip-kedip. "Mira..."

“Ha.. Kau dah solat belum ni…?”

Adra menggeleng. “Belum.. Aku nak tanya ni…”

“Nak tanya apa…?”

“Betul ke dia dalam bilik tu…? Ke aku mimpi?"

“Dia tu siapa..?” Makcik nilah. Laki sendiri pun panggil dia sahaja.

“Ezzaq…”

"Ezzaq...? Ezzaq tang mana..? Buat apa Ezzaq nak datang sini..? Kau ada telefon suruh dia datang ke..?"

Dahi Adra berkerut. Bukan Ezzaq ke..? Maksudnya dia mamai lagi ke..? Halusinani..? Aduhh.. Parah...

"Kau ada call atau mesej dia ke suruh datang sini..?" soal Mira sekali lagi.

Adra menggeleng. "Tak.. Dia pun tak call aku..."

"Dah tu, kenapa tiba-tiba tanya pasal Ezzaq pula pagi-pagi ni..? Kena sampuk dengan hantu jelmaan Ezzaq ke..? Tahulah kau demam semalam, jangan buat cerita karut pagi-pagi ni cik kak.. Seram aku..."

Adra membuat muka kelat. Hantu-hantu pulak disebut Mira. Wajah Mira dipandang. Nak cerita tak apa yang dia mimpi semalam..? Tapi mimpi tu macam real sangat. Dah terubat sikit rindunya dengan kehadiran bayangan Ezzaq semalam.

Nak cerita ke tidak dekat Mira ya.? Nanti kalau Mira gelakkan dia macam mana..?

Wajah Mira dipandang lagi.

"Kau kenapa..? Lain macam sahaja pandangan tu... Nak cakap apa-apa ke dengan aku..? Jangan kata ini bukan Adra, kot-kot jelmaan kau pula.."

Adra menyeringai. “Ish kau ni.. Ini betul-betul akulah..”

Mira tersengih. “Haa.. Dah kenapa..? Macam nak cakap sesuatu sahaja..?”

Adra angkat badan menghampiri meja. Lengannya mendarat di atas meja.

"Kalau aku cerita, kau jangan gelak eh..."

Mira tersengih lagi.

"Jangan buat muka macam tu, mesti kau nak gelakkan aku. Malaslah nak cerita..." rajuk Adra.

Mira ketawa perlahan.. "Okey.. Okey.. Maaflah.. Kau buat muka macam tu, suspen sangat.. Itu yang nak tergelak.. Okey.. Cool down.." Mira bereaksi kedua tangannya ditekan ke bawah. Bersama hembusan perlahan dari mulutnya. "Okey.. Aku tak gelak. Kau nak cerita apa..?"

Badan Adra kembali tegak. "Semalam aku mimpi Ezzaq datang sini.. Macam real sangat."

"Seriuslah..? Kau rindu dia sangat ke sampai terbawa-bawa dalam mimpi..?" tanya Mira. Air mukanya dikawal.

Adra mengeluh. "Kalau aku cakap kau jangan gelak pulak..."

"Yaa... Mana ada aku gelak..." Mira simpan senyum. Muka kena control walau dalam hati sudah mengeletek ketawa. Kalau awal-awal dia sudah ketawa rugilah dia hendak mendengar luahan hati kawan baik dia seorang ni.

"Yaa.. Aku rindukan dia.." jawab Adra perlahan namun masih jelas tutur katanya di tubir telinga Mira.

Bibirnya mengorak senyum. "Baguslah kalau macam tu. Tak salah pun kau rindukan suami kau sendiri..."

"Tapi aku tak tahu dia ada perasaan sama dengan aku atau tak.. Dia langsung tak call or mesej aku... Seminggu kot. Bukan sehari dua... Lama tu, seminggu.." adu Adra pula. Seminggu bukannya tempoh masa yang sekejap. Walaupun pejam celik, pejam celik sudah cukup seminggu, namun untuk orang sepertinya yang sedang menanggung rindu terasa tempoh masa itu terlalu lama. Seperti bertahun rasanya. Itu belum lagi jika rindunya tidak berbalas. Huh, boleh sasau hendak betulkan hati dan jiwanya semula.

"Apa kata kau call dia dulu.. Cakaplah kau rindukan dia.. Aku yakin mesti dia ada perasaan yang sama dengan kau.. Kalau tak, mesti dia tak datang dekat sini untuk cari kau yang menghilangkan diri dulu tu..."

"Itu cerita lama Mira. Dia dah berubah sejak kebelakangan ni.."

"Yakin sahaja kau. Kalau dia masih sama macam mana..?"

Adra mengangkat bahu. "Dah sepupu dia tu nak letak mana..?"

"Dalam pokett..." balas Mira selamba. Sedikit sebanyak dia rasa sepupu Ezzaq tiada kaitan dengan hubungan mereka berdua. Kalau tidak, masakan lelaki itu sanggup datang daripada Johor terus ke sini. Itu yang dikhabarkan oleh ayahnya semalam.

"Ish kau ni..."

"Aku rasa dia tidak berubah lah.. Dia sama sahaja.. Mesti dia masih sayangkan kau lagi.."

Adra terdiam. "Kau rasa macam tu ke..?" tanya Adra. Dia inginkan keyakinan kerana dia sendiri tidak yakin dengan perasaan sebenar Ezzaq. Untuknya kah…? Untuk Hanna kah..?

Mira mengangguk. "Kau calllah dia dulu.. Cakaplah kau rindukan dia. Mesti berdesup dia datang sini."

Seketika Adra terdiam. Ye ke berdesup dia datang sini..? Kalau dia bolayan sahaja macam sebelum ini macam mana..? "Nantilah.." tolak Adra. Dia tidak berani.

Mira mengeleng. Keras hati juga tu. Dah tangkap cintan pun nak ego lagi. Namun seketika Mira tersengih. "Semalam kau mimpi apa lagi. Dia datang sini kenapa..?"

Adra mengecilkan matanya. “Mimpi sahaja pun, tak payahlah nak cerita details sangat..”

“Alaa, nama pun mimpi. Buat apa nak sorok. Lagipun bukan betul-betul terjadi pun.” Mira tersengih.. “Cepatlah cerita, kau mimpi apa lagi..? Cerita sahajalah. Tak luak pun memori kau tu…” sambung Mira lagi.

Adra tersengih dan matanya memandang Mira.

“Cerita sahajalahhhh….”

Adra tergelak. “Kau ni kan. Tak adalah. Yang aku ingat, dia datang, lepas tu dia nak bawak aku pergi klinik. Tapi aku tak nak... Dia macam berserah sahajalah."

"Ooo.. Ada tak kau mimpi dapat peluk dia ke..?"

Adra membulatkan mata. "Bolehlah pulak tanya macam tu..."

"Kata mimpi.. Kita test sahaja... Bukan real pun. Mimpikan...?"

Adra sedikit tergelak. Dan dia mengangguk. "Ha'ah... Eh..! Malulah nak cerita dengan kau. Kau dahlah tak kahwin lagi..."

"Ala.. Relaklah.. Kang bakal berkahwin. Tak lama dah... Boleh sahaja kau share-share. Sharing is caring kan...?" Mira tergelak. "Ada tak kau mimpi peluk tangan dia ke...?"

Adra membutangkan mata. "Kenapa sebijik sangat soalan kau dengan mimpi aku...?"

"Dalam mimpi kau tu, ada nampak aku sekali tak? Ke nampak suami kau sahaja...?"

Adra mengerutkan dahi. Part peluk tangan Ezzaq tu ya.. Part nampak Mira tu, ada tak ya..?

"Entah.. Ada kot.. Entah tak tahulah..."

"Sombong kau kan, dah dapat mimpi suami sendiri, kawan terus letak tepi..."

Adra ketawa perlahan. "Kau ni... Ke situ pulak..." Mimpi sahaja pun. Tak usah nak sentap. Lagipun mimpi bukannya di dalam kawalan kita. Boleh pilih siapa yang boleh muncul dalam mimpi kita. Mira punnnn…

Mira pun sama tergelak.. “Tapi Pn Adra Arissa. Untuk pengetahuan puan, itu sebenarnya bukan mimpi ya.. Itu memang real, betullah.. Dia sampai malam semalam."

"Siapa..?"

"Apa yang blur sangat ni. Laki kau lah. Ezzaq.. Dia sampai sini semalam. Lepas tu elok pulak kau demam. Demam rindu eh….? Lepas jumpa pagi ini terus sihat…” sakat Mira.

“Haaa.. Tengoklah.. Fikir yang karut-karut pulak dia pepagi ni.…” sangkal Adra. Wajahnya sedikit berbahang. Sudahlah semua dia ceritakan kepada Mira.

Mira tayang senyuman mengusik.

Adra membuat muka. Nampak...! Mira sudah mempermainkan dia. So memang betullah yang tidur disebelahnya tadi Ezzaq, bukan mimpi. Geramlah Mira ni. Harap-harap dia tak cakap merapu-rapu di depan lelaki itu semalam.

"Kau jahatkan. Bukan nak mengaku dari awal..."

Mira ketawa senang. "Bukan senang nak dengar kau luahkan perasaan. Nanti luah dekat tuan yang betul ya. Aku dah tahu.."

“Sudahlah kau Mira. Aku nak pergi solat..” putus Adra. Malas melayan Mira yang sudah mengekek-ngekek katawakan dirinya. Menyesal betul cerita tadi.

*****

Setelah selesai solat subuh, dilihatnya Ezzaq masih lagi lena di atas tilam. Adra melipat kain sembahyang dan sejadah. Anak matanya asyik melekat pada lelaki itu. Walaupun lampu bilik sudah terang, lena Ezzaq langsung tak terganggu. Lenanya dia tidur.

Adra duduk disebelah Ezzaq. Wajahnya tampak tenang walaupun sedang tidur. Adra tersenyum tanpa sedar. Jam di dinding dipandang. Sudah hampir 6.30 pagi. Macam mana nak kejutkan pakcik ni... ? Ahh.. Kejut sahajalah macam mana pun. Karang kalau tak kejutkan, terbabas pula subuh lelaki itu.

“Awak…” bahu Ezzaq ditepuk perlahan. Namun lelaki itu masih kaku. Langsung tidak terkesan dengan tepukannya.

“Awak..” tepukan dikuatkan sedikit. Barulah Ezzaq terjaga.

Ezzaq terus bangun. “Sayang..? Sayang dah okey ke…?” Terus dahi Adra disentuhnya.

Sejuk. Tiada bahang panas seperti semalam. Tangannya beralih ke tangan Adra. Juga sejuk.

“Saya dah okey…” balas Adra. Lelaki ini betul-betul risaukan dirinya ke?

“Alhamdulillah…” Ezzaq senyum manis. Mujur demam isterinya tidak melarat. Kalau tidak, dia juga yang risau. Tangan Adra dielus lembut, sepasang matanya merenung wajah cantik di depannya.

“Awak bangun solatlah dulu. Subuh dah nak habis.." tegur Adra. Segan pula direnung sebegitu. Dengan mata Ezzaq yang masih kuyu dek baru bangun dari tidur. Meremang bulu roma miliknya.

Ezzaq mengangguk. Matanya beralih kepada telefon. Skrin telefon dinyalakan. 6.40 pagi. Pipi Adra disentuhnya. "Saya nak mandi dan solat sekejap ya.."

Giliran Adra pula mengangguk.

******

“Kenapa awak datang sini…?” soal Adra setelah Ezzaq selesai bersolat. Dia nampak ada beg pakaian Ezzaq ketika lelaki itu keluar tadi. Bukankah pakcik ni outstation katanya. Tak tahu betul ke tidak, kot-kot dia balik PD senyap-senyap sebab nak jumpa Hanna. Siapa tahu.

Kemunculan Ezzaq yang tiba-tiba menimbulkan tanda tanya dibenaknya. Kedatangan tanpa diundang.

Ezzaq tidak terus menjawab. Bibirnya mengorak senyum. Adra yang duduk di katil dihampirinya. “Sebab awak rindukan saya..Sebab tu saya datang sini…” jawab Ezzaq.

Eh..!

Kening Adra mula berkerut. Itu pula alasan dia. Tak mungkin kerana itu dia datang ke sini semata-mata. Sudahlah masing-masing mendiamkan diri selama seminggu. Tetiba muncul cakap pasal rindu-rindu pula. Ke Mira yang call? Argghh. Tidak mungkinlah.

“Awak jangan nak over eh.. “

“Over apa pulak.. Bukankah itu kenyataan..?"

“Saya tak cakap apa-apa pun… Jangan nak reka cerita..”

Ezzaq tergelak.

“Kalau awak tak rindukan saya, kenapa demam…?”

“Dah nak demam.. nak buat macam mana… Tak ada pun kaitan dengan rindukan awak ke apa ya.. ”

Ezzaq simpan senyum. Apabila orangnya dah sedar, tak nak mengaku pulak. Masa tak sedar semua dia nak cakap. Patut kena rakam kejadian semalam tu. Baru tak boleh nak mengelat.

“Okey. Kalau bukan sebab rindukan saya, tolong jangan demam lagi. Nak-nak kalau saya tiada di sisi awak. Pleaseee.. Take care of yourself okey…” redup pandangan Ezzaq untuknya. Pipi Adra dielus lembut.

Adra tidak menolak tangan Ezzaq yang mengelus pipinya. Dia suka dibelai begitu.

“Pagi ni nak sarapan apa…? Saya temankan.. Sayang nak pergi mana-mana pun tak kisah, saya bawakan.. Nak..?"

Adra menggeleng.

Ezzaq dipandang dalam. Teringin nak rasa masakan awak. Boleh..?

Namun itu hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Kalau cakap betul-betul kang Ezzaq masuk dapur memasak. Terkejut semua isi rumah nanti. So, nanti-nanti sahajalah. Jika masih ada ruang dan kesempatan untuknya merasa masakan lelaki itu.

“Tak payahlah keluar...Mesti mak dah masak sarapan.. ” balas Adra. Memang itu rutin harian ibu angkatnya. Sarapan tidak pernah miss. Lagipun Mira sudah siapkan bahan-bahannya tadi. “Saya keluar tolong mak masak dulu.. " Adra terus bangun. Rasanya tidak betah untuk berlama dengan Ezzaq. Dia sesak, dan keliru.

Belum sempat Adra keluar, Ezzaq menarik tangannya. Badan Adra ditarik ke dalam pelukannya. Dia sedar wanita itu cuba mengelak daripada berdua-duannya dengannya.

Seketika Adra terkaku. Degup jantungnya mula berubah rentak.

"I miss you.. A lot..." bisik Ezzaq di telinga isterinya.

Adra memejam mata. Kenapa..? Kenapa suara Ezzaq begitu mengoda jiwanya. Adakah kerana hati dan perasaannya sememangnya mendambakan kehadiran lelaki itu. Tidak.. Dia kena kuat.

Ezzaq merapatkan lagi badan Adra ke badannya. Ikatan rambut Adra ditarik perlahan sehingga rambut itu jatuh tersusun. Belakang rambut Adra diusap perlahan dengan bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Sebuah ciuman singgah di bahu isterinya. Betul-betul dia rindukan wanita itu.

Perlakuan Ezzaq mula mengusik emosinya. Sememangnya dia rindukan lelaki itu, rindukan pelukan lelaki itu, rindukan sentuhan lelaki itu. Entah kenapa, ketika itu dia merasakan pelukan Ezzaq begitu mendamaikan.

Akhirnya tangan Adra perlahan-lahan memeluk badan Ezzaq. Wajahnya disandar pada dada lelaki itu. Wanggian badan Ezzaq terus meresap ke jiwanya.

Ya.. I miss you too Ezzaq..

Memang dia rindukan Ezzaq. Dia rindukan lelaki itu. Namun.. Masih belum masanya untuk dia lafazkan. Dia perlukan pengakuan lelaki itu dahulu. Kerana perkara itulah yang menghalang dirinya berterus terang. Dia akan ikut saranan Mira. Bertanya.. Jangan buat andaian sendiri.

Bersambungg.....

Thank you very untuk semua komen yang anda berikan. Love and hug to all of you...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience