Order..!! 18

Romance Series 123857

KETIKA makan malam, En Zaki bertanyakan tentang homestay di sebelah rumah mereka. Ketika dia pulang tadi, lampu rumah terang benderang. Bila dilihat anaknya dan Adra ada di rumah. Jadi mungkin ada orang yang menyewa homestay mereka.

“Ha abah, ada orang sewa petang tadi..” Mira menjawab persoalan ayahnya. Memang segala urusan keluar masuk rumah sewa mereka banyak diuruskan oleh Mira sendiri. Biasanya untuk kerja-kerja berat sahaja dia akan merujuk kepadanya ayahnya, seperti jika ada kerosakan apa-apa di dalam rumah. Jika perkara yang lain dia yang uruskan.

“Berapa hari sewanya..?” tanya Pn Zurin pula, mak Mira.

“Seminggu katanya..”

“Lama juga. Datang bercutilah agaknya tu..” sambung Puan Zurin.

“Ya kot…” balas Mira, mengiakan sahaja andaian ibunya.

“Assalamualaikum….” Kedengaran ada orang memberi salam daripada luar.

“Siapa datang tu…?” tanya En Zaki. Rasanya tidak salah telinganya mendengar ada orang memberi salam daripada luar. “Kawan ayah ke..?” En Zaki mula bergerak untuk bangun.

“Tidak mengapa ayah. Biar kakak pergi tengok..” tawar Mira. Sekaligus menahan ayahnya daripada bangun. Lagipun En Zaki belum selesai makan. Biarlah dia bangun dan melihat siapa yang datang.

En Zaki mengganguk, lantas dia menyambung menyuap nasi ke mulutnya.

“Adra okey ke..? Diam sahaja daripada tadi…” tegur Pn Zurin. Anak angkatnya yang duduk berhadapan dengannya dipandang. Daripada tadi mereka bertiga sibuk bersembang, dia diam sahaja.

“Okey je mak…”Adra tersengih. “Adra dah habis makan, Adra masuk dulu ya…” pinggan yang sudah licin diangkat.

“Yelah…” sahut Pn Zurin. Soronok bila Adra ada, riuh sikit rumah mereka. Mira adalah anak tunggal mereka. Jadi dengan kehadiran Adra ke rumahnya, seperti mereka ada dua orang anak perempuan kini.

Setelah membasuh pinggan miliknya, Adra terus menuju ke bilik.

“Adra mana mak…?” soal Mira sekembalinya ke dapur. Kelibat Adra sudah tiada di dapur bersama ibubapanya. Cepat betul habis makan.

“Dah masuk bilik dah..” balas Pn Zurin.

“Siapa datang kak…?” tanya En Zaki. Kot-kotlah kawan dia datang.

“Kawan Adra. Kakak cari Adra sekejap..”

“Kawan Adra..?” tanya Pn Zurin pula.

Mira mengangguk. Dia berlalu meninggalkan mereka di dapur, bilik Adra dijengah apabila pintu bilik tidak tertutup. Bilik Adra sebenarnya bilik dia juga. Mereka berkongsi bilik sejak Adra datang ke rumahnya.

“Your husband is asking you to eat together.. Can you go to him…?” sapa Mira.

“No..! I’m full…” balas Adra senada.

Mira melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di tepi katil di sebelah Adra berbaring. Mata dan tangan kawannya fokus kepada telefon ditangan.

“Kau ni, kesian dia tak tahu nak makan dekat mana, kau tolong lah tunjuk… Sudah-sudahlah merajuk tu…Tak salah pun kau mengalah dengan suami kau sendiri kan..?” pujuk Mira.

“Aku tak nak, aku tak bersedia lagi lah nak jumpa dia…” tolak Adra. “Kau cakap pandai-pandai dialah nak makan dekat mana… Bukan budak kecik tak tahu nak cari kedai sendiri.” sambung Adra lagi.

“Kau pergilah cakap sendiri…”

“Tak nak..”

“Kesian dia duk tunggu kau daripada tadi..”

Adra mengangkat bahu tanda tidak kisah.

“Kau ni.. Kejam tau…”

“Dia lagi kejam tau…” balas Adra tidak mahu kalah.

Mira menggeleng kepala. Keras kepala betul makcik ni. Kalau itu kata dia, itulah. Tak boleh jadi inilah. Tidak boleh jadi lain.

Malas Mira mahu melayan Adra, dia bangun. Jika tidak dia khabarkan berita kepada lelaki itu, entah sampai bila dia akan menunggu diluar.

“Mira..”

“Haa..?”

“Kenapa dia masih ada di sini, bukan dia dah balik ke petang tadi..? soal Adra sebelum Mira keluar. Takkan dia duduk menunggu daripada petang tadi sehingga ke malam dekat luar tu. Memang tidak logiklah kan..

“Dia sewa homestay ayah. Dekat sebelah rumah kita ni…” jawab Mira. Wajah Adra dipandang, mengharapkan ada reaksi darinya.

Adra terbangun dari katil setelah mendengar jawapan Mira. Mira dipandang tidak percaya. Patutlah ayah cakap ada orang sewa homestay mereka. Tidak disangka pula Ezzaq adalah orang menyewa homestay ayah. Mira dipandang dengan pandangan tidak puas hati.

“Padan muka kau…!” balas Mira dengan ketawa jahat dan terus keluar daripada bilik.

Adra pula menjadi semakin tidak tenang. Bukankah Mira cakap tadi penyewa itu akan menyewa selama seminggu. Jadi dia akan berada disini selama seminggu…?

OMG!!!!

Diluar.

Pada Ezzaq, Mira menyampaikan keengganan Adra untuk keluar.

Ezzaq redha.

Mira simpati.

********

ADRA berpusing-pusing. Ke kanan salah ke kiri salah. Memang dia menghadapi kesukaran tidur semenjak dua menjak ini. Atau lebih tepat sejak dia berkahwin. Skrin telefon dinyalakan, jam menunjukkan angka 1 pagi.

Adra bangun, Mira pula sudah lena dibuai mimpi.

Cardigan dicapai, telefon diletak ke dalam poket cardingan. Langkahnya perlahan. Tidak mahu menganggu isi rumah yang telah tidur. Selak pintu dibuka perlahan. Adra keluar dan kembali menutup pintu rumah.

Adra berjalan perlahan menuju ke parkin luar rumah. Tempat yang selalu dia bertapa apabila tidak boleh tidur malam. Dia sudah terbiasa dengan rutin barunya sekarang. Walaupun di awal pagi, dia tidak terasa takut atau bimbang ketika berada diluar rumah. Lutut dinaikkan ke paras dada dan dipeluk dengan kedua belah tangannya. Adra berteleku memandang bulan yang hampir mengambang. Bibirnya tersenyum. Dia terasa tenang dengan melihat cahaya bulan yang terbias di permukaan air laut. Indah dan menenangkan.

“Adra, kalau aku tanya sikit boleh tak..?”

“Macam tahu sahaja soalan kau tu…”

Mira tergelak. “Belum tanya pun dah tahu..”

“Kalau aku tak nak jawab boleh..”

“Kau ni… Tak kira aku nak tanya jugak..” kata Mira. “Kenapa kau tak nak jumpa suami kau tu, dia sanggup datang cari kau dekat sini. Bukan senang tau nak jumpa lelaki macam tu… Kalau kira-kira dah dua bulan lebih kau duduk sini.. Lama tu.. Kalau lelaki lain mesti dah ceraikan kau dan cari isteri lain. Tapi dia sanggup cari kau sampai jumpa balik. Mesti dia sayang kau betul-betul.”

Adra diam.

“Jawablah…”

“Aku tak tahu. Sayang ke tak sayang ke, itu perasaan dia. Bukan aku. Yang pastinya aku masih belum bersedia nak jumpa dia lagi.… Jadi jangan tanya aku apa-apa. Aku tiada jawapan sekarang.”

“Yalah…” Mira mencebik. “Tapi aku tengok hensem jugak laki kau tu, walaupun sighburn dia merata, tapi masih terserlah kehenseman dia..” Mira tergelak.

“Ada kaitan ke benda tu dengan soalan kau..?” balas Adra dengan muka cengeng.

Mira ketawa lagi. “Ye kot…”

Adra membuat muka tidak suka namun Mira tayang muka seposen.

“Cuba kau fikir. Daripada cerita kau sebelum ini. Dengan keadaan dia sanggup mencari kau sampai jumpa semula selepas dua bulan lebih. Apa yang kau nak cari lagi sebenarnya…?” soal Mira lagi dengan agak serius. Tiada lagi riak main-main yang ditunjukkan.

Adra menarik nafas dalam.

Soalan Mira membuatkan dia terfikir. Apa yang dicari sebenarnya…? Matanya merenung bulan di langit sekali lagi. Dia tiada jawapan. Masa yang berlalu selama ini membuatkan dia malas mahu mengharapkan apa-apa untuk kehidupannya. Biarlah ia berlalu tanpa perlu dia memikirkannya dengan lebih mendalam.

“Assalamualaikum…”

Adra hampir menjerit, terhenti lamunannya. Lantas dadanya diurut dek terkejut. Dia berpaling ke arah orang yang memberi salam sebelum salam dijawab perlahan.

Mujur orang.

“Boleh saya duduk sini…?” soal Ezzaq. Belum pun Adra memberi kebenaran, Ezzaq sudah melabuhkan punggungnya berdekatan dengan Adra.

Adra membatu, cuba mententeramkan jantungnya yang masih terkejut. Dadanya sedikit berombak. Mujurlah bagi salam, kalau main sergah sahaja, ada orang kampung kepoh esok pagi sebab ada orang mati terkejut disergah orang. Bukan disergah cik han.

“Adra sihat…?” tanya Ezzaq, wajah Adra dipandang. Rindu. Dia rindukan wajah itu. Ya, dia rindukan isterinya.

Mujurlah cahaya bulan cerah. Memberi peluang dia melihat wajah Adra yang sudah lama menghilang daripada pandangan matanya dengan lebih jelas.

Diam.

Mulut Adra tetap terkunci.

Ezzaq menarik nafas sebelum memulakan perbualan.

“Saya sihat, abang, mama dan papa semua sihat, kami risau sangat bila tak dapat contact Adra..” sambung Ezzaq. “Mereka semua kirim salam..” Memang dia ada khabarkan kepada ahli keluarga mertuanya tentang lokasi Adra. Mama Adra juga mahu mengikut dia ke sini, namun papa menegahnya. Biarkan Ezzaq menyelesaikan dahulu masalah mereka berdua.

Masih sepi.

Adra tidak memberikan reaksi kepada apa yang Ezzaq sampaikan.

Ezzaq senyum sebaris. Dia sendiri tidak dapat tidur pada malam ni. Hatinya sangat teruja apabila bertemu dengan Adra kembali. Hatinya menarik-menarik untuk keluar daripada rumah tumpangannya sedangkan dia sendiri tidak dapat tidur. Ketika dia keluar daripada rumah, dia ternampak seseorang sedang duduk diparking rumah sebelah. Dari jauh, dia dapat mengagak Adralah orangnya. Dan apabila dia menghampiri, memang Adra. Namun Adra langsung tidak menyedari kehadirannya. Wanita itu seperti hanyut di dalam dunianya sendiri sehinggalah dia memberi salam. Barulah Adra berpaling.

Melihat pandangan isterinya berpusat pada bulan dilangit, dia juga memandang tempat yang sama, bulan yang terang.

“Adra tukar nombor baru ke..? Saya cuba contact nombor lama, tetapi sudah tidak aktif.” Tanya Ezzaq lagi. Sedangkan wanita itu tidak beranjak mahupun melarikan diri daripadanya lagi, dia tidak mahu membuang masa. Dia akan cuba untuk menjernihkan hubungan mereka yang tergantung lamanya.

“Boleh bagi nombor handphone Adra yang baru.?” sambung Ezzaq lagi.

Juga diam.

Ezzaq berdehem. Tangan di gosok perlahan. Sejuk udara malam di sini. Sejuk membeku. Sebeku hati isterinya kah..?

“Kenapa datang sini..?” soal Adra perlahan.

Ezzaq senyum. Dapat juga mendengar suara Adra akhirnya. Wajah itu dipandang lagi.

“Nak cari sesuatu yang hilang.” akui Ezzaq.

Adra tersentak namun dikawal reaksinya. Sesuatu yang hilang..? Ezzaq memaksudkan dirinya kah..?

“Macam mana awak tahu saya di sini..?” Itu soalan yang bermain difikirannya daripada petang tadi selepas Mira mengesahkan lelaki itu adalah Ezzaq. Tiada siapa tahu dia berada di sini, kecuali.. Tidak mungkin..

“Anggaplah Allah dah dengar doa saya. Saya nak isteri saya kembali kepada saya. Kembali kepada keluarga kita semula.” Balas Ezzaq ikhlas. Memang itulah yang selalu dia doakan. Supaya Allah ketemukan mereka kembali walaupun selama mana wanita itu menghilang.

“Saya tahu Adra marahkan saya kerana kejadian hari itu..” sambung Ezzaq perlahan. “Saya tahu, saya salah dan saya memang nak cari Adra, saya nak betulkan balik kesalahan saya. Betulkan balik keadaan kita.. Jernihkan semula hubungan kita..”

Ezzaq bangun dan langkahnya menghampiri Adra. Dia berdiri betul-betul di depan isterinya.

Mata Adra memerhatikan Ezzaq.

Ezzaq senyum ketika anak mata isterinya berpusat pada anak matanya. “Sudi tak Adra maafkan saya, saya janji saya akan jaga Adra sebaik mungkin. Maafkan saya pasal kejadian hari itu. Jika saya salah, maafkan saya. Jika semuanya disebabkan saya, saya minta maaf. Saya tak nak Adra menjauhkan diri macam sekarang. Jauh daripada saya, jauh daripada keluarga.” Tenang Ezzaq meluahkannya.

Mata Adra masih melekat pada pandangan redup lelaki di depannya. Telinganya jelas mendengar ucapan maaf daripada lelaki itu.

Ikhlaskah kata maafnya..?

Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata maaf yang keluar daripada mulut Ezzaq. Itukah yang dicarinya selamanya ini. Kata maaf. Namun tiada patah yang mampu dikeluarkan. Mulutnya bagaikan terkunci.

Ezzaq memberanikan diri mendekatkan jarak mereka.

Kedua belah tangan Ezzaq berlabuh pada kepalanya dan mengusap rambutnya lembut dan satu ciuman berlabuh didahinya. Seketika dia terleka dengan kehangatan ciuman daripada lelaki itu.

“Saya rindukan awak sangat…” ucap Ezzaq.

Adra tersedar.

Lantas badan Ezzaq ditolaknya sebelum dia melarikan diri dan meninggalkan Ezzaq diluar rumah. Pintu rumah ditolak kasar dan cepat-cepat menutupnya kembali. Tangannya melekat pada dadanya. Terasa jantungnya tidak berfungsi dengan kadar yang normal.

Kenapa..?

Kenapa mesti setiap kali Ezzaq menyentuhnya, dia terleka.

Kenapa…?

Adra memejam matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience