Order..!! 10

Romance Series 123857

ADRA naik geram, tidak sekali pun Ezzaq membalas mesej atau panggilannya. Kelibatnya pun tidak muncul-muncul selepas hari itu. Entah-entah mama pun tidak dapat hubunginya. Nak bertanya mama, memang taklah. Nanti lagi berasap kena perli dengan kutuk sekali.

Esok adalah hari Sabtu dan merupakan hari majlis disebelah lelaki. Nak pergi menapak di ofis Ezzaq pun bukan dia tahu di mana. Kalau pergi ofis pun, mana tahu pakcik tu dah masuk ofis ke belum.

Argghh…

Serabutnya..

“Abang..!” Adra menjerit ketika ternampak kereta Aidan berhenti di depan pagar rumah. Cepat-cepat dia berlari menghampiri kereta Aidan yang diparking di luar rumah.

“Adik, kenapa ni…?” tanya Aidan. Belum pun sempat dia turun daripada kereta, dia sudah diserbu oleh adiknya sendiri. Cermin kereta diturunkan sedangkan melihat wajah adiknya begitu berkerut-kerut.

“Abang..! Ezzaq tak balik rumah..” Adu Adra tanpa berselindung.

Dahi Aidan berkerut.

“Adik dah cakap yang adik hendak bercerai dengan dia.. Selepas adik cakap tu, dia terus menghilang. Call ke mesej adik semua dia tak layan..” Sambung Adra lagi.

Aidan menepuk dahi.

“Macam mana adik nak datang ke majlis esok… Adik tak nak hubungan kami berterusan dan adik rasa sia-sia sahaja kalau adik ke majlis itu.” kata Adra dengan lemah.

“Lepas tu takkan adik nak biarkan majlis macam tu sahaja…?”

“Yalah.. Adik tak nak pergi.. Abang tolong lah adik…” Air mata Adra sudah menitis. Dia sedar, jika majlis esok berlangsung, mungkin dia boleh merosakkan hubungan dua keluarga.

Tapi kalau batal pun bukan lagi teruk ke..? Mesti keluarga Ezzaq lagi malu, pengantin perempuan tidak hadir. Maruah keluarganya dan keluarga Ezzaq bakal tercalar.

Argghh.. Kalut.

Namun dia nekad. Walaupun dia sedar dirinya akan menjadi punca kepada kerosakkan itu. Dia nekad..!

“Adik betul-betul ke ni..? Ini melibatkan keluarga. Malu keluarga Ezzaq kalau adik tak datang. Bukan setakat keluarga Ezzaq, keluarga kita lagi malu. Family semua ada, tetapi pengantin perempuan tiada. Macam mana mereka nak cakap dengan tetamu yang datang..?”

Adra melepaskan keluh berat. Abang pun fikir perkara yang sama. Tindakannya akan memalukan kedua-dua keluarga. Tetapi dia tidak mahu meneruskan hubungan dengan Ezzaq lagi.

“Lepas tu nak adik buat macam mana…? Datang lepas tu cakap dekat dorang yang perkahwinan kami tak lama pun. Esok-esok saya dah nak cerai dengan dia..” balas Adra. “Lagipun abang juga yang setuju ikut plan adik, Azad pun okey. Jadi buat apa nak teruskan ikatan yang tak memberi apa-apa makna ni.”

“Apa kata Ezzaq…?”

“Itulah masalahnya, dia tak angkat phone, mesej adik pun dia tak balas langsung. Diam macam tu sahaja.”

Aidan diam.

“Adik bersiaplah, abang bawak pergi ke suatu tempat.” Cadang Aidan tiba-tiba.

“Ke mana…?” soal Adra pelik.

“Adik nak melarikan diri tak…?”

“Nak…!” bercahaya mata Adra ketika mendengar cadangan abangnya. Tak sangka abang sudi menolong dirinya. Untuk majlis esok, berserahlah sahajalah. Terus Adra berlari dan masuk ke bahagian penumpang.

Aidan memandangnya dengan terkejut. “So, nak pakai baju ini sahaja ke..? Tak nak bawak baju lain? Nanti confirm mama mengamuk kalau adik tak datang.”

“Oh..!” Adra memandang pakaiannya. “Adik ambil baju extra. Abang tunggu sekejap…”

Tidak sampai sepuluh minit, Adra sudah berada di dalam kereta semula. Beg sandang kecil dibawa bersamanya. Cukuplah pakaiannya untuk sehari dua. Nanti selepas sudah selesai, dia baliklah. Kalau waktu itu dia dileter oleh mama pun dia tidak kisah. Asalkan dia sudah buat yang terbaik untuk dirinya.

Baik…! Dia sudah bersedia. Namun hatinya sedikit gusar. Bagaimana majlis esok..? Tunggang langgang tak..? Mama dengan papa akan marahkan dirinya tak..? Keluarga Ezzaq akan membencinya tak..?

Adra menarik nafas. Kita tengoklah apa yang terjadi esok.

“Abang nak bawak adik pergi mana..?” soal Adra ketika kereta sudah bergerak meninggalkan halaman ruamh. Mama dengan papa pun tiada di rumah. Jadi tak siapa tahu dia melarikan diri. Hanya dia dan abang Aidan..!

“KL…”

“Serius lah…?”

“Betullah…”

Adra senyum lebar. Tak sangka Aidan sanggup berkorban untuknya. Sekiranya rancangan kali ini berjaya, dia sangat berterima kasih pada abangnya. Papa dengan mama mungkin akan marah, namun ini sahaja yang terfikir dalam fikirannya. Bila sudah reda nanti, mesti mereka akan maafkan dia juga. Dibiarkan Aidan memandu dan matanya mula terpejam.

“Adik, dah sampai…”

Terasa lengannya ditepuk, mata Adra terbuka perlahan. Rasanya baru sahaja dia terlelap. Jemarinya mula menggosok matanya.

“Abang dah book hotel. Adik duduk sini lah sehingga majlis selesai ya…Check in semua pun abang dah uruskan, ini kad bilik adik.” Sekeping kad dihulur kepada Adra.

“Sure mama tak boleh jumpa adik dekat sini ke..?” soal Adra kesekian kalinya. Risau juga abang sengaja mengkhianatinya. Tup-tup kang dia hantar mama datang sini dengan rombongan lelaki sekali. Haru…!

Memang tak ada peluang nak lari dah.

Aidan hanya tersenyum.

Setelah berpuas hati Adra keluar dari kereta. “Thanks abang…”

“Nanti nak balik mesej abang ya…” pesan Aidan. Wajah adiknya dipandang dalam.

“Thanks again abang…”

“Welcome but still Im sorry…Please forgive me okey…”

“Why…?” muka Adra cuak.

Aidan menggeleng. “Nothing… Just enjoy your day…” Bibirnya tersenyum.

Adra melangkah masuk ke lobi hotel setelah kereta Aidan hilang dari pandangan matanya. Pandai Aidan memilih tempat yang sesak, jadi mungkin mama tidak dapat mencarinya. Misinya selepas ini, menuntut cerai dari Ezzaq.

Ezzaq.. tunggu ya..!

Sejauh mana mahu melarikan diri…?

Sambil berjalan kaki, Adra menyanyi kecil. Entah kenapa dia rasa seronok sangat. Apa yang akan terjadi esok, biarlah masa yang menentukan.

Sampai di tingkat 5, Adra mencari nombor biliknya.

5012.

Setelah menekap kad masuk, Adra menolak pintu bilik. Bibirnya menguntum senyum, besar betul bilik yang abang Aidan tempah.

Argghhh…! Seronoknya.

Adra senyum lebar dan melompat ke atas katil. Badannya diselesakan, merasai lembut dan empuknya tilam yang sedang dia berbaring. Handphone diletak disebelah dan matanya mula tertutup. Nantilah dia maklumkan pada Azad. Sekarang dia mahu menikmati dahulu masa yang ada.

Tiba-tiba fikirannya menerawang teringatkan Ezzaq. Sepanjang dia mengenali lelaki itu selepas mereka berkahwin, dia memang baik tetapi…

Tit…Tit..Tit…

Adra terkejut bunyi beep daripada pintu masuk. Namun dibiarkan sahaja, mungkin abang datang semula. Dia mengubah posisi mengiring kepada meniarap. Dia ingin berehat seketika. Mata dipejam. Pandai-pandailah abang melayani diri sendiri.

Terdengar pintu ditutup.

Adra tetap memejam mata. Melayan perasaan.

Namun suasana dalam di bilik agak diam. Tiada bunyi apa-apa pun. Betul ke abang Aidan yang masuk ke biliknya tadi..? Atau sebenarnya ada orang masuk ke tidak..? Ke abang Aidan keluar semua apabila melihatnya berbaring. Mungkin tidak mahu menganggu tidurnya juga. Yalah.. ada kemungkinan juga. Baik dia menyambung tidur.

Seketika, Adra terasa seperti ada orang sedang memandangnya.

Haishh..!

Jangan cakap bilik itu berpenghuni pula. Siang lagi ni kalau pun hantu hendak keluar. Namun hatinya mula tidak selesa. Matanya dibuka perlahan. Terkejut apabila wajah Ezzaq yang menghiasi kornea matanya. Matanya dipejam semula. Mengharapkan itu adalah bayangan sahaja.

Adra ketap bibir. Kenapa mesti bayangan Ezzaq yang muncul. Atau kerana dia terlalu mengharapkan kehadiran Ezzaq untuk menunaikan permintaannya yang tertangguh. Dan jangan cakap hantu itu menyerupai Ezzaq pula. Ahhhh…

“Kenapa pejam mata semula…?”

Adra telan air liur. Memang itu suara Ezzaq. Akhirnya Adra membuka matanya semula.

Dan.. Memang Ezzaq…!

Bukan hantu seperti bayangannya.

Automatik badannya terbangun.

Anak mata mereka berlaga. Kehadiran Ezzaq meniupkan rasa resah dihatinya.

“Kenapa awak ada dekat sini..?” tanya Adra. Dia terkejut dengan kehadiran Ezzaq yang tiba-tiba. Kenapa ketika dia memerlukan kehadiran Ezzaq, Ezzaq tidak muncul. Kenapa sekarang?

“Macam mana awak tahu saya disini…?” tanya Adra lagi dengan nada gusar.

Ezzaq hanya senyum. “I miss you….” ucap Ezzaq perlahan.

Adra resah, rancangan untuk melarikan diri tidak berjaya ke…? Macam mana Ezzaq boleh muncul di sini? Ezzaq mengikuti mereka daripada rumah tadi ke..? Kalau tidak macam mana Ezzaq boleh tahu lokasinya di sini.. Berpusu-pusu soalan menerjah di kotak fikirannya, namun soalan itu bagaikan tersekat.

Wajah Ezzaq dipandangnya namun Ezzaq langsung tidak bereaksi. Hanya pandangannya memberitahu sesuatu. Adra berfikir, dia perlu lakukan sesuatu. Adra bergerak turun daripada katil dan terus berlari ke pintu. Belum sempat sampai ke pintu, Ezzaq dulu menyekat pergerakkannya. Adra mengundur ke belakang apabila langkah Ezzaq bergerak mendekatinya.

Melihat ruang kosong disebelah kirinya, akal Adra mula memberi idea untuk dia melepaskan diri. Dengan pantas, Adra cuba menyelinap ke sebelah kiri yang menempatkan ruang sofa. Yang pasti dia mahu melarikan diri daripada Ezzaq.

Ideanya berjaya namun hanya dapat menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Namun Ezzaq masih di ruang depan, masih menutup jalan utama untuk dia keluar.

Adra menarik nafas dalam tatkala melihat senyuman lelaki itu.

Ezzaq kembali mendekatinya. Ezzaq ke kiri, Adra ke kanan.

Apabila yakin dia mampu terlepas, Adra cuba keluar daripada ruang sofa. Namun langkahnya terbantut apabila dengan tangkasnya badannya ditarik oleh Ezzaq.

Whatt…? Macam mana dia boleh tertangkap..?

Sedar dia tidak mampu untuk melepaskan diri, wajah Ezzaq dipandang. “Awak boleh lepaskan saya tak..?”

Ezzaq mendengar katanya, badannya dilepaskan, namun lain pula jadinya. Ezzaq menolak badannya ke belakang. Terpaksalah dia mengundurkan diri. Jika tidak, tidak mustahil lelaki itu akan memeluknya lagi. Dia tidak mahu..!

“Kenapa saya call awak tak angkat…?” soal Adra. Dia sengaja mahu mengalih perhatian Ezzaq yang semakin mendekatinya.

Sedar ruang dibelakangnya sudah tidak banyak, Adra mengecilkan langkahnya, namun semakin lelaki itu merapatkan jarak antara mereka.

“Kenapa awak tak balas mesej atau call saya…?” tanya Adra sekali lagi untuk menghilangkan gemuruh di hati. Kenapa langkah kaki lelaki itu tidak berhenti…?

Ezzaq senyum.

“Kenapa, awak dah mula rindukan saya ke…?” tanya Ezzaq perlahan. Soalan Adra tidak mahu dijawab. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Sungguh, dia memang rindukan Adra. Selama seminggu Adra ditinggalkan. Hatinya ditarik-tarik untuk pulang, namun akalnya menghalang. Sekiranya dia pulang, semestinya Adra akan mendesak untuk meneruskan penceraian mereka. Jadi biarlah dia mengalah. Menjauhi Adra adalah lebih baik dari mendekatinya.

Langkah Adra sudah terperangkap. Dibelakangnya hanyalah dinding tebal. Mana mungkin dia boleh menembusinya.

Ezzaq meletakkan tapak tangannya di dinding. Bersebelahan dengan kepala Adra.

“Awak nak buat apa ni…?” tanya Adra gusar. Jangan Ezzaq lakukan sesuatu yang tidak diingininya. Selama Ezzaq berada dirumahnya, Ezzaq tidak pernah memaksanya apa-apa. Melainkan kegatalan pakcik ni memegang tangannya sahaja.

Ezzaq senyum lagi.

Adra menelan air liur kesat.

Parah..!

Kedudukannya mereka pula semakin rapat dan tubuh mereka sudah bersentuhan. Ezzaq sengaja merapatkan badannya. Adra tidak berani memandang wajah Ezzaq. Aturan jantungnya juga mula berdenyut laju.

“Saya rindukan awak…” Bisik Ezzaq di telinga isterinya.

Begitu perlahan suara Ezzaq sehingga menusuk ke dasar hatinya. Adra memejam mata. Mengumpul kekuatan agak dia tidak terleka.

Matanya dibuka dan Ezzaq dipandang. Dia perlu bertegas.

Namun pandangan mata Ezzaq yang redup begitu menenangkan hatinya yang sedang gemuruh. Pandangan yang tidak memberikan ancaman apa-apapun.

“Saya….saya…” Belum pun sempat Adra berkata-kata, Ezzaq mencium pipinya.

Adra tercengang. Terkejut.

Ezzaq semakin rapat. Bau wanggian Ezzaq mula meracuni fikiran Adra. Wangi dan menggoda jiwanya.

“Awak buat apa ni…?” tanya Adra lagi. Namun suaranya seperti tidak terkeluar.

Sekali lagi pipinya dicium Ezzaq.

Nafasnya mula tidak teratur. Adra cuba menolak badan Ezzaq namun kudratnya tidak berdaya. Ezzaq lagi tegap melindungi badannya.

“Awak.. Jangan buat saya macam ni.. Saya.. Saya.. Tak cinta…” kata-kata Adra terhenti apabila bibir Ezzaq sudah menutupi bibirnya. Ditolaknya badan Ezzaq, namun Ezzaq semakin mengeratkan pelukan mereka.

Walaupun bukan di atas kerelaan hati, namun sentuhan lelaki itu membuatkan dia sendiri lalai. Melihat pada senyuman Ezzaq yang sangat menggoda dan sentuhan Ezzaq yang mendamaikan, dia sendiri terlupa. Itu adalah Ezzaq bukannya Azad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience