B - 3

Romance Completed 41713

BAB 3

Harris mengerutkan keningnya. Adoi apasal pulak dengan minah ni. Aku dah la penat berdiri ni boleh pulak dia tersengih-sengih macam kerang busuk dekat sini. " excuse me. Kau ni dah kenapa? Boleh tak kau pindah dekat kerusi sebelah sana.? Aku penat dah berdiri ni." Sengaja dia meninggikan sedikit suaranya supaya Batrisya tersedar dari lamunannya

Batrisya mengelipkan beberapa kali matanya. "Eh,sory sory." STOP BERANGAN DIANA BATRISYA!! Tak habis-habis nak malukan diri sendiri. Tegas Batrisya mengingatkan dirinya supaya tidak berangan. Dia melepaskan keluhan yang perlahan. Lalu bangun berpindah ke kerusi yang berada di tepi dinding.

Farah naik pelik dengan perangai sahabatnya itu hari ni. Dah kenapa pulak dengan minah ni,tak pernah-pernah berangan hari ni boleh pulak dia berangan. Farah menyentuh kasar tangan Batrisya. "Oii! Kau ni dah kenapa?" Sergah Farah.

Terangkat bahu Batrisya terkejut dengan sergahan Farah. "Ha,apa? Err..mana ada pape. Aku ok je la."jawab Batrisya gagap

Hai la Risya.. Macam-macam la kau hari ni. Tergeleng-geleng kepala Farid dengan telatah Batrisya hari ni. Abang tahu Risya terpegun dengan kehenseman Harris ni. Tapi Abang jugak yakin yang lepas je Risya tahu nama mamat yang duduk di sebelah Risya sekarang ni, conferm muka Risya akan berubah.

" Risya,ni Abang kenalkan Harris Danial Bin Tan Sri Jamaluddin." Farid memandang Batrisya dengan senyum penuh makna.

Hampir ternganga mulut Batrisya bila mendengar nama penuh lelaki yang duduk di sebelahnya sekarang ni. Batrisya membulatkan matanya kepada Farah. Dia memandang sekilas lelaki yang berada di sebelahnya sekarang ini. Lantas dia mengeluarkan Iphone nya dari handbag dan menghantar WhatsApp pada Farah.

Ye la nak mengumpat kan tak kan nak terang-terang pulak kan. Haha

Tersenyum senget Farid melihat gelagat Batrisya yang gelabah selepas tahu gerangan si jejaka tampan yang duduk di sebelah nya sekarang ni. Kan betul apa yang Abang bayang kan. Hai la kau ni Risya macam-macam.

'Woii!! Siyes la. Mamat poyo ni duduk sebelah aku sekarang ni.! Gila la weh. Kalau aku tahu la ni mamat poyo tu tak kuasa aku nak pandang muka dia lama-lama tadi. Tak pasal-pasal mamat poyo ni perasan hensem.! Eee.. Rasa panas pulak hati aku ni!' *Risya

Bip. Bip.

Farah mencapai Iphonenya lalu membuka aplikasi whatsap. Beberapa saat, Farah mengangkat mukanya memandang Batrisya. Baru tahu kau nak cuak ek. Tadi bukan main lagi lupa pasal mamat ni.

Batrisya mencebikkan mulutnya bila matanya bertaut dengan mata Farah.

Hai,duduk depan-depan pun nak kena berwhatsapp jugak ker? Ni conferm tengah mengata aku ni. Harris memandang gadis disebelahnya dengan ekor matanya. Diana Batrisya,lain ek kau sekarang. Makin cantik dan makin manis bila kau bertudung. Tak macam masa kita dulu-dulu. Comot. ! Tapi comot plus comel la. Dalam diam mulutnya mengukir satu senyuman manis.

Dah kenapa senyum sorang-sorang pulak si Harris ni. Adoi.. Pening kepala aku macam ni. Nak kena layan dua orang yang perangai sewel hari ni. Ngomel Farid sambil jarinya menekan-nekan dahinya walaupun belum sakit.

"Oii! Kau ni dah kenapa Harris senyum sorang-sorang macam orang gila ni?" Farid menyergah Harris namun kelantangan suaranya masih di kawal.

Terangkat bahu Harris terkejut dek sergahan Farid. Ish Farid ni.ada ke sergah aku macam tu. Tak boleh ke nak tegur elok-elok. Saja la tu nak malukan aku depan minah ni. Ee.. Nasib baik la duduk dalam kedai makan. Kalau tak memang makan penyepak free dah kau ni.

"Ish. Mana ada la. Jangan nak merepek ok. Aku bukannya gila nak senyum sorang-sorang ni." Harris cuba untuk menidakkan bende yang nyata. Lantas tangannya mencapai air yang di pesan tadi lalu di sedut untuk menghilangkan rasa malunya.

Batrisya memusingkan bebola matanya sambil mencebikkan mulut nya.Eleh konon nak cover macho la tu tak habis-habis lagi perangai poyo dengan ego dia yang tinggi menggunung tu. Menyampah.!

Tangan nya kini memainkan straw dengan mengacau air minumannya. Ish nak tegur ke tak ek mamat ni. Menyampah-menyampah pun aku kena tegur dia jugak. Kan dia cop aku ni minah sombong pulak . Tapi kalau aku tegur, dia bukannya nak jawab pun. Bukan sekali aku cuba untuk ajak dia sembang tau dah banyak kali tapi tetap jugak dengan ego dia.

"Emm.. Kau Harris tak makan ke?? Diet ek??" Batrisya memandang Harris sekejap then pandangannya dialihkan pula pada Farid.

Senyum manis terukir di bibir Farid saat matanya menangkap pandangan mata Batrisya. Kini pandangannya dialihkan kepada Harris dan berharap agar Harris menjawab soalan Batrisya tadi.

Batrisya kembali memandang wajah Harris,tapi Harris tetap dengan riak wajah yang selamba dan memang tak ada ciri-ciri seperti dia ingin menjawab soalan dari Batrisya tadi.

Terbit rasa marah dalam hati Batrisya. Oh,kau memang tak nak jawab soalan aku ek. Ok,tak apa aku pun bukannya hinggin sangat nak bercakap dengan kau. Mamat Poyo!!! Perangai tak berubah langsung. Umur dah 32 pun perangai masih sama dengan 6 tahun lepas. Bila nak berubah entah. Pandangannya kini tepat memandang wajah sahabat baik nya Farah. Cemberut saja wajahnya.

*Buat masa ni jalan cerita simple simple aje ok.hihi. so jangan stress tau. :)
hope korang enjoy hihi and sory kalau tak best.
:D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience