Aik,senyap je rumah ni. Mana pergi Risya dengan Mar ni. Matanya kini meliar mencari kelibat 2 wanita yang jadi penyeri di hatinya itu.
"Assalamualaikum.. Hai Ling kenapa termenung je ni hem? Sampai Abang balik pun tak sedar ni." Sapa Haji Damhuri dengan nada lembut. Dia tak nak terkejutkan isterinya yang sedang asyik mengelamun itu.
"Eh,Abang maaf Ling tak perasan Abang bagi salam tadi. Abang nak makan sekarang ke? Ling siapkan." Memang dah menjadi rutinnya menghidangkan makan malam selepas Haji Damhuri pulang dari Masjid selepas menunaikan solat isyak.
Eh,kita sibuk tanya dia,dia boleh tanya kita balik. Hurm Mar.. Mar. "Tak apa la Ling,Abang dah makan tadi dekat Masjid. Ada orang sedekahkan Nasi minyak. Ni Abang tanya ni Ling termenungkan apa ni? Macam ada masalah besar je. Hurm." Soal Haji Damhuri penuh prihatin. Dia kini sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Hajah Mariani.
Keluhan berat dilepaskan. Dia sebenarnya tidak mempunyai masalah lain melainkan masalah hubungan antara Batrisya dengan Khai sahaja.
"Tak ada la Abang. Ling tengah fikirkan pasal Kakak dengan si Khai tu la.. Pasal hubungan dorang ni. Emm.. Abang esok kita pergi rumah Khai ye. Jumpa Minah dengan Khahar. Ye la mana la tahu kot-kot Khai tu tak bagi tahu pape lagi ke dekat ibu dengan Abah dia tu. Bukan boleh kira sangat Khai tu."
"Ok boleh,esok kita pergi rumah diaorang. Cepat settle masalah ni lega sikit kepala kita. Lebih-lebih lagi Kakak tu naik kesian Abang tengok dia. Mana dengan kerja office lagi hal peribadi lagi. Hurmm.. Tapi apa kata Ling call dulu Minah tu tanya dia ada dekat rumah tak esok. Mana tahu kot-kot esok dia ada hal ke kan?" Cadang Haji Damhuri.
Hajah Mariani hanya mengangguk. Lantas jari-jemarinya mencari nama Aminah then button call di swipe.
##
"Hello. Assalamualaikum Err.. Farid esok kau dengan Farah free tak? Aku nak jumpa dengan korang sekejap,boleh? Ada benda yang aku nak bincang dengan korang." Ujar Harris.
Dalam kepalanya kini hanya memikirkan tentang rancangannya sahaja. Rancangan untuk memikat hati Batrisya tapi dalam masa yang sama,dia tahu yang dia tak mampu untuk menjayakan rancangannya itu seorang diri. Jadi dia terpaksa masukkan Farid dan juga Farah dalam rancangannya itu. Korang pun tahukan macam mana hubungan Harris dengan si Batrisya tu.
"Waalaikumussalam ha, Harris aku free je. Kenapa tiba-tiba kau nak jumpa aku dengam Farah ni,nak bincang hal apa?" Soal Farid pelik.
Mau tak pelik. Siap nak jumpa dengan Farah lagi. Selama ni tak pernah-pernah pun nak jumpa dengan Farah.
"Nanti la aku bagi tahu kau. Esok kita jumpa dekat tempat biasa ok. Kau jangan lupa pulak tu." Pesan Harris. Sekali lagi dia mengingatkan kawan baiknya itu tentang pertemuan mereka esok. Serta-merta panggilan itu diputuskan.
Tanganya kini disilangkan kebelakang kepalanya untuk dijadikan sebagai alas. Matanya memandang syiling yang keputihan itu.
Diana Batrisya Binti Haji Damhuri. Aku tahu agak susah untuk aku buat kau jatuh cinta pada aku tapi tak apa, aku akan usaha untuk dapatkan cinta kau yang maha mahal tu.
###
"Hem, waalaikumussalam ye Mar ada apa awak call saya malam-malam ni?" Tanya Datin Aminah acuh tak acuh.
Share this novel