Dia sebenarnya malas untuk menjawab panggilan daripada Hajah Mariani itu tapi atas arahan Dato Khahar dia terpaksa menjawab panggilan tersebut.
"Maaf la Minah sebab mengganggu malam-malam ni. Cuma nak bagi tahu esok Mar ingat Mar nak datang rumah,nak bincangkan hal Risya dengan Khai ni la. Jadi agak-agak Minah busy tak esok?" Tanya Hajah Mariani
Hem,nak datang rumah nak bincangkan hal Khai dengan perempuan tak tahu malu tu. Nak buat apa lagi, benda dah putus,putus je la nak bincang apa lagi. Ke datang saja nak salahkan Khai pulak. Mungkin dia tak tahu yang si Risya tu ada hubungan dengan jantan lain dekat luar sana. Perempuan macam tu nak jadi menantu aku. Hurm. Depan aku bukan main baik lagi pijak semut pun tak mati belakang aku. Ee.. Memang tak la aku nak bermenantukan perempuan macam si Risya tu.
Berlaga-laga gigi Datin Aminah menahan amarah. Sakit hatinya bila teringatkan cerita dari Khai semalam mengenai Batrisya.
"Macam ni Hajah Mariani. Awak tak payah la nak susah-susah datang rumah kami. Benda dah putus biar la putus. Tak payah nak sambung-sambung balik. Lagi pun si Risya tu tak layak pun jadi menantu saya. Saya dah tahu semuanya. Khai dah ceritakan pada saya. Jadi Hajah Mariani tak payah la nak bazirkan masa tu untuk datang jumpa saya lagi. Lagi satu, lepas ni please call me DATIN AMINAH dan bukannya Minah." Ujar Datin Aminah dengan bongkak. Serta-merta panggilan itu ditamatkan.
Angkuh sekali percakapan Datin Aminah dengan Hajah Mariani itu. Sifat baik Datin Aminah terhadap keluarga Batrisya selama ini hilang selepas mendengar penjelasan palsu Khai tentang hubungannya dengan Batrisya yang sudah pun terputus dek kerana Batrisya mempunyai seorang teman lelaki di belakangnya.
@@@
Khai yang duduk di sofa bertongkatkan kedua sikunya di peha mula gelisah bila Datin Aminah memandangnya tajam seolah-olah mata helang yang sedang perhatikan musuhnya. Dalam keadaan begitu pun otaknya masih lagi ligat berfikir mencari idea untuk membalas dendam pada Batrisya.
"Hey,Khai!! Ibu tanya ni kan kenapa kamu putuskan pertunangan kamu dengan si Risya tu. Ibu tunggu ni,Ibu nak kan jawapan bukan Ibu nak tengok muka kamu tu." Tegas Datin Aminah .
Hilang sudah kesabarannya selama ni pada Khai. Baru minggu lepas mintak tangguhkan tarikh khawin,alih-alih hari ni bagi tahu dah putus tunang. Macam mana tak marah.
"Khai terserempak dengan Risya dekat mall dengan lelaki lain tadi. Siap peluk lengan lelaki tu lagi. Ibu rasa dia layak ke jadi menantu Ibu? Selama ni Khai nak pegang tangan dia pun dia tak bagi. Tapi dengan lelaki tu bukan main lagi. Siapa yang tak marah Ibu. Khai tak nak memperisterikan perempuan murah macam tu. Sebab tu Khai putuskan pertunangan ni. Dari perempuan murah macam Risya tu jadi isteri Khai baik Khai pilih Amelia walapun dia seksi dia tak pernah tipu Khai." Sengaja dia menyelitkan nama Amelia dalam perbincangan itu. Dan dalam masa yang sama dia berharap agar Ibunya itu akan menerima Amelia sebagai menantunya.
Dalam diam Khai mengukirkan senyuman sinis. Padan muka kau Risya. Cari pasal lagi dengan aku kan. Sekarang aku akan buat Ibu aku bencikan kau. Senang sikit aku nak buat Ibu aku terima Amelia nanti.
Macam tak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Khai. Betul ke? Atau Khai yang sengaja buat cerita. Ye la aku kan tak terima girlfriend dia tu jadi menantu aku. Tapi tak mungkin la sampai kena reka cerita bagai.
Terangkat kening Datin Aminah memandang Khai. Riak wajahnya kini menunjukkan yang dia tidak percayakan dengan apa yang diperkatakan oleh Khai sebentar tadi. Tangannya kini disilangkan di dada.
#ni je idea cah untuk bab 26 ni. hihi
sorry klau tak best. :D
Share this novel