Amboi.. Bukan main caring lagi kau ye dekat minah tu. Tak pernah lagi aku tengok kau susah hati pasal perempuan sampai macam ni sekali.hurm.. Ada pape ke ni. Bicara Amir sendiri dalam hati.
Amir berjalan mendekati Harris dengan senyuman manis dibibirnya. Tangan kanannya menepuk lembut bahu Harris.
"Sabar.. Aku dah check darah dia tadi so far alhamdullillah dia sihat je. Cuma sekarang dia agak penat. Dah la jangan risau ok. Tapi kan aku tengok kau ni bukan main caring lagi dekat minah tu. Ada pape ke ni.. Herm,herm." Sakat Amir sambil mengangkat kedua keningnya berulang kali. Bibirnya pula mengukirkan senyuman nakal.
Harris hanya tersenyum dengan kenyataan Amir tadi. Dia kini menyandarkan badannya pada rak fail di bilik Amir dan kedua tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya.
"Tak payah jawab la Hard. Daripada senyuman kau tu aku dah boleh baca dah.. So bila lagi?" Terkekek Amir ketawa dengan soalannya sendiri. Harris juga turut ketawa mendengar soalan daripada Amir itu.
Jari telunjuknya diletakkan pada bibirnya memberi isyarat pada Amir supaya diam.
"Mir,nanti kita jumpa aku cerita dekat kau semua ok." Ujar Harris sambil mengenyitkan sekali matanya pada Amir. Amir yang faham dengan maksud kenyitan mata itu tersenyum.
"So,aku dah boleh bawak Sya balik kan Mir? Sebab Ibu dengan Babah Sya tu tengah risaukan Sya tu."
"Boleh aku izinkan kau bawak balik dia. Nanti kalau ada apa-apa kau call je aku ok Hard."
"Ok Mir, tq bro. Aku nak pergi tengok Sya jap. Nanti pape aku informkan dekat kau." Unar Harris sambil menghilurkan salamnya pada Amir.
Wajah polos Batrisya di pandang Harris. Walaupun seri wajahnya 'ditarik' tapi di mata Harris wajah pucat Batrisya itu tetap ada serinya.
Sya,Insyallah sayang tak lama lagi aku akan jaga kau. Aku janji aku akan jaga kau dan sayang kau sepenuh hati aku
"Sya...." Panggil Harris lembut.
"Emmm.." Sahut Batrisya dalam nada suara dengar tak dengar. Matanya dikelipkan beberapa kali supaya penglihatannya lebih jelas.
Wajah Harris yang tersenyum dipandang Batrisya. "Harris.." Panggil Batrisya lembut.
"Ye Sya,aku ada dekat sini." Harris mendekati Batrisya yang terbaring di atas katil di bilik rehat klinik tersebut.
"Harris..nak balik." Pinta Batrisya
"Boleh jalan tak ni?" Tanya Harris. Batrisya cuba bangun walaupun kepalanya masih terhuyung hayang.
"Kau nak aku pimpin ke Sya?" Niat nya hanya cuma ingin membantu bukan nak ambil kesempatan atas Batrisya. Dia takut kalau-kalau Batrisya akan terjatuh sebab badannya belum kuat.
"Tq Harris,tapi tak apa la aku boleh jalan sendiri. Aku takut kalau-kalau bakal tunang aku tu nampam ke nanti,apa pulak dia kata kan." Kata Batrisya sambil berusaha untuk bangun.
Harris tergamam mendengar jawapan yang keluar dari mulut manis gadis idamannya itu. Sungguh dia terharu dengan jawapan Batrisya itu. Dia tidak menyangka yang Batrisya menjaga hatinya walaupun hakikatnya dia belum tahu siapa sebenarnya bakal tunangnya itu.
"Eerr.. Ok la kalau macam. Jom,aku hantar kau balik. Babah dengan Ibu kau pun tengah tunggu kau dekat rumah tu. Meh aku bawakan handbag kau tu." Harris mengambil handbag dari Batrisya lalu di pegangnya. Hem.. Nampak macam lelaki caring kan. Hihi. Siap bawakan handbag lagi. Hihi.
Dia gagahkan jua langkah kakinya walapun dia tahu yang dia sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi. Satu langkah,dua langkah dan akhirnya dia menyerah kalah. Batrisya rebah di depan pintu klinik. Saat itu hanya mereka berdua saja dalam klinik.
Amir mengarahkan staff nurse nya untuk letakkan tanda close dekat pintu saat Harris membawa Batrisya ke kliniknya itu.
Badannya yang rebah sempat disambut Harris. "Sya..badan kau tak kuat lagi ni biar aku dukung kau ok?" Pinta Harris. Sungguh dia kesian melihat keadaan Batrisya tika ini.
"Sya..aku bukan nak ambik kesempatan dekat kau,aku cuma nak tolong kau je." Terang Harris bila melihat Batrisya yang hanya mendiamkan diri saja dari tadi.
"Emm.. Ok." Jawab Batrisya perlahan. Lalu perlahan-lahan tangan kirinya melingkar di leher Harris. Dan Harris pula mula mencempung badan Batrisya.
Pintu klinik dibuka oleh staff nurse dan Harris mula melangkah keluar dari klinik tersebut. Baru je mahu mengatur langkah Harris terdengar bunyi tepukkan lalu Harris terus berpaling mencari mana datangnya tepukan itu. Harris berpaling sahaja maka berdiri la seorang lelaki yang menyakitkan hatinya saat ini. Kalau dulu hanya Batrisya sahaja yang bersuara tapi kali ni tiba giliran Harris pula untuk bersuara.
Share this novel