B-38

Romance Completed 41713

Bunyi tepukkan menganjing Khai tu sangat-sangat menyakitkan hati Harris saat ini apatah lagi Batrisya. Batrisya yang dicempung Harris hanya menyembunyikan saja wajahnya di dada bidang Harris. Sungguh dia malas untuk bersua muka dengan lelaki dihadapan mereka itu sekarang.

"Sayang,cuba U tengok ni. Perempuan yang dulu kononya baik tak bagi I sentuh,tapi sekarang U tengok la,lelaki ni siap boleh dukung lagi. U tahu tak Sayang dulu masa I tunang dengan dia I nak pegang tangan pun tak boleh apatah lagi nak dukung. Katanya berdosa. Tapi sekarang cuba sayang tengok. Nasib baik la I jumpa U sayang. U lagi baik berbanding dengan perempuan ni." Ujar Khai sambil tangan kanannya diletakkan di atas bahu Amelia. Sinis saja senyuman mereka memandang Batrisya yang hanya diam membisu.

Harris mengetap bibirnya. Berlaga-laga giginya menahan rasa amarahnya saat ini. Harris dapat meraskan yang dada bidangnya mulai lecun dek tangisan Batrisya. Melampau dah kau ni Khai. Kau tunggu ye aku balas. "Sabar ye sayang,aku balas kan balik untuk kau." Bisik Harris pada Batrisya.

Batrisya bukan tak perasan dengan panggilan SAYANG yang dipanggil Harris tapi dia agak penat dan tak kuat. Jadi dia biarkan saja. Tapi entah kenapa dia macam ada rasa connection bila Harris memanggilnya Sayang tadi.

"Khairil Bahari Bin Dato Khahar. Hem nama dah la tak berapa nak sedap. Muka pun lebih-lebih kurang je aku tengok. Kau ni dah kenapa sebenarnya? Kau jeles ye sebab aku boleh dukung Sya. Kau tahu tak,aku tahu semua latar belakang kau Khai. Pasal kau jaja cerita dekat mak kau pun aku tahu. Tapi tak apa la kan. Cuma satu je la aku nak bagitahu kau." Harris mandang tepat ke dalam anak mata Khai. Sebelum memulakan biacaranya kembali. Khai tetap dengan gaya sombongnya itu.

"Kau jangan ingat perempuan yang tengah Menggedik dengan kau sekarang ni baik sangat,sebab aku lagi kenal dia berbanding dengan kau. Dah Sayang kita balik ok. Kesian Sayang kena hadap perangai orang yang tak berapa nak pandai hormat orang ni." Puas hati Harris kali ni sebab dapat membela hati Batrisya.

Teresak-esak Batrisya menanggis. Habis lecun baju Harris di buatnya. Tapi nasib baik la Harris dah tak masuk office petang ni.

Kau memang dah melampau Khai. Kalau aku sihat ni,muka kau tu memang makan penampar aku dah. Tapi kan, kalau aku sihat Harris tak ada la nak dukung aku macam ni. Mesti lepas ni Khai akan buat cerita kaw-kaw punya ni. Ye la kena dukung kot. Hurmm.. Ya Allah.. Apa lagi la ujian aku lepas ni. Batrisya ngomel sendiri dalam hati.

Khai menyilangkan kedua tangannya sambil memandang Amelia."what's?" Tanya Amelia sambil cuba untuk berlagak selamba. Mati aku, kalau kantoi yang aku ni ada Boyfriend lain.

"Ada apa-apa yang U sorokkan dari I ke? Herm." Soal Khai.

"Mana ada. U ni dah kenapa? Baru kena gertak sikit dah goyang? Hem! Dah la I malas nak layan U." Ujar Amelia dalam nada rajuk yang dibuat-buatnya.

Bukan susah pun nak buat Khai rasa bersalah. Amelia berlagak merajuk je sikit terus datang pujuk. Terus nampak Amelia je la yang betul.

Herm, nasib baik la aku ni tahu kelemahan kau Khai,jadi tak ada la susah sangat aku nak mainkan perasaan kau.

###

Harris park kan keretanya betul-betul di hadapan pintu rumah Batrisya. Tujuannya supaya Batrisya tidak berjalan jauh kerana badannya masih lemah.

"Sya.. Bangun,kita dah sampai ni." Kejut Harris dengan nada perlahan. Suara garau Harris membuatkan percakapannya menjadi romantik bila dia bercakap dalam nada lembut.

"Emm.. " Hanya itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut kecilnya itu. Dia cuba untuk bangun tapi tak berdaya. Badannya sekarang betul-betul terasa lemah. Dia pun tak tahu kenapa sampai boleh jadi macam ni.

"Jap Sya aku panggilkan Babah kau untuk dukung kau. Tadi tak apa la aku dukung sebab tak ada orang lain yang mampu dukung kau yang berat tu melainkan aku. " Gelak Harris. Dalam keadaan Batrisya lemah macam tu pun dia boleh buat lawak.

Matanya membuat Rollong eyes. Eleh mengada. Suka hati kau je cakap yang aku ni berat. Dia yang pergi layan si jantan tak guna tu tadi kenapa. Saja la tu nak dukung aku lama-lama lepas tu nak suruh aku puji yang dia tu sado. Ohh.. Please la. Tak kuasa aku. Ni nasib baik aku sakit je tau. Kalau tak ee.. Bebel Batrisya.

Harris bersalaman dengan Haji Damhuri. Dan menundukkan sedikit kepalanya kepada Hajah Mariani tanda hormat. Bukan dia tak nak salam.. Tapi belum sah jadi menantu lagi. So tak boleh salam.hihi

"Uncle Rie,Uncle Rie kena dukung Sya, sebab badan Sya lemah sangat sekarang ni uncle. Nak jalan pun dia tak mampu " Terang Harris

"Uncle dukung? Uncle mana la larat nak dukung si Risya tu. Nampak je kecik tu tapi Berat." Sengaja dia menekan kan perkataan berat tu biar Batrisya dengar.

Batrisya membukakan sedikit matanya. "Babah....jangan nak macam ek." Warning Batrisya pada Haji Damhuri.

"Ish,Abang ni pun.." Marah Hajah Mariani sambil menampar lembut bahu Haji Damhuri. Kini mereka bertiga terkekek ketawa geli hati.

"Dah, Harris. Kamu aje yang angkat Risya tu masuk bilik tamu bawah ni. Uncle izinkan. Senang sikit Uncle dengan Unty nak tengok dia malam-malam nanti. Duduk bilik atas tu nanti jadi pape susah pulak."

Harris hanya mengangguk. Lantas dia memanjangkan langkahnya mendekati Batrisya. "Sya. Jom aku dukung kau. Babah kau izinkan aku untuk dukung kau hantar masuk bilik." Kata Harri sambil mengambil handbag Batrisya di atas riba Batrisya.

#cah rasa nama Khai tu lain. tapi tak tahu la kenapa boleh jadi nama tu. hahaha :D
adoi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience