B-55

Romance Completed 41713

Pintu di kuak sebaik saja mendapat arahan daripada Harris untuk masuk.

"Ye Mr. Hard ada pape yang boleh saya bantu?" Soal Era sebaik saja dia berdiri di hadapan Harris ketika ini. Buku catatan dan pen siap sedia untuk mencatat segala arahan yang akan diberikan oleh Harris.

"Esok saya ada appoiment dengan CEO Khar's Sdn Bhd kan?" Soal Harris dengan wajah tegang.

"Ye,betul Mr.Hard. Esok Mr.Hard ada appoiment dengan Khairil Bahari Bin Dato' Khahar. CEO Khar's Sdn Bhd." Ujar Era dengan wajah tenang.

"Ok,saya nak awak cancelkan appoiment tu sampai saya bagi tahu semula dekat awak bila saya nak berjumpa dengan dia. Faham. Dah awak boleh keluar sekarang." Arah Harris.

Baru puas hatinya saat ini. Kau belum kenal lagi aku siapa Khai. Salah orang untuk kau cari pasal dengan Harris Daniel Bin Tan Sri Jamalludin,Khai. Dah lama aku berdendam dengan kau,start dari kau jajakan cerita aku dengan Sya dekat mak kau lagi. Sekarang dah tiba masanya untuk kau kenal siapa aku sebenarnya. Lepas ni kau jangan mimpi akan dapat projek daripada syarikat aku. Dialog Harris sendiri.

******

Dengan sekali lafaz,Batrisya kini sudah sah bergelar isteri kepada Harris Daniel Bin Tan Sri Jamalludin.

Inai merah yang menyerikan jari-jemarinya di pandang Batrisya. Telapak tangannya mula dibasahi oleh peluh gemeruhnya. Sungguh hatinya kini berdebar-debar menantikan kehadiran lelaki yang sudah sah bergelar suaminya kini.

Farah hanya memerhatikan sahaja galagat teman baiknya itu. Langkah kakinya diatur satu persatu mendekati Batrisya,lalu dilabuhkan punggungnya sebelah Batrisya.

Tangannya kini menggenggam tangan Batrisya untuk mengurangkan rasa gemuruh di hati sahabat baiknya itu. Mereka kini saling berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum manis.

"Kau cantik sangat Risya. Aku bahagia sangat bila tengok BFF aku ni dah jadi isteri orang. Percaya la,dia mampu jaga dan bahagia kan kau." Ujar Farah perlahan sambil tersenyum manis pada Batrisya.

Senyuman Farah dibalas Batrisya. "Insyallah Farah. Kau doakan aku ok."

"Mesti la aku akan doakan kau. Kau kan kawan baik aku. Satu-satunya kawan baik aku di dunia dan di akhirat yang pernah aku ada." Dan mereka kini saling berpelukan.

Tok. Tok. Tok.

Ketukan di pintu menambahkan getar dalam hati Batrisya saat ini. Farah bangun lalu membuka pintu bilik tersebut. Batrisya kini hanya menundukkan kepalanya sahaja. Sungguh dia takut untuk memandang wajah suaminya itu.

"Kakak.. ni,suami Kakak datang untuk sarungkan cincin dekat jari Kakak untuk batal air sembahyang. Hard.. Sini." Panggil Hajah Mariani.

Dia hanya diam membisu. Ya Allah..Dia punya berdebar tak payah cakap la. Rasa nak luruh jantung ni tahu tak.

Perlahan-lahan tangannya dihulurkan untuk si suami menyarung kan cincin. Kemudian di ikuti dengan gelang tangan dan akhir sekali rantai leher.

Saat Harris menyarungkan rantai leher di lehernya, Batrisya terhidu wangian yang mula menjadi kesukaan nya beberapa minggu yang lalu.

Eh,bau ni macam bau perfume Blue De Channel la. Perfume Harris!! Jerit Batrisya dalam hati.

Serta merta Batrisya mengangkat wajahnya. Dan kini pandangan suami isteri yang baru saja di ijab kabulkan itu bersatu.

"Ha..,Harris."

"Ye Sayang, it's me,Harris Daniel Bin Tan Sri Jamalludin a.k.a your Mr.Hard." Ucap Harris dalam nada yang cukup romantik semasa menyarungkan rantai di leher Batrisya. Sempat pula dia mengenyitkan sekali matanya sebelum dia bangun berdiri.

Pandangannya kini di alihkan pada Farah, dan Farah menganggukkan kepalanya sekali.

Aku harap sangat Risya, kau tak marahkan aku pasal ni. Aku bukan tak pernah bagi hint dekat kau,tapi engkau jer yang tak perasan. Dialog Farah sendiri dalam hati.

Jadi selama ni aku bertunang dengan Harris la. Macam mana aku boleh tak perasan. Bodohnya kau Risya.. Patut la Farah boleh kenal Mr.Hard. Punya banyak hint dia bagi dekat kau,tapi satu pun kau tak boleh nak tangkap. Bodohnya. Bebel Risya dalam Hati.

******

Batrisya meninggalkan Harris sendirian untuk melayan tetamu yang hadir. Badannya betul-betul terasa letih saat ini. Mana tak nya,dalam sehari bertimpa-timpa kejutan yang datang. Gemuruh tak habis lagi,tambah pulak dengan terkejut dah tu kena buat-buat ok pulak sebab nak layan tetamu punya pasal. Tu belum termasuk dengan yang mintak nak selfie. huh.

"Aaarrgghh.. letihnya, Adoii... naik kejang pipi aku ni duduk senyum je hari ni kerjanya.Pinggang pun sakit-sakit dah ni. Photografer punya pasal la ni. Suruh peluk-peluk bagai. Ee.." Rengek Batrisya sambil membaringkan badannya diatas tilam king saiz itu. Kedua pipinya diuli dengan telapak tanggannya. Dan akhir sekali dia tertidur dek kerana keletihan yang melampau.

Tok. Tok. Tok.

Tok. Tok. Tok

Aik,mana pergi minah ni,banyak kali dah aku ketuk pintu ni tapi tak buka-buka jugak. Siap berkunci pulak tu. Dia lupa ke yang dia tu dah khawin. Ee.. tak boleh jadi macam ni.

Harris kembali turun ke tingkat bawah untuk mencari kunci spare bilik Batrisya dan kebetulan terserempak dengan Naim.

"Im,Abang nak mintak kunci spare bilik Kak Risya boleh? Abang nak masuk bilik nak mandi semua. Dari tadi dah Abang ketuk Kakak tak buka pintu pun tido kot." Teka Harris.

"Oh.. Kakak tido la tu Bang. Dia kalau baru terlelap memang macam tu Abang. Letak la bom sebelah dia pun memang dia tak akan bangunnya." Ujar Naim sambil tergelak kecil. Tangannya menghulurkan kunci yang diminta Harris sebentar tadi.

Kunci spare tersebut kini sudah pun bertukar tangan. Pintu dikuak dengan perlahan. Betul sangkaannya tadi. Batrisya tidur diulik oleh mimpi indah.

Harris tersenyum melihat wajah Batrisya yang sedang lena diulik mimpi itu. Sempat dia meneliti raut wajah Batrisya yang masih setia dengan makeup itu sebelum dia masuk ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Cantik dan berseri! itu saja yang terdetik di hati Harris saat itu. Betul orang tua-tua cakap. Orang prempuan ni kalau jarang makeup tebal-tebal atau memang tak pernah makeup tebal,bila sekali makeup tebal naik terus seri wajah tu. Kena elok kawan sendiri pun tak cam tu kita.

* Done guys. :)
Seperti yang dijanjikan. Ecah belanja u olls 2 bab hari ni. hihi :D
enjoy ok ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience