B - 11

Romance Completed 41713

Papp!!

Melekat penampar sulung Batrisya di pipi Harris. Harris menahan rasa perit di pipi kirinya.

"Mr. Harris Daniel Bin Tan Sri Jamaluddin. So macam mana best tak penampar sulung aku? Nak lagi? Kau kalau sekadar nak menyampuk untuk tambahkan lagi rasa sakit hati aku ni baik tak payah ek. Aku tak perlukan pun khidmat kau tu. Kau ni kan harap muka je hensem tapi perangai. Damn!!"

Pandangannya kini tajam memandang wajah Harris. Makin aku duduk dekat sini makin serabut kepala aku. Lantas tangannya mencapai kunci keratanya di atas meja dan terus berlari menuju ke kereta.

Farah cuba untuk merampas kunci kereta tersebut daripada Batrisya namun gagal. Dia mula naik risau dengan keadaan kawan baiknya itu. Dia takut kalau-kalau Batrisya drive mengikut emosi nya sekarang ni.

"Abang! Abang Harris! Cepat kejar Risya then rampas kunci kereta tu dari tangan dia sebelum dia drive kereta tu ikut rasa marah dia. Cepat !" Arah Farah dengan nada menjerit.

Aku benci kau Harris! Aku benci kau!! Jerit Risya dalam hati. Air matanya kini mula mengalir. Menangis kerana jiwa dan fikiran tertekan bukan kerana sedih. Makin laju kakinya melangkah menuju ke kereta. Tapi Dalam sibuk berlari dan menangis sempat lagi dia beleter.

Ish,ni la masalah rumah orang kaya. Rumah besar,laman luas tapi tempat park kereta jauh gila. Aku rasa aku lari laju dah tapi tak sampai-sampai lagi dekat kereta ni. Susah betul la duduk rumah besar macam ni. Ngomel hatinya sendiri.

Melihat keadaan Batrisya yang sangat tertekan timbul rasa kesal dalam dirinya. Sya maafkan aku sebab aku tambah rasa marah dalam hati kau. Aku tak sengaja Sya.Please Sya jangan buat perkara yang boleh sakitkan badan kau, aku sayang kau Sya aku sayang kau. Aku janji mulai sekarang aku akan usaha dapatkan hati kau dan aku akan jaga kau Sya. Aku akan jaga kau.! Jerit Harris dalam hati.

Dari jauh Batrisya menekan button remote control kereta audi Haji Damhuri itu. Baru saja dia membuka pintu kereta Harris sudah memeluk pinggangnya dari belakang. Batrisya mula meronta minta dilepaskan.

"Aarrgghh!! Lepaskan aku la! Lepas! Aku benci kau!!" Suara lantang Risya diiringi dengan tangisan. Makin laju air mata Batrisya mengalir.

Permintaan Batrisya minta untuk dilepaskan tidak diendahkan oleh Harris malah Harris mengeratkan lagi pelukannya di pinggang ramping Batrisya. Mulutnya berbisik sesuatu di telinga Batrisya.

"Sya,aku mintak maaf aku janji lepas ni aku akan tak akan buat kau marah lagi Sya. Aku janji." Lembut saja suara Harris melafazkan kata-kata maafnya di telinga Batrisya.

Tajam anak matanya memandang Harris. "Lepaskan aku la!" Bentak Batrisya. Serta-merta pelukan dipinggangnya di leraikan. Sebenarnya hatinya sedikit terpujuk dengan kata maaf yang keluar dari mulut Harris tapi hatinya juga kembali sakit bila teringatkan kata-kata Harris tadi.

Papp!!

Sekali lagi pipi Harris di tampar oleh Batrisya. Harris hanya membiarkan sahaja apa yang Batrisya ingin lakukan pada dirinya sebab dia benar-benar rasa bersalah pada Batrisya saat ini.

"Kau tak ada hak untuk peluk aku!!" Marah Batrisya. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Pandangannya pun mulai kabur. Dunia ni seakan berpusing.

"Sya sayang please,aku betul-betul mintak maaf, aku janji yang aku tak akan buat kau sakit lagi." Harris melembutkan lagi nada suaranya dan berharap agar gadis kesayangnya itu memafkannya.

Badannya kini mulai terhuyung hayang. Kepalanya terasa amat berat. Pandangnya mulai gelap. "Ha. Harris.." Pangil Batrisya lemah dan serta-merta juga dia rebah tapi sempat disambut oleh Harris.

"Ya Allah Sya." Harris mula cemas melihat keadaan Batrisya. Harris memandang Farid dan Farah silih berganti. "Farid call dokter. Now!" Arah Harris dalam nada menjerit. Dia kini mencempung tubuh lemah Batrisya dan dibawa masuk ke dalam rumah.

Ya Allah kenapa ni sayang? Sebab aku ke kau jadi macam ni Sya? Aku betul-betul mintak maaf dengan kau Sya. Aku betul-betul mintak maaf. Sayu pandangan Harris pada Batrisya tika ini.

Berlari Farah membontoti Harris masuk ke rumah. Kenapa sampai boleh jadi macam ni. Ya allah Risya..kau memang sengaja kan buat aku tak tentu arah macam ni. Sungguh dia risaukan keadaan teman baiknya itu sekarang ni.

Terkejut Datin Zarina dan Datuk Jamil bila melihat susuk tubuh Batrisya di cempung oleh Harris. Keadaannya kini sangat lemah. Wajahnya pucat. Niat sebenar turun ke bawah kerana terdengar keadaan riuh rendah tapi tak sangka pulak keadaan tu disebabkan oleh Batrisya pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience