Batrisya hanya tertunduk. Jantungnya kini sedang berdegup laju seolah-olah sedang memyertai perlumbaan larian marathon. Tiba-tiba perasaan takut mula menyelubungi hatinya.
"Kawan Ibu siapa? Kakak kenal?" Soal Batrisya ingin tahu. Ada sedikit getar pada nada suaranya.
"Kakak pernah jumpa dengan dia,ala.. Auntie Rohani. Kawan Ibu yang Puan Sri tu. Kakak ingat tak? Dia pun kadang ada datang rumah kita. "
Puan Sri, kalau dah mak dia Puan Sri memang sah-sah la dia tu anak Tan Sri kan. Ish, tak ada orang lain ke nak masuk meminang aku. Tauke burger ke. Tauke Workshop ke. Ni tak, balik-balik anak orang kaya jugak yang meminang aku. Entah-entah perangai dia sama je macam perangai dengan si Khai tu.
"Eerr.. Ibu,Babah tak ada orang yang biasa-biasa ke masuk meminang Kakak? Kakak bukan apa Kakak takut la Ibu,Babah. Kakak takut kalau-kalau perangai dia tu pun sama macam perangai Khai tu." Kata Batrisya sambil melaga-lagakan jari telunjuk kiri dan kanannya.
Pengalaman sebulan yang lepas membuatkan Batrisya takut untuk menerima dan menyayangi lelaki yang mempunyai kehidupan yang mewah. Senang cerita lelaki kaya la. Sebab tu dia kalau boleh nak Ibu dia carikan lelaki yang biasa-biasa je. Tapi tak sangka pulak dapat anak Tan Sri. Lagi tinggi pangkatnya dari Khai.
Haji Damhuri hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Batrisya. Sudah dia mengagak jawapan yang sebegitu akan keluar dari mulut anak gadisnya itu. Sebab Batrisya seorang gadis yang mudah serik dengan pengalamannya.
Kakinya kini disilangkan. Tangannya pula memainkan janggutnya yang semakin memutih dek usia itu. "Ok,jadi Kakak takut untum terima pinangan ni sebab dia ni anak Tan Sri kan. Sekarang Babah nak tanya Kakak. Kakak rasa lelaki yang anak orang biasa-biasa dekat luar sana tu tak ada yang berperangai macam Khai ke? Hurm." Soal Haji Damhuri tapi dalam nada yang lembut.
Batrisya hanya terdiam tertunduk. Dia sendiri pun tak tahu macam mana yang dia boleh terfikir yang lelaki hidup sederhana dekat luar sana lebih setia berbanding dengan lelaki-lelaki yang hidup mewah. Dah nama pun lelaki mesti la ada je yang curangkan.
Mata mereka kini bersatu. Haji Damhuri mengangkat sedikit wajahnya tanda bertanya kenapa kepada isterinya. Hajah Mariani pula membalas dengan mengangkat kedua bahunya tanda dia tidak tahu. Melihat Batrisya yang hanya terdiam Haji Damhuri mula bersuara.
"Babah bukan nak paksa Kakak untuk terima pinangan ni. Babah cuma nak ubah pandangan Kakak terhadap lelaki. Kakak kena ingat,tak semestinya dia hidup sederhana dia tak boleh curang dan tak semestinya dia hidup mewah dia tak boleh setia. Dalam perhubungan ni macam-macam boleh jadi Kakak. Kakak fikir la baik-baik yer. " Ujar Haji Damhuri.
Hajah Mariani faham apa yang dirasakan oleh Batrisya saat ini. Dia pun tidak la memaksa anak gadisnya itu untuk menerima pinangan sahabat baiknya itu walaupun hati menaruh harapan supaya Batrisya menerima pinangan tersebut.
"Kakak fikir la yang terbaik untuk diri Kakak ye sayang. Ni Ibu tinggalkan cincin ni dekat sini. Kalau Kakak terima Kakak sarungkan di jari manis Kakak. Kalau Kakak tak terima, Kakak biarkan je cincin tu dekat situ. Ye sayang. " Ucap Hajah Mariani sambil tersenyum.
Cincin yang bertahtakan sebutir berlian itu dipandang. Tangannya mencapai cincin yang berada di atas meja itu. Hati nya pula sedang bermain dengan teka-teki.
Nak terima,tak nak terima. Nak terima,tak nak terima. Hurmm.. Pening la. Herm, letak je la sini dulu. Malas la lagi nak fikir. Lantas Batrisya meletakkan kembali cincin tersebut di atas meja. Lalu dia melajukan langkahnya menuju ke biliknya.
Share this novel