"Hey,kenapa pulak aku tak boleh nak drive sorang-sorang? Kereta aku kan suka hati aku la." Tanganya di silangkan di dada. Anak mata nya pula dialihkan ke tempat lain. Saat ini Dia malas untuk berlawan mata dengan Harris. Bukan apa takut terjatuh hati pulak nanti.
Harris mengecilkan matanya. Geram je dia rasa bila tengok Batrsya sekarang ni. Keras kepala.
Kecik besar kecik besar je aku tengok minah ni. Ada kena luku jugak kepala tu dengan aku nanti. Tak apa Harris sabar ok. Kau kena ingat kau sekarang ni dalam 'game' memikat hati si dia so kesabaran tu amat penting.
Dia kini berdiri betul-betul di hadapan Batrisya. Tangannya pula dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya. Pandanganya kini jatuh pada wajah polos Batrisya. Cantik. Terdetik di hatinya.
"Jawapan simple. Aku tak nak kau tu drive kereta macam orang gila sebab emosi kau sekarang ni tak berapa nak stabil. Nanti kalau jadi pape susah. Jadi kau Sya jangan nak mengada drive sorang-sorang. Farah akan naik sekali dengan kau dan aku akan follow kau dari belakang. Faham." Ujar Harris sedikit tegas.
Ee..mengada betul la mamat ni. Suka hati je nak arah-arah aku. Apa ingat aku ni bini dia ke apa. "Serabut. Dah la Farah jom." Bentak Batrisya. Tangannya kini menarik tangan Farah supaya membontotinya.
###
Buk!!
Satu tumbukkan kuat dilepaskan pada dinding biliknya. Itu sahaja caranya untuk melegakan sedikit rasa marahnya ketika ini.
"Tak guna kau Risya,kau sengajakan nak cari pasal dengan aku. Disebabkan kau tak pasal-pasal aku bergaduh dengan Amelia. Dah la tu siap baling cincin depan muka aku lagi. Kau ingat aku ni apa. Kau buat macam aku ni tak ada maruah. Ni satu hal lagi macam mana aku nak mengadap dengan ibu nak bagi tahu pasal benda ni semua. Adoi..kau ni memang sial la Risya. Kau sengaja je kan nak menyusahkan aku. Arrgghh.. Serabut!" Jerit Khai tapi masih lagi terkawal.
Khai menyebak rambutnya ke belakang. Sungguh kepalanya sangat serabut saat ini. Kakinya kini melangkah mendekati dressing tablenya. Pantulan wajahnya di cermin di pandang. Serta-merta semua barang-barang di atas dressing table itu jatuh ke lantai.
Kau sengajakan Risya putuskan pertunangan ni time kau jumpa aku dengan Amelia. Senang sikit kau nak buat macam aku ni yang nampak bersalah dalam hal ni kan. Harris. Hem,kawan konon entah-entah boyfriend. Ye la senang sikit kan bila dah putus macam ni boleh khawin terus je kan. Dengan aku tak boleh nak sentuh-sentuh tapi tadi aku tengok kau elok je peluk lengan jantan tu. Nampak gayanya kau bukan perempuan yang baik sangat kan Risya. Hurmm.. Kau tunggu je la nanti tahu la apa aku nak buat. Aku akan ambik peluang ni sehabis baik untuk kenakan kau. Saat ini Khai mengukirkan senyuman sinis di bibirnya.
###
"Ehem." Batrisya berdehem sebelum memulakan biacaranya. Dia kini berdiri sambil memeluk tubuhnya untuk menghilangkan rasa gemuruhnya. Walaupun ibu dan babahnya boleh dikatagorikan sebagai open minded tapi bila melibatkan sebuah ikatan ni rasa gemuruhnya tetap ada kerana ini melibatkan banyak perasaan.
Risya melabuhkan punggungnya di sebela Farah. "Em..mula-mula sekali kakak nak mintak maaf dengan ibu dan jugak babah sebab kakak buat keputusan ni tanpa tanya hal ni pada ibu dan babah dulu,dan kakak jugak nak mintak maaf cara kakak ni dah memalukan ibu dan babah jugak." Wajahnya kini ditundukkan memandang lantai.
Kedudukannya dibetulkan supaya lebih selesa sebelum memulakan bicaranya seterusnya. "Em. Ibu,Babah, kakak dah putuskan pertunangan Kakak dengan Khai siang tadi dekat mall lepas jumpa Khai dengan perempuan lain Ibu,Babah. Perempuan tu jugak mengaku yang dia adalah girlfriend Khai. Harris jadi saksi dengan apa yang dah jadi tadi antara Kakam dengan Khai." Jelas Batrisya panjang lebar sambil menundukkan wajahnya. Sedih,memang sedih tapi dia harus kuat. Dia tak ingin membazirkan air matanya untuk lelaki tak guna macam Khai tu.
> bab 23. ^-^
hope korang enjoy ok ;)
Nampam macam dia berlagak sangat dengan girlfriend dia Amelia tu kan. hurm
kita tunggu dan lihat je la. hihi
korang rasa Amelia tu nak bagi watak baik atau pun jahat?hihi
Share this novel