B - 16

Romance Completed 41713

Harris memandang wajah Puan Sri Rohani dengan pandangan sayu. "Emm.. Tadi Sya pengsan dekat rumah Farid mom."

Hampir ternganga Puan Sri Rohani mendengar berita mengenai gadis bernama Diana Batrisya itu. Kenapa pulak sampai boleh pengsan ni? Kelmarin aku jumpa dia nampak sihat je muka pun happy je. Ngomel hatinya sendiri.

"Ha,macam mana Risya boleh pengsan Hard? So macam mana dengan keadaan Risya sekarang?" Tanya Puan Sri Rohani dalam nada sedikit cemas tapi masih boleh di kawal.

"Risya ok jer mom. Tak ada pape yang serious pun cuma dia kena banyak rehat sebab dia sekarang dalam keadaan stress." Jawab Harris hambar. Tiba-tiba sekali lagi hatinya diserbu dengan rasa bersalah terhadap gadis pujaannya itu.

Sya..aku mintak maaf. Bisik hati Harris.

"Alhamdullillah..nasib baik tak ada apa-apa yang serious. Dah la Hard jangan fikir sangat ok. Insyallah Risya ok. Hard rehat la esok nak kerja pulak." Puan Sri Rohani menepuk lembut peha kiri Harris.

Harris hanya menganggukkan kepalanya. Betul dia perlu berehat sekarang. Kepalanya mula terasa sakit mungkin sebab terlalu fikirkan tentang Batrisya.

###

Batrisya berjalan sendirian di mall. Niatnya untuk release kan tension bersama teman baiknya terkubur selepas membaca WhatsApp yang di reply oleh Farah.

Sorry Risya, aku tak dapat la nak join kau shopping hari ni. Emm.. Sebab hari ni aku ada date la. Hihi ~ Farah

Selepas membaca WhatsApp dari Farah, automatik matanya dipusingkan ke atas.

Ee..meluat pulak aku dengan minah ni. Siap letak emoji perempuan dengan lelaki berpegangan tangan lagi. "Ee..gedik!" Tiba-tiba ayat itu terkeluar daripada mulut Batrisya. Tapi nasib baik slow je kalau kuat tadi memang orang cop minah gila dah atas dahi tu.

Langkahnya di atur satu persatu tiba-tiba matanya dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat di kenalinya. Serta merta degupan jatungnya menjadi laju seolah-olah dia sekarang sedang berlari marathon.

Kha.khai..!! Nama itu disebut tapi hanya di dalam hati. Allah je yang tahu apa yang dirasa oleh Batrisya saat itu. Sedih,marah,kecewa semua ada. Sakit hatinya melihat kemesraan Khai dengan wanita disisinya kini. Siap peluk pinggang lagi. Batrisya mengalihkan pandangannya dengan tujuan untuk mengawal perasaannya supaya bersabar dan untuk menahan air matanya dari mengalir. Dia tidak ingin menangis di hadapan lelaki yang susah hancurkan hatinya itu.

Harris berjalan sambil cuci mata untuk hilangkan rasa bosannya pada hari minggu. Nak keluar dating macam Farid tak ada girlfriend jadi jalan je la sorang-sorang. Window shopping kalau ada yang berkenan di hati beli kalau tak ada tak beli la. Matanya kini meliar memandang sekeliling. Gaya rambut yang agak messy menambahkan lagi ketampanan jejaka yang bernama Harris Danial Bin Tan Sri Jamaluddin ni. Harris membalas senyuman setiap para gadis yang tersenyum ke arahnya.

Hai..aku rasa macam artis la pulak bila gegirls-gegirls ni semua duduk senyum dekat aku. Senyum tu senyum jugak tapi sorry to say la yer,hati aku ni sudah pun terpikat dengan seseorang. So korang semua gigit jari la ye. Ngomel hatinya sendiri sambil bibirnya tersenyum senget.

Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Eh, Sya ke tu tapi kenapa dia menunduk je dekat situ? Dia jalan dengan siapa, tunang dia ke?ke dengan Farah? Ish soalan,soalan mana jawapannya! Bentak Harris. Kakinya melangkah laju mendekati Batrisya. Lantak la kalau dia dengan tunang dia sekali pun, bukan aku buat apa pun cuma nak bertegur.

*hai korang, sorry lambat sikit update hari ni. hihi Baru je lepas tengok wayang :P cite 'Aquaman' hihi. pada u olls yang belum tengok cite ni baik pergi tengok conferm tak nyesal. hihi. eh, tetiba.
:D

pape pun hope korang enjoy baca chapter ni ok ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience