B-31

Romance Completed 41713

Kotak cincin berserta sekeping nota di atas meja di pandang.

'Ibu, Babah, Kakak mintak maaf.' "Abang.." Panggil Hajah Mariani sambil menunjukkan nota tersebut kepada Haji Damhuri. Akhirnya selepas 3 hari maka terjawab la segala persoalan yang bermain di fikiran mereka.

"Tak apa la. Kita nak buat macam mana dah Kakak tak nak,tak kan kita nak paksa pulak. Kita hanya mencari yang terbaik untuk dia. Terima atau tak biar la dia sendiri yang tentukan. Yang penting bagi Abang kebahagian Kakak." Ujar Haji Damhuri sambil tersenyum memandang Hajah Mariani.

Betul apa yang diperkatakan suaminya itu. Walaupun ada rasa sedih dalam hatinya tapi dia terpaksa akur dengan keputusan itu kerana kebahagian Batrisya adalah segala-galanya.

Hajah Mariani dan Haji Damhuri berjalan seiringan menuju ke meja makan untuk sarapan bersama.

"Mak Yah ada nampak Risya tak? Saya jenguk dalam bilik dia tadi tapi dia tak ada pulak." Tanya Hajah Mariani kepada pembantu rumah yang baru saja diambilnya beberapa hari yang lalu.

Kalau sebelum ini, segala hal dalam rumah itu diuruskannya sendiri, tapi sekarang tugas tu dilakukan bersama Mak Yah. Selain tugas Mak Yah sebagai pembantu dalam rumah tersebut, Mak Yah juga menjadi peneman kepada Hajah Mariani dikala anak dan suami sibuk dengan urusan mereka diluar.

"Risya dah keluar tadi Puan Mar, katanya tadi ada hal penting di pejabat yang dia kena selesaikan. Air pun dia tak sempat nak jamah tadi."

"Hurrmm.. Budak tu sorang kalau bab kerja bukan main lagi. Ikut sangat perangai Babah dia ni ha. Bila dah stress mula la tak boleh nak selisih sikit,habis semua nak di marahnya. " Leter Hajah Mariani. Dalam mulut sibuk pot pet pot pet tangan pula sibuk dengan hidangkan sarapan untuk suaminya.

Ee.. Ni la perempuan. Benda simple pun nak beleter panjang lebar. Tak faham betul aku. "Ling.. Pagi lagi ni kan. Rezeki baru je nak masuk dalam rumah. Dengar awak beleter panjang tak jadi dah dia nak masuk. Dah makan,nak beleter tunggu Kakak balik petang nanti. Ha,masa tu awak awak nak beleter, awak beleter la yer. Mak Yah mari la sini makan sekali. Sedap sikit makan ramai-ramai ni." Anak Haji Damhuri. Walaupun mereka baru kenal Mak Yah sehari dua,tapi Mak Yah sudah pun dianggap seperti saudaranya sendiri.

Cincin di jari manisnya dipandang tanpa berkelip. Cantik,sangat cantik. Reka bentuk yang unik dan dihiasi dengan sebutir berlian ditengahnya menambahkan lagi seri jari manis si pemakai.

Insyallah Risya, keputusan yang kau buat ni betul. Dia adalah pemberian Allah kepada kau. Insyallah lelaki tu mampu untuk membahagiankan kau dan menyayangi kau. Ngomel Batrisya dalam hati.

Tok.tok.tok.

Ketukan di pintu menyerdarkan Batrisya yang terlalu leka dengan cincin di jari manisnya itu.

"Masuk." Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya.

"Ye Risya, ada pape yang nak Kak Bella tolong?"

"Eerr.. Kak Bella duduk la. Risya nak cakap something kejap dengan Kak Bella." Ujar Batrisya kepada Kak Bella. Badannya ditegapkan,tangannya pula diletakkan atas meja dan disilangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience