B-45

Romance Completed 41713

Khai meletakkan sekeping gambar di hadapan Jack. " Jack aku nak kau intip perempuan tu. Ikut je dia pergi mana pun lepas tu seperti biasa la jangan lupa snap gambar dan paling penting kau jangan lupa informkan dekat aku semua maklumat yang kau dapat tu, ok. Aku tak nak ada satu pun yang tertinggal. Faham." Terang Khai panjang lebar.

Jack menganggukkan kepalanya tanda Faham dengan semua arahan yang diberikan oleh Bosnya itu. Sebagai pengintip peribadi kepada Khia, itu sememangnya tugas asalnya sebagai seorang pengintip. Tapi Khai sememangnya selalu mengingatkannya tentang tugasannya itu supaya tiada satu maklumat pun yang dia tertinggal.

###

Assalamualaikum,weh korang esok jangan lupa tau short vocay kita. Jangan tak jadi pulak. Aku dah booking bilik untuk korang ni. By the way aku lupa nak bagi tahu korang,yang aku sekarang dah ada dekat hotel yang kita nak stay ni tau. Aku terpaksa datang awal dari korang sebab kebetulan aku ada kerja sikit yang nak kena satlekan dekat hotel ni. ~ Harris

kakinya melangkah masuk ke dalam Lift VVIP sambil matanya masih ralik dengan Iphone di tangannya.

Ok,tak apa la kalau macam tu. Kau book Hotel mana weh? Nanti kau jangan lupa pulak hantar location tu. Esok senang,aku pakai follow maps tu je. Ok. ~ Farid

Apa kes mamat ni, siap tanya nama Hotel bagai. Bukannya dia tak tahu hotel aku ni nama apa. Nak kata tak pernah datang, selalu je datang lepak sini. Ee.. aku cepuk jugak kan Farid ni. Saja nak kantoikan aku ke apa ni. Dialog Harris dalam hati.

Dalam takut-takut nak bagi tahu tapi dia bagi tahu jugak. Dalam kepalanya mungkin Farid ada rancangkan sesuatu sebab tu dia sengaja tanya nama hotel bagai.

Oh, aku lupa nak bagi tahu, aku dah book bilik untuk korang dekat Hard Hotel ni. ye la kebetulan kan aku ada kerja dekat sini. So nak menyenangkan kerja aku,aku book je la hotel dekat sini. Tak payah dah aku nak kena online book bilik bagai. ~ Harris

Ha.. betul jugak tu. Ok,aku on je. ~ Farid.

Sebenarnya Farid memang sengaja pun tanya nama hotel tu bagai,sebab Farah ada bagi tahu dekat Farid yang Farah ada bagi hint dekat si Batrisya tu tentang bakal suami dia. Tapi Farid tak tahu la yang sekarang ni sama ada Batrisya perasan atau pun tentang nama hotel tersebut.

Wow.. tak sabarnya nak pergi sana. :) :) ~ Farah

Dia yang baru sahaja selesai meeting dengan clietnya mencapai Iphone yang di silent kan moodnya itu. Sengaja dia silentkan Iphonenya itu kerana tidak mahu diganggu semasa sedang meeting dengan clientnya. Baginya time kerja kena betul-betul focus pada kerja. Time relax,relax betul-betul.

Dalam banyak-banyak WhatsApp,dia memilih untuk membuka Group Crazy Buddies terlebih dahulu. Membulat mata Batrisya membaca setiap WhatsApp yang diterimanya dalam group tersebut.

Laju sahaja Jari jemarinya menari-nari di atas skrin Iphonenye itu.

Weh Farah whatsapp personal aku jap,ada benda nak cakap. NOW OK. URGENT.! ~ Batrisya.

Sengaja dia bold kan tulisan akhir itu supaya Farah whatsapp personal nya dengan segera. Mati aku mati. Kenapa hotel tu nama sama dengan Mr.Hard aku,ke hotel tu dia punya. Alamak.. mana la si Farah ni tak whatsap-whatsap aku lagi ni. Time urgent macam ni la kau nak busy nya pun. Adoi. Leter Batrisya dalam hati.

Serta-Merta perasaan yang berkobar-kobar nak pergi bercuti tadi mati. Mati bila dia terbaca nama hotel yang telah pun di book oleh Harris.

Weh,kau kenapa weh? ~ Farah
Farah.. hotel nama apa Hard Hotel? ~ Batrisya

Ye,kenapa weh? ~ Farah

Kau kan ada bagi tahu aku hari tu yang bakal suami aku tu ada beberapa company atas nama Hard kan. So hotel tu yang dia punya jugak ke? ~ Batrisya

Hurmm.. Kau ni Risya tak dapat tangkap lagi ek? Aku rasa kalau la aku ni jadi diri kau mesti aku dah dapat tangkap dah siapa bakal Suami aku tu. Hurm.. Risya,Risya.

Entah la weh. Mana la aku tahu. Mungkin ye dan mungkin jugak tak sebab kau cakap nama gelaran dia Hard kan mana tahu Hard Hotel tu memang tuan empunya tu ke nama Hard ke. Kan? ~ Farah

Dia kini mula keliru. Aarrgghh.. Serabutnya kepal aku bila dalam keadaan macam ni. Lantak la,Malas aku nak fikir. Tunggu khawin nanti je la senang. Fikir sekarang pun tak guna jugak sebab aku tak kenal dia.tu la masa Ibu nak tunjuk gambar, kau tak nak. Sekarang ni la padahnya. Gumam Batrisya sendiri dalam hati.

Laju kerata nya meninggalkan perkarangan Vistana Hotel. Dia dah buat keputusan untuk sertai saja percutian ini. Sama ada hotel itu milik bakal suaminya atau tidak,itu dia sudah malas ambil peduli.

###

"Siti,Saya nak awak inform kan pada semua leader dari setiap management termasuk Pak Cik Ali dengan Mak Cik su tu sekali yang Saya nak adakan Meeting lagi 15 minit. Ok. Make sure semua ada semasa meeting tu nanti." Arah Harris tegas.

Harris melangkah masuk ke dalam office nya. Siti pula bergegas melaksanakan arahan daripada Bosnya itu.

# Sorry Guys,lambat update 2.3 hari ni. Ok hari ni done untuk bab 45 ^_^ hope korang enjoy :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience