B - 7

Romance Completed 41713

Melihat wajah sugul anak daranya membuatkan Hajah Mariani semakin resah. Dia tahu apa yang ada dalam kepala anak nya tika ini. Harap perjumpaan kali ni bukan la untuk menangguhkan tarikh perkhawinan yang berbaki lagi sebulan.

Hajah Mariani berdiri mendekati anak daranya itu. Lantas belakang Batrisya diusap lembut oleh Hajah Mariani.

"Kakak jangan fikirkan sangat ye. Tak apa kita tunggu je la malam nanti tengok apa yang ibu Khai tu nak bincangkan. Sekarang ibu nak kakak masuk bilik dan solat mintak Allah tenangkan jiwa kakak ni dan mintak kekuatan dari Allah. Yer sayang." Ujar Hajah Mariani Lembut.Batrisya hanya mengangguk.

Kakinya melangkah menaikki tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat 1. Dia membaringkan badanya di atas katil king saiz miliknya. Otaknya kini ligat memikirkan tentang tujuan kedatangan ibu bapa Khai ke rumahnya malam ni.

"Huuhh.." Batrisya melepaskan keluhan berat. Hatinya kini rasa tak sedap tapi entah la. "Aaarrgghhh..! Serabut la nak fikir. Baik aku sembahyang lagi bagus. Buat sakit otak je fikir pasal Khai tu." Batrisya menjerit kecil.

Selepaa menunaikan solat Isyak,Batrisya hanya mengenakan baju t-shirt hitam berlengan panjang,trek suit dan tudung bawal yang hanya dilepaskan menutup bahagian dada dan disimpulkan sedikit di bahagian bawah tudung. Batrisya membuka pintu biliknya. Baru saja mahu melangkah menuruni tangga langkahnya menjadi kaku.

"Mar,kami tak tahu macam mana nak mulakan tapi kami amat kesal dengan keputusan Khai. Kami tak sangka yang benda terjadi lagi untuk kali yang ke 2. Khai mintak untuk tangguhkan lagi tarikh perkhawinan dia dengan Sya." Datin Aminah hanya menundukkan sahaja wajahnya. Dia malu,malu dengan keputusan bodoh Khai dan malu dengan keluarga Batrisya. Dato Khahar cuba menenangkan isterinya dengan memaut lembut bahu isterinya itu.

Hajah Mariani dan Haji Damhuri saling berpandangan antara satu sama lain. "Tapi kenapa? Tarikh khawin diaorang tinggal sebulan je lagi. Barang semua pun dah siap. Cuma tinggal kad je lagi belum diedarkan." Ujar Hajah Mariani.

Apa masalah khai ni sebenarnya. Kali kedua tangguhkan tarikh khawin ni. Dulu tahan lagi 6 bulan sebelum tarikh khawin. Kali ni tinggal sebulan je lagi tarikh nak khawin. Kalau tak nak buat cara tak nak. Anak aku tu bukan nya patung.

Hajah Mariani dan Haji Damhuri Hanya memerhatikan Datin Aminah dan Dato Khahar. Timbul rasa kesian dalam hati mereka untuk Batrisya.

"Kami betul-betul mintak maaf Mar. Saya pun malu sangat dengan keputusan bodoh Khai ni. Tak tahu la apa yang menyebabkan Khai tu buat keputusan macam ni. Saya betul-betul mintak maaf Mar." Jelas terpancar wajah sedih Datin Aminah. Sedih dengan keputusan Khai. Sedih kerana terlalu malu dengan keluarga Batrisya.

"Tak apa la,nak buat macam mana kalau dah itu keputusan Khai. Kami pihak perempuan hanya menurut sahaja tapi kami tak pasti sama ada Risya masih mahu teruskan atau pun tak hubungan ni. Ye la Risya tu pun ada perasaan jugak. Kali ni dah kali ke 2 Khai buat keputusan menyakitkan hati Risya. Cuma kali ni lagi teruk." Tutur Hajah Mariani kesal. Kesal dengan sikap Khai.

Air mata Batrisya kini mula mengalir. Hampir terduduk dia bila mendengar yang Khai nak tangguhkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tinggal sebulan je lagi tarikh perkhawinan tu. Apa yang kau sembunyikan daripada aku Khai? Kau buat aku ni macam patung. Hey! Aku ni manusia la ada perasaan. Tak apa Khai. Kau nak main game tarik tali dengan aku kan. Ok. Aku join. Aku harap one day Allah tunjukkan semua tipu helah kau pada aku Khai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience