B-54

Romance Completed 41713

"Dasar betina jalang!" Hina Khai untuk kali terakhir sebelum melangkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Herm,puas hati aku. Dasar perempuan tak sedar diri. Selama ni aku punya la sayang dekat kau separuh nak mati,kau sanggup buat ni semua pada aku. Disebabkan kau jugak,aku putuskan pertunangan aku dengan Risya dulu.

Tapi yang tu aku tak kisah sangat la, sebab dia pun spesis perempuan macam kau jugak. Cuma yang membezakan kau dengan dia, kau memperabiskan duit aku dan dia tak. Ee.. kenapa la aku boleh jumpa perempuan spesis betina jalang macam dua ekor ni.

Habis stereng kereta jadi tempat pelepasan marahnya saat ini. Aaarrgghh!! Stressnya aku.! Sial la! Dua-dua ekor Sial.

Sesedap rasa dia je panggil Batrisya tu 'betina jalang'. Dia yang jantan tak guna tak sedar. Geram pulak aku. Hahaha.

Sebaik sahaja Batrisya melabuhkan punggungnya di bahagian driver,dia cuba untuk diam seketika. Mencari sisa-sisa kesabaran yang masih ada dalam dirinya kini. Bila dia merasakan amarahnya mulai reda dia bersiap sedia untuk memandu dan menuju ke destinasi mereka.

Kak Bella yang dari tadi duduk disebelah Batrisya hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan saja gelagat Batrisya. Baru saja tangan kanan Batrisya memegang stereng kereta,Kak Bella mula bersuara.

"Eerr... Risya." Panggil Kak Bella.

"Ye Kak Bella,Kenapa?" Sahut Batrisya sambil memandang wajah Kak Bella.

"Tangan Risya tu tak sakit ke?" Soal Kak Bella. Pandangannya kini hanya tertumpu pada pergelangan tangan Batrisya yang lebam kebiruan.

Pandangan Batrisya kini turut jatuh kepada pergelangan tangannya. Pergghh biru,biar betik. Ni semua kau punya pasal la ni Khai. Tak pasal-pasal tangan aku biru. Kurang asam betul. Macam mana ni.. buat nya esok dia membengkak mati aku. Dah la esok lusa aku nak nikah dah. Aduhh...

"Tadi sebelum Kak tegur, tak rasa lagi sakit. Ni Akak dah tegur baru terasa sakitnya." Ujar Batrisya sambil membelek-belek tangannya sendiri.

"Habis tu macam mana ni? Boleh drive tak?" Soal Kak Bella yang mula risau dengan pergelangan tangan Batrisya.

"Boleh Kak Bella. Dia tak ada la rasa sakit sangat. Tapi jap ye Kak Bella. Risya nak snap pic tangan ni jap,nak tunjuk dekat 'Crazy Buddies' Risya." Ujar Batrisya sambil tersengih menampakkan giginya yang sebaris itu.

Gambar tangannya di snap dan terus dihantar dalam group tersebut. Seperti biasa la, orang pertama yang akan reply whatsap dalam group tersebut adalah si Farah. Dia tu macam orang tak ada kerja je dekat office tu. Kalau hantar whatsap sama ada personal mahupun group,mesti dia orang pertama yang reply whatsap.

Weh Risya,kenapa dengan tangan kau tu? Kau buat apa sampai boleh tinggal kesan macam tu?~ Farah.

Belum sempat Batrisya membalas pertanyaan Farah,Farid turut menjelmakan dirinya dengan soalan yang sama dengan Farah. Mentang la adik-beradik sampai soalan pun sama.

A'ah Risya kenapa dengan tangan tu? Macam buat kerja teruk je sampai boleh tinggal kesan dekat tangan macam tu. ~ Farid.

Tak ada la,mana ada buat kerja teruk. Dekat pejabat ni kerja Risya kan duduk dalam office je.So mana ada berat. Ni kalau Risya cakap mesti korang terkejut beruk punya. ~ Batrisya.

Apa dia weh,bagi tahu la cepat. Jangan main-main boleh tak? ~ Farah.

Tadi Khai datang jumpa aku dekat office. ~ Batrisya.

Terbuntang mata Farah bila baca whatspa yang di reply oleh Batrisya tadi. Tiba-tiba hati Farah mula disinggahi oleh perasaan marah. Apa kejadah lagi nya mamat tu cari Risya pulak. Ee.. saja nak buat hal lagi la ni. Kali ni kalau kau lebih-lebih Khai, siap kau.

Kenapa pulak dia cari kau Risya? ~ Farah.

Biasa la weh,lelaki. Dah buat salah kan datang la mintak maaf. ~ Batrisya.

Habis tu kau maafkan dia tak? ~ Farah.

Sebab aku tak maafkan dia la aku dapat sakit macam ni. Kau gila ke apa aku nak maafkan dia dengan mudah lepas apa yang dia buat dekat aku. Memang tak la. Dah la datang jumpa aku mintak maaf,tapi bila aku tak maafkan,dia naik angin pulak. Gila punya jantan. ~ Batrisya.

Nampak sangat dia mintak maaf tu tak ikhlas Risya.~ Farid.

Kan.. Memang terang-terang tak ikhlas Abang Farid. ~ Batrisya.

Harris menyebak rambutnya ke belakang. Lega dia rasa hari ni sebab semua meeting dengan Clientnya berjalan dengan lancar. Alhamdullillah.. Ucap Harris dalam hati. Dia mencapai Iphonenya yang sengaja di slientkannya.

Dalam banyak-banyak whatsap,semestinya whatsap dari group 'Crazy Buddies'menjadi pilihan pertama Harris.

Buka saja whatsap dari group tersebut,terus menyirap rasa marah Harris. "Damm! apa yang kau buat ni Khai. Apa yang kau tak puas hati lagi ni." Marah Harris sambil mengetuk kuat mejanya.

Mula timbul perasaan Risau dalam hatinya kini. Aku kena buat sesuatu ni. Kalau tak nanti entah pape lagi la Khai tu buat dekat bakal isteri aku tu. Aku tunggu masa je Khai. Nanti kau akan tahu jugak siapa aku sebenarnya. Ngomel Harris Bengang.

Lantas Iphonenya dicapai lalu didail nombor seseorang. "Black, kau dah tengok belum gambar dengan details yang aku whatsap dekat kau tadi?" Soal Harris sebaik sahaja panggilannya itu dijawab.

"Dah Mr.Hard. Kali ni Mr.Hard nak saya buat apa?" Giliran Black pula menyoal.

"Aku nak kau and the geng perhatikan dia dari jauh setiap masa faham? Aku tak nak ada perkara yang tak elok jadi dekat dia. Awasi dia setiap masa. Ok." Arah Harris.

Terangguk-angguk kepala Black menerima arahan daripada Bosnya itu. "Ok. Faham Bos." Lantas panggilan tersebut serta merta dimatikan.

"Era,masuk dalam Office saya sekarang." Arah Harris dengan suara yang sedikit tegas.

"Baik Mr.Hard." Jawab Era sepatah.

Era,atau nama sebenarnya Aira merupakan PA kepada Harris di Hard Building. Korang Jangan keliru yer. Hakikatnya Harris ni memang mempunyai ramai PA. Setiap anak syarikat Harris, mesti akan ada seorang PA untuk handle serba-sedikit kerja Harris yang tertunggak di Syarikat tersebut.

* Done update guys. ^_^ enjoy ok.hihu :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience