Selesai saja makan malam,Datin Aminah mengajak anak terunanya itu untuk menonton televisyen bersama. "Khai,jom join Ibu dengan Ayah tengok tv. Lagi pun Ibu ada benda nak bincang dengan kamu." Ujar Datin Aminah sambil membontoti langkah suaminya Dato Khahar.
Pada mulanya dia agak malas untuk join Ibu dengan Ayahnya itu,lagi-lagi bila dia tahu apa yang nak dibincangkan oleh Ibunya itu. Tapi bila teringatkan ada perkara yang belum dia ceritakan lagi. Jadi dia ikutkan sahaja kemahuan Ibunya itu.
Seperti biasa, Khai akan memilih untuk duduk di sofa empuk kesukaannya itu. Dia memulakan bicaranya setelah merasa punggungnya itu bertemu dengan sofa empuk tersebut.
"Mom,siang tadi kan masa tengah jalan-jalan dengan Lia,Khai terserempak dengan..." Sengaja ayat itu dibiarkan tergantung begitu sahaja. Dia tahu yang Ibunya itu mesti tak sabar nak tahu sambungan ceritanya itu.
Lagi-lagi Amelia,tak ada perempuan lain ke yang Khai nak keluar?tak ada perempuan lain ke yang dia boleh letak dalam hati dia tu. Ni pisau cukur tu jugak yang dia berkenan. Ee.. Meyampah pulak aku. Datin Aminah memusingkan bebola matanya. Pada mulanya dia memang excited nak dengar cerita Khai tapi bila dengar je nama Amelia terus rasa excited nya tu hilang.
"Emm.. Terserempak dengan siapa?" Soal Datin Aminah acuh tak acuh. Matanya kini hanya tertumpu pada siaran tv yang dibuka Tan Sri Jamaluddin.
"Terserempak dengan Risya. Dia dengan lelaki yang hari tu dekat klinik. Siap berdukung lagi Bu."
Ternganga mulut Datin Aminah dengar cerita Khai. "Ha,ye ke Khai? Diaorang buat apa dekat klinik tu Khai?" Soal Datin Aminah mula busy body.
Khai tersenyum sinis. Dia tahu yang dia sudah berjaya menambahkan rasa benci dalam hati Ibunya terhadap Batrisya.
"Mana la Khai tahu Ibu. Entah-entah kan Bu, Si Risya tu mengandung anak luar nikah tak? Ye la.. Kalau dulu depan Khai pegang tangan je sekarang ni siap berdukung lagi Bu. So..tak mustahil untuk mengandung kan Bu?" Tanya Khai.
Memang jenis perempuan tak tahu malu. Dah la berlagak baik depan aku. Sekarang boleh conteng arang dekat muka mak bapak dia pulak. Herm, nasib baik la tak jadi menantu aku. Kalau tak.. Habis la kotor nama baik aku.
Dato Khahar menggelengkan kepalanya. "Apa kamu ni Khai. Dah tak nak,buat cara tak nak. Jangan nak sibuk nak buat cerita pasal orang lain pulak. Ayah tak suka. Dia nak mengandung ke,apa ke lantak dia la. Yang kamu sibuk sangat pasal dia tu kenapa? Kamu tu, Ayah tengok asyik sangat dengan si Amelia tu. Dah tak ada orang lain ke yang kamu nak buat isteri? Kau jangan ingat Ayah duduk rumah,Ayah tak ambik tahu hal Syarikat. Banyak mana dah duit Syarikat yang kamu habiskan semata-mata nak bahagiakan perempuan tu!" tinggi suara Dato Khahar terhadap anaknya itu.
Sungguh kesabaranya semakin menipis dengan karenah Khai.
"Ala apa ayah nak rungsingkan. Kita kan baru je dapat projek dengan Hard Building tu. Sempat la cover balik duit yang Khai ambik tu." Jawab Khai bersahaja bila Dato Khahar mula menyebut tentang hilangnya duit syarikat itu.
Membara hati Dato Khahar marahkan Khai. Senangnya jawapan yang keluar dari mulut anaknya itu. Projek tu baru Sehari dua je ada dalam genggaman Khar's Sdn Bhd. Jika Khai tersalah langkah, projek tu boleh ditarik balik oleh Hard Building.
"Projek tu baru sehari dua je tau ada dalam gengaman kita Khai. Kalau kamu tersilap langkah sikit je,projek kemana duit pun entah ke mana. Sia-sia je la usaha ayah selama ni bangunkan Syarikat tu untuk diwariskan pada kamu. Bila dah bagi pada kamu. Sekelip mata je kamu hancurkan." Jelas kedengan suara hampa Dato Khahar terhadap anaknya itu.
Lain yang diharapkan lain pula yang jadi. Tak sangka, Khai menghancurkan harapan ayahnya sendiri dek kerana terlalu ikutkan permintaan perempuan materialistic itu.
Khai hanya mendiamkan diri bila melihat wajah hampa Ayahnya. Sungguh dia rasa bersalah pada ayahnya kerana telah menghancurkan impian ayah nya itu. Tapi disebabkan perasaan sayang,cinta dia juga sanggup ketepikan semuanya itu.
###
"Assalamualaikum.. Kakak.. Ni Unty Ani dengan Uncle Din nak jumpa Kakak ni." Ujar Hajah Mariani dengan lembut pada Batrisya.
Tersenyum manis Batrisya bila melihat wajah bakal Ibu dan Ayah mertuanya itu. Dia bangun perlahan dan menyandarkan badannya di kepala katil.
Tak kan la orang datang melawat kita,kita nak terbaring je kan. Lain la kalau kita ni tak boleh nak bangun. Betul tak.
"Waalaikumussalam.. Unty.. Uncle." Sapa Batrisya sambil mencium tangan Puan Sri Rohani. Untuk Tan Sri Jamaluddin pula,dia hanya menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat pada bakal Ayah mertuanya itu.
"Unty dengan Uncle ni datang bukan nak jenguk Risya tau." Puan Sri Rohani tersenyum.
"Risya, eerr.. Unty,Uncle,Ibu dan Babah Risya setuju untuk nikah kan Risya dengan Hard bulan depan. So.. Risya macam mana? Soal Puan Sri Rohani sedikit gagap. Dia takut kalau-kalau Batrisya tak setuju dengan cadangan Harris.
Bulat mata Batrisya, bila dia tahu yang dia akan menjadi kepunyaan orang tak lama lagi.
Gila cepat. Perrgghh.. Habis tu pakai tak tunang ke apa ni? Tertanya Batrisya dalam hati. Berdebar tak payah cakap la. Mengalahkan orang lari marathon.
"Tunang?" Tanya Batrisya sepatah.
Share this novel