Farid sememangnya tak akan perasan sebab dia duduk membelakangkan minah-minah tu. Tapi Harris,hem aku rasa macam nak pelangkung je kepala dia. Menyampah pulak aku tengok. Boleh pulak main senyum-senyum dengan minah gedik tu. Perasan diri hensem la tu. Tapi kan.. Dia memang hensem pun. Hurmm
Tapak tangan kirinya di letakkan di dadanya. Haii, hati kau ni dah kenapa. Tiba-tiba nak rasa jeles dekat mamat tu. Dia bukan boyfriend kau pun. Jadi ikut dia la nak main senyum-senyum ke kenyit-kenyit mata ke. Hurm,Lagi pun lelaki ni semua sama penipu + playboy. So Risya kau dilarang untuk jatuh cinta buat masa ni ok.
Batrisya membuat rolling eyes saat matanya bertemu dengan mata Harris. "Hem.. Hai Farah minah dua ekor yang engkau maksudkan tu bukan tengok kita tapi tengok mamat depan aku ni ha. Susah la kalau orang perasan hemsem ni. Ee..menyampah." Ujar Batrisya sambil kedua tangannya kini memegang bahagian depan kerusi,badannya dikedepankan dan matanya dibawa pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang.
Senyuman senget terukir di bibir Harris. Eh,perasan rupanya aku ingat kan kau tak perasan tadi. Aku tahu kau jeleskan sebenarnya Sya tapi don't worry la sebab sekarang ni hanya kau sahaja yang ada dalam hati aku.
"Eh,mana ada aku perasan hensem, dah memang aku ni hensem pun nak buat macam mana. Kau jeles ek Sya aku main senyum-senyum dengn dorang tu.? Sakat Harris. Sengaja dia meleretkan sedikit ayatnya dibahagian hujung itu. Harris mula tersenyum senget sambil menyebak rambutnya ke belakang.
Ish,budak 2 orang ni tak habis-habis nak bergaduh. Dari mula kenal sampai sekarang tak ada kerja lain asyik bergaduh je bila jumpa. Macam anjing dengan kucing nanti berjodoh baru tahu. Beleter Farid dalam hati.
"Eh,hello..tolong sikit ek,aku nak jeles? Oh please la. Daripada aku jeles dengan kau baik aku jeles dengan Abang Farid ni sebab bagi aku Abang Farid ni lagi hensem dari kau. Tahu." Lawan Batrisya tak nak kalah. Satu jelingan maut dihadiahkan pada Harris.
Mulutnya cuba untuk menafikan apa yang ada dalam hatinya sekarang ni. Biasa la ego kan. Mana ada manusia yang tak ada ego.
Oh, kau jeling dekat aku ye Sya. Tak apa la aku tak kisah pun sebab aku lagi suka! "Eleh..tak nak mengaku la tu. Kalau jeles cakap je jeles aku tak marah pun" Ujar Harris dengan senyuman sinisnya.
Akhirnya Farid bersuara bila tak ada sorang pun antara mereka berdua yang nak mengalah. "Ish,korang ni kan bergaduh je kerjanya. Eh orang tua-tua cakap kalau selalu sangat bergaduh nanti one day tak mustahil tau kalau korang ni berjodoh tau. " Ujar Farid. Bibirnya kini mengukirkan senyuman manis.
Batrisya mengetap bibirnya. Sungguh dia meluat dengan lelaki yang bernama Harris depan dia sekarang apatah lagi mengaitkan nama mereka berdua. Abang Farid ni pun memandai je tak ada nama orang lain ke yang dia nak sebut untuk dikenenkan dengan aku. Alih-alih nama mamat ni jugak la yang di sebutnya. E..simpang malaikat 44.
"Apa! berjodoh dengan mamat poyo ni? Tak nak Risya simpang malaikat 44. Dari Risya khawin dengan dia baik Risya khawin dengan mekanik. Tak kaya tak pe janji setia dan sayang dekat Risya sorang je. Risya dah serik Abang Farid dengan lelaki yang kaya ni. Lagi-lagi yang ada kena mengena dengan Dato,Tan Sri bagai tu.Dah la Risya nak balik."
Laju saja langkahnya di atur menuju ke kereta. Batrisya hanya membiarkan saja mereka bertiga di situ. Dia lari macam tu sebab dia nak menang je sebenarnya. Kalau dia stay duduk situ memang dia kalah la jawabnya berlawan mulut dengan si Harris tu.
"Hey Sya, kau jangan nak mengada drive sorang-sorang ek. Farah kau pergi temankan Sya nanti kita jumpa dekat sana ok. Abang Harris dengan Abang Farid follow korang dari belakang." Arah Harris pada Farah. Dia bukan apa dia cuma takut kalau Batrisya drive kereta mengikut emosinya sekarang ni.
Sebenarnya jarak Batrisya dengan mereka bertiga tidak la sejauh mana. Jadi setiap baris ayat yang Harris perkatakan dapat di dengar dengan jelas oleh telinga lintah Batrisya. Kakinya melangkah kembali mendekati Harris.
*ok ni je idea yang cah ada untuk bab 22 ni. hihi. sorry kalau tak best. hurmm.
tunggu next bab ok. jom masak. hihi ecah lapo dah ni. hihi :)
Share this novel