"Ha,ok la kalau macam tu."
"Ok Bu. Bu petang nanti Kakak balik tau."
"Ok Sayang. Hati-hati tu."
"Ye Bu. Bye.. Assalamualaikum." Lantas pangillan itu ditamatkan.
####
Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi,untuk Batrisya bertukar gelaran dari Cik Diana Batrisya kepada Puan Diana Batrisya.
Walaupun begitu,hari-hari dia tetap berjalan seperti biasa.Keluar pagi balik petang. Sentiasa sibuk dengan kerjanya di Office. Walaupun di halang oleh Hajah Mariani namun Batrisya tetap juga pergi ke Office. Perihal tentang perkhawinannya itu,langsung tiada dalam benak fikirannya kini.
Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia rasakan saat ini. Happy? tak jugak. Teruja? Mungkin ada sikit tu pun sebab nak bertukar gelarang. Dari Cik kepada Puan.
Batrisya kini mula termenung bila mengenangkan hari itu yang hanya berbaki kurang dari 5 hari.
Tok. Tok. Tok
Ketukan di pintu pejabatnya itu menyedarkan Batrisya dari termenungnya itu.
"Masuk." Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya di kerusi. Kedua tangannya diletakkan di atas meja. Dia mencapai sebatang pen lalu memainkan pen tersebut dengan jari jemarinya.
"Risya." Sapa Kak Bella sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat Batrisya.
"Ye Kak Bella." Sahut Batrisya tanpa memandang wajah PA a.k.a kakak angkatnya itu.
Tergeleng-geleng kepala Kak Bella bila melihat keadaan Batrisya yang sugul itu. Ni tak lain tak bukan,mesti pasal khawin ni. Mana tak nya,Orang lain dua minggu lagi nak khawin dah beria nak ambik cuti. Dia 3,4 hari je lagi nak khawin tapi masih datang kerja.
"Risya.. Tak elok la buat muka masam macam ni. Risya tu esok lusa dah nak jadi isteri orang tau.Nanti tak berseri muka tu."
Batrisya membalas pandangan Kak Bella.
Jeda.
Haihh.. la budak ni.. pening aku dibuatnya. Hari tu cakap dah boleh terima. Bila sampai je tarikh nak akad nikah macam gini pulak jadinya. Hurmm.. Risya,Risya.
"Risya, Akak dapat arahan daripada Babah Risya. Mulai esok Risya tak dibenarkan untuk masuk ke pejabat yer. Semua appointment Risya,Kak Bella akan tangguhkan seminggu selepas tarikh Resepsi Risya nanti ok." Terang Kak Bella panjang lebar.
Batrisya masih bermain dengan pen di tangannya. Apa saja yang di perkatakan oleh Kak Bella tak di endahnya. Seolah-olah Kak Bella tak wujud depan nya sekarang ni.
"Risya. Risya." Panggil Kak Bella bila Batrisya mula termenung kembali.
"Ha, ye Kak Bella."
"Herm... Risya dengar tak apa yang Kak Bella cakap tadi?"
"Ye Kak Bella,Risya dengar. Esok Risya tak datang office. Risya duduk rumah je ok."
"Risya kenapa sebenarnya ni hurm? Ada masalah ke? Cuba cerita dengan Kak Bella. Mana tahu Kak Bella boleh bantu."
"Entah la Kak Bella. Risya rasa takut pulak nak teruskan hubungan ni semua. Risya takut kalau hati Risya ni tak mampu untuk terima dia sebagai suami Risya. Risya takut kalau Risya tak mampu untuk jadi isteri yang baik untuk dia. Dan paling penting,Risya takut kalau dia berperangai macam Khai dulu."Terang Batrisya dengan panjang lebar.
Dia kini berdiri dengan kedua tangannya disilangkan di dadanya. Semakin dekat hari pernikahan itu,semakin kuat rasa takut itu menghantui dirinya.
"Risya nak takut apa Sayang. Macam Kak Bella pernah cakap dekat Risya dulu,tak semestinya kita tak kenal dia,dia tak boleh nak jaga kita. Dan tak semestinya kita kenal dia,dia boleh jaga kita. Risya faham kan apa yang Kak Bella cuba cakap ni. Lagi pun,Risya tahu kan Kak Bella pernah lalui apa yang Risya lalui sekarang. Paling penting pilihan Risya sekarang ni adalah pilihan dari Allah. Redha dengan ketentuan Allah ni insyallah kita akan bahagia sayang walapun makan masa. Ok." Pujuk Kak Bella panjang lebar.
Risya hanya tersenyum segaris. Betul la apa yang Kak Bella cakap tu. Aku terima dia bukan sebab terpaksa,aku terima dia sebab dia pilihan dari Allah untuk aku. Jadi kenapa harus aku takut. Aku kena Happy sebab ni moment terindah dalam hidup aku. Jadi Mulai sekarang aku kena happy untuk menantikan saat manis ni. No muka masam-masam and juat think positif ok Risya. Dialog Batrisya sendiri. Wajahnya dipalingkan memandang Kak Bella lalu senyuman manis terukir di bibir Batrisya.
Lega hati Kak Bella melihat senyuman manis itu di bibir Batrisya. Dia tahu apa yang dirasa oleh Batrisya saat ini sebab dia sendiri pernah berada di situasi Batrisya sekarang ni.
Budak ni la.. Kena pujuk sikit terus ok. Tapi nasib baik la macam tu. Buat nya dia buat perangai tak nak khawin nanti tak ke kelam kabut.Hermm.. Bebel Kak Bella dalam hati. Bibirnya mengukir senyuman.
Memang bukan mudah untuk kita buat keputusan untuk menerima lamaran dari jejaka yang tak pernah kita kenali. Tapi percaya la. Kadang jodoh yang datang secara tiba-tiba itu la yang terbaik untuk kita. Siapa sangka kan.
"Ok sekarang mood Risya dah ok kan? Jom ikut Kak Bella." Ajak Kak Bella sambil berdiri.
Batrisya mula kebingungan. Memang la mood aku dah ok.Tapi sekarang ni Kak Bella nak ajak aku pergi mana pulak. Setahu aku mana ada appointment dengan client dah.
"Nak pergi mana pulak Kak Bella?" Soal Batrisya dengan kening yang berkerut.
"Masa Babah Risya call,Kak Bella sempat bercakap dengan Ibu Risya. Dia nak Kak Bella bawak Risya pergi Kasih Spa untuk pakej Raja sehari. Jom."
Ha.. Biar betul. Siap kena pergi Spa bagai. Ee.. Ibu ni macam-macam la. Leceh. Tapi tak apa la Risya. Kau enjoy je ok. Bukan kau yang bayar pun.. hihi
"Eemm..ye la." Jawab Batrisya sepatah. Kakinya mula melangkah. Nak ke,tak nak ke dia kena pergi jugak. Kalau tak balik rumah nanti memang berasap la telinga tu kena beleter dengan Hajah Mariani tu.
Batrisya dan Kak Bella berjalan seiringan keluar daripada Lift. Sambil berjalan mereka berbual kosong. Tiba-tiba langkah Batrisya mati saat melihat gerangan yang berdiri di hadapannya kini.
* tada.. done update guys ^_^ enjoy ok. Ecah tak sabar sangat nak tamatkan novel ni. hihi.
Share this novel